Showing posts with label Panduan Islam. Show all posts
Showing posts with label Panduan Islam. Show all posts

Tuesday, September 16, 2008

Mencari Lailatul Qadr

Terdapat perbezaan pendapat tentang status surah al-Qadr sama ada Makkiyyah atau madniyyah. Ada pendapat menyatakan ia adalah surah pertama diturunkan di Madinah. Dalam kitab al-Itqan memilih pendapat yang menyatakan ia adalah makkiyyah. Maksud diturunkan adalah untuk menzahirkan al-Quran dari alam ghaib kepada dunia syahadah.

Dalam surah al-Qadr menegaskan bahawa al-Quran telah diturunkan dari

Tuesday, July 8, 2008

Istikharah

Solat Istikharah ialah solat yang disunahkan oleh setiap ummat islam, dalam menentukan pilihan dari beberapa pilihan yang diragukan (bimbang didalam memilih salah satu yang paling baik baginya). Dengan kata lain, Solat Istikharah ialah solat untuk meminta petunjuk daripada Allah S.W.T. untuk menentukan satu pilihan di antara beberapa pilihan yang tepat dan baik. Solat Istikharah ini boleh di tunaikan pada siang hari atau malam hari sebelum tidur.
Jumlah roka'at solat istikharah ialah sebanyak 2 roka'at, pada raka'at pertama sebaiknya sehabis membaca Surah Al-Fatihah hendaklah membaca Surah Al-Kafirun dan pada raka'at kedua membaca Surah Al-Ikhlas. Setelah selesai solat, berdoalah sebagaimana berikut : " Ya Allah, Ku mohon kepadaMu agar Engkau memilihkan mana yang terbaik buatku, dan aku memohon kepadaMu ketentuan dengan qudrahMu, dan aku memohon kepadaMu akan kurniaanMu yang agung, kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui sedang aku ini tidak mengetahui dan Engkaulah yang mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jika memang telah Engkau ketahui perkara ini ...................... baik bagiku dalam urusan agamaku, kehidupanku dan akibat perkaraku, maka takdirkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia untukku serta berkatilah di dalamnya untukku. Tetapi, jika Engkau ketahui bahawa perkara ini .................... buruk untukku dalam agama ku, kehidupanku dan akibat urusanku, maka hindarkanlah ia dariku jauhkanlah aku daripadanya, dan takdirkanlah sesuatu kebaikan untukku di mana saja, lalu redhoilah aku bersamanya".

Sunday, July 6, 2008

Fitnah

Fitnah adalah satu amalan negatif dan sangat mudah untuk disalahgunakan. Ia sering jadi senjata sesetengah pihak yang mungkar. Matlamatnya supaya golongan mungkar terus hidup segar dan berakar. Matlamatnya supaya penjunjung dan penegak kebenaran pula dilihat oleh masyarakat sebagai kelompok yang kotor dan tercemar.
Fitnah juga boleh dijadikan senjata oleh segelintir manusia yang sangat-sangat gila kuasa, gila takhta dan gila harta. Golongan seperti ini akan menggunakan fitnah ke atas sesiapa sahaja yang disifatkan boleh menghalang nafsu, kemungkaran dan kerakusan mereka.
Sebab itulah fitnah tidak memilih mangsa. Tidak peduli orang besar. Tidak peduli orang kecil. Sesiapa sahaja yang perlu disesah, disesahlah secara habis-habisan. Sesiapa sahaja yang perlu dibelasah, dibelasahlah sampai lunyai.
Lazimnya, seseorang individu yang lurus, ikhlas dan jujur jadi mangsa fitnah kerana kebenaran yang dijunjung dan ditegakkan olehnya boleh menjejaskan kelompok yang mungkar, tamak dan haloba. Seseorang individu yang lurus, ikhlas dan jujur juga jadi mangsa fitnah akibat hasad dengki, dendam, cemburu, iri hati, khianat, dan lain-lain sifat mazmumah yang sejenis dengannya. Inilah bahana fitnah. Akibat fitnah, seseorang individu yang tulus, ikhlas, dan jujur boleh ditukarkan menjadi seorang manusia yang berimej kotor, buruk dan tercemar. Seseorang yang sangat berjasa dan masih terus berjuang untuk menjunjung dan menegakkan kebenaran boleh dituduh dengan pelbagai celaan, hinaan, dan kata nista yang panjang berjela dan tak berpenghujung.
Bagaimanapun, kesan sesuatu fitnah bergantung kepada jenis saluran fitnahnya. Kalau fitnah itu disebarkan menerusi surat layang, maka tidak parahlah kesannya. Kalau fitnah itu disebarkan secara lisan, tak sejauh manalah kesannya. Tetapi, kalau fitnah itu disebarkan menerusi sutarkhabar atau internet, parahlah padahnya.
Media massa juga memainkan peranan penting kerana menyiarkan sesuatu berita yang tidak tahu di mana hujung pangkalnya yang akhirnya akan membawa kepada fitnah di kemudian hari. Cerita yang benar ditutup, tidak didedahkan serta dibongkarkan. Tetapi yang sebaliknya pula akan disiarkan. Ini semua untuk kepentingan duniawi pihak-pihak tertentu yang menaungi media-media massa ini dengan turut mempolitikkan medium ini.
Sebab itulah fitnah berbahaya kepada kelangsungan seseorang individu, seseorang pemimpin, sesuatu kerajaan, dan sesebuah negara yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Fitnah juga boleh menyebabkan kemerdekaan, kedaulatan dan integriti wilayah sesebuah negara-bangsa hancur dan musnah. Fitnah juga digunakan oleh orang yang kuat atau negara-negara kuasa besar ke atas orang yang lemah atau negara-negara yang lemah, mundur atau kelas ketiga.
Al-Quran ada menyebut, angkara fitnah adalah lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. Hadis Nabi pula ada menyatakan, fitnah itu empat puluh kali lebih buruk daripada berzina. Firman Tuhan dan hadis Nabi ini membuktikan, fitnah memfitnah adalah amalan keji. Fitnah memfitnah adalah dosa besar. Fitnah memfitnah boleh menyebabkan sesuatu masyarakat rosak. Fitnah memfitnah boleh menjadikan sesuatu organisasi jadi hancur lebur.
Tetapi, siapa yang peduli akan firman dan hadis seperti di atas? Orang bukan Islam seperti Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, mungkin tidak tahu mengenai hukum fitnah memfitnah. Sebab itu dia balun ikut suka hatinya sahaja. Dia balun Iraq cukup-cukup, semata-mata menerusi fitnah. Sebab itu juga dia sesah dan belasah Afghanistan habis-habisan sampai jadi padang jarak padang tekukur.
Tetapi, yang kita semua ni macam mana yang mengaku Islam? Bagaimana pula kepada mereka yang menjaja fitnah di kedai-kedai makan? Mereka yang menjaja fitnah di hotel-hotel lima bintang, di kota-kota besar, di pejabat persendirian, di pejabat-pejabat kerajaan, di Parlimen dan macam-macam lagi itu bagaimana? Segelintir individu yang menyebar fitnah menerusi internet bagaimana? Segelintir manusia yang bergelumang dengan fitnah di tahap atasan bagaimana?
Mereka semua orang Islam. Mereka semua tahu akan wujudnya firman Tuhan dan hadis Nabi ini mengenai fitnah. Tetapi, apakah halnya sehingga mereka terlalu ralit sangat dengan fitnah memfitnah? Apa sebab sampai mereka seolah-olah ketagih sangat dengan perbuatan memfitnah, menabur fitnah dan mendengar fitnah?
Begitulah hakikatnya fitnah. Dalam sesebuah parti siasah, fitnah adalah senjata tajam yang boleh menghakis maruah, merendahkan martabat dan membinasakan kerjaya seseorang ahli politik.
Ironinya, tukang fitnah tidak peduli akan firman Allah atau Hadis Nabi. Pihak yang menerima dan mendengar fitnah juga dengan sewenang-wenangnya mengulangi fitnah tersebut tanpa sedikit rasa bersalah atau berdosa. Kesannya, amalan fitnah memfitnah pun terus hidup hingga sekarang.

Tuesday, June 17, 2008

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besarertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allahsekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorangisteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukandalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya.Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakitihati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosadan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yangberdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yangtidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasadan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan puladalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yangditerima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hatiibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yangpaling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidakmeminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anaktersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnyaakan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagaibalasan dari Allah dibumi lagi.Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimanadua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yangseorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disaputerkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARIdia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksaoleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkananak2nya.Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu.Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBUmesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKANANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu jugadengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isterimeminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kitamempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan ceritaitu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dahtak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa inihendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yangmana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satumasyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNyadan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). SiSUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibuyang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan jugaisteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasamempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah ' mempunyai ' tetapiMESTI menggunakan dengan bijak.

Sunday, May 4, 2008

9 jenis anak syaitan

9 jenis anak setan..

Sebarkan pada rakan2 anda sebagai
peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu
hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.
Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi
pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang
yang tidak perlu.


2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap
Allah.


3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman
keras).


5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour
etc.


6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke
rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami
isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai
bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk
dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk(SCROLL DI BAWAH)..




10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar
Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an
pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.


11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton cerita hindustan, sampai masuk waktu
sembahyang,masih menyonggol depan tv.....kepala keluar tanduk, tak
sedar.......jadi lah hindusetan !!!



Untuk renungan dan amalan bersama ..

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah Dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.


Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.


Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami Dan terimalah segala ibadah Dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik Ra. Berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg IA tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, Dan siksa kubur itu benar, Dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum IA merasa Aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. Bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka IA hitam gelap, tidak pernah padam nyala Dan baranya.. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya
kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit Dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas Dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah Bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam Dan perhiasannya besi Dan minumannya air panas campur nanah Dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu Ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu Ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki Dan perempuan.'

Nabi s.a.w. Bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di Bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, Dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. Serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis Dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. Sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat
bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali Dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku Dan sangat sedihku, apakah Ada seorang dari ummat Ku yang akan masuk ke
dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.. masuk ke dalam rumahnya Dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali Dan tidak berbicara dengan orang Dan bila sembahyang selalu menangis Dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..



SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT
KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku
berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak
melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu ini disebarkan lagi bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Wednesday, April 30, 2008

Faham jihad dan peperangan

AGAMA Islam dengan jelas berusaha untuk mendirikan tamadun, namun sesungguhnya sepanjang sejarah, bahkan dewasa ini melihat kepada peristiwa-peristiwa semasa, kekeliruan penganut-penganut agama Islam sering kali membawa kepada peperangan dan keganasan.
Mereka itu bukanlah yang pertama yang menyalahtafsirkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. atau menyalahgunakan akidah mereka demi sebab-sebab yang mulia kononnya. Agama Kristian tidak juga terlepas daripada golongan dan kumpulan yang menyalahgunakan agamanya sendiri, tetapi media Barat kelihatan seolah-olah mentafsirkan bahawa agama Islam sendiri pada asasnya, bertanggungjawab menghidupkan keganasan dan perselisihan yang dilaporkan oleh sejarawan dan wartawan mereka. Mereka ini sering kali merujuk kepada istilah 'jihad’ yang ditakrifkan secara harfi supaya membawa maksud ‘perang suci’. Mereka menggunakan perkataan ini untuk menjelaskan tindakan golongan malahid, yakni yang menyimpang dari landasan kebenaran, tetapi mereka tidak pernah sama sekali berusaha menjelaskan faham ini dengan lebih lanjut. Kitab al-Quran menetapkan garis panduan akhlak bagi umat Islam, suatu usaha yang jelas demi membangunkan masyarakat yang baik. Tatalaku akhlaqiah ini merujuk kepada insane di peringkat jasmani dan juga rohani.
Semenjak zaman yang dikenali sebagai 'Renaissance’, umat Islam terbelenggu dengan kesulitan. Bermula dengan Pasitan Sepanyol dan Andalusia sehinggalah pembunuhan kejam etnik di Bosnia dan Chechnya, umat Islam terpaksa menahan penindasan puak penjajah, dan dari segi ekonomi serta ketenteraan. Melalui saluran media cetak dan sebagainya, agama Islam telah diberikan gambaran buruk berasaskan pandangan umum masyarakat; gambaran buruk ini pada asasnya disebabkan kejahilan, salah tafsir dan salah faham pihak siasah, media, masyarakat awam dan juga pada sesuatu keadaan atau peringkat; mereka yang dirujuk sebagai sarjana dan alim ulama. Istilah yang sering kali diguna pakai dan dihubungkaitkan dengan amalan zalim orang-orang tertentu, yang mendakwa mereka mengamalkan kezaliman tersebut di atas nama agama Islam, ialah istilah 'jihad’. Kepentingan faham istilah 'jihad’ memainkan peranan yang penting dalam rukyat Islami. Namun demikian, apakah sebenarnya maksud bagi istilah yang diguna pakai dengan begitu meluas dewasa ini?
Istilah 'jihad’ lazimnya disalahtafsirkan sebagai membawa maksud perang suci, yang seterusnya membawa erti keganasan dan pertumpahan darah. Walau bagaimanapun, dalam ruang lingkup Islami, dan dalam maksud harfinya, istilah ‘jihad’ membawa maksud ‘usaha yang bersungguh-sungguh’ – usaha yang diamalkan seseorang dengan sepenuh daya upayanya demi pencapaian suatu matlamat yang tulus. Ini merupakan suatu usaha yang bersifat aman damai, yang tidak sama sekali berunsurkan keganasan dan kezaliman. Pada hakikatnya istilah betul dan yang membawa maksud peperangan ialah istilah ‘qital’ dan ‘harb’. Hatta istilah pertama, yakni istilah ‘qital’ membawa maksud yang merujuk kepada mempertahankan diri, manakala istilah yang kedua, 'harb’ membawa maksud yang merujuk lebih kepada kezaliman ganas.
Takrif
Merujuk kepada takrif agama Islam dan ditafsirkan melalui kitab al-Quran, tiada sebarang bentuk ‘qital’ mahupun 'harb’ yang dianggap suci dalam apa jua keadaan sekalipun. Pada hakikatnya, keseluruhan nas kitab al-Quran dan agama Islam berkisar faham keamanan. Ramai yang tidak mengetahui atau memahami bahawa istilah ‘Islam’ juga merupakan istilah yang berkongsi kata akar dengan istilah ‘salam’ yang membawa maksud keamanan atau kesejahteraan. Bagi agama Islam, harb adalah tidak suci; dan dengan yang demikian, istilah ‘jihad’ mustahil membawa maksud perang suci. Terdapat waktu-waktu tertentu di mana perang diharuskan, dibenarkan, dan hatta dalam sesetengah keadaan, diterima. Namun, ianya mustahil dianggap suci. Perang hanya diterima sekiranya matlamatnya adalah untuk menegakkan keadilan. Dengan kata-kata lain, matlamat perang dalam keadaan yang dihuraikan tadi bertujuan mencari keadilan. Malahan, dalam perang, pihak musuh mesti dilayan secara adil. Sekiranya kemenangan dicapai dalam mana-mana peperangan demi menegakkan keadilan, maka harus dipastikan tiada unsur-unsur kezaliman, penindasan, pengabdian atau ketidakadilan terhadap pihak musuh atau rakyatnya. Demikian juga tiada wujud kawalan ke atas sumber-sumber kekayaan negaranya, rakyatnya atau kerajaan jajahan. Pemisahan rakyatnya dan juga perbuatan mendorong tindakan beradu antara sesama mereka juga dilarang. Keadilan dan kebebasan mesti ditegakkan. Kerjasama dan penerimaan kebudayaan lain serta rakyatnya juga adalah wajib.
Sebilangan ulama, ahli siasah dan sarjana Eropah, khususnya sejarawan, mempercayai bahawa penyebaran Islam, atau penerimaan agama Islam dilakukan berasaskan pedang disebabkan penyalah tafsiran mereka terhadap faham istilah ‘jihad’. Mereka juga mempercayai bahawa rakyat yang ditawan dipaksa supaya memilih sama ada memeluk agama Islam, bayaran cukai kepala kepada pemerintah Islami (jizyah) atau dibunuh. Mereka sebenarnya keliru akan dua faham, iaitu fath (liberation) dan jihad, yang difahami oleh mereka sebagai membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun, kekeliruan mereka ini adalah batil dan zalim sekiranya ditakrif dari segi sejarah.
Pada hakikatnya, pemelukan agama Islam yang berasaskan paksaan jarang-jarang sekali berlaku. Penakluk-penakluk Muslim lazimnya berhasrat menyebarkan seruan agama Islam dan mereka ternyata berusaha menguasai akal fikiran pemeluk agama Islam dan tidak pula memaksa mereka tersebut. Selain itu, jelas bahawa kebanyakan mereka yang memeluk agama Islam disedari mereka secara sukarela.
Istilah 'jihad’ dalam maksudnya yang meluas yang membawa maksud usaha yang gigih dan bersungguhsungguh tidak semestinya membawa kepada faham peperangan atau pertempuran. Ini adalah kerana usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh fi sabil illah dapat diusahakan melalui jalan yang aman lagi adil dan bukannya ganas dan zalim. Faham jihad seharusnya boleh dianggap sebagai satu bentuk dakwah yang boleh diamalkan melalui saluran hikmah, akliah dan mantiqiah dan bukannya melalui saluran ganas menggunakan pedang atau ‘pujukan’ secara bersenjata.
Ayat-ayat Makki al-Quran yang awal, sebahagian besarnya menekankan saluran aman, di mana junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w.) dalam melaksanakan peranan Baginda sebagai Rasul Allah, berpuas hati sekadar memberi amaran kepada kaumnya perihal menyembah berhala-berhala dan menjemput mereka agar menyembah Allah, Tuhan yang Esa. Dalam ayat-ayat Madani pula, istilah jihad diguna pakai supaya membawa maksud usaha gigih dan bersungguh-sungguh. Tiada sebarang keraguan bahawa dalam ayat-ayat berkenaan, faham jihad tidak sama sekali membawa maksud peperangan dan pertempuran sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah yang menggelar diri mereka ulama, sarjana, atau sebagaimana yang dipercayai oleh sebilangan kecil umat Muslim sendiri.
Ahli fuqaha telah membezakan empat kaedah yang membolehkan seseorang yang beriman melaksanakan tanggungjawab jihadnya, iaitu sama ada dengan hatinya, percakapannya ataupun mantiqnya, amalannya, dan melalui pedang (iaitu dengan matlamat mempertahankan dirinya daripada kezaliman). Kaedah yang pertama berkaitan dengan usaha menentang godaan iblis dan usaha menyelamatkan diri daripada waswas dan hasutannya yang mendorong nafsu manusia agar melakukan kejahatan. Jihad sebegini ditakrifkan sebagai jihad al-nafs. Bagi Nabi Muhammad (s.a.w.), ianya ditakrifkan sebagai jihad yang termulia. Kaedah yang kedua dan ketiga dilaksanakan sebahagian besarnya dengan menyuruh amalan kebaikan secara adil dan memperbetulkan kebatilan melalui saluran ilmu. Seterusnya ianya ditakrifkan sebagai jihad al-‘ilm. Kaedah keempat membawa maksud qital, yakni peperangan demi pertahanan diri, dan ia berkaitan dengan usaha memerangi musuh agama. Dalam hal ini, umat Muslimin dipertanggungjawabkan untuk mengorbankan harta benda dan nyawa mereka.
Antara sebab utama yang memberi kesan terhadap faham peperangan dan salah tafsir terhadap faham jihad ialah, apabila kumpulan manusia yang berbeza-beza memeluk agama Islam sepanjang sejarah dan mereka membawa bersama-sama dengan mereka unsur-unsur tradisi mereka berkenaan peperangan. Boleh dikatakan bahawa sekurang-kurangnya mereka mentafsirkan doktrin undang-undang Islami berkenaan peperangan dan jihad berdasarkan unsur-unsur tradisi dan pengalaman peribadi mereka sendiri. Tambahan pula, dalam masyarakat Muslim yang telah lama wujud, peristiwa-peristiwa zaman bersejarah tertentu mungkin menyumbang kepada pengubahsuaian kepada faham hadir mereka terhadap peperangan, meskipun ianya tidak memberikan kesan yang besar terhadap faham-faham syarii berkaitan dengan faham peperangan.

Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas ialah
Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM).
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya