Showing posts with label Pedoman. Show all posts
Showing posts with label Pedoman. Show all posts

Monday, September 8, 2008

MAYAT TAK REPUT


Maha Suci Allah, Tuhan Pentadbir dan Pemelihara Sekelian Alam. Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 yang lalu di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang. Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987 (17 tahun yang lalu) dan arwah meninggalkan seorang isteri dan 4orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi. Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar)dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan Pondok Madrasah Khairiah Islamiah diPokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu. Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya. Saya sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas. Kubur bersebelahan yang telah dikorek itu adalah untuk mak saudara yang meninggal pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang melihat mayat yang nampak sekerat badan sahaja dan sekerat lagi ditimbus tanah. Mayatnya macam baru ditanam semalam dan daging danmuscle-muscle tangan dan kaki masih macam fresh lagi. Disebabkan malam sebelum tu hujan lebat, kain kapan mayat basah dan melekat di badan, so bolehlah nampak clear bentuk tubuh badan. Kain kapannya pun tak reput langsung cuma kotor sebab kesan dari tanah yang sedang dikorek. Hinggakan kain bantal kepala yang diisi dengan tanah pun masih elok lagi. Kalau dilihat pada gambar yang dilampirkan, di bahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah. Mayat arwah disimpan tidak menggunakan keranda dan kain kapannya adalah kain biasa sahaja, nothing special or expensive. Kita bagaimana pula keadaanya di kubur nanti? Janji Allah tetap benar. Allah akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih. wallahua'lam

Sumber :ktt.neon

Friday, July 4, 2008

Taubat Si Penabur Fitnah

Saad bin Abi Waqash pernah diangkat sebagai Amir di kota Kufah. Dia telah menjalankan pemerintahan dengan bijak, adil dan baik. Walaupun demikian ada di kalangan manusia yang tidak suka kepadanya telah menabur fitnah dan mengadu kepada Amirul Mukminin Umar bin Khattab ra. Untuk mengetahui dari perkara yang sebenarnya, Khalifah telah menghantar seorang penyiasat ke Kufah. Orang ini pergi dari satu masjid ke masjid lainnya untuk menanyakan hal Saad kepada rakyat Kufah. Semua orang yang ditanya, tidak ada yang mengatakan sesuatu tentang Saad kecuali baik.
Pada akhirnya utusan Khalifah sampai ke sebuah masjid yang di situ terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Saadah. Lelaki ini mengatakan bahawa Saad bin Abi Waqash tidak membahagi secara adil, tidak ikut ke medan pertempuran dan tidak adil dalam memutuskan sesuatu perkara.
Apabila Saad mendengar tentang fitnah yang ditaburkan oleh lelaki itu, dia berdoa kepada Allah SWT. “Ya Allah, jika sekiranya orang itu berkata dengan bohong, maka panjangkanlah usianya, panjangkan kefakirannya dan timpakan beberapa fitnah kepadanya.”
Ibnu Umair yang menceritakan kisah ini berkata: “Aku melihat lelaki itu dalam keadaan yang sangat tua sehingga bulu alisnya sampai menutup matanya kerana ketuaan. Hidupnya dalam keadaan fakir.”
Bila dikatakan kepadanya: “Bagaimanakah keadaanmu?”
Dia menjawab: “Aku telah menjadi orang yang terlalu tua dan menderita. Aku telah terkena doa Saad, oleh kerana itu, aku bertaubat kepada Allah, untuk tidak mengulangi lagi perbuatanku yang suka memfitnah itu.”

Taubat Para Askar
Pada suatu hari Syeikh Baqan sedang berada di tepi sungai. Tiba-tiba sebuah perahu yang memuat sekumpulan tentera lalu di sungai itu. Di dalam perahu tersebut banyak terdapat arak dan benda-benda terlarang lainnya. Syeikh yang berada di tebing sungai tahu akan barang-barang terlarang yang ada di dalam perahu itu dengan kasyafnya.
“Wahai pahlawan! Bertakwalah kamu kepada Allah dan naiklah engkau ke darat!” teriak Syeikh Baqan.
Akan tetapi orang-orang yang ada di dalam perahu itu tidak memperdulikan seruan itu, bahkan menoleh pun tidak. Melihat kedegilan mereka, Syeikh Baqan berseru kepada sungai: “Wahai sungai yang tunduk kepada Allah! Berilah pembalasan terhadap orang-orang jahat itu.”
Tiba-tiba air sungai bergelora menghempas perahu mereka sehingga hampir saja karam. Pada saat itu mereka memohon maaf kepada Syeikh Baqan dan menyatakan taubatnya. Mereka betul-betul menyesal dan air sungai kembali tenang seperti sebelumnya sehingga mereka turun dengan selamat. Sejak itulah mereka sering berziarah ke rumah Syeikh Baqan.

Taubat Seorang Pegawai Tinggi
Sari As-Saqati bercerita bahawa pada suatu hari dia sedang memberi arahan di sebuah masjid jamik. Tiba-tiba datang seorang pemuda dengan pakaian yang mewah dan dikawal oleh beberapa orang pengiring. Dia duduk di masjid itu dan mendengarkan syarahan. Ketika itu Sari berkata: “Adalah suatu keajaiban bagi orang yang sangat lemah berani menentang orang yang sangat kuat.”
Wajah si pemuda berubah sebaik saja mendengar ucapan Sari, dan terus pulang. Keesokan harinya Sari mengajar lagi sebagaimana biasa. Pemuda yang semalam datang dengan berpakaian mewah, sekarang hanya memakai pakaian biasa dan tanpa pengawal.
“Wahai tuan guru! Apakah maksud perkataan tuan yang semalam itu?” tanya orang muda itu kepada Sari.
“Tidak ada yang lebih kuat selain Allah, dan tidak ada yang lebih lemah selain manusia. Akan tetapi manusia berani menentang Allah dengan bermaksiat kepadaNya. Bukankah itu suatu keajaiban?” Jawab Sari.
Pemuda itu tertunduk mengingatkan dosa-dosa yang telah dilakukannya, kemudian dia pulang dengan seribu tanda tanya di hatinya, apakah Allah mahu mengampunkan dosa-dosa yang pernah dilakukannya itu? Apakah Allah akan menerima taubatnya? Keesokan harinya dia telah datang lagi kepada Sari.
“Wahai tuan Sari! Tunjukkan kepada saya jalan menuju Allah,” kata pemuda itu.
“Ada dua cara untuk sampai kepada Allah. Yang pertama dengan mengerjakan semua yang terkandung di dalam Al-Quran, yakni solat, zakat, puasa, haji dan lain-lain pekerjaan. Yang kedua dengan cara meninggalkan segala-galanya selain Allah, kemudian dia tidak tinggal melainkan hanya di masjid atau di tempat-tempat yang sunyi dengan menghabiskan masa untuk beribadah kepada Allah.”
“Kalau begitu, aku tidak akan menempuh melainkan jalan yang lebih dekat,” kata pemuda itu.
Selepas berkata demikian, pemuda itupun keluar menuju padang pasir dan menghabiskan masanya untuk beribadah kepada Allah serta memohon ampun atas segala dosa yang pernah ia lakukan.
Beberapa hari kemudian orang-orang dari istana sibuk mencari Setiausaha Kerajaan yang tidak pulang ke istana. Orang yang mengetahui dia mendengarkan syarahan Sari As-Saqati, datang dan bertanya kepadanya.
“Tuan guru Sari tahukah tuan kemana perginya pemuda yang datang ke sini beberapa hari yang lalu?”
“Aku tidak tahu, melainkan ada seorang pemuda sifatnya begini dan begitu,” jawab Sari.
“Dia itulah Ahmad bin Yazid, Setiausaha Kerajaan ini,” jawab mereka.
Sari As-Saqati menerangkan bahawa si pemuda telah memilih jalan pintas menuju Allah. Dia sekarang tengah beribadah, diharap pihak istana jangan risau.
Sementara ibu si pemuda itu agak kecewa kerana gara-gara Sari As-Saqati anaknya telah meninggalkan jawatannya sebagai orang kanan kerajaan dan menjadi seorang sufi.
Apabila pemuda itu datang, Sari segera memberitahukan kepada keluarganya. Merekapun datang. Si ibu menangis melihat keadaan anaknya yang hidup glamour itu tiba-tiba memakai baju kasar dan buruk sebagaimana biasanya seorang sufi. Mereka cuba memujuk si pemuda agar meneruskan pekerjaannya lagi, namun dia sudah tidak mahu.
“Engkau telah tergamak membuatku menjadi janda dan anak kita menjadi yatim padahal engkau masih hidup,” kata isteri lelaki itu. “Bawalah anak ini ke mana engkau pergi.”
Lelaki itu lalu menanggalkan pakaian mewah anaknya dan ditukarnya dengan pakaian kasar seperti seorang darwisy. Melihat itu, si ibu langsung menyambar anaknya dan menanggalkan baju kasar di badannya, lalu digantikannya dengan baju istana. Kemudian mereka meninggalkan Setiausaha Kerajaan yang telah menjadi Darwisy itu masuk ke hutan belantara.
Beberapa hari kemudian ada orang datang kepada Sari memberitahukan bahawa bekas Setiusaha Kerajaan itu sedang terbaring di atas tanah perkuburan dan meminta tuan guru Sari agar datang ke sana. Sesampainya di sana, Sari mendapati pemuda itu sedang nazak di atas tanah.
“Tuan datang agak lambat,” kata pemuda itu kepada Sari. Selepas menyebut Kalimah Tauhid, pemuda itupun meninggal dunia.
Sari As-Saqati segera pulang untuk memberitahukan orang ramai dan mengambil alat-alat pengkebumian, tapi sesampainya di tengah jalan dia telah berjumpa dengan orang ramai lengkap membawa alat-alat untuk penyelenggaraan jenazah. Mereka mendakwa telah mendengar suara bahawa Setiusaha Kerajaan telah meninggal dunia sebagai hamba yang dicintai Allah.

Taubat Gabenor yang Zalim
Diceritakan bahawa di masa hidup Sayyidah Nafisah ada seorang gabenor zalim yang suka menyeksa rakyatnya tanpa alasan yang munasabah. Suatu hari dia telah memerintahkan kepada beberapa orang pegawainya agar menangkap seorang yang dikehendaki untuk diseksanya.
Mendengar dirinya akan ditangkap, orang yang dikehendaki itu lari ke rumah Sayyidah Nafisah minta perlindungan dan ja-minan. Bagaimanapun petugas gabenor dapat mengesannya. Orang yang dikehendaki ketakutan apabila petugas gabenor datang untuk menangkapnya.
“Insya Allah setelah engkau menghadapnya, engkau akan dibebaskan. Pergilah jangan takut, semoga Allah akan menghijab kamu dari penglihatan orang-orang yang zalim,” kata Sayyidah Nafisah kepada orang yang akan dizalimi.
Maka pergilah lelaki itu bersama orang-orang gabenor yang zalim sehingga sampai di istana. Para petugas yang mengawalnya membawa lelaki itu ke hadapan gabenor yang sedang duduk di balai penghadapan.
“Mana orang yang saya suruh tangkap itu?” tanya gabenor kepada para petugas.
“Yang berdiri di hadapanmu itulah,” jawab mereka.
“Betul Mana? Aku tidak nampakpun,” kata gabenor kebingungan.
“Ini dia tuan, takkan tidak nampak,” kata mereka lagi.
“Sungguh aku tidak melihatnya,” kata si gabenor. “Pelik betul, apa yang terjadi dengan dia?”
Sebelum dibawa ke sini, dia telah pergi ke rumah Sayyidah Nafisah dan memohon doa. Lalu beliau berdoa: “Semoga Allah menghijab kamu dari penglihatan orang-orang yang zalim.” Kata para petugas memberikan keterangan.
“Masya Allah kalau begitu aku memang zalim. Apakan jadi kalau semua orang yang teraniaya dihijab oleh Allah dari penglihatanku?” kata gabenor. “Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu.”
Gabenor kelihatan sangat menyesal dan takut, lalu dibukanya tutup kepalanya. Kerana dia telah betul-betul bertaubat, tiba-tiba dia melihat lelaki yang dikehendakinya berdiri tegap di hadapannya. Dia meminta maaf dan mengecup kepala lelaki itu. Lalu dikeluarkannya beberapa helai baju yang bagus dan sejumlah wang dan diberikannya kepada lelaki itu sebagai rasa syukurnya. Selepas itu gabenor yang telah bertaubat itu mengeluarkan sejumlah hartanya lagi dan disedekahkannya kepada fakir miskin. Dia juga mengantar utusan kepada Sayyidah Nafisah dengan membawa wang seratus ribu dirham untuk diberikan kepada beliau.
Wang itu diterima oleh Sayyidah Nafisah lalu dibukanya ketika itu dan dibahagi-bahagikan kepada orang lain yang memerlukannya sehingga habis.
“Wahai Sayyidah Nafisah! Seandainya engkau tinggalkan sedikit wang untuk membeli buka puasa kita, kan baik,” kata perempuan-perempuan sufi yang ada di sekitarnya.
“Ambillah benang yang telah kupintal dengan tanganku sendiri dan jual. Hasilnya belikan makanan untuk buka kita.” Kata Sayyidah.
Pergilah perempuan itu menjual benang hasil pintalan tangan Sayyidah Nafisah yang mulia itu, dan hasilnya dibelikan makanan untuk berbuka puasa mereka. Dengan demikian, Sayyidah Nafisah tidak mengambil sedikitpun wang yang diberikan oleh gabenor.

Monday, May 5, 2008

KEAJAIBAN LAUNGAN AZAN

Keajaiban Laungan Azan
Ungu – Andai Ku Tahu

Wednesday, April 30, 2008

Untuk renungan bersama

Salam, tulisan ni saya copy and paste dari blog http://alzinki.blogspot.com/ untuk renungan kita bersama


Untuk renungan bersama ......
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. 'Kakak ni sakit,' kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
'Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital,' kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, 'Kenapa kakak menangis?' 'Mazlan.. kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.'
'Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?' tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, 'Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,' katanya tersedu-sedan.'Habis yang kakak pergi haji ini?''Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.''Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?' tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, 'Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.'Betul ke kak?' tanya saya, terkejut.
'Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.'
'Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.' tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, 'Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. ' sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. 'Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. 'Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.'
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. 'Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.'
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
'Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha,' katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
'Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke...' tegur saya.
'Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.' menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
'Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat.'
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, 'Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.'
'Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah...'
'Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.'
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa 'Oh.... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal...' itu dah terlambat.REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGANWAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT....'
Posted by al.zinki at 10:46 PM

Elak Budaya Melampau

Umat Islam perlu merenung dan mengkaji setiap peristiwa yang berlaku dalam negara mereka. Pertumpahan darah dan rusuhan yang wujud dalam negara Islam adalah berpunca daripada sikap dan mentaliti umat Islam sendiri dalam mengendalikan hal ehwal kemasyarakatan dan kenegaraan.
Umat Islam perlu mengkaji kelemahan diri dan menunjukkan sikap keterbukaan dalam hal ehwal politik dan kemasyarakatan.
Sikap terlalu takut untuk menghadapi kritikan menyebabkan umat Islam menjadi fanatik dalam tindak-tanduk mereka. Fanatik bukan hanya diamalkan oleh golongan pelampau agama malah ia juga merupakan amalan kepada ahli-ahli politik yang terlalu rakus kepada kuasa dan kedudukan. Kerakusan dalam kekuasaan dan kedudukan menyebabkan umat Islam buta melihat realiti kehidupan seharian mereka.
Dalam konteks negara Islam masa kini kebanyakan ahli politik lebih cenderung kepada perjuangan untuk merebut kuasa dan kedudukan bukan untuk menstabilkan kedudukan politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Bagi golongan yang memegang kuasa, sikap rakus terhadap kebendaan menyebabkan mereka menggunakan kuasa dengan sepuas-puasnya mengaut kekayaan negara untuk diri mereka tanpa memikirkan hak dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Sikap fanatik golongan yang tamak ini boleh dilihat secara jelas oleh masyarakat apabila mereka berselisih sesama sendiri kerana berebut kekayaan negara.
Sepatutnya ahli-ahli politik yang mempunyai sikap yang tamak sebegini perlu disingkir oleh pucuk pimpinan negara kerana mereka tidak menunaikan amanah kerajaan. Sikap dan mentaliti mereka yang terlalu tamak boleh menyebabkan rakyat menjadi resah dan gelisah kerana mereka terpinggir daripada pembangunan negara.
Sikap terlalu berlembut dengan ahli-ahli politik yang bertuhankan kebendaan dan pangkat bukan sahaja boleh menjatuhkan imej kerajaan malah ia boleh menyebabkan kebencian dan kemarahan. Sepatutnya pucuk pimpinan negara perlu mengawasi setiap ahli-ahli politik yang dilantik secara sulit supaya tipu helah mereka tidak mengaburkan pandangannya mengenai keperibadian ahli-ahli politiknya.
Apabila ahli-ahli politik menyedari bahwa tindak-tanduk mereka berada dalam pengawasan pihak berwibawa maka mereka akan menunjukkan sikap yang jujur dalam perkhidmatan sebagai wakil masyarakat. Mereka akan menjadi orang yang berani menghadapi kritikan dan cabaran daripada pihak tertentu kerana tidak ada sebarang rahsia berkaitan dengan kelemahan mereka.
Sikap dan ketelusan mereka dalam kepimpinan merupakan benteng pertahanan yang kukuh yang sukar untuk dipatah oleh pihak lawan kerana kebenaran, kejujuran, pengorbanan dan keterbukaan dapat disaksikan oleh berjuta orang penduduk dalam negara. Mereka tidak akan menjadi orang yang fanatik apabila berhadapan dengan pihak lawan kerana mereka mampu untuk menampilkan diri sebagai orang yang gagah mempertahankan kebenaran dan maruah negara dan agama.
Perjuangan yang berbentuk fanatik sering berhadapan dengan kebuntuan kerana terlalu takut untuk kehilangan kuasa atau terlalu marah sehingga sanggup melakukan sesuatu yang boleh merugikan negara dan agama. Sikap fanatik begini merupakan lumrah kepada dunia Islam masa kini.
Dalam suasana umat Islam mengalami permasalahan sikap dan perjuangan yang lebih mirip kepada perebutan kuasa dan kedudukan maka ketika ini kekuatan umat Islam diuji dalam pelbagai cara oleh musuh-musuh Islam. Dalam keadaan begini umat Islam perlu membuka mata dan melihat siapakah di antara mereka yang benar-benar memperjuangkan Islam dan negara. Ketika ini umat Islam perlu merujuk kepada kitab al-Quran dan hadis berkaitan dengan hal ehwal kepimpinan dan pentadbiran negara.
Apabila ayat-ayat al-Quran dan hadis dijadikan sebagai panduan dan cara untuk berpolitik dan berjuang maka tidak ada seorang pun umat Islam yang akan berkompromi dengan golongan yang boleh meruntuhkan kewibawaan dan perlembagaan negara Islam demi untuk merebut kuasa dan kedudukan.
Perjuangan dalam Islam tidak berteraskan kepada kuasa dan kedudukan tetapi ia berasaskan kepada keadilan, kesedaran dan kecintaan untuk membangun dan memakmurkan negara sebagai satu bukti keagungan Islam. Hakikatnya, hari ini pertarungan politik sesama umat Islam boleh diibaratkan sebagai satu cara untuk menjadikan diri sebagai orang yang agung dan ternama.
Hasil daripada sikap dan tingkah laku begini mereka lupa dan leka terhadap disiplin dan peraturan-peraturan berkaitan dengan politik dan kepimpinan negara. Suasana begini jelas dipertontonkan kepada masyarakat sehingga membangkitkan semangat wira di kalangan golongan tertentu untuk memperjuangkan hak yang bertentangan dengan Perlembagaan negara.
Apabila wujud suasana begini umat Islam perlu bangkit dan buka minda melihat golongan politik manakah yang paling fanatik dalam perebutan kuasa sehingga boleh menggugat keselamatan negara dan maruah agama. Umat Islam perlu tegas dalam pemilihan pimpinan negara kerana kesilapan dalam pemilihan menyebabkan umat Islam hilang maruah agama dan negara.
Pucuk pimpinan negara perlu tegas dan teliti dalam pemilihan wakil rakyat supaya hasrat dan harapan beliau untuk membangunkan dan mengagihkan kekayaan negara kepada keseluruhan rakyat dalam negara ini dilaksanakan oleh ahli-ahli politiknya secara jujur dan telus. Kegagalan dalam kepimpinan dan kecuaian dalam tugas sebagai wakil rakyat merupakan faktor utama yang boleh menyemarakkan kemarahan dan kebencian rakyat.
Rakyat di negara ini perlu bijak dalam pemilihan pemimpin negara. Sistem demokrasi perlu dijadikan sebagai satu cara untuk memberi peluang kepada rakyat memilih siapakah yang layak mewakili mereka dan mampu untuk memperjuangkan hak mereka. Setiap wakil rakyat yang gagal dalam perkhidmatan perlu disingkir daripada jawatan tersebut melalui pilihan raya.
Pilihan raya adalah satu cara yang paling baik untuk mengajar ahli-ahli politik erti kepimpinan dan pentadbiran dalam Islam. Kekalkan keamanan, persiapkan diri dengan kelengkapan dan senjata pilihan raya. Tumbangkan setiap ahli politik yang kecundang tanpa mengira ahli politik manakah mereka itu.
Usah menyemarakkan semangat penentangan di tengah jalan raya kerana ia menakutkan rakyat pelbagai agama dan bangsa. Gunakan strategi yang bijak untuk meyakinkan rakyat tentang kebenaran dan kepimpinan.
Oleh itu jadikan Malaysia sebuah negara maju dan mengamalkan demokrasi yang bebas bersuara supaya setiap golongan merasai bahwa mereka mempunyai hak dan bebas untuk berbuat demikian. Kerajaan yang kukuh kedudukan tidak akan gentar apabila dicabar dan dikritik secara terbuka kerana rakyat menjadi saksi ketelusan dan ketekunan para pemimpin dalam menerajui negara.
* DR. SAODAH ABD.RAHMAN ialah pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Monday, April 14, 2008

Runtuhnya Islam kerana amalan dan akhlak penganutnya

Kalau dibanding antara Islam yang ada di bumi umat Islam dan Islam yang berada di bumi orang bukan Islam majoritinya seperti di sebahagian negara Eropah, kita akan dapat lihat seolah-olah Islam memang wujud dalam segenap aspek kehidupan seperti kebersihan persekitaran, tandas awam, peraturan jalan raya yang dipatuhi undang-undang dan sebagainya, di mana yang mengamalkannya adalah mereka yang bukan beragama Islam. -->-->
Tetapi apabila kita menjenguk beberapa negara umat Islam khususnya di timur tengah, kita akan dapati seolah-olah kehidupan secara Islam telah lama mati angkara pemerintah yang kurang prihatin terhadap persoalan tersebut, atau dengan perkataan lain mereka tidak bersungguh-sungguh untuk melihat Islam itu memerintah negara.
Segala ideologi dan pemikiran Barat dijadikan rujukan utama negara, dan memperjuangkannya sampai ke peringkat akar umbi. Hal ini begitu ketara sehingga aspek pendidikan, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya tidak dipadankan dengan tuntutan agama Islam.
Umat Islam hari ini amat berbangga dengan menonjolkan identiti diri dengan kehidupan ala barat dalam segenap aktiviti hidup mereka.
Pengasingan cara hidup orang Islam daripada Islam adalah salah satu faktor lahirnya insan-insan yang sumbang gerak-lakunya , ini adalah kerana pengajaran Islam bukanlah menjadi faktor utama hidup mereka.
Setiap anak sejak dilahirkan, ibu bapanya mempertaruhkan nasibnya kepada Allah selaku Pencipta supaya anaknya selamat, ini dapat dilihat dari pelaksanaan syariat azan dan iqomat pada kedua-dua telinga anak, bertujuan supaya si anak itu mempunyai hubungan dengan Tuhannya.
Tidak cukup dengan itu, Islam mengajar kita supaya memahami konsep ibadat solat serta falsafah pelaksanaanya, bermula dengan surah al-Fatehah yang menjadi rukun dalam solat, ia mempunyai mesej tersendiri untuk melahirkan insan muslim yang hanya takut kepada Allah SWT.
Tetapi apabila dirujuk kepada kehidupan orang Islam hari ini, menggambarkan bahawa mereka bagaikan tiada hubungan dengan Islam pada sebahagian tuntutannya.
Apa yang pernah ditegah oleh nabi s.a.w 1429 tahun yang lalu muncul kembali, lelaki muslim berpakaian seperti wanita, sebaliknya wanita muslimah bagaikan lelaki dan banyak lagi, menggambarkan realiti umat Islam yang tidak boleh menjadi contoh kepada yang lain.
Fenomena ini berlanjutan dan memberi kesan negatif kepada semua pihak, samada peringkat golongan pemerintah, karyawan, pekerja, ibu-bapa, golongan pelajar dan sebagainya.
Jelas sekali kehidupan secara tidak Islam telah menguasai cara bertutur, berfikir, berkomunikasi, berpolitik, berkeluarga, berumah-tangga, berekonomi dan banyak lagi termasuklah bidang hiburan yang mendapat tempat dalam masyarakat.
Aspek hiburan yang sudah banyak lari konsepnya dari apa yang diketengahkan oleh Islam, ianya tidak ditegur oleh pihak berkuasa khususnya pada "dress code" para artis. Gambar-gambar mereka yang mendedahkan aurat memenuhi ruang akhbar, gambar kulit majalah, tv dan sebagainya tanpa segan silu, mereka dianggap idola oleh sesetengah pihak.
Kadang-kadang gelagat mereka memperlihatkan kecetekan ilmu agama yang tidak sepatutnya ditonjolkan buat tatapan umum. Ini dapat dilihat dalam persembahan para artis menerusi konsert yang sekali dipandang menyerupai artis-artis barat iaitu dari segi pakaian, watak dan sebagainya yang tidak melambangkan insan yang bertamadun.
Sekiranya hal ini berpanjangan, dikhuatiri masyarakat bukan Islam menilai bahawa Islam juga membenarkan umatnya berhibur secara keterlaluan, dan secara tidak langsung menyumbang kepada tidak minat mereka kepada Islam, kerana tidak ada perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.
Justeru pihak berkuasa mestilah memainkan peranan penting bagi memastikan agar anak-anak muda yang menceburi bidang hiburan ini diasah dengan kefahaman Islam yang betul, supaya matlamat hidup mereka menepati tujuan asal penciptaan mereka.
Apabila Islam dijadikan sandaran hidup setiap muslim dengan segala kesungguhan, pasti bumi yang dipijak ini akan menaungi manusia dengan hukuman yang seadil-adilnya. - mks.

Sunday, April 13, 2008

Ummah kena maju (berilmu) elak isu penghinaan

TUDUHAN sebagai pengganas, fundamentalis, militan, radikal, bukanlah gelaran yang baru bagi umat Islam. Namun, akibat daripada kejadian 11 September 2001 gelaran itu semakin ketara. Dunia antarabangsa seolah-olah melihat keganasan begitu sinonim dengan Islam sehinggakan mereka menerbitkan filem mengaitkan ayat suci al-Quran yang disunting mengikut kehendak mereka dengan tindakan keganasan yang didakwa dilakukan umat Islam, termasuk serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat. Dengan perkataan lain, apabila wujud aktiviti keganasan maka ia langsung ditujukan kepada orang Islam. Begitulah juga apabila disebut orang Islam, maka terbayang di fikiran mereka sebagai sebuah kelompok masyarakat yang ganas, kejam serta sentiasa mengancam keselamatan mereka.
Mereka menganggap al-Quran dan umat Islam sebagai sumber segala keganasan. Walaupun penafian sudah dibuat oleh tokoh dan pemimpin Islam, umat Islam terus dipersalahkan. Selain itu, Islam juga sentiasa dikaitkan dengan imej kemunduran ekonomi, kemiskinan, kelemahan pentadbiran dan kegawatan sistem budaya masyarakat. Kadang kala orientasi berita ataupun plot filem Barat seolah-olah menggambarkan Islamlah punca segala keburukan itu. Dengan itu, bagi mereka Islam perlu dibenci dan tiada tempat dalam kehidupan moden. Keadaan sebenarnya amat berbeza sama sekali. Islam memusuhi kemunduran. Oleh itu, awal-awal lagi Islam menyeru umatnya supaya menuntut ilmu.

Firman Allah yang bermaksud: "Adakah sama orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang yang tidak mengetahui (tidak berilmu)." (Surah al-Zumar, ayat 9) Dalam pada itu, Islam menggesa umatnya membangunkan diri, negara, tidak melakukan kerosakan (mengganas) dan berusaha mencapai kebahagiaan di dunia mahupun akhirat. Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan carilah apa yang sudah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu membuat kerosakan di (muka) bumi." (Surah al-Qasas, ayat 77) Sebenarnya, punca kemunduran umat dan negara Islam disebabkan ajaran Islam yang betul tidak diamalkan. Terlalu banyak ajaran Islam yang disalah tafsirkan oleh mereka yang berkepentingan dan kemudian ia diamalkan sebagai ajaran Islam.
Keadaan ini menimbulkan pelbagai masalah di kalangan umat Islam seperti penolakan tuntutan menuntut ilmu dan mengabaikan teknologi moden. Maka dengan itu umat Islam mundur, mudah ditindas dan gagal menghadapi cabaran hidup era teknologi industri serta teknologi maklumat. Sumber rujukan utama bagi penganut Islam ialah kitab suci al-Quran dan hadis. Ramai pengikut yang mempercayai ajaran daripada kedua-kedua sumber utama ini, tetapi malangnya mereka tidak berusaha mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Sebenarnya keadaan ini juga membawa kemunduran kepada umat dan negara Islam. Apabila ajaran agama tidak dipraktikkan maka kemunduran bukanlah disebabkan oleh agama Islam itu, tetapi sikap umat Islam sendiri. Antara punca lain Barat memandang serong terhadap Islam ialah kerana kebenaran Islam tidak pernah ditonjolkan oleh media Barat. Sebaliknya, Islam dipersalahkan dan masyarakat Barat memandang rendah terhadap kedudukan Islam serta penganutnya. Tidak cukup dengan itu, Islam disempitkan kepada masyarakat Arab saja. Bagi mereka Islam itu masyarakat Arab dan masyarakat Arab adalah Islam. Maklumat bahawa Islam itu melewati batasan bangsa Arab tidak disebarkan oleh media Barat. Dalam pada itu, media Barat juga sering memaparkan imej Islam itu menggalakkan keganasan. Tindak balas penduduk Palestin yang diceroboh dan dihalau dari negara mereka dilabelkan sebagai pengganas yang wajar diburu; dimusnahkan penempatan mereka; ditangkap; dipenjara dan dibunuh. Sebarang kerugian dan kecelakaan di pihak Israel sengaja diperbesarkan hingga menimbulkan simpati dunia terutama dunia Barat. Mereka sama sekali tidak memberitahu bahawa tindakan pejuang Palestin itu adalah tindak balas mempertahankan diri dan hak mereka daripada tindakan ganas tidak adil terhadap umat Islam Palestin. Apa yang mereka lakukan adalah sah daripada segi undang-undang antarabangsa, iaitu mempertahankan diri apabila diserang. Lagipun, keganasan sebenarnya bukanlah membabitkan orang Islam saja, malah ia berlaku juga di Eropah. Kebencian terhadap Islam yang dipupuk melalui imej tadi mempengaruhi masyarakat umum sehinggakan timbul sikap prasangka terhadap penganut Islam. Keadaan itu jelas berlaku terhadap kelompok masyarakat Islam di sesetengah negara yang mempunyai majoriti penduduk bukan Islam. Di Perancis, Turki dan Singapura misalnya, cara orang Islam berpakaian dijadikan isu besar sehinggakan ahli politik di peringkat nasional perlu membuat peraturan tertentu bagi menghalang kebebasan penganut Islam mengamalkan cara hidup budaya mereka. Adalah sesuatu yang menimbulkan tanda tanya jika masyarakat yang kononnya mengamalkan kebebasan individu, sistem demokrasi dan kepentingan hak asasi manusia melakukan perkara sebaliknya. Bagaimanapun sikap tidak bertolak ansur mereka itu cuba dipertahankan melalui sikap prasangka buruk dan kebencian terhadap Islam. Apa yang perlu difahami ialah penganut Islam seperti juga kelompok masyarakat lain yang mana kehidupan mereka mengikut budaya dan tradisi turut dipengaruhi ajaran agama dianuti. Cara dan amalan hidup mereka mungkin tersendiri dalam beberapa hal, tetapi asalkan cara hidup itu tidak mengancam keselamatan dan kestabilan golongan masyarakat lain, maka tiada sebarang sebab untuk memusuhi dan memerangi umat Islam. Berhubung tuduhan Islam sebagai pengganas, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2002 di Coolum menegaskan: "Malaysia tidak suka dengan tuduhan keganasan itu Islam." Tegas beliau lagi, "Malaysia sama sekali tidak meletakkan keganasan hanya kepada Islam." Malaysia adalah sebuah negara dengan penduduk berbilang kaum. Justeru, pelbagai budaya dan cara hidup bebas diamalkan dalam masyarakat, setiap kaum dapat hidup dan menikmati kemajuan bersama. Inilah amalan ajaran Islam yang sebenarnya. Oleh itu, Barat atau negara bukan Islam mungkin boleh mencontohi Malaysia di dalam perkara ini.

Friday, April 11, 2008

Doa tika jatuh cinta?

Ada orang bertanya adakah doa-doa tertentu apabila jatuh cinta. Jika kita bimbang ’ketelanjuran’ dalam cinta, kita alihkan rasa cinta kita kepada Allah dengan membanyakkan salawat, dzikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu, kalau kita tewas nafsu yang akan memperdayakan kita. Dalam pada itu, amalkan doa apabila jatuh cinta. Segala ruang kehidupan perlu berbekalkalkan doa untuk keselamatan dan istiqamah hatta dalam bercinta pun kita sentiasa perlu berdoa. Agar cinta kita diredhai dan diberkati Allah. , doa itu diambil dari sifat Allah, satu dari sifat2 Asmaul Husna, ia itu sifat Al-Muhaimin, sifat Allah Yang Maha Menjaga / Maha Memelihara. Sifat ini disebut-sebut di dalam Al Quran. Allah SWT bukan saja mencipta, bahkan Allah SWT juga menjaga, mengawal, mengurus ciptaanNya. Sentiasa memlihara dan memerhatikan setiap perbuatan dan perkataan kita Fadilat membaca Ya Allah Ya Muhaimin setiap masa agar terhindar daripada apa-apa bencana yang tidak kita sedari.Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU. Ya Allah...Bila hamba bertemu dengan seseorangdan hamba jatuh cintaIzinkanlah hamba menjadi yang terbaik baginyadan dia yang terbaik bagi hambaYa Allah...Bila Hamba menjadi pasangan seseorangIzinkanlah diri hamba menjadi pelindung baginyaIzinkanlah diri hamba menjadi penyejuk hati baginyaIzinkanlah wajah hamba menjadi kesenangan baginyaIzinkanlah mata hamba menjadi keteduhan baginyaIzinkanlah pundak hamba menjadi tempat melepas keresahan baginyaIzinkanlah setiap perkataan hamba menjadi kesejukan baginyaYa Allah...Izinkanlah setiap pelukan menjadi jalan untuk lebih mendekat kepadaMuIzinkanlah setiap sentuhan menjadi perekat cinta kepadaMuIzinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami bersyukur kepadaMuYa Allah...Izinkanlah hati yang sangat halus ini tidak pernah merasa tersakitiIzinkanlah hati yang rentan ini tidak pernah merasa terkhianatiYa Allah...Jiwa kami ada dalam genggamanMumaka izinkanlah jiwa kami selalu bertaut dalam cintaMuYa Allah...Permintaan terakhirku, semoga kami berdua selalu berada dalam perlindunganMu.Jawapan disediakan oleh Endok Sempo binti M Tahir, AJK Wanita JIM Pusat. Segala persoalan dan jawapan yang lalu boleh dilayari www.bicarakalbu.blogspot.com


"Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku padaMu
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling pada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Ya, Allah izinkan hamba untuk senantiasa berada diantara hamba-hamba pilihanMu
yang ketika kulihat wajahnya mengingatkan aku pada keteduhan saat berjumpa denganMu,
ketika kudengar tangisnya mengingatkan aku pada sujud menghadapMu…
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya