Showing posts with label Muktamar. Show all posts
Showing posts with label Muktamar. Show all posts

Thursday, July 31, 2008

Muktamar Sanawi KPIJ kali ke-41

KPIJ telah mengadakan Muktamar Sanawi yang ke-41 pada 27 Julai 2008 bertempat di Taski/Tahfiz Al Firdaus Klang Selangor bermula pukul 11.30 pagi dan berakhir kira-kira 2.00 petang. Dalam Ucapan Dasar YDP KPIJ, saudara Abd Aziz Bin Ali mengangkat tajuk "Membina Jati Diri Pendakwah" yang pada hemat saya cukup praktikal yang menggariskan halatuju jiwa roh gerakan pendakwah. Beliau menyentuh pelbagai aspek antaranya menyoroti 50tahun gagasan dakwah KPIJ di persada dakwah, memugar gagasan perjuangan, senjata pendakwah, sirah nubuwah, cabaran strategi dan agenda bertindak. Pada akhir sesi, perlantikan pimpinan kanan KPIJ Pusat diumumkan seperti berikut:

YDP : ZAINUDIN BIN ZAKARIA

TYDP : ABDUL AZIZ BIN ALI

SUA : MOHAMMAD KHAIRULLAH B. MOHD ZAINUDIN

BENDAHARI : SHAKINAH BINTI ALI

EXCO : SUFFRI BIN ABDUL BASIR
SARAH AYU BINTI ABDUL RAHMAN
MOHD HAFIZ BIN MOHD DASAR
MUHAMMAD HAMKA BIN IDRIS
NOOR SYAZWANI BINTI AHMAD SHIHAB
MOHD AZAMUDDIN BIN AHMAT MISKAM
WAN MUHAMMAD FADLI (saya)
Mudah-mudahan dengan muhasabah ini, dapat memperkasakan usaha-usaha dakwah khususnya di negeri Johor ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi jutaan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan penganjur, sahabat-sahabat KPIJ, adik-adik dan sahabat-sahabat dari KPIJ kampus-kampus Lembah Klang, mantan KPIJ, rakan NGO dan rakan-rakan yang terlibat dalam menganjurkan Muktamar ini sama ada secara langsung atau tidak langsung serta yang hadir pada majlis ini dan PROJET '08 serta semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.

Allahu Akbar,
Allahu Akbar, Walillahilham.

Hanis (KPIJ UIAM Nilai) dan sahabatnya makan
Sempat lagi peace tu! sebelum makan

Control macho nampak

Solehah-solehah (Akhawat)

Amboi, celoteh apa tu! Ni yang jeles ni!

Bos (Aliemran, KPIJ UIAM Gombak) mengawal anak-anak buahnya (peserta)

Mesra-mesra lagi! Taaruf lagi

Control ayu lah tu

Pesta makan durian sampai kenyang bengkak

Bab tolong sisters ni, Khairullah rajin sungguh

Dah makan durian sambung makan ayam pulak

Senaman pagi dimulakan dengan bacaan Asma Ul Husna dan lagu "Hidup Biar Berjasa"

Senaman dimulakan dengan bacaan doa daripada saudara Khairullah (KPIJ UIAM Gombak)
Eh, turn siapa pula nak nyanyi ni?










Muktabirin dan muktabirat

SUA KPIJ Pusat '07/'08, saudara Zainudin Bin Zakaria

Ucapan dasar YDP KPIJ Pusat '07/'08, saudara Abdul Aziz Bin Ali

Pengerusi tetap (saya) sedang berucap, hormat sikit!

Barisan saf KPIJ Pusat sesi '07/'08

Ucapan pembubaran Jawatankuasa KPIJ Pusat sesi 2007/2008 daripada YDP KPIJ Pusat

Aku gila kuasa selepas pembubaran pimpinan saf KPIJ Pusat sesi '07/'08










Keluarga besar KPIJ

Friday, July 11, 2008

Muktamar Sanawi KPIJ kali ke-41 dan PROJET ‘08

Muktamar Sanawi KPIJ kali ke-41 dan PROJET ‘08
Assalamu'alaikum WBT.

Dijemput saudara / saudari pimpinan KPIJ Pusat, wakil PKPIM Pusat, wakil-wakil KPIJ kampus, gabungan kampus, ahli-ahli KPIJ dan semua hadir ke PROJET & Muktamar KPIJ. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 26 & 27 Julai 2008
Tempat : TASKI/Tahfiz Al Firdaus Klang
Penginapan : TASKI/Tahfiz Al Firdaus Klang
Kemudahan pengangkutan disediakan dari UKM, UM, Masjid Nilai dan Pusat Asasi UIAM PJ pada 26 Julai '08 ke tempat program
(Perjalanan kira-kira 1jam 15minit dari KL dan 2jam perjalanan dari Nilai ke tempat program)
Cara lain ke tempat prog ialah dengan menaiki bas Rapid KL nombor E4 (bayar RM3 sehala) di Stesen Pasar Seni dan berhenti di Terminal Bas Klang (dalam bandar diraja Klang). Kemudian, tel saya Cik Wan Fadli, 0177628025 untuk urusan pengambilan peserta dari Terminal Bas Klang ke tempat program

[ Nota* Stesen Pasar Seni ini terletak di Stesen Putra LRT Pasar Seni dan berdekatan dengan Terminal Bas Ekspres Puduraya (bagi peserta datang dari Johor @ selatan yg tidak biasa & tidak mahir di bandaraya KL ini dinasihatkan apabila anda sampai sahaja di Puduraya sila tanya orang di sekeliling kebanyakannya tahu di mana terletaknya Stesen Putra LRT Pasar Seni ini kerana jalan kaki ke sana hanya 5-10minit dari Puduraya. Jika masih tidak berani berjalan kaki dan membawa banyak muatan, disyorkan naik Star LRT di belakang Puduraya dan berhenti di Stesen Masjid Jamek. Kemudian, tukar naik Putra LRT ke Stesen LRT Pasar Seni.Kos & masa naik kedua-dua LRT ini kira-kira RM3 & lebih 10minit berbanding jalan kaki hanya 5-10minit dari Puduraya ke Stesen Putra LRT Pasar Seni). (Bagi mereka yang datang dengan kenderaan persendirian dari Selatan, sila hubungi saya dulu untuk perbincangan lanjut) ]
Bayaran program dan muktamar : RM5
Untuk maklumat lanjut hubungi 013-2229724 (Khairullah)
Bersama dengan ini, disertakan tentatif penuh untuk rujukan. Sebaik-baiknya, buat pendaftaran (hubungi no. tel Khairullah di atas) sebelum 22 Julai 2008 (Selasa). Sila maklumkan pada rakan-rakan. Inilah peluang untuk saudara / saudari mengenali KPIJ dengan lebih dekat dan tepat.

Tentatif
Sabtu (26 Julai 2008)
10.00 pg : Pendaftaran peserta & wakil-wakil kampus
10.30 : Sesi Penerangan dan Taklimat
Oleh : Sdr Mohammad Khairullah Bin Mohd Zainudin, TYDP KPIJ
11.00 pg : Slot1 Tak Kenal Maka Taaruf
Oleh : Sdr Sidek Bin Roslan, EXCO Pembina KPIJ
1.00 ptg : Makan tengahari / Solat Zohor
2.30ptg : Slot2 Latihan dalam Komuniti
Tema : Ukhuwwah
Oleh : Sdr Adlan, EXCO Latihan & Pembangunan PKPIM
4.30ptg : Solat Asar
5.30ptg : Riadah Berstruktur
Oleh : Sdr Mohd Hafiz Bin Mohd Dasar, NYDP KPIJ
6.30ptg : Makan malam / Kendiri
7.30mlm : Solat Maghrib / Al Ma’thurat / Kuliah Maghrib
Oleh : Sdr Hamka Bin Idris, EXCO Dakwah & Tarbiyah KPIJ
8.30mlm : Solat Isya’ berjemaah
9.00mlm : Slot 3 KPIJ & Akademi
Oleh : Sdr Zainudin Bin Zakaria, Setiausaha Agong KPIJ
Oleh : Sdr Muhammad Aliemran Bin Norasid, Mantan Amir KPIJ Kampus Pusat Asasi UIAM PJ
11.30mlm : Tadabbur Al Quran / Kembara mimpi

AHAD (27 Julai 2008)
5.00 pg : Qiamullail
5.30 pg : Solat Subuh / Al Ma’thurat / Kuliah Subuh
Oleh : Firdaus Bin Abd Hamid, NYDP2 KPIJ (Mahasiswa Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti Al-Azhar Kaherah Mesir)
7.00 pg : Sarapan Pagi / Kendiri
8.00 pg : Muktamar Sanawi KPIJ kali ke-41
Semua
12.00 tgh : Majlis Penutup & bertolak pulang

Alatan yang perlu dibawa : Pakaian formal [ Kemeja atau T-shirt berkolar (lelaki) dan Baju Kurung (perempuan) ], baju melayu&samping, pakain solat, pakaian Sukan (T-Shirt KPIJ sekiranya ada) / Pakaian sukan yang menutup aurat dan tidak ketat , alatan mandi, peralatan tidur, bantal, selimut
Sebarang pindaan akan dimaklumkan
(Nota* KPIJ=Kesatuan Pelajar Islam Johor ; PROJET=Program Jejak Darul Ta'zim)

Wednesday, June 4, 2008

Muktamar ABIM Selangor

Pada 18 Mei yang lepas aku bergegas menghadiri Muktamar Sanawi ABIM Selangor di Kompleks Belia Dan Kebudayaan Shah Alam, Seksyen7. Aku sampai di sana dalam pukul 10 pagi dan aku bersarapan pagi dulu bersama dengan 2 orang abang ABIMku di kedai bersebelahan kompleks itu sementara menanti program bermula. Program ini bermula kira-kira pukul 11 pagi dengan Pidato Harakyyi yang disampaikan oleh Prof Madya Hj. Shaharudin Bin Baharudin. Beliau membentangkan dan membuat analisis kemenangan BN di peringkat Nasional dengan 140 kerusi Parlimen. Tetapi kemenangan tanpa 2/3 majoriti. Buat pertama kalinya pembangkang berjaya menafikan 2/3 majoriti dengan 82kerusi (PKR-31, DAP-28, PAS-23). Gabungan pembangkang juga berjaya menubuhkan kerajaan di Kedah (PAS), Pulau Pinang (DAP), Perak (Campuran), Selangor (Campuran). Voting shift dalam tren pengundian Cina dengan 70-80% pergi kepada oposisi. Begitu juga dengan tren pengundian India di mana 80-90% undi pergi kepada oposisi atas isu Hindraf. Melayu dari segi tren pengundian masih lagi 50-50, namun ianya bergantung kepada lokaliti. Contohnya di Lembah Klang di mana pengundian Melayu melebihi 50% kepada oposisi. Bagi Cina – faktor menjurus kepada apa saja yang bukan BN. Isu penstrukturan semula ekonomi, ekonomi nasional (barang naik dan harga minyak), diskriminasi Melayu dan local government. India-semuanya atas layanan kerajaan kepada Hindraf dan kegagalan Samy Velu untuk menyelesaikan masalah India. Buat pertama kalinya Cina dan India sanggup untuk mengundi dan menyatakan sokongan terbuka kepada PAS. Aku tertarik apabila penceramah menyebut bahawa orang India sanggup mengakui “ Saya Orang India, Saya Hindu dan saya menyokong kepimpinan Ulama” kerana berlaku trend ramai orang India yang mengundi PAS. Selain itu, kerusi Melayu tidak berganjak malah bertambah di dalam Parlimen dan DUN. Contohnya kawasan majoriti Melayu yang diberikan pada parti komponen BN telah didapatkan semula atas PAS dan PKR. Contohnya Kota Raja, Hulu Selangor, Kuantan, Indera Mahkota, Teluk Kemang dan Bandar Tun Razak. Namun masalahnya kerusi Melayu berterabur ke dalam banyak parti (UMNO,PAS dan PKR). Di akhir pidato, beliau menyelitkan sepotong ayat Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Ali ‘Imran 3:27)
Selepas itu, program diteruskan dengan taklimat khas dari KDH. Wakil KDH melaporkan bahawa bilangan pelajar yang belajar di KDH sangat tenat sekarang iaitu hanya 290 orang daripada 400 orang. Baru-baru ini pelajar yang mendaftar hanya 12 orang. Salah satu faktor kekurangannya ialah promosi di mana promosi terhadap IPT KDH ini sangat kurang dan gagal akibat kita semua yang tidak sama-sama menggalakkan dan mempromosikan tentang kewujudan KDH ini. Kemudian program diteruskan dengan slot pengenalan dan pengisian Projek Kewangan ABIM 25 (PKA 25) yang merupakan projek khas yang diberi nafas baru oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Pengembelengan projek ini adalah bertujuan untuk memperkasa perjalanan dan gerak kerja ABIM seperti melengkapkan ABIM dengan sumber manusia terbaik,prasarana organisasi, saluran komunikasi penerbitan dan projek-projek khusus yang dirancang. Hal ini adalah selaras dengan fungsinya menerusi pendekatan PEMBELA, PRIHATIN dan PENDIDIK. Oleh itu, mekanisme PKA 25 telah disusun untuk memudahkan anggota dan individu yang menyokong perjuangan ABIM melakukan amal jariah. Sepanjang 36 tahun ABIM berada di tengah-tengah kancah masyarakat, ABIM masih mengekalkan peranan uniknya sebagai institusi umat yang mandiri setelah mendapat sokongan dan dokongan umat. ABIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan yang telah lama diberikan kepada institusi istimewa ini yang telah melahirkan ramai pejuang,aktivis sosial, pemimpin negara dan tokoh akademik dalam rakaman sejarah perjuangan agama,bangsa dan negara. Namun begitu, cabaran yang lebih rencam mendorong ABIM melakukan persedian secara lebih tersusun dalam memastikan jentera dan sumber manusia yang ada cukup kompeten untuk menggerakkan program dakwah,advokasi dan pendidikan untuk umat. Semua ini adalah sangat penting dalam membina masyarakat Islam untuk menghadapi cabaran politik, ekonomi dan sosial dewasa ini. ABIM menetapkan sasaran 1000 orang penyumbang menjelang Muktamar ABIM ke 37 nanti dan PKA 25 ini akan dilancarkan secara rasmi pada sambutan Muktamar ke 37 ini nanti. Berikut adalah maklumat ringkas berkenaan PKA 25. Apakah PKA 25?PKA 25 ialah nama kepada projek sumbangan dana oleh ahli ABIM secara tetap sebanyak RM 25 setiap bulan kepada tabung ABIM. Kenapa Saya Perlu Menyumbang?Sumbangan anda adalah satu bentuk amal jariah kepada masyarakat secara berkala dan konsisten. Program mendidik umat yang dijalankan oleh ABIM memerlukan usaha dan sumbangan dana secara berterusan daripada masyarakat.Bagaimanakah Saya Boleh Menyumbang?Anda boleh menyumbang melalui potongan terus daripada akaun yang telah dipersetujui secara Inter Bank Giro (IBG) . Anda boleh menyalurkan sumbangan anda kepada ABIM walaupun daripada institusi kewangan yang berbeza. Muktamar yang sebenarnya bermula kira-kira pukul 12 tengah hari dengan ucapan daripada YDP ABIM Selangor iaitu Hj. Shirajuddin Sirat. Beliau mengingatkan tentang visi dan misi ABIM, budaya ABIM, asas seorang Muslim iaitu aqidah,syariah dan akhlak, halatuju ABIM Selangor pada sesi tahun lepas, halatuju pada sesi 2008/2009 iaitu buat muhasabah diri dan gerakan,perkemaskan kaderisasi,pemantapan diri dan gerakan serta mengisi harapan umat. Kesimpulan ucapan beliau ialah kita perlu maksimimkan usaha, jangan dikesali qada Ilahi, tiada istilah kecewa dalam Islam dan akhirnya tawakkal kepada Allah. Kira-kira pukul 1 ialah waktu yang aku nantikan iaitu semasa pembubaran dan pengisytiharan jawatankuasa EXCO terkanan ABIM Selangor di mana En. Mohd Zawawi Ahmad Mughni telah dilantik menjadi YDP ABIM Selangor baru bagi sesi akan datang ini. Beliau merupakan TYDP kepada Hj. Shirajuddin Sirat pada sesi lepas. Aku sempat mengucapkan tahniah dan takziah kepada beberapa abang ini. Semoga mereka dapat menunaikan dan menjalankan amanah Allah ini dengan sesempurna yang boleh. Pada pukul 2.30 petang aku bergerak pulang bersama-sama dengan kedua-dua abangku tadi balik ke Serdang.
Persiapan terakhir
Para muktamirin muktabirat
Prof Madya Hj. Shaharudin Bin Baharudin
Ucapan dari KDH
Ucapan daripada wakil ABIM Pusat
Keadaan kompleks yang sunyi dan tenang
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya