Monday, November 30, 2009

Seminggu dua ini (bersama-sama adik-adik,keluarga saya&adik KPIJ)

Assalamu'alaikum,

Maaf kerana lama tidak mengemaskini blog ini kerana sibuk dengan pelbagai perkara dunia seminggu dua ini bermula dengan program Kem Motivasi, korban Hari Raya Eidul Adha dan peristiwa yang menimpa adik KPIJ saya. Saya tak nak menceritakan tentang Kem Motivasi ini, perjalanan Kem Motivasi boleh dibaca di blog fasilitator saya di sini. Agak mendukacitakan kem ini kerana kekurangan fasi dan urusetia yang kesemuanya turun ke Kem Jambori KPIJ di Batu Pahat dan pelawaan saya untuk mendapatkan fasi daripada KPIJ hambar. Undangan kepada PEPIAS pun hambar. Saya pun tak sangka boleh bertembung tarikh dengan Jambori ini kerana tarikh kem saya ini telah saya rancang awal-awal bulan September lepas. Mungkin salah saya tidak berbincang dulu dengan EXCO KPIJ.

Seusai daripada kem motivasi, saya dikejutkan dengan sms telefon daripada HEWI PKPIM yang mengatakan Cik Adibah telah mengalami kemalangan jalan raya setelah tamat Jambori. Berderau darah saya. Terkejut sungguh saya sebab kedua-dua tarikh program saya dan Jambori hampir sama. Jadi,semasa berada di JB pada masa yang sama kerana urusan keluarga, saya berkesempatan meluangkan masa melawat Adibah.

Hari pertama saya melawat Adibah (pada 27 Nov iaitu 2 hari selepas beliau dimasukkan ke hospital) setibanya saya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), JB ini (yang jarak perjalanannya hanya 10 ke 15 minit dari rumah), saya tidak berkesempatan berjumpa dengannya kerana beliau sedang dalam bilik pembedahan (dibawa dari bilik asalnya iaitu bilik ICU Utara di tingkat 2). Saya dapati tiada seorang pun rakannya atau ahli keluarganya yang berada menunggu di sana. Kemudian, saya menanti di luar bilik pembedahan (tingkat 1) sambil melihat para doktor keluar masuk bilik ini. Daripada pengamatan saya dapat meneka banyak pesakit dalam bilik ini (bilik bedah dilarang masuk). Selepas itu, saya berkesempatan bertanya dengan warden yang mengusung keluar masuk pesakit ke dalam bilik ini tentang di mana kedudukan Adibah. Beliau mengatakan Adibah berada dalam bilik ini dan keadaannya sedar, cuma perlu menjalani pembedahan di bahagian kaki. Setelah menanyakan keadaannya,saya berpuas hati sambil melihat jam di telefon menunjukkan waktu melawat tinggal kira-kira sejam lagi. Niat hati,saya ingin menatap Adibah sekejap je,dapat seminit dua pun jadilah untuk melihat keadaannya. Dalam pada menunggu, solat Asar dan mundar-mandir dalam HSA ini kemudian saya terserempak pula dengan adik-beradik Cik Sakinah Ali (Bendahari KPIJ). Lalu,kami pun berbual-bual sambil menunggu Adibah keluar daripada bilik bedah tersebut. Namun sehingga selepas masa melawat tamat, Adibah masih tidak diusung keluar lagi, maka kami mengambil keputusan untuk balik.

Keesokan harinya setibanya di HSA ini seperti biasa saya menanyakan di mana lokasi Adibah kerana nama beliau tiada di bilik ICU nya semalam. Rupa-rupanya Adibah telah dipindahkan ke Wad Ortopedik Perempuan di Tingkat 3. Setibanya, saya dapati Adibah dikelilingi oleh 2 orang ahli keluarganya dan seorang sahabatnya,Cik Faridah Mohd Tap (pertama kali berjumpanya setelah hanya melihatnya di alam maya). Ketika itu,Adibah sedang mengerang kesakitan “Ya Allah,sakit Ya Allah, Ya Allah,aku tak tahan...” macam inilah mirip ayat-ayatnya. Kesemua mereka cuba mententeramkan Adibah. Tak dapat. Akhirnya,jururawat datang mententeramkannya dan membetulkan kedudukan wayar yang berselerak di atas tangan Adibah. Selang beberapa minit kemudian, Adibah mengerang lagi dan akhirnya jururawat yang mententeramkannya seperti tadi. Saya tidak dapat menegurnya kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Dalam masa yang sama,saya berbual-bual dengan pakcik Adibah. Pakciknya seperti merungut mengatakan pembedahan ini berjalan lambat pada hari ketiga masuk hospital baru buat pembedahan. Saya memberitahunya biasanya apabila seseorang pesakit itu masuk hospital, beliau tidak boleh terus dibedah. Doktor pada mulanya akan memberinya sejenis ubat-ubatan dan pesakit itu mesti berpuasa sebelum dibedah. Pakciknya hanya mengiakan apa yang saya cakap.

Tetapi,mengenai kepala Adibah saya tidak berani cerita pada anda kerana saya pun dapat sumber-sumber maklumat yang kepalanya juga cedera.

Saya juga sempat berbual sekejap dengan Faridah bertanyakan bagaimana kemalangan ini boleh berlaku setelah Faridah berbual-bual dengan Kak Hasliza (HEWI KPIJ) menggunakan telefon bimbit.

Saya tidak dapat mengambil gambar di HSA ini kerana pihak HSA melarang menangkap gambar di dalam hospital.

Sekadar Gambar Hiasan

Apabila melihat keadaan Adibah, secara tak langsung pasti akan teringat keadaan saya dulu. Tapi rasanya saya dulu lebih teruk daripada Adibah ini. Izinkan saya menceritakan keadaan peristiwa yang menimpa saya dulu. Saya rasa sejak saya terlibat dengan NGO Islam ABIM,KPIJ,PKPIM dsb pada akhir tahun 2004 lalu,saya tak pernah menceritakan peristiwa saya ini kepada anda semua. Inilah kali pertama saya ingin menceritakan dalam alam maya ini. Peristiwa ini berlaku lebih kurang 15 tahun lalu semasa saya dalam Darjah 3 (tahun 1994) di mana saya sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sewaktu kemalangan itu,saya duduk depan dan tidak memakai tali pinggang lalu kepala saya terhantuk ke depan (laci dan cermin) sewaktu perlanggaran itu. Saya patah kaki kanan dan koma lebih 2 minggu. Jika ditakdirkan saya pergi selepas koma,tak jumpalah saya dengan anda dan alam fana ini lagi. Tapi takdir suratan telah menentukan saya hidup kembali selepas lebih 2 minggu saya koma. Saya tak nak cerita lagi. Cukuplah..., saya menitiskan air mata sewaktu menulis cerita ini. Semoga semua dapat manfaat daripada peristiwa silam saya ini.

Saya hanya berada di HSA ini kira-kira 20 minit je kerana ada komitmen dengan keluarga (mama menelofon saya) selepas itu. Saya bersalam dengan pakcik Adibah dan kemudian pergi setelah ramai lagi ahli keluarganya tiba. InsyaAllah pada hari minggu ini saya akan datang melawat Adibah lagi untuk melihat perkembangannya dan memberinya sedikit sokongan.

Wallahualam



Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.
Ya Allah ya tuhanku… Aku telah menzalimi diriku ini… Ampunilah hambamu ini.. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu ya Allah Teguh dan kuatkanlah iman diri hambamu ini ya Allah Aku pohon keampunan dari mu ya Allah Kau bukakanlah, kau terangkanlah dan kau sucikanlah hati hambamu ini Agar aku lebih mudah untuk menyerap segala petunjuk dan hidayahmu ya Allah Amin….
Ya Allah ya tuhanku… Aku telah menzalimi diriku ini… Ampunilah hambamu ini.. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu ya Allah Teguh dan kuatkanlah iman diri hambamu ini ya Allah Aku pohon keampunan dari mu ya Allah Kau bukakanlah, kau terangkanlah dan kau sucikanlah hati hambamu ini Agar aku lebih mudah untuk menyerap segala petunjuk dan hidayahmu ya Allah Amin….

Amin ya rabba al alamin.


Posting saya tentang korban (melapah dll) akan datang InsyaAllah...

Jika tidak dikenang sejarah,tiada nilailah kita pada hari ini
(Mantan EXCO '07-'09)
PEACE

Tuesday, November 17, 2009

Rokok

SEBUTLAH apa jua jenis penyakit yang bakal menyerang dan boleh meragut nyawa, semuanya tidak berkesan di hati perokok. Makin ditegah, makin banyak kempen kesedaran diadakan, semakin menjadi-jadi pula tabiat merokok yang kini mula menular di kalangan kanak-kanak sekolah rendah.

Kanser juga tidak digeruni perokok kerana kebanyakan kes berlaku pada perokok berumur 50 tahun ke atas. Jadi ia sukar memberi kesan di hati perokok muda yang menganggap perkara itu masih terlalu jauh untuk berlaku kepada mereka.

Namun, seperkara yang perlu diingat dan difahami betul-betul ialah, insiden kes kanser mula melanda pesakit muda.

Menariknya, sembilan daripada 10 jenis kanser paling popular bagi lelaki berpunca atau ada kaitan rapat dengan merokok.

Pengarah Eksekutif Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr Saunthari Somasundaram, berkata penggunaan tembakau (sama ada menghisap rokok, cerut atau paip) menyumbang 30 peratus kematian di kalangan pesakit kanser.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya ada 15 jenis kanser yang dikenal pasti berhubung rapat dengan tabiat merokok, antaranya barah paru-paru, mulut, tekak, buah pinggang, serviks, usus, perut, pankreas dan prostat.

Berita baiknya, dua pertiga daripada semua jenis kanser boleh dielakkan dan caranya sangat mudah, iaitu berhenti merokok. Statistik berdasarkan Persidangan Kawalan Tembakau Malaysia 2005 pada Mei lalu menunjukkan hampir 50 peratus lelaki Malaysia merokok dan jumlah ini adalah jauh jika dibandingkan dengan jumlah purata insiden merokok dunia (49 peratus) dan 39 peratus di negara membangun.

“Dianggarkan ada lapan juta perokok di Malaysia dan yang menyedihkan, 75 peratus mula merokok sebelum umur 20 tahun. Kini, umur perokok semakin muda dan ada kanak-kanak sekolah rendah juga mula merokok. Ini bermakna kebarangkalian mendapat kanser boleh berlaku lebih awal.

“Asap rokok mengambil masa panjang untuk menunjukkan keburukannya. Biasanya, keburukan ini muncul apabila umur menjangkau 50 tahun dan ini sebabnya ia tidak dapat menyedarkan perokok muda. Mereka anggap mereka muda dan perjalanan untuk dapat penyakit masih terlalu jauh,” katanya.

Rasanya semua orang tahu maklumat mengenai asap rokok yang mengandungi 4,000 bahan kimia berbahaya dan 60 daripadanya sangat beracun.

Antaranya Ammonia (bahan pencuci lantai), Aseton (bahan penanggal cat), Arsenik (racun anai-anai), Toluidine, Urethane, Toluena (Bahan Pelarut), Dibenzacridine, Fenol, Butana (bahan api pemetik api), Karbon Monoksida (gas beracun ekzos kereta), Polonium-210, DDT (racun makhluk perosak), Maetanol (bahan api roket), Kadmium (bahan dalam bateri kereta), Naftalena (ubat gegat), Dimethylnitrosamine, Pyrene dan Naphthylamine.

Selain itu, pengusaha memasukkan 60 jenis bahan untuk ‘menyedapkan’ rasa rokok, termasuk gula dan nikotin. Nikotin menyebabkan orang ketagih merokok dan kesannya jauh lebih berbahaya berbanding heroin.

Apabila anda merokok, asap rokok meresap masuk ke air liur dan semua sel dalam mulut. Apabila asap ditelan, semua racun tersebar ke semua sel laluan pernafasan sebelum berkumpul dalam paru-paru.

Air liur bertindak balas memecahkan komponen asap rokok sebelum meresap ke salur darah. Dari sini, bahan beracun dalam asap rokok merebak ke seluruh organ dalam badan.

Ini juga sebabnya seorang lelaki boleh secara tiba-tiba mengalami masalah kesuburan, mati pucuk atau mendapat kanser prostat yang semuanya menyerang dalam diam.

Asap rokok meracuni air liur yang menyebabkannya hilang manfaat asalnya. Akibatnya air liur bertukar kepada bahan yang boleh merosakkan sel dalam mulut dan menyebabkan gigi berlubang serta penyakit gusi.

Dr Saunthari berkata, merokok juga boleh memberi kesan negatif terhadap semua bahagian dalam sistem pencernaan yang menyebabkan masalah ulser dan pedih ulu hati.

Selain itu, asap rokok memusnahkan bahan antioksidan semula jadi dalam air liur dan ia menjadi perangsang kepada pembentukan kanser dalam mulut.

Perokok juga memerlukan lebih banyak vitamin C berbanding bukan perokok kerana kepekatan vitamin ini susut apabila merokok.

Perokok memerlukan 110 miligram vitamin C sehari (bagi wanita) dan 180 miligram bagi lelaki untuk kekal sihat.

“Semua hasil tembakau memberikan kesan buruk sama seperti rokok, walaupun ia tidak dibakar. Tidak benar dakwaan yang mengatakan hisap cerut kurang berbahaya berbanding rokok kerana kandungannya lebih kurang sama,” katanya.

Malah, ada kajian yang dilaporkan dalam American Journal of Epidemiology menunjukkan, mengurangkan bilangan rokok dihisap setiap hari tidak memberi perbezaan nyata dengan orang yang merokok 15 batang sehari jika dinilai berdasarkan risiko kematian.

Bagaimanapun, orang yang berhenti merokok boleh merendahkan risiko kematian sebanyak 35 peratus. Pun begitu, tidak ramai berdaya sampai ke peringkat ini, melainkan dengan kemahuan sendiri dan disertai semangat tinggi.

“Kebanyakan pesakit saya menyesali tindakan mereka. Untungnya penyakit mereka dapat dikesan awal dan masih boleh dirawat. Dalam keadaan ini, sudah terlambat untuk menyesal, tetapi hidup mesti diteruskan. Justeru, kami di NCSM lebih memberi tumpuan untuk menguatkan semangat mereka,” katanya.

Bekas pesakit kanser di NCSM kini menubuhkan kumpulan sokongan untuk memberi semangat kepada ahli kumpulan atau pesakit baru. Di sini mereka saling berkongsi pengalaman dan menyuntikkan kesedaran mengenai bahaya rokok kepada orang lain.

Sesiapa yang berminat menyertai kumpulan sokongan ini boleh datang ke ibu pejabat NCSM di Jalan Raja Muda Abdul Aziz pada jam 2 petang setiap Khamis minggu ketiga atau hubungi talian 03-26987300 bagi mendapatkan penerangan mengenai kanser.

DATA MENGENAI PEROKOKl:
Jangka hayat lebih pendek 14 tahun daripada bukan perokok.

Rokok penyebab utama kepada:

Penyakit jantung.

Bronkitis.

Strok.

Nafas berbau.

Gigi dan lidah bertukar warna.

Luka dalam mulut sukar sembuh.

Mengurangkan kepekaan deria rasa dan bau.

Melanosis (tisu badan menjadi hitam akibat penghasilan banyak melanin).

Masalah kerosakan gigi dan gusi.

Gingivitis kronik.

Ulser gingivitis.

Rokok penyebab utama kanser:

Paru-paru.

Larinks (peti suara).

Leukoplakia (tompok putih dalam mulut, boleh bertukar menjadi kanser).

Esofagus.

Perut.

Pankreas.

Leukemia.

Buah pinggang.

Usus.

Pundi kencing.

Rokok bertanggungjawab menyebabkan kematian akibat:

Kanser paru-paru.

Penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).

Sakit jantung.

Strok.





Tolong Forward atau Sebar Luaskan Untuk Kepentingan Islam Dan Umat Islam

Saturday, November 14, 2009

EPISTEMOLOGY AND AXIOLOGY IN ISLAM (sambungan)

Sambungan EPISTEMOLOGY AND AXIOLOGY IN ISLAM daripada episod yang lepas

The Knowledge Receiver:

Basically, there are numbers of group involved through the process of receiving the knowledge.

· The Rasul and Nabi ( Prophets )

Rasul is defined as a free man who received wahyu from Allah SWT and was ordered to diffuse to all man. But if the wahyu was meant for him and not to be diffused, he is known as Nabi. As example, Prophet Muhammad SAW was a prophet appointed by Allah SWT to diffuse the messages, which was brought by the early prophets through Quran.

Awlia (the Wali)

Wali is a gifted man and has the most devotion to Allah SWT apart from nabi and rasul who are sincerity in order to know and to get closer to Allah.

· Hukama (the ulama and intellectual)
Hukama can be defined as experts in knowledge that involves the ilmu fardhu 'ain (personal duty) and fardhu kifayah (general duty).

Allah says:
"if ye realise this not, ask those who possess the message " (al-Nahl:43)

Rasulullah saw said:

"you are to be a man with knowledge or a man that learns or listens and don't you ever become the fourth group (except the first three ) or else you'll be destroyed.

Allah says:

"Say are those equal, those who know and those who not know" (al-Zumar:9)

· The Public

They are majority of the society that received knowledge imparted by the early Rasul or Nabi, Awlia and Hukama. Rasulullah saw said:

"Those who wish for a perfect life in the presence must gain knowledge and those who are wishing for a happy hereafter too with knowledge and those who wish for both too with knowledge".

As a conclusion, there are number of sources in achievement hierarchy of knowledge. They are wahyu, as the prime source, ilham or the knowledge or laduni, senses or the knowledge or hissi and finally akal or rational. To be exact, Islam accept any source at all as long it brings knowledge and will benefit its follower .In order to impart the knowledge, there are rasul and nabi, awlia, hukuma and public who are responsible to ensure that it will spread widely.


Introduction to Axiology in Islam

Definition
Axiology derived from a Greek word, axios (price or value) and logos (logic or theory). Apart from that, it also means:

· A branch of philosophy dealing with values, i.e., ethics, aesthetics, and religion. Based on the Greek for "worth."

· The study of the nature of types of and criteria of values and of value judgements, especially in ethics (John Warfield)

· The general theory of value; the study of objects of interest. (Lotze)

BERSAMBUNG LAGI

Friday, November 13, 2009

Pesan

DIRIWAYATKAN, Rasulullah SAW. ada memberi pesan kepada anaknya, Fatimah mengenai cara terbaik melayan suami dan anak selain menjadi wanita dan isteri solehah:

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan buminya”.

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat”.
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat”.
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginy ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian”.
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya”.
“Wahai Fatimah, wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah SWT. akan memberi minum dia daripada air sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman –taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan daripada api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Syirat”.

Diriwayatkan, wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutup auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan engkau, jika engkau menyuruh ditaatinya suruhan engkau dan jika engkau berpergian, dijaga harta engkau dan dirinya).

Thursday, November 12, 2009

Fenomena

Dalam hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak,zina akan berleluasa,wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki”. (Bukhari dan Muslim)

Ia adalah satu topik menarik yang selalu dibincangkan dalam pelbagai forum iaitu seolah-olah kini nilai kelelakian semakin pupus sama ada dari segi bilangan mahupun tanggungjawab.

Mengapakah fenomena ini terjadi,apakah puncanya,dan bagaimanakah langkah terbaik untuk mengatasinya? Mungkin ramai yang beranggapan ia membawa maksud bertambahnya bilangan ‘lelaki lembut’ yang meniru gaya hidup wanita,seperti yang pernah dilaporkan di akhbar tempatan dewasa ini,atau semakin kurangnya bilangan lelaki di dunia pada masa ini.

Pada hakikatnya yang dimaksudkan ialah kurangnya lelaki yang menjalankan peranan mereka sebagai lelaki seperti yang diperintahkan Allah di dalam Al-Quran iaitu lelaki sebagai ‘qowwamun’(pelindung) kepada wanita. Allah berfirman di dalam Surah An Nisa’ ayat34:Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Lelaki mendapat dua bahagian lebih daripada kaum wanita dalam pembahagian harta pusaka,lelaki dikehendaki membayar mahar apabila berkahwin,lelaki dikehendaki menggauli isterinya dengan baik,lelaki juga diizinkan berpoligami hingga 4 orang isteri dengan syarat mampu berlaku adil. Mengapakah lelaki diberi kelebihan oleh Allah daripada wanita dalam banyak perkara? Jawapannya ialah kerana lelaki itu memimpin perempuan,bukan perempuan memimpin lelaki dan tidak pula sama kedudukannya. Lelaki memimpin wanita bukan sahaja berlaku pada manusia,bahkan pada haiwan. Lihatlah bagaiman haiwan jantan memimpin yang betina. Ambil contoh yang mudah ayam.

Maksud hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang daripada wanita dan yang lebih parah, 50 wanita hanya dijaga seorang lelaki.

Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita,sebaliknya mengeksploitasi, merogol dan menjadikan mereka sebagai alat melepaskan nafsu.

Saban hari dipaparkan di media massa mengenai moral atau akhlak masyarakat kita,khususnya orang Melayu Islam yang semakin hari semakin tenat. Peningkatan kes rogol,sumbang mahram,bunuh,samun,rompakan bersenjata,ragut wanita dan sebagainya jelas menunjukkan betapa hilangnya nilai serta peranan ramai lelaki di negara ini. Fenomena ini bukanlah merujuk kepada hilangnya sifat kelelakian kerana mereka bertukar jantina,tetapi disebabkan tidak menjalankan tugas sebagai lelaki yang sebenarnya sebagai pelindung kepada wanita,seperti di dalam Al-Quran dan hadis nabi.
Jika seseorang lelaki itu mempunyai sifat pelindung maka dia akan melihat wanita sebagai kelompok insan yang memerlukan perlindungan,dihormati,dijaga maruah mereka,tidak dikasari,tidak dieksploitasi,apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang mainan atau lebih teruk lagi umpama sehelai tisu. Pendek kata jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung,kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial.

Namun,wanita juga turut menyumbang kepada pelupusan sifat pelindung lelaki berikutan lantangnya suara sumbang golongan aktivis wanita yang ingin menyamaratakan taraf wanita dan lelaki tanpa menyedari risikonya. Merka juga galak menyeru kepada usaha dominasi wanita terhadap tugas yang selama ini dipegang kaum lelaki. Pada masa sama,semakin ramai pula wanita yang rela diri mereka dieksploitasi oleh lelaki yang mementingkan nafsu dan keuntungan material semata-mata,hingga wujudnya golongan Pelayan Pelanggan (GRO) atau pelacur yang dianggap bukan lagi suatu masalah dalam masyarakat.

Media massa berlumba-lumba menggunakan wanita untuk melariskan produk mereka. Apa logiknya wanita berpakaian ketat dan seksi berbaring di atas kereta baru yang hendak dilancarkan? Perkara seumpama ini tidak akan berlaku jika lelaki mempunyai sifat pelindung dan wanita pula menyedari mereka wajib dilindungi,bukan dieksploitasi atau diperalatkan untuk kepentingan duniawi.

Persoalannya,bagaimanakah caranya untuk menyedarkan kaum lelaki mengenai tugas mereka? Dalam hal ini,lelaki Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah dan kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita dengan lelaki sebagai pelindung martabat tersebut.

Jika lelaki Muslim sedar bahawa dia hamba Allah,maka dia wajib menurut perintah Allah. Jika ingin mengikuti perintah Allah,dia wajib patuh ajaran Al-Quran yang menyuruh lelaki menjadi pelindung kepada wanita dan mengikut contoh pelindung terbaik iaitu baginda Rasulullah SAW. Rasulullah tidak pernah menyakiti apatah lagi menganiaya dan menzalimi wanita,terutama isteri baginda sendiri. Baginda mengajar kita melindungi wanita yang menjadi sebahagian daripada unsur utama masyarakat Islam. Dengan mengikuti sunnah Baginda,seseorang lelaki itu akan sentiasa menjadi pelindung kepada wanita. Sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis:
Daripada Muawiyah b Haidah al Qusyairi bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suaminya. Baginda menjawab,jika engkau makan dia pun hendaklah diberi makan,jika engkau membuat pakaian,dia hendaklah diberi pakaian,kalau memukul jangan mukanya dipukul dan jangan dikatakan dia buruk. (Abu Daud)

Wednesday, November 11, 2009

Jemu

Walaupun saya belum membina masjid lagi,tapi saya ingin kongsikan juga dengan pembaca tentang blog sahabat ini

Assalamualaikum,
Satu perkahwinan, tak payah la tunggu 20-30 tahun untuk timbul rasa jemu. Kadang tu baru 3 tahun kawin pun boleh datang rasa jemu dan membuatkan rasa kasih sayang kita jadi jauh. Tu sebab kita perlu kreatif dalam satu perhubungan agar rasa jemu ni tak senang datang dalam hubungan kita suami isteri. Bila kita kreatif takde la lagi cerita laki aku gi cari pompuan lain, bini aku main sms dgn pakwe lama.. macam-macam ade kan…?

Terbaru kisah dua pupu saya. Actually saya tak rapat sangat la tapi still ingat zaman kitorg budak, dia la geng kamcing tapi mai umur banyak nih, ntah mana dia duduk pun saya tak ingat. Tapi arini, kalau org tya saya ingat la sbb baru lagi dapat maklumat ttg dia. Dia dalam linkungan umur saya kalau tua pun, tua setahun dua je. Dah ade anak sorang.

Apa yang kesiannya, suami dia dah berkahwin lagi. Kata mak dia, selepas kawin pun dia tanak lepaskan pupu saya ni so, diorg buat tuntutan di mahkamah. Dan sekarang pupu saya tu dah sah jadi ibu tunggal. Saya tumpang sedih dan kalau dengar cerita macam ni maunya 2-3 hari asyik teringat aje kat pupu saya ni dan terasa sangat nak menolong tapi apa nak buat pulak. Dah la lama tak contact boleh jadik 15 tahun dah agaknya. Tapi saya doakanlah dia semoga tabah dalam menghadapi liku hidup atau dalam bahasa canggihnya mehnah dan tribulasi…he he…baru belajar..

Sebetulnya, JEMU ni senang je nak buang. Jgn lakukan benda yang terlalu rutin. Kene variasi sikit barula kita tak mudah jemu. Benda yang kita variasikan pun jgn la diulang2 kang yang divariasikan pun kita jemu pulak. Kita hanya perlu lakukan kelainan sekali seminggu je, tak pun sekali dalam 2 minggu atau…sukati la.

• Jangan ada yang mengganggu
o Apa benda yang selalu ganggu kita ni? He he…nak kata anak2 kadang anak 2 dah cukup sporting dah kasik can kat parents untuk berdua-duaan. Well, tanpa kita sedari, tabiat kita yg suka tangguh keje adalah satu gangguan. Bila mana kita tak manage masa dengan baik, rumah bersepah, makanan tak masak, diri serabai yang suami asyik bertenet ngadap komputer utk abiskan keje pejabat di rumah. Takke ini mengganggu? Sepatutnya, kalau kita pandai bagi masa dgn baik, masalah ni takkan timbul. Cepat2 abiskan keje dan masa rehat, dah boleh bersandar dgn pasangan sama-sama
• Cari tempat perjumpaan rahsia
o Saya ada kata pada suami bestnya ye abg kalau kita dok kat PD ni, dia biasa la sengih aje. Tanah kat tepi pantai mahal katanya. Macam saya minat tepi pantai ni. Petang2 abis keje ke, kalau saya dok kat PD la, mesti saya nak dating kat situ. Mm, bg org yang duduk dekat dgn air terjun leh le lepak kat tepi air terjun. Pun best jugak kan? Kalau satu tempat tu takde air terjun dgn pantai mcm ne? ajak la pasangan ke kedai makan ke, koman2 pun takkan takde taman rekreasi.
• Sentuhan romantik
o Masa yang dapat kita dok berdua, picit2 la apa yg patut. Kalau kita pandai mengurut mungkin satu bonus, mana urat tegang boleh la tolong kendurkan. Mana yang sakit dijampi2kan. Sebenarnya urut ni masuk perkara kedua, yang penting belaian kasih sayang tu. Anak2 tengok pun suka sbb kita mak ayah ni romantik je.
• Bermain bersama
o Sekali sekala, kalau kat umah ade dam haji ke, catur ke…tak pun mcm kami laki bini beli reket badminton tu yang singgit dua just nak buat main sekali dua je. Ptg2, pulun main sampai berpeluh-peluh. Best gila…
• Suasana romantik
o Kalau kat dalam umah, saya cadangkan bilik kita laki bini mesti ala2 gelap dgn kaler cadar dan langsir yang lembut, ade bunga sikit…pagi2 saya suka spray bilik dgn minyak wangi suami saya..he he…nnt balik keje biasanya bilik tu still berbau sedap rasa bestnya lepak dalam bilik tu.
• Variasikan aktiviti
o Mcm yang saya kata mula tadi. Minggu ni kalau dah gi shopping, mgu depan gi la jogging pulak. Mgu lusa plak gi mancing ke…
• Jangan besarkan hal yang kecil
o Jgn besarkan hal yang kecik esp masalah yang ade sangkut paut dgn pasangan. Satu2 peristiwa sedih tu esp kalau dah selesai lupa2kan jelah. Kalau ingat sekalipun, jgn la diungkit2kan. Mmg luka meninggalkan parut tapi ada baiknya kalau kita tak besarkan parut sedia ada. Kalau kita hargai pasangan, pasti dia akan lebih2 lagi menyayangi kita especially bila kita terima kelemahan dia.
• Gunakan kelebihan diri
o Ha.. ingat tak apa yg ada pada diri kita yang membuatkan pasangan kita nak kan kita? Kalau pasangan tu nakkan kita sbb kita pandai masak, masakkanla yang sedap2. ulang balik ape yang dia suka kat kita dulu. Kalau sebab cakap lemah lembut, so, jgn la lepas kawin ckp mcm gorilla…tapi mcm mana ek kalau dulu laki kita nak kawin dgn kita tu sbb kita setuju dgn konsep poligami? Well, psikologi tu penting…belajo lah utk masa depan anda…he he
• Kasih sayang
o Penekanan kasih sayang dalam keluarga sangat penting. Bila kita ajar anak2 berkasih sayang, secara indirect kita akan memesrakan lagi hubungan kita suami isteri…cubalah… insya ALLAH…

Itu saje untuk kali ini…semoga ada manfaatnya…salam! !!

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
YM : sitisifir10
0199147161
sitisifir10@ yahoo.com
Jom borak di http://sitisifir10. blogspot. com/

Thursday, November 5, 2009

Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal
Attartuk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai
tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau
sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang
pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.
Oleh kerana tidak
tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga
seluruh istana
mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan,
mereka-mereka
yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan
diletakkan dalam
bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september
1938, beliau pengsan selama
48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau
hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam,tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar,mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

(dari copy and paste dari email sahabat)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya