Wednesday, July 15, 2009

Jgn makan makanan yang dibuat oleh orang bukan muslim walaupun ia HALAL

Kalau barang-barang/bahan-bahan kering bolehlah kita beli dengan mereka sebab orang cina jual lebih murah daripada orang melayu tapi kalau beza 10sen dengan kedai melayu lebih baik beli kat orang melayu

ISLAM LIBERAL

ISLAM LIBERAL DALAM PETA PEMIKIRAN ISLAM SEMASA[1]
Oleh:
Dr. Mohd Farid Mohd Shahran

Pendahuluan


Friday, July 10, 2009

Haji Abdullah Tahir

Sesuai dengan kedudukannya,bumi pantai timur Malaysia telah melahirkan beberapa orang golongan ulama yang berjasa dan turut memperkayakan khazanah Islam di negara ini. Sebuah negeri yang melahirkan ramai ulama itu ialah Kelantan. Seorang daripada pahlawan ilmu yang pernah dilahirkan di Kelantan ialah Abdullah Tahir.

Menurut Yusoff Zaky Yacob,iaitu bekas pengarang majalah Dian,Abdullah Tahir lahir di Pangkalan Lesir,Kampung Sirih,Kota Bharu pada 20 Muharram 1315 bersamaan 20 Jun 1897. Kelantan pada masa itu diperintah oleh Almarhum Sultan Mansur yang terkenal sebagai sultan yang adil dan patuh menjalankan pemerintahan menurut lunas-lunas hukum syarak. Bagindalah Sultan Kelantan yang pertama mendisiplinkan rakyatnya supaya berpakaian sopan dan menutup aurat. Baginda telah memerintahkan tentera supaya berkawal di sepanjang jalan dan menangkap sesiapa sahaja yang didapati tidak memakai pakaian yang menutup aurat. Mereka yang ditangkap dikenakan denda,iaitu dipalitkan dengan cat hitam di badan mereka.

Bapa Abdullah Tahir berasal dari Kampung Cipa,daerah Sering,Kota Bharu. Abdullah Tahir telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang taat kepada agama Islam. Sejak muda lagi Haji Ahmad telah menaruh minat yang mendalam terhadap ilmu agama. Beliau telah membawa Abdullah Tahir pergi ke Mekah ketika berusia 2 tahun untuk menuntut ilmu. Di Mekah,Haji Ahmad berguru kepada ulama terkenal,termasuk Syeikh Mokhtar Attar. Dipercayai beliau juga berguru kepada Tok Kenali yang ketika itu diketahui sebagai alim di Mekah.

Pada tahun 1903,Haji Ahmadpulang ke tanah air bersama dengan anaknya. Abdullah Tahir yang ketika itu baru berusia 6 tahun. Beliau terus mengajar ilmu agama di Kampung Sirih,kemudian berpindah ke Bunut Payong. Sekembalinya ke tanah air,Abdullah Tahir lebih fasih berbahasa arab daripada bahasa melayu. Ini mungkin didorong oleh suasana sekeliling sewaktu beliau membesar di Mekah.

Haji Abdullah Tahir sebenarnya ialah murid Tok Kenali yang berjaya membuka pondok besar di Kelantan selepas pondok Tok Kenali dan pondok Masjid Kota Bharu. Madrasah Ahmadiyah Bunut Payong yang iasaskannya itu kekal dalam sejarah sebagai pusat pengajian Islam yang berkesan dalam perkembangan Islam di rantau ini.

Ramai tokoh,pemimpin,guru agama,kadi yang lahir daripada Madrasah Ahmadiyah. Madrasah ini memberikan khidmat bakti kepada saudara seagama di seluruh negara,khasnya di Kelantan,Kedah dan Pahang.

Sebilangan besar daripada golongan ulama di Tanah Melayu pada tahun 1930-an hingga 1950-an datangnya dari madrasah ini. Mereka sangat kaya dalam Ilmu Fiqh Syafi'iyah. Haji Abdullah Tahir sering tampil ke depan untuk mempertahankan aliran Fiqh itu dalam pergolakan khilafiyah yang berlaku pada zamannya. Selain pandangan yang terpat serta tajam ketika berbicara dengan penuh semangat.

Haji Abdullah Tahir mula belajar agama daripada bapanya. Pada tahun 1909,ketika berusia 12 tahun beliau telah belajar di Pondok Tok Kenali. Selain itu,beliau juga berguru kepada Haji Nik Abdul Rahman,seorang ahli sufi,pakar Al-Quran dan tulisan Arab. Beliau juga belajar Ilmu Fiqh daripada Haji Idris,iaitu seorang ahli Fiqh yang terkemuka.

Ketika berusia 22 tahun,beliau telah berkahwin dengan Hajah Cik Aminah Binti Datuk Encik Awang (Datuk Bentara Kiri). Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tiga orang anak,iaitu Hassan,Cik Aishah dan Cik Kalthom.

Haji Abdullah Tahir telah belajar di Pondok Tok Kenali selama 15 tahun dan kemudian pergi ke Mekah bersama adiknya,Haji Mokhtar untuk melanjutkan pengajian Fiqh. Di Mekah,beliau telah berguru dengan beberapa orang guru,termasuklah Syeikh Ali Maliki,Syeikh Said Yamani (bapa Syeikh Hassan Yamani-bekas Mufti Terengganu),Syeikh Mokhtar Attar dan Syeikh Muhammad Fatani.

Selepas 4 tahun,beliau kembali ke tanah air. Atas permintaan Haji Nik Mahmud Datuk Perdana Menteri Kelantan,beliau mengajar di Masjid Muhammadi (untuk melihat gambar Masjid ini,baca posting saya tentang Hari Raya Haji tahun lepas di sini) bersama Tok Kenali,Haji Yaakob Legor dan beberapa ulama lain.

Bersambung

Thursday, July 9, 2009

Islam disebarkan melalui mata pedang?

Bagaimana Islam dikatakan agama sejahtera sedangkan ia disebarkan melalui mata pedang?

Adalah suatu rungutan biasa di kalangan beberapa orang bukan Islam bahawa Islam tidak akan mempunyai jutaan pengikut di seluruh dunia,sekiranya penyebarannya tidak dilakukan dengan kekerasan. Fakta berikut akan menjelaskan bahawa jauh sekali daripada menggunakan mata pedang untuk menyebarkan Islam; kewujudan kebenaran,sebab yang munasabah dan logik adalah yang bertanggungjawab terhadap penyebaran pesat Islam.
1)Islam bererti kesejahteraan.
Islam berasal dari kata akar "salam" bermakna sejahtera. Ia juga bermaksud menyerahkan kehendak diri kepada Allah (S.W.T.). Oleh itu,Islam adalah agama kesejahteraan,diperoleh dengan menyerahkan kehendak diri kepada kehendak Yang Maha Pencipta,Allah (S.W.T.)

2)Kadang-kala kekerasan perlu untuk memelihara kesejahteraan. Bukan setiap dan semua manusia di dunia ini menyokong pemeliharaan kesejahteraan dan keharmonian. Terdapat ramai yang akan mengganggu kesejahteraan untuk kepentingan diri sendiri. Hanya kerana sebab ini,kita mempunyai polis yang menggunakan kekerasan terhadap penjenayah dan unsur antisosial untuk mempertahankan kesejahteraan negara. pada masa yang sam,Islam menggesa pengikutnya melawan sekiranya terdapat penindasan. Perjuangan menentang penindasan,kadang-kala memerlukan kekerasan. Dalam Islam,kekerasan hanya boleh digunakan untuk menggalakkan kesejahteraan dan keadilan.

3)Pandangan sejarawan De Lacy O'Leary.
Jawapan terbaik kepada tanggapan salah bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang diberikan oleh sejarawan terkemuka De Lacy O'Leary di dalam buku "Islam at the Cross Roads" (halaman 8) "Sejarah menunjukkan dengan jelas bahawa legenda umat Islam fanatik yang bergerak serata dunia dan memaksa kaumyang ditawan untuk memeluk Islam dengan cara kekerasan adalah sebenarnya salah satu mitos karut terhebat yang pernah diulangi oleh sejarawan".

4) Umat Islam memerintah Sepanyol selama 800 tahun.
Umat Islam memerintah Sepanyol lebih kurang 800 tahun. Umat Islam di Sepanyol tidak pernah menggunakan mata pedang untuk memaksa sesiapa menukar agama. Hanya kemudian,pejuang-pejuang Salib Kristian datang ke Sepanyol dan menghapuskan umat Islam. Tiada seorang pun umat islam di Sepanyol yang dapat melaungkan azan,iaitu seruan untuk solat,secara terbuka.

5)14 juta orang Arab adalah Kristian Koptik
Orang Islam merupakan pemerintah negara Arab selama 1400 tahun. Orang British memerintah selama beberapa tahun dan orang Perancis juga memerintah beberapa tahun. Secara keseluruhan,orang Islam memerintah Arab selama 1400 tahun. Sungguhpun demikian,pada hari ini,terdapat 14juta orang Arab yang merupakan Kristian Koptik iaitu Kristian sejak turun temurun. Jika orang Islam telah menggunakan mata pedang,pasti tiada seorang pun orang Arab yang masih beragama Kristian.

6)Terdapat lebih daripada 80% orang bukan Islam di India.
Orang Islam memerintah India lebih kurang seribu tahun. Jika mereka mahu,mereka mempunyai kuasa untuk mengislamkan setiap penduduk bukan Islam di India. Pada hari ini,lebih daripada 80% penduduk India adalah bukan Islam. Kesemua penduduk India yang bukan Islam pada hari ini adalah bukti Islam tidak dikembangkan menerusi mata pedang.

7)Indonesia dan Malaysia.
Indonesia merupakan negara yang mempunyai jumlah umat Islam paling ramai di dunia. Majoriti penduduk Malaysia adalah Islam. Pasukan tentera Islam manakah yang telah menyerang Indonesia dan Malaysia?

8)Pantai timur Afrika
Begitu juga,Islam tersebar luas di Pantai Timur Afrika. Mungkin ada yang bertanya lagi,sekiranya Islam disebarkan melalui mata pedang,pasukan tentera yang telah ke pantai Timur Afrika?

9)Thomas Carlyle.
Sejarawan terkemuka,Thomas Carlyle dalam bukunya "Heroes and Hero Worship" merujuk kepada tanggapan salah mengenai penyebaran Islam. "Sememangnya mata pedang,tetapi di manakah mata pedang itu diperoleh? Setiap pandangan baru,pada permulaannya,secara tepat adalah minoriti yang satu. Di dalam pemikiran seorang manusia sahaja. Dan ia kekal di situ. Satu insan sahaja daripada seluruh dunia mempercayai,hanya seorang manusia menentang seluruh manusia. Bahawa dia mengambil mata pedang dan cuba menyebarkannya,tidak banyak yang dapat dilakukan. Kamu mesti mendapatkan mata pedang kamu! Satu kesemuanya,sesuatu itu akan tersebar dengan sendirinya".

10)Tiada paksaan dalam beragama.
"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam);sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat..." (Al-Baqarah 2:256)

11)Pertambahan agama di dunia daripada 1934 sehingga 1984.
Satu rencana di dalam Reader's Digest 'Almanac',buku tahunan 1986 memberikan statistik pertambahan peratusan agama utama di dunia dalam tempoh setengah abad daripada tahun 1934 sehingga 1984. Rencana ini juga disiarkan di dalam majalah "The Plain Truth". Tempat teratas adalah Islam,dengan peningkatan sebanyak 235% dan agama Kristian hanya meningkat dengan kadar 47%. Mungkin ada yang bertanya,perang apakah yang berlaku pada abad ini yang berjaya mengislamkan jutaan manusia?

13)Islam adalah agama paling cepat berkembang di Amerika dan Eropah.
Jadi,mata pedang manakah yang memaksa orang-orang barat menerima Islam dalam jumlah yang sebegitu tinggi?

14)Dr. Joseph Adam Pearson.
Dr. Joseph Adam Pearson pernah berkata,"Mereka yang bimbang kuasa nuklear akan jatuh ke tangan orang Arab satu hari nanti,gagal menyedari bahawa "Bomb Islam" telahpun tersebar dan ia berlaku pada hari Nabi MUHAMMAD (s.a.w) dilahirkan.
Inilah hasil pertanyaan dan perbualanku dengan seorang Ustaz di JAKIM baru-baru ini, jika Imam masih rukuk dan kita baru menyertai jemaah solat itu maka kita masih dikira dalam rakaat yang sama dengan jemaah itu. Tetapi kalau imam itu dah sujud dan kita baru menyertai solat itu,maka kita kena buat ganti rakaat tersebut (maknanya apabila imam beri salam je maka kita kena bangun semula)

Rasulullah juga tidak menggalakkan kita terkejar-kejar solat itu (maknanya berlari-lari untuk mengejar solat berjemaah itu)

Thursday, July 2, 2009

Influenza A(H1N1)

1)Apakah itu penyakit Influenza A(H1N1)?
Influenza A(H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi,burung dan manusia.

2)Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini,sila rujuk laman web www.moh.gov.my dan www.who.int

3)Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema seperti demam,batuk,sakit kepala,sakit badan,sakit tekak,selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.

4)Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit,permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya,seseorang akan dijagkiti sama ada melalui pernafasan,melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

5)Pada masa ini,adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?
Tidak

6)Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?
-SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
-Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain,tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air.
-Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak menyentuh mata,hidung dan mulut.
-Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
-Jangan gunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain.

7)Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini. Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

8)Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?
-Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
-Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
-Elak menyentuh muka,khususnya hidung dan mukut untuk mencegah kemungkinan jangkitan.
-Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini,elakkan berada di tempat awam yang sesak.
-Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
-Amalkan cara hidup sihat. dapatkan tidur yang cukup,makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.

9)Adakah terdapat vaksin untuk melindungi diri daripada Influenza A(H1N1)?
Belum ada.

10)adakah vaksin baru akan dicipta?
Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu. Mengikut WHO,ini akan mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.

Wednesday, July 1, 2009

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya