Tuesday, June 30, 2009

Muktamar KPIJ

Pada 28 Jun 2009, Kesatuan Pelajar Islam Johor telah mengadakan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan ke-42 di Masjid Sg Bagan Rengit, Batu Pahat. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengah hari.Majlis ini dihadiri seramai lebih 30 orang dari ahli KPIJ yang berada di Johor juga yang berada di kampus-kampus dan juga wakil dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) iaitu K.Akma dan K. Syafa.

Dimulai dengan ucapan dasar YDP KPIJ 08/09, abang Zai seterusnya pembubaran pimpinan, perlantikan pimpinan baru, usul, perbahasan dan juga ucapan penggulungan. Saf kepiminan baru dipimpin oleh saudara Khairullah b Zainudin. Semoga saf kepimpnan baru ini dapat memberikan nafas baru dan harapan dalam gerak kerja memperkasakn KPIJ di negeri Johor khususnya juga di kampus-kampus. Hidup Islam.

Haji Abdul Rahman Merbok

HAJI Abdul Rahman Merbok memang tidak asing di utara Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di negeri Jelapang Padi,Kedah. Beliau adalah seorang ulama berwibawa yang mempunyai bilangan murid yang ramai. Sebagaimana ulama sezamannya,beliau bukan sahaja bijak berhujah dan berpidato tetapi sentiasa tegas dalam melakxanakan perjuangna Islam. Beliau sanggup dan berani menghadapi apa juga risiko untuk menegakkan Islam. Dalam perjuangan itu,beliau pernah berdepan dengan pelbagai peristiwa mencemaskan. Satu daripada peristiwa yang membuktikan keunggulan pegangannya pernah tercetus sewaktu beliau dilantik oleh Almarhum Sultan Badlishah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri pada awal tahun 1950-an. Mengikut peraturan persidangan Majlis Mesyuarat Negeri di Kedah terutama dalam persidangan pertama itu, setiap Ahli Majlis berkenaan dikehendaki melafazkan sumpah taat setia kepada Sultan. Jika ada ahli yang engkar atau derhaka,dia dilaknati Allah.

Haji Abdul Rahman Merbok pernah menjelajah ke seluruh Kedah tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk menetap di Merbok. Nama Merbok yang melekat pada nama beliau itu ialah nama sebuah pekan kecil di Kedah yang terletak berhampiran bandar Sungai Petani. Di Merbok juga wujud kesan peninggalan sejarah awal Kedah.

Disebabkan keluarganya mencintai ilmu,beliau diberi asuhan berteraskan Islam sejak kecil lagi. Pada peringkat awal,beliau belajar agama daripada bapanya sendiri. Beberapa waktu kemudian,beliau berguru kepada Haji Muhammad Arif di Sungai Nonang. Apabila meningkat dewasa,beliau melanjutkan pengajian di sebuah pondok yang terkenal di utara Semenanjung Tanah Melayu, iaitu Madrasah Al-Masyhor, Pulau Pinang. Walau bagaimanapun,apabila madrasah itu ditutup ketika meletusnya Perang Dunia Pertama pengajian beliau terhenti seketika.

Penutupan madrasah itu menyebabkan Haji Abdul Rahman Merbok mengambil keputusan untuk kembali ke Merbok. Sewaktu berada di kampung halaman,jiwanya tidak dapat membenarkannya membuang masa berlalu tanpa tujuan. Ini menyebabkan beliau bergerak mencari tempat pengajian yang baru. Dalam usahanya untuk berguru,beliau pergi ke Pantai Merdeka,sebuah perkampungan nelayan yang tidak jauh dari Merbok. Di situlahj beliau berpeluang belajar agama daripada Tuan Husin Nasir di Pondok Teluk Nipah.

Selepas belajar di pondok itu,beliau mula berfikir untuk mendalami lagi ilmu pengetahuan keagamaan hingga ke tahap yang lebih tinggi. Hasratnya tercapai apabila beliauberjaya pergi ke Mekah pada tahun 1919. Di Tanah Suci,beliau terdedah kepada ilmu dan sistem pembelajaranagama yang lebih jitu. Beliau berpeluang bertemu dengan lebih ramai lagi alim ulama di Mekah. Beliau juga sempat berguru dengan sebilangan daripada alaim ulama itu. Antara ulama yang pernah mengajarnya ialah Wan Daud Patani dan Syeikh Umar Bajunaid. Beliau juga berpeluang menemui rakan yang turut bersama-sama mengaji agama dengannya. Di antara mereka ialah Haji Majid dari Guar Chempedak,Haji Ibrahim Patani dari Gajah Mati,Haji Abdullah Haji Awang dari Chegar,Haji Othman Muhammad dari Merbok dan haji Abdul Rahman Haji Kechik dari Kubang Siam,Jitra. Haji Abdul Rahman belajar di Mekah kira-kira enam tahun. Selepas itu,beliau mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air berikutan pergolakan yang berlaku di Timur Tengah yang turut membabitkan Mekah pada waktu itu.

Sekembalinya beliau ke tanah air pada tahun 1925,beliau mula mengembangkan ilmu yang diperolehnya kepada umat Islam di tanah air,khususnya di Kedah. Komitmen beliau terhadap Islam begitu mendalam. Ini menimbulkan keinginannya untuk menyampaikan dakwah secara tersusun dan berkesan. Bagi mencapai matlamat itu,beliau memilih profesion perguruan untuk menyebarkan Islam. Kerjaya itu bagaimanapun tidak dimulakan di Merbok tetapi di Permatang rambai,Seberang Prai.

Beberapa tahun kemudian,beliau bergerak lebih maju apabila mengasaskan penubuhan pondok di Kampung Merbok pada tahun 1926. Hasil pengajarannya di pondok tersebut telah melahirkan generasi baru yang berpengetahuan dan turut mengembangkan lagi syiar Islam ke seluruh Nusantara.

Pondok Merbok yang ditubuhkan oleh beliau itu dikenali sebagai Madrasah Saadatul-Daruin. Madrasah itu bukan saja menarik perhatian pelajar dari Kedah,tetapi menarik minat pelajar-pelajar dari seluruh Tanah Melayu dan beberapa tempat lain di Nusantara,termasuk Sumatera dan Riau. Pondok beliau berkembang pesat dan kemajuan itu ikut menarik perhatian pihak berkuasa terhadapnya. Melalui dasar pendidikan kerajaan,pondok itu kemudian dijadikan sekolah agama bantuan kerajaan.

Pada tahun 1960,menerusi bantuan kerajaan negeri,dua buah bangunan baru telah dibina di kawasan pondok itu untuk menampung lebih ramai lagi pelajar. Dengan perkembangan baru itu,pondok beliau mengalami beberapa perubahan sesuai dengan peredaran waktu. Ketika itu,sistem pengajaram di pondok turut dimasukkan mata pelajaran akademik selaras dengan dasar pendidikan negara.

Monday, June 29, 2009

Orang bukan Islam digelar...?

Mengapa orang Islam mencaci orang bukan Islam engan panggilan "kafir?"

1. Kafir bermakna seseorang yang engkar.
"Kafir" diambil daripada perkataan "kafara",yang bermaksud menyembunyikan atau engkar. Dalam istilah Islam,kafir bermakna seseorang yang menyembunyikan atau engkar akan kebenaran tentang Islam dan seorang yang menolak Islam dalam Bahasa Melayu dipanggil 'orang bukan Islam'.

2. Sekiranya orang bukan Islam menganggap perkataan kafir sebagai satu cacian,dia boleh memilih untuk menerima Islam dan orang Islam akan berhenti memanggilnya sebagai kafir atau 'orang bukan Islam'.

Kejam ke sembelih haiwan cara Islam?

Benarkah orang Islam menyembelih haiwan dengan cara kejam melalui penyeksaan secara perlahan dan menyakitkan?

Penyembelihan haiwan secara Islam yang dikenali sebagai "Dhabh" telah menjadi bahan kritikan hebat sebilangan besar orang.

Sebelum menjawab soalan ini,benarkan saya menceritakan insiden tentang perbincangan di antara seorang Sikh dan seorang Islam mengenai penyembelihan haiwan.

Seorang Sikh pernah bertanya seorang Islam, "Mengapa kamu menyembelih haiwan dengan cara menyakitkan iaitu dengan mengerat kerongkong dan tidak mengikut cara kami,secara sekali pukulan iaitu "jhatka?" Secara bergurau, orang Islam tersebut menjawab, "Kami lebih berani dan gagah dan menyerang dari hadapan, bukannya belakang!"

Mengetepikan gurauan, mungkin ada boleh mempertimbangkan alasan berikut, yang membuktikan "Dhabh bukan sahaja lebih bertimbang rasa tetapi terbaik dari sudut sains:

1. Penyembelihan cara Islam.
'Zakkaytum' adalah kata kerja yang berasal dari kata akar 'Zakka' (mensucikan). Infinitifnya ialah 'Tazkiyah' yang bererti penyucian. Penyembelihan haiwan cara islam menghendaki pematuhan syarat berikut:
a)Haiwan mesti disembelih dengan objek tajam (pisau)
Haiwan mesti disembelih dengan objek tajam (pisau) dan dengan cepat supaya haiwan akan mati serta-merta.
b)Dikerat salur udara,kerongkong dan saluran darah leher.
Dhabh merupakan perkataan Arab bermakna 'sembelih'. Penyembelihan perlu dilakukan dengan mengerat kerongkong salur udara dan saluran darah leher haiwan itu dan menyebabkan kematiannya tanpa dikerat gentian saraf di dalam tulang belakang.
c)Darah perlu disalirkan.
Darah perlu disalirkan sepenuhnya sebelum kepala dibuang. Penyaliran bertujuan mengeluarkan sebahagian besar darah yang akan menjadi bahantara mikroorganisma. Gentian saraf di dalam tulang belakang tidak boleh dikerat kerana ini boleh merosakkan gentian saraf ke jantung semasa proses itu dan mengakibatkan jantung terhenti dan menghentikan darah ke salur darah.

2. Darah adalah bahantara kuman dan bakteria.
Darah merupakan bahantara baik untuk kuman,bakteria,toksin dan lain-lain. Oleh itu, penyembelihan cara Islam lebih bersih kerana darah yang mengandungi kesemua ini yang menyebabkan pelbagai penyakit telah dibuang.

3. Daging kekal segar untuk tempoh masa lebih lama.
Daging sembelihan cara Islam kekal segar lebih lama kerana pengurangan darah pada daging berbanding cara penyembelihan lain.

4. Haiwan tidak merasai kesakitan disembelih.
Keratan pantas salur darah pada leher menghentikan pengaliran darah ke saraf otak yang menyebabkan kesakitan. Oleh itu,haiwan tersebut tidak merasai kesakitan. Ketika hampir mati,haiwan itu meronta,menggeliang-geliut,menggeletar dan menendang bukan kerana sakit tetapi akibat penegangan dan pengenduran otot yang kekurangan darah dan akibat pengaliran keluar darah daripada badan.
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya