Tuesday, September 16, 2008

Mencari Lailatul Qadr

Terdapat perbezaan pendapat tentang status surah al-Qadr sama ada Makkiyyah atau madniyyah. Ada pendapat menyatakan ia adalah surah pertama diturunkan di Madinah. Dalam kitab al-Itqan memilih pendapat yang menyatakan ia adalah makkiyyah. Maksud diturunkan adalah untuk menzahirkan al-Quran dari alam ghaib kepada dunia syahadah.

Dalam surah al-Qadr menegaskan bahawa al-Quran telah diturunkan dari

Hari Malaysia

Hari Malaysia (16 Sept 1963) ialah tarikh Sabah & Sarawak bergabung dengan Semenanjung (Tanah Melayu) sebelum bertukar kepada nama Persekutuan Malaysia (maksud tersurat). Maksud tersirat sila tonton video ini.

Monday, September 15, 2008

Friday, September 12, 2008

Laman

Salam, laman yang sesuai untuk dibaca oleh masyarakat kini.

Monday, September 8, 2008

MAYAT TAK REPUT


Maha Suci Allah, Tuhan Pentadbir dan Pemelihara Sekelian Alam. Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 yang lalu di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang. Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987 (17 tahun yang lalu) dan arwah meninggalkan seorang isteri dan 4orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi. Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar)dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan Pondok Madrasah Khairiah Islamiah diPokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu. Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya. Saya sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas. Kubur bersebelahan yang telah dikorek itu adalah untuk mak saudara yang meninggal pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang melihat mayat yang nampak sekerat badan sahaja dan sekerat lagi ditimbus tanah. Mayatnya macam baru ditanam semalam dan daging danmuscle-muscle tangan dan kaki masih macam fresh lagi. Disebabkan malam sebelum tu hujan lebat, kain kapan mayat basah dan melekat di badan, so bolehlah nampak clear bentuk tubuh badan. Kain kapannya pun tak reput langsung cuma kotor sebab kesan dari tanah yang sedang dikorek. Hinggakan kain bantal kepala yang diisi dengan tanah pun masih elok lagi. Kalau dilihat pada gambar yang dilampirkan, di bahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah. Mayat arwah disimpan tidak menggunakan keranda dan kain kapannya adalah kain biasa sahaja, nothing special or expensive. Kita bagaimana pula keadaanya di kubur nanti? Janji Allah tetap benar. Allah akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih. wallahua'lam

Sumber :ktt.neon

Thursday, September 4, 2008

Pak Samad


KUALA LUMPUR: Tokoh kewartawanan dan pejuang kemerdekaan, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada jam 5.58 petang ini kerana jangkitan paru-paru. Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.

Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria. Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990. Jenazah Abdul Samad akan dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya di sini dan akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat esok, menurut menantunya Azmi Anshar di sini hari ini.

Nuraina dalam blognya "Nuraina A Samad's 3540 Jalan Sudin" hari ini berkata, dialisis kedua bapanya pada jam 5.30 petang ini gagal, malah tekanan darahnya semakin menurun. Pak Samad telah menjalani dialisis sejak semalam apabila keadaan buah pinggangnya semakin lemah. Bagaimanapun keadaan jantungnya baik. Abdul Samad yang memulakan kariernya sebagai pemberita Utusan Melayu pada tahun 1940, begitu sinonim dengan sejarah persuratkhabaran negara serta sejarah Malaysia itu sendiri. Pemergiannya hari ini bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke 51 yang baru sahaja berlalu begitu menyentuh kerana Abdul Samad adalah antara anggota rombongan delegasi negara ke London pada 1956 untuk rundingan kemerdekaan.
Mala, pembabitannya dalam sejarah negara tidak dapat diperkecilkan walaupun peranannya banyak di belakang tadbir, begitu juga dengan kemerdekaan Indonesia serta dalam merapatkan semula hubungan antara Malaysia dan Indonesia semasa konfrantasi. Abdul Samad yang banyak terbabit dengan aktiviti anti penjajah pada zaman penjajahan British dan Jepun, pernah keluar masuk penjara kerana fahaman politiknya itu. - Bernama
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya