Saturday, June 28, 2008

Budu pun naik ?

TUMPAT - Adakah budu iaitu pembuka selera kegemaran rakyat biasa Kelantan akan menjadi bahan mewah pada masa akan datang.
Ini tidak boleh ditolak ekoran kenaikan mendadak kos mengeluarkannya menyebabkan harganya yang berpatutan kini menjadi lebih mahal.
Ekoran itu, harga bahan tersebut akan dinaikkan sebanyak 40 peratus bermula 1 Julai ini.
Ia disahkan sendiri oleh seorang peng- usaha terkenal budu di sini, Ismail Yusoff, 57, yang menyifatkan kenaikan harga itu tidak lagi dapat dibendung.
Menurutnya, ia dilakukan bagi mengelak kerugian lebih besar termasuk risiko 'gulung tikar' jika bertahan dengan harga semasa.
Katanya, kenaikan harga bahan bakar memberi impak besar kepada kos operasi termasuk melonjakkan harga botol kaca dan juga pembalut selain kesukaran memperoleh bahan mentah seperti ikan bilis dan garam dalam jumlah yang besar seperti sebelum ini.
"Sebelum ini ikan bilis dibeli dengan harga 80 sen sekilogram, tetapi sekarang naik RM1.50, begitu juga garam kasar yang kini dijual dengan harga RM3 sekilogram berbanding RM2 sebelum ini," ujarnya yang 28 tahun mengusahakan bahan penyedap itu ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Ismail yang memiliki kilang pengeluaran di Kampung Ketil Pengkalan Kubor, Tumpat mengeluarkan budu dalam empat jenama iaitu Ketereh, Pati Ikan Bilis, Sos Bilis dan Selera Kampung
(Sumber KOSMO)

Aduh! Guano ni! Guano kawe nok terus make budu lagi ni? Kawe suka makan budu sungguh. Kalu lagu ni, tok cukuplah pitih nak beli budu (sebab ngaji lagi). Susohla nak makan lagi.

Berita di atas ini melaporkan tentang harga budu di Kelantan (negeri pengeluar) yang akan naik, apa lagi di tempat-tempat lain di luar Kelantan lagilah mahal 2 kali ganda. Tapi saya terpaksalah ikut keadaan semasa sekarang nak tak nak. Lain kali kalau nak beli budu dengan harga yang murah, saya dan keluarga akan pastikan beli dengan kuantiti yang banyak....

Beres

Wednesday, June 25, 2008

ZAINAB AL-GHAZALI AL-JUBAILI





Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali. Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.


Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.

Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".

Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.

Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan.

[Al-MUSLIMUN: Februari 1996/Ramadhan 1416]

Dipetik dari: http://www.syababghardhuffaz.blogspot.com/

RM1 juta

Bayangkan kenaikan sebanyak RM840,000 (RM1juta - RM160,000) iaitu peningkatan lebih 500% untuk sebutir pingat emas yang dimenangi atlet dalam Sukan Olimpik Beijing Ogos ini. Kalau kenaikan sebanyak RM100,000 pun dikira sudah melampaui batas, inikan pula RM840,000. Pingat perak pun dinaikkan ke RM 300,000 dan pingat gangsa ke RM100,000. Saya menyifatkan pengumuman ini sebagai tidak masuk akal di kala situasi sekarang. Memang sepatutnya atlet mendapat habuan mereka kerana taraf Sukan Olimpik yang terlalu tinggi tetapi lihatlah kepada keadaan ekonomi Malaysia sekarang dahulu yang menuntut semua pihak berjimat-cermat. Kenaikan ganjaran dan imbuhan itu biarlah berpatutan. Persoalannya daripada mana duit RM1 juta itu diperoleh? Adakah daripada keuntungan Petronas? Atau daripada duit kita? Atau daripada manakah sebenarnya? Sepatutnyalah RM1 juta itu digunakan untuk pemberian subsidi minyak kepada pengguna yang mendapat RM600 setahun bagi sebuah kereta yang dimiliki (isu semasa yang panas dan kenaikan mendadak harga barang keperluan). Daripada RM600 ini bermakna pemberian subsidi minyak kepada saya (setiap pemilik kenderaan) hanya sebanyak RM50 sebulan. RM50 ini kalau diikutkan hanya boleh digunakan kurang daripada seminggu sahaja dan selebihnya dalam bulan tersebut terpaksa guna duit poket saya sendirilah. Saya rasa sepatutnya berbaloilah duit yang saya peroleh setelah penat berbaris panjang di pejabat pos tempoh hari. Sekiranya tidak mahu dan dirasakan tidak sesuai, saya lebih rela melihat RM1 juta itu diperuntukkan untuk membantu warga miskin, mengukuhkan pendidikan dan sebagainya iaitu perkara-perkara yang ada kaitan langsung dengan rakyat. Di manakah janji kerajaan seperti untuk membela rakyat, slogan "Kepimpinan Melalui Teladan" dan sebagainya lagi? Apakah kewajaran kerajaan membuat keputusan yang semakin membangkitkan kemarahan rakyat? Apabila kerajaan tidak berduit (ada masalah) nanti mesti mereka akan membebankan rakyat di kemudian hari. Apabila ada masalah tol, mereka naikkan kadar tol, hadapi masalah air mereka naikkan tarif air, ada masalah minyak mereka naikkan harga minyak. Jika itu caranya mereka menyelesaikan masalah, kerajaan telah hilang fungsinya.
Toksahlah kita nak bandingkan negara kita dengan Singapura kerana negara Singapura adalah merupakan salah satu daripada 4 negara terkaya di Asia selain UAE, Qatar dan Kuwait dengan pendapatan per kapita penduduk PPP Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita. Selain itu, purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol. Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang lain? Jadi, rasanya tidak perlulah negara kita nak tiru mereka.

Apakah benar dengan ganjaran mewah itu mampu mengangkat motivasi atlet negara untuk cemerlang nanti? Ini persoalan besar yang harus dijawab oleh kerajaan.

Saya takut setelah beroleh mencapai habuan tersebut (sama ada Olimpik ini atau habuan pada temasya sukan-sukan lain yang setaraf) ditakuti para atlet sudah berpuas hati dengan pencapaian mereka dan akhirnya prestasi mereka mula merosot dengan sogokan materialistik yang dimiliki (kerana sejarah membuktikan perkara sebegini pernah berlaku).

Saya menggesa agar kerajaan dapat mendidik atlet kita dengan cara lain yang difikirkan lebih sesuai dalam memburu pingat emas pertama Sukan Olimpik kelak. Jadi, fikir-fikirkanlah.

Tuesday, June 17, 2008

nak jimatkan minyak?

HANYA VIDEO MENCERITAKAN SEGALANYA...

AWAS Virus Bahaya!

KUALA LUMPUR: Pengguna komputer diingatkan lebih berhati-hati berikutan kemunculan sejenis virus yang mampu mengganggu sistem dan aplikasi komputer dikenali dengan ‘Virus 666’. Kehadiran virus itu dapat dikesan pada pemacu utama C (C Drive) melalui fail bertajuk HELP.ME!!.html. Jika fail itu dibuka, satu fail lain akan muncul pada skrin komputer yang memaparkan perkataan ‘Kiriman Dari Neraka’ yang turut menyentuh beberapa isu, selain nama pelayan turut diletakkan di bahagian penjuru bawah fail itu.Virus itu dikesan beberapa bulan lalu mula mengganggu dunia maya dan kebiasaannya dikenali dengan nama fail flash.10.exe.Dipercayai semua sistem komputer boleh dijangkiti virus itu sebaik membuka fail mesej yang tertera ‘Kiriman dari Neraka’.Beberapa cara dikenal pasti menjadi landasan utama penyebaran virus itu terutama ketika pengguna mengakses disket, cakera liut atau pemacu storan luaran yang berkemungkinan dijangkiti virus itu. Ia turut menyerang komputer ketika pengguna memuat turun program Internet.
Pengguna komputer diingatkan berwaspada dengan program atau fail mempunyai nama sambungan seperti .EXE, .VBS, .COM, .SYS selain nama fail sambungan seperti .doc, .xls dan .zip kerana virus itu kebiasaannya dikesan dalam keadaan itu.Difahamkan, amalan menggunakan pemacu storan mudah alih tanpa mengimbasnya terlebih dahulu sebelum disambungkan ke komputer antara punca utama virus itu merebak.Naib Presiden Dapat Vista Sdn Bhd dan pengasas dapat.com, Azli Paat, berkata virus itu boleh menyebabkan produktiviti sesebuah syarikat menurun berikutan ia mampu memperlahankan kelajuan sistem komputer.“Sejurus dijangkiti, virus itu akan menyalin semula fail dalam fail sistem dalam kuantiti yang banyak, sekali gus menyebabkan proses membuka mana-mana program dalam komputer menjadi perlahan.“Virus itu tidak dapat menghilangkan data, cuma kesannya dapat dilihat dari segi kelajuan kadar pemprosesan komputer, namun ia perlu diberi perhatian,” katanya.Azli berkata, virus yang dipercayai berpunca daripada pemacu storan luaran itu turut mampu menjangkiti komputer lain jika tidak diimbas menggunakan sistem antivirus yang sentiasa dikemaskini. “Pengguna boleh memuat turun sistem antivirus yang disediakan di Internet dan perlu memastikan sistem itu sentiasa dikemaskini bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya. Sebelum ini, beberapa virus besar dikenal pasti seperti LoveBug dan King Trojan dikesan mengganggu sistem komputer pengguna selain beberapa virus lain yang memuat turun ‘diri’nya sendiri seperti Brontok dan Worm. Antara tanda virus itu mula menyerang komputer ialah kelajuan RAM komputer mula menurun dan proses menutup semua tetingkap window menjadi perlahan selain pelbagai fail baru akan dicipta sendiri seperti Flash.10.exe, msconfig.com, cmd.com, ping.com, regedit.com, aweks.pikz, seram.pkz, msn.msn dan sebagainya.Dunia perkomputeran sebelum ini pernah digemparkan dengan kehadiran virus ‘Melissa’ pada 1999 yang mampu mencipta fail “script.ini” terus ke direktori sembang maya melalui komputer yang dijangkiti virus sebelum menghantar dirinya sendiri melalu laman sembang kepada mangsa seterusnya, iaitu mereka yang memilih untuk bersembang melalui saluran sembang maya dengan komputer mangsa yang dijangkiti.
Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besarertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allahsekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorangisteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukandalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya.Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakitihati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosadan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yangberdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yangtidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasadan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan puladalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yangditerima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hatiibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yangpaling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidakmeminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anaktersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnyaakan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagaibalasan dari Allah dibumi lagi.Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimanadua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yangseorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disaputerkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARIdia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksaoleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkananak2nya.Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu.Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBUmesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKANANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu jugadengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isterimeminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kitamempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan ceritaitu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dahtak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa inihendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yangmana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satumasyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNyadan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). SiSUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibuyang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan jugaisteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasamempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah ' mempunyai ' tetapiMESTI menggunakan dengan bijak.

Wednesday, June 4, 2008

Muktamar ABIM Selangor

Pada 18 Mei yang lepas aku bergegas menghadiri Muktamar Sanawi ABIM Selangor di Kompleks Belia Dan Kebudayaan Shah Alam, Seksyen7. Aku sampai di sana dalam pukul 10 pagi dan aku bersarapan pagi dulu bersama dengan 2 orang abang ABIMku di kedai bersebelahan kompleks itu sementara menanti program bermula. Program ini bermula kira-kira pukul 11 pagi dengan Pidato Harakyyi yang disampaikan oleh Prof Madya Hj. Shaharudin Bin Baharudin. Beliau membentangkan dan membuat analisis kemenangan BN di peringkat Nasional dengan 140 kerusi Parlimen. Tetapi kemenangan tanpa 2/3 majoriti. Buat pertama kalinya pembangkang berjaya menafikan 2/3 majoriti dengan 82kerusi (PKR-31, DAP-28, PAS-23). Gabungan pembangkang juga berjaya menubuhkan kerajaan di Kedah (PAS), Pulau Pinang (DAP), Perak (Campuran), Selangor (Campuran). Voting shift dalam tren pengundian Cina dengan 70-80% pergi kepada oposisi. Begitu juga dengan tren pengundian India di mana 80-90% undi pergi kepada oposisi atas isu Hindraf. Melayu dari segi tren pengundian masih lagi 50-50, namun ianya bergantung kepada lokaliti. Contohnya di Lembah Klang di mana pengundian Melayu melebihi 50% kepada oposisi. Bagi Cina – faktor menjurus kepada apa saja yang bukan BN. Isu penstrukturan semula ekonomi, ekonomi nasional (barang naik dan harga minyak), diskriminasi Melayu dan local government. India-semuanya atas layanan kerajaan kepada Hindraf dan kegagalan Samy Velu untuk menyelesaikan masalah India. Buat pertama kalinya Cina dan India sanggup untuk mengundi dan menyatakan sokongan terbuka kepada PAS. Aku tertarik apabila penceramah menyebut bahawa orang India sanggup mengakui “ Saya Orang India, Saya Hindu dan saya menyokong kepimpinan Ulama” kerana berlaku trend ramai orang India yang mengundi PAS. Selain itu, kerusi Melayu tidak berganjak malah bertambah di dalam Parlimen dan DUN. Contohnya kawasan majoriti Melayu yang diberikan pada parti komponen BN telah didapatkan semula atas PAS dan PKR. Contohnya Kota Raja, Hulu Selangor, Kuantan, Indera Mahkota, Teluk Kemang dan Bandar Tun Razak. Namun masalahnya kerusi Melayu berterabur ke dalam banyak parti (UMNO,PAS dan PKR). Di akhir pidato, beliau menyelitkan sepotong ayat Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Ali ‘Imran 3:27)
Selepas itu, program diteruskan dengan taklimat khas dari KDH. Wakil KDH melaporkan bahawa bilangan pelajar yang belajar di KDH sangat tenat sekarang iaitu hanya 290 orang daripada 400 orang. Baru-baru ini pelajar yang mendaftar hanya 12 orang. Salah satu faktor kekurangannya ialah promosi di mana promosi terhadap IPT KDH ini sangat kurang dan gagal akibat kita semua yang tidak sama-sama menggalakkan dan mempromosikan tentang kewujudan KDH ini. Kemudian program diteruskan dengan slot pengenalan dan pengisian Projek Kewangan ABIM 25 (PKA 25) yang merupakan projek khas yang diberi nafas baru oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Pengembelengan projek ini adalah bertujuan untuk memperkasa perjalanan dan gerak kerja ABIM seperti melengkapkan ABIM dengan sumber manusia terbaik,prasarana organisasi, saluran komunikasi penerbitan dan projek-projek khusus yang dirancang. Hal ini adalah selaras dengan fungsinya menerusi pendekatan PEMBELA, PRIHATIN dan PENDIDIK. Oleh itu, mekanisme PKA 25 telah disusun untuk memudahkan anggota dan individu yang menyokong perjuangan ABIM melakukan amal jariah. Sepanjang 36 tahun ABIM berada di tengah-tengah kancah masyarakat, ABIM masih mengekalkan peranan uniknya sebagai institusi umat yang mandiri setelah mendapat sokongan dan dokongan umat. ABIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan yang telah lama diberikan kepada institusi istimewa ini yang telah melahirkan ramai pejuang,aktivis sosial, pemimpin negara dan tokoh akademik dalam rakaman sejarah perjuangan agama,bangsa dan negara. Namun begitu, cabaran yang lebih rencam mendorong ABIM melakukan persedian secara lebih tersusun dalam memastikan jentera dan sumber manusia yang ada cukup kompeten untuk menggerakkan program dakwah,advokasi dan pendidikan untuk umat. Semua ini adalah sangat penting dalam membina masyarakat Islam untuk menghadapi cabaran politik, ekonomi dan sosial dewasa ini. ABIM menetapkan sasaran 1000 orang penyumbang menjelang Muktamar ABIM ke 37 nanti dan PKA 25 ini akan dilancarkan secara rasmi pada sambutan Muktamar ke 37 ini nanti. Berikut adalah maklumat ringkas berkenaan PKA 25. Apakah PKA 25?PKA 25 ialah nama kepada projek sumbangan dana oleh ahli ABIM secara tetap sebanyak RM 25 setiap bulan kepada tabung ABIM. Kenapa Saya Perlu Menyumbang?Sumbangan anda adalah satu bentuk amal jariah kepada masyarakat secara berkala dan konsisten. Program mendidik umat yang dijalankan oleh ABIM memerlukan usaha dan sumbangan dana secara berterusan daripada masyarakat.Bagaimanakah Saya Boleh Menyumbang?Anda boleh menyumbang melalui potongan terus daripada akaun yang telah dipersetujui secara Inter Bank Giro (IBG) . Anda boleh menyalurkan sumbangan anda kepada ABIM walaupun daripada institusi kewangan yang berbeza. Muktamar yang sebenarnya bermula kira-kira pukul 12 tengah hari dengan ucapan daripada YDP ABIM Selangor iaitu Hj. Shirajuddin Sirat. Beliau mengingatkan tentang visi dan misi ABIM, budaya ABIM, asas seorang Muslim iaitu aqidah,syariah dan akhlak, halatuju ABIM Selangor pada sesi tahun lepas, halatuju pada sesi 2008/2009 iaitu buat muhasabah diri dan gerakan,perkemaskan kaderisasi,pemantapan diri dan gerakan serta mengisi harapan umat. Kesimpulan ucapan beliau ialah kita perlu maksimimkan usaha, jangan dikesali qada Ilahi, tiada istilah kecewa dalam Islam dan akhirnya tawakkal kepada Allah. Kira-kira pukul 1 ialah waktu yang aku nantikan iaitu semasa pembubaran dan pengisytiharan jawatankuasa EXCO terkanan ABIM Selangor di mana En. Mohd Zawawi Ahmad Mughni telah dilantik menjadi YDP ABIM Selangor baru bagi sesi akan datang ini. Beliau merupakan TYDP kepada Hj. Shirajuddin Sirat pada sesi lepas. Aku sempat mengucapkan tahniah dan takziah kepada beberapa abang ini. Semoga mereka dapat menunaikan dan menjalankan amanah Allah ini dengan sesempurna yang boleh. Pada pukul 2.30 petang aku bergerak pulang bersama-sama dengan kedua-dua abangku tadi balik ke Serdang.
Persiapan terakhir
Para muktamirin muktabirat
Prof Madya Hj. Shaharudin Bin Baharudin
Ucapan dari KDH
Ucapan daripada wakil ABIM Pusat
Keadaan kompleks yang sunyi dan tenang

Tuesday, June 3, 2008

Obesiti

Laporan terbaru menunjukkan masalah obesiti sedang meningkat di seluruh dunia dan bakal menjadi masalah kesihatan terbesar. Malah obesiti juga dijangka akan mengatasi merokok sebagai risiko kesihatan yang serius. Di United Kingdom, kira-kira dua pertiga (66%) orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Daripada peratusan itu 22 peratus adalah lelaki manakala 23 peratus pula perempuan, bermakna berat badan mereka membawa risiko besar kepada kesihatan. Tahap obesiti meningkat tiga kali ganda sejak 20 tahun lalu dan masih bertambah. Masalah tersebut tidak hanya dihadapi golongan dewasa, tetapi di kalangan kanak-kanak. Sejak 10 tahu lalu jumlah kanak-kanak berusia enam tahun yang mempunyai masalah berat badan berlebihan meningkat dua kali ganda (ke 8.5 peratus), dan bertambah tiga kali ganda di kalangan mereka yang berusia 15 tahun (ke 15 peratus). Statistik ini amat menakutkan kerana masalah berat badan berlebihan, terutama obesiti meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan termasuk diabetes, penyakit jantung, beberapa jenis barah, strok, sakit belakang dan sendi, osteoarthritis, tekanan darah tinggi, batu dalam hempedu, ketidaksuburan, kesukaran bernafas, depresi, berdengkur, kesukaran tidak dan peluh berlebihan. Masalah obesiti bukan satu isu kosmetik semata-mata. Kualiti hidup boleh terjejas dan menyebabkan seseorang berhadapan risiko kesihatan yang serius. Malah ada laporan menyebut obesiti boleh menyebabkan seseorang kehilangan sembilan tahun daripada jangka hayatnya. Peningkatan obesity dan kesannya ke atas kesihatan dan kesejahteraan hidup ramai orang, dan sumber-sumber negara menyebabkan tindakan mesti diambil di semua peringkat untuk memerangi epidemik ini.
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya