Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya Eidulfitri . Maaf Zahir & Batin

Setiap kali raya,lagu ini sering saya mainkan di udara dan posting seperti tahunlepas. Lagu yg sering menyentuh jiwa saya. Sama-samalah kita hayati.





Mohon maaf kepada semua pembaca sama ada yang mengenali atau yang tidak mengenali saya [ini pun disebabkan sikap saya yg suka menyamar dan yang pernah atau tak pernah lihat muka saya (rasanya lebih baik menyamar & tidak dikenali ramai)]. Saya harus memuhasabah diri. Melihat ke dalam hati dan melihat ke dalam akal insani. Harus rehat, harus berfikir dan harus dekatkan diri kepada-Nya. Saya akan berehat hingga pada satu masa yang akan tiba. Insya Allah, kerana saya mencari apa yang perlu saya cari, agar jiwa saya tidak terus kacau. Ya,saya memang sungguh-sungguh perlukan rehat agar dapat bersama-sama umat di alam nyata ini bersama-sama berjuang meninggikan syiar Islam InsyaAllah.

Ya Allah,berilah aku kekuatan untuk mengubah dan menolong diriku, saudara seagamaku sama ada dalam dan luar negara. Berilah aku peluang berbuat demikian sementara aku dapat menginfakkan masa terluang aku ini. Oleh itu,aku perlukan uzlah bersendirian untuk sesuatu jangka masa bagi memulihkan diri ini. Hati aku hitam,keroh! Dan aku perlu jernihkannya kembali

Maafkan saya! Saya mencari Allah, agar jiwa saya berasa sebagai hambanya. InsyaAllah saya akan kembali dengan perubahan2 yang baru dan peningkatan yang lebih baik lagi serta menarik (bersempena dengan syawal&hijrah pada akan datang ini) seperti sewaktu saya mula-mula tercebur dalam gerakan dakwah ini (akhir tahun 2004).

Sekian, salam ukhuwwah fillah

“Selamat beristirehat daripada saya”
Semoga mendapat ilham, inspirasi & aura baru (selepas 4 atau 5 bulan ni baru saya kembali berblog)
Saya nak betulkan diri saya sendiri sebelum betulkan orang lain
Namun saya masih sibuk beraktiviti,bekerja,belajar,mengajar dan diajar seperti rutin biasa saya.

Wednesday, July 21, 2010

Muhammad Al-Fatih

Muhammad Al-Fatih? Siapakah dia? Jika pertanyaan ini diajukan kepada 1000 remaja muslim,mungkin hanya 1 di antaranya tahu jawapannya. Dialah pemuda muslim yang berusia 23 tahun berhasil memimpin penaklukan konstantinopel (sekarang bernama Istanbul),yang merupakan pusat peradaban barat di abad pertengahan. Sang pemuda ini berhasil mengambil alih Konstantinopel dari tangan kerajaan Bizantium yamg merupakan sambungan dari Roman Empire dan telah menguasai Konstantinopel lebih dari 10 abad.

Remaja sekarang lebih mengenal dan mengagumi keterampilan Einstein,Louis Pasteur dan Aristoteles daripada keterampilan Khawarizmi yang mengasakan system aljabar dalam dunia matematika, Ibn Sina (Avicenna) yang telah menulis buku “The Canon” yang telah menjadi buku rujukan utama di dunia kedoktoran Eropa selama lebih dari 5 abad dan Ibn Rushd (Averroes) yang fikiran-fikirannya telah mempengaruhi ahli-ahli falsafah terkenal ERropa seperti Roger Bacon, padahal ilmuwan-ilmuwan muslim ini sangat dikenal di dunia barat.

Tuesday, July 13, 2010

1. SOYA
>Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang
>soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt
>menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg
>membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan
>meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
>
>
>2. KUACI
>Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi
>boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL.
>Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga
>matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
>
>
>3. BUAH KERING
>Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak
>mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL
>sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh
>diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
>
>
>4. EPAL
>Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan
>khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg
>memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya
>menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
>
>
>5. IKAN TUNA
>termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.
>Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol
>LDL.
>
>
>6. KACANG TANAH
>Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin
>E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL
>dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
>
>
>7. MANGGA
>Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong,
>betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol
>LDL dlm tubuh.
>
>
>
>
>8. KISMIS
>Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan
>diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm
>darah sebanyak 8%.
>
>
>9. OAT
>Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
>pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat
>mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya
>dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
>
>
>
>10. JAMBU BATU
>Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan
>mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya
>bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu
>sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan
>berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg
>sesuai

Majlis Fatwa Kebangsaan Haramkan Pelaburan Internet ( Terkini )

Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersidang pada 12 April 2007 dan telah membincangkan Swsisscash sebagai model perbincangan mereka. Keputusan mereka mendapati ianya HARAM dan semua pelaburan internet yang mempunyai ciri yang sama juga adalah haram. Sila buka berita tentangnya di sini. Justeru, para pelabur yang fanatik terutamanya dari Pahang kerana disokong oleh beberapa orang agama di sana. Fikirkanlah..

Ia merupakan satu fatwa yang memang pasti dan telah saya pasti keputusannya akan menghasilkan keputusan Haram. Justeru, demi masa depan alam barzakh dan akhirat kita semua, segeralah bertindak tanpa tangguh lagi, sebelum malaikat Maut menjelma dan tercatat sebagai orang yang sedang menyertai Riba dan disebut oleh ALlah sebagai berperang denganNya dan RasulNya, rujuk al-Baqarah 278.

Atau dapatkan penerangan jelas selama 3 jam dari 2 keping vcd berikut :-

( SIla dapatkan 2 keping vcd ini : Kuliah hampir 3 jam merangkumi penerangan dan soal jawab isu semasa kewangan termasuk isu Riba, Pelaburan Internet, Skim MLM Cepat Kaya, Empay, ASB, KWSP, Jainetwork, Uptrend, Bank Konvensional, Kerja Kerajaan, Lupus Duit Haram dan banyak lagi ; hubungi 019 3623 152 & email raisteam01@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it untuk tempahan dan pembelian)

Perlu saya tegaskan , internet itu neutral dan sememangnya sah dilakukan aqad melaluinya, tetapi itu bukan isu kita, isu kita adalah intipati dan terma pelaburan yang dibuat itu. Itulah yang menjadikannya haram. Inilah yang saya tulis iaitu Swisscash, Abb Fund, Winlifund, Eaindex, Danafutures, Arabic Fund dan termasuk juga dalam ciri haram adalah Empay dan banyak lagi yang serupa cuma belum diwarwarkan sahaja.

Tidak dinafikan sememangnya ada pelaburan internet yang halal terutamanya apabila mereka mempunyai Penasihat Shariah yang pakar.

Sekian

11 APril 2007

Luasnya Neraka

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....

Ya Allah.... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN

Posting ini saya ambil daripada blog lain

Monday, July 12, 2010

Usianya masih muda, perjalanan hidupnya masih jauh, tetapi cintanya pada kampung membawa kepada perniagaan berasaskan produk tradisi yang menjadikan kebanggaan diri dan masyarakat.

Berasaskan kepada penternakan lintah yang diusahakan secara bersama melalui syarikat Kubi Enterprise membuatkan Arjuna Raja Ahmad, 29, sentiasa dahagakan ilmu, mencari sesuatu yang baru untuk dipelajari.

Bermula daripada menternak lintah di dalam 15 bekas tangki yang memuatkan lebih 20,000 ekor lintah, kini Arjuna mengembangkan ilmunya kepada perubatan tradisional iaitu berbekam menggunakan lintah yang dipeliharanya.

Baginya, sesuatu ilmu jika dikongsi, dikembangkan ia akan menjadi lebih berkat, lebih berkesan kerana kerap dipraktikkan. Konsep itulah yang diamalkan dalam perniagaannya, mencuba sesuatu yang baru berasaskan produk sedia ada.

"Memang seronok mencuba sesuatu yang baru, kerana ia melalui proses pengamatan, penelitian dan perkembangan minda. Setiap hari saya menghabiskan masa bersama lintah, mengkaji habitat hidup, melihat bagaimana ia membesar.
Lintah menghisap darah di kawasan yang ditandakan.

"Daripada pengamatan itu, saya lakukan apa yang difikirkan sesuai untuk membiakkan lintah dengan cepat. Syukur, semua lintah di dalam tangki membiak dengan baik sebab ada rakan lain yang menghadapi masalah," katanya.

Selain mengusahakan ternakan lintah di Bandar Putra Perdana, Puchong, Selangor sejak setahun lalu, Arjuna juga menjalankan aktiviti ternakan ayam kampung yang kini masih di peringkat awal dan memerlukan banyak pelaburan.

Anak muda masih bujang ini juga mahir dalam bidang urutan tradisional, termasuk menggunakan lintah untuk berbekam yang dijalankan di rumahnya.

Mengulas lanjut proses pembiakan lintah yang diternaknya, Arjuna menjelaskan, lintah peliharaannya diberi makanan sejenis lumut bertujuan membersihkan sistem penghadaman lintah kerana haiwan yang sama akan digunakan untuk perubatan berbekam.
Arjuna Raja Ahmad

"Kebiasaannya lintah akan makanan berdarah, jadi kami berikan belut dan ikan belacak. Kedua-duanya berkhasiat dan berguna dalam perubatan. Jika lintah menghisap darah ikan itu, sudah pasti kandungan darahnya akan bercampur kandungan khasiat berkenaan.

"Lumut itu pula akan membersihkan lintah, jadi gabungan semua elemen itu akan membantu menghasilkan lintah hidup berkualiti," katanya.

Lintah dewasa yang panjangnya kira-kira sejengkal akan dipilih untuk berbekam kerana ia mampu menghisap darah lebih banyak. Lintah yang sudah digunakan untuk berbekam akan diasingkan di tangki khas dan dibiarkan di situ sehingga kembali ke saiz normal dan bertelur.

Ketika aktiviti berbekam dijalankan, Arjuna menggunakan teknik yang sama digunakan pengamal perubatan lain iaitu menggunakan bekas khas untuk menyedut udara. Sebaik saja bekas plastik itu dikeluarkan, lintah akan diletakkan di tapak berkenaan untuk menghisap darah.

"Proses ini mengambil masa kira-kira dua jam. Lintah akan berhenti menghisap dan jatuh sendiri sebab terlalu kenyang menghisap darah kotor. Ada kes lintah menghisap darah sampai mati.

"Menariknya, lintah tidak akan menghisap darah pesakit Aids. Walaupun kita paksa dengan meletakkan lintah di tapak yang disediakan, lintah itu tidak akan menghisap darah. Itulah istimewanya makhluk Tuhan ini," katanya.

Katanya, lintah yang digunakan untuk berbekam akan diasingkan sehingga dua bulan sebelum dibiarkan bertelur dan kembali ke saiz asal. Lintah itu akan digunakan untuk menghasilkan minyak lintah tradisional khasnya bagi tujuan urutan batin serta masalah luka luaran.

Kini, beliau juga turut menghasilkan minyak lintah yang dihasilkan dengan ramuan campuran termasuk minyak kelapa dara, lada hitam, biji sawi, yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM130 sebotol mengikut dua saiz botol yang disediakan.

Minyak lintah yang dihasilkan itu akan diproses selama 40 hari termasuk ditapa sebelum diisi ke dalam botol.

Syarikat Kubi turut memperkenalkan sistem pawah iaitu ahli baru yang tidak mempunyai asas dalam bidang itu tetapi berminat untuk menjalankan penternakan lintah. Mereka cuma perlu mengeluarkan modal manakala urusan penjagaan, pemasaran dijalankan syarikat.

PROFIL: Arjuna Raja Ahmad
Umur: 29
Asal: Mersing, Johor
Adik beradik: 5 orang (anak ketiga)
Pendidikan:
# Sekolah Kebangsaan Sri Mersing, Johor
# Sekolah Menengah Sri Mersing, Johor
# Sekolah Menengah Teknik Seri Pelindung, Kuantan, Pahang (Pengurusan Perniagaan)
# Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, Kedah (bidang automotif)

INFO: Kegunaan lintah

# Berbekam

# Minyak lintah:
- Penyakit kelelakian
- Urat saraf
- Luka luaran

Jenis yang diternak:

# Lintah lembu

# Lintah tembaga

# Lintah induk dijual pada harga borong antara RM1 hingga RM2

# Harga seekor ialah RM3

# Lintah induk diternak sehingga lima bulan sebelum dijual

# Lintah untuk dijadikan minyak berusia antara lapan hingga 12 bulan.

Berbekam:

# Seekor lintah dikenakan bayaran antara RM5 hingga RM7.

# Satu pakej berbekam akan menggunakan 13 tabung plastik

# Setiap bulatan hasil bekas tabung akan diletak antara dua hingga tiga ekor lintah.

Tuesday, July 6, 2010

Kegunaan Lintah

Dalam bidang perubatan lintah digunakan untuk tujuan rawatan sakit sendi, kebengkakan dan glaucoma, komplikasi akibat penyakit diabetis, angin ahmar, darah tinggi, resdung, migrain, diabetes dan lain-lain penyakit lagi. Ini kerana bekam lintah mampu mengeluarkan darah kotor dan toksin daripada dalam badan manusia. Kini,rawatan bekam lintah semakin popular digunakan sebagai rawatan alternative selain kaedah perubatan moden yang sedia ada.
melancarkan peraliran darah, hisap darah kotor dari tubuh melalui proses pembekaman
Seekor lintah mengandungi zat-zat dimana terdapat 15 unsur yang bermanfaat untuk proses penyembuhan luka anataranya seperti Nitric Oxide berfungsi menegang. Hirudin berfungsi menghalang pembekuan darah, Pheromone berfungsi menngkatkan ransangan seksual, Histamin berfungsi sebagai vasolidator iaitu pengembangan saluran darah seterusnya membantu meningkatkan aliran darah serta Hysluronidase sebagai bahan untuk bius.

Hirudin digunakan untuk mencegah pengumpulan darah terutama untuk merawat trombosis, sejenis keadaan sumbatan pada saluran darah yang mana ia dapat melancarkan perjalanan darah seseorang. Kandungan hirudin yang tinggi didalam lintah adalah anti-koagulan iaitu menghalang pembekuan darah yang sangat berkesan.

Selain itu lintah yang digunakan bagi melancarkan pengaliran darah dapat menyembuhkan lenguh-lenguh sendi dan urat terutama bagi penyakit strok dan meningkat prestasi seksual lelaki. Masyarakat Meayu menggunakan lintah untuk mengubati sakit kepala, darah tinggi dan kudis.Air liur lintah boleh memulihkan tisu yang rosak, Ia banyak digunakan dalam campuran bahan kosmetik. Ia jugamenjadi pilihan utama dalam perubatan tradisional Melayu terutama dalam merawat kesihatan lelaki.
Di Amerika pakar pakar telah menggunakan lintah untuk mengubati barah dan kulit muka. Ia telah diiktiraf di Amerika sebagai ubat dan disahkan oleh Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika ( FDA)

Air liur lintah mempunyai bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu setempat.
2) Lintah mempunyai bacterium Aeromonan hydrophila. Bakteria ini digunakan oleh lintah untuk mencerna darah dan ia sebenarnya menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang mungkin menyebabkan darah yang dihisap tadi membusuk atau membeku.
3) Terdapat lebih daripada 18 bahan aktif biologi yang dikeluarkan daripada lintah bermanfaat di dalam bidang perubatan.

Jenis-jenis lintah

Lintah dibezakan kategorinya berdasarkan cara ia makan. Terdapat tiga jenis lintah di dunia ini;
1) Gnatbobdellida- Lintah berahang. Mereka menggigit mangsa dengan rahang ini. Sejenis cecair yang dinamakan hirudin dihasilkan daripada sel-sel hidup dan bertindak sebagai cecair anti-kental. Ia amat berbeza daripada pacat.
2) Rhyncobdellida- Mempunyai bahagian umpama jarum (probosis). Lintah jenis ini memasukkan jarum yang agak menonjol seperti belalai ke dalam mangsa dan mengeluarkan enzim hematin[8] bagi melenyapkan pembekuan selepas terbentuk
3) Pharyngobdellida- Tidak berahang atau gigi. Hanya menelan mangsa. Bahan makanan spesies ini terdiri daripada serangga kecil.

Lintah yang diternak untuk tujuan perubatan kebanyakannya terdiri dari kumpulan Gnatbobdellida dan Rhyncobdellida. Terdapat 650 spesies lintah yang ditemui di dunia tetapi hanya 15 sahaja yang sesuai untuk digunakan di dalam perubatan. Adapun di Malaysia hanya terdapat 6 jenis yang dikenal pasti boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Hanya dua jenis lintah yang diternak iaitu lintah perut hijau dan lintah perut perang/coklat. Lintah hijau lebih gemar diternak kerana kualitinya.

Berkata Dr Zaleha Kassim[9] – Pensyarah Kanan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu- : “Lintah telah lama digunakan dalam rawatan kesihatan di negara ini yang menyaksikan haiwan itu diadun dengan santan kelapa bagi mendapatkan minyaknya yang digunakan untuk kesihatan seksual lelaki selain membaik pulih tisu dan memperkuatkan otot”.

“Lintah yang hidup dan diternak di Malaysia mungkin tidak sama dengan yang terdapat di negara Barat dan kajian setakat ini menunjukkan terdapat enam jenis lintah di Malaysia”.

Dr Zaleha juga berkata bahan yang terdapat dalam lintah juga boleh digunakan untuk mengeluarkan produk kosmetik dan industri ini wujud antaranya di negara China, Thailand dan kini di Korea Selatan.

"Krim yang dibuat berasaskan lintah turut digunakan untuk menegangkan kulit dan membaiki parut," katanya

Di dalam perubatan kuno, lintah digunakan untuk mengeluarkan darah kotor dengan cara berbekam, segala penyakit di kepala, obesiti, buasir, radang buah pinggan, radang pada rongga badan, merangsang mata dan masalah mental. Kaedah perubatan menggunakan lintah berhenti pada tahun 60 an.

Di dalam perubatan moden, penggunaan lintah mula dipandang kembali oleh para pengkaji yang mengetahui keistimewaan lintah ini. Bermula pada tahun 80 an perubatan menggunakan lintah kembali dengan nama “hirudotherapy[56]” atau “leech therapy” mendapat tempat secara khusus di dalam surgeri berkaitan pembedahan plastik dan pembedahan pembinaan semula anggota seumpama hidung, bibir, kening, telinga, kulit kepala, jari, pinggul dan kaki.. Di dalam pembedahan seumpama ini jika tidak diselesaikan dengan segera darah akan membeku dan tisu akan mati, maka lintah benar-benar membantu di dalam situasi ini. “Hirudin” yang terdapat di dalam liur lintah mampu mengelakkan darah membeku dan “histamina” yang ada pada lintah dikatakan mampu membesarkan saluran pembuluh darah sekali gus mampu memperbaiki sistem pengaliran darah dan penyakit jantung.

Rembesan air liur lintah mengandungi lebih dr 100 bahan biologi aktif yang mempunyai fungsi sebagai anti-bengkak,antibakteria,tahan sakit,memperbaiki pengaliran darah,memperbaiki salur darah dalam tisu dan organ, menghilangkan hypoxia (kurang oksigen), mengurangkan tekanan darah yg tinggi, mengkatkan sistem tahan badan, membuang toxic badan dan mengurangkan komplikasi seperti infarksi (kematian tisu badan), strok dan meningkatkan bioenergy (tenaga bdan).

Cara lintah menyuntik dan merembeskan air liurnya sangat mudah; melekat pada kulit, menggigit, kemudian menyuntik rembesan air liur dan rembesan tersebut masuk ke dalam salur darah dan pergi ke tempat atau lokasi yg sakit. Di dalam rawatan hyrudotehrapy lintah digunakan sebagai" life needle"-jarum yg hidup- di tempat-tempat yang dikenali sebagai reflexogenic point (titik-titik refleks).

Walaupun begitu, penggunaan lintah juga terdapat kelemahannya. Kelemahan lintah di dalam perubatan;

1) Hanya boleh digunakan satu lintah untuk satu pesakit. Jika digunakan seekor lintah untuk lebih dari seorang pesakit kemungkinan virus seumpama hepatitis B dan HIV berpindah kepada individu kedua. Walaupun belum ada bukti yang tercatat mengenainya perpindahan HIV akan tetapi kaedah satu lintah untuk satu pesakit adalah langkah pencegahan.
2) Terdapat bakteria yang berada di dalam usus lintah. Bakteria yang bernama Aeromonas hydrophila. Terbukti ramai pesakit yang menggunakan lintah dalam perubatan juga dijangkiti bakteria ini. Cara terbaik untuk elak jangkitan bakteria ini adalah dengan menyapukan antibiotik seumpama gentamicin, amikacin, chloramphenicol dan tetracycline di tempat luka sebaik saja lintah meninggalkannya.
3) Memerlukan lintah lapar untuk perubatan. Ini kerana lintah yang kenyang mampu bertahan dalam tempoh yang lama. Lintah kenyang tidak akan memakan mana darah sehinggalah tiba waktunya.

Dengan kemajuan teknologi pada hari ini, lintah juga di ekstrak untuk dihasilkan krim, minyak dan sebagainya. Ia telah di iktiraf di Amerika sebagai ubat dan di sahkan oleh Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika (FDA). Di barat hasil kajian berjaya menghasilkan pil jantung

Harus kita ingat bahawa, penggunaan lintah (di Malaysia) untuk pengeluaran produk masih dalam peringkat R&D

Kegunaan Lintah dan Penyakit yang disembuhkan menggunakan Lintah

Kegunaan Lintah;

1) General Reflexogenic (refleksologi)
2) Hypotensive bloodletting (pengaliran darah tekanan rendah)
3) Immunopotentiating (stimulasi imunisasi)
4) Internal decongestion(bahan penguraian dalaman)
5) Bacteriostatic (antibiotik)
6) Anticoagulant (antibeku darah)
7) Anti-inflammatory (anti radang)
8) Antithrombotic (anti sumbatan(trombus)
9) Local anti-edematous (anti- bengkak)
10) Thrombolytic (pelerai sumbatan)
11) Analgesic (tahan sakit)
12) Removal of microcirculation disorders (mengurai masalah saluran darah)
13) Antiatherosclerotic (anti pengerasan salur darah)
14) Anti-ischemic (anti kurang oksigen dan pereputan tisu)
15) Removal of abnormal inter-system interactions (menghindar gangguan sistem dalam badan)

Penyakit yang disembuhkan;

1) Diabetes Melitus
2) Kelenjar Tyroid dan Kanser
3) Cedera Otot
4) Migrain
5) Glaucoma
6) Myasthenia
7) Inflammatory reactions
8) Heart diseases
9) Rheumatic diseases
10) Tendovaginitis and tendonitis
11) Venous disease and varicose veins
12) Arthrosis
13) Arthritis
14) Muscle tension
15) Trombosis and embolism
16) Passive congestions and spastic conditions
17) Vertebrogenic pain syndromes
18) Transudates and exudates
19) Antidyscratic therapy (blood purification and regeneration) of toxicosos and mental illnesses

Bahan yang terkandung dan yang dikeluarkan oleh Lintah

1) Hirudin
2) Hyaluronidase
3) Pseudohirudin
4) Destabilase
5) Apyrase
6) Bdellines
7) Eglines
8) Kininases
9) Histamine – like substances
10) Collagenase
11) Leech prostanoids
12) Inhibitor of Kallukrein of the blood plasma
13) Proteases
14) Lipolytic enzymes
15) Intibitor of Xa factor of the blood coagulation
16) Triglyceridase
17) Cholestrol esterase
18) Lipase

Perubatan Di dalam Islam

Jika kita meneliti dengan pengamatan yang tajam dan teliti di dalam Al-Quran nescaya kita akan temui tidak kurang daripada 416 ayat secara berulang yang menyebut tentang perubatan. Ini bukan bermaksud Al-Quran ini kitab perubatan, ia merupakan Kitab hidayah kepada manusia. Segala ayat-ayat tadi dikutip daripada Al-Quran sebagai bukti keagungan dan kehebatan Allah Taala.

Tidak timbul persoalan berubat merupakan penafian kepada qada qadar Allah Taala kerana apa sahaja teknik perubatan yang digunakan masih berlegar di bawah sunah ketetapan Allah Taala. Dia yang memberi kesembuhan dan kesakitan secara hakiki.

Mungkin boleh disimpulkan kaedah perubatan Islam berbeza berbanding perubatan lainnya pada beberapa perkara;

1) Berpaksi kepada keimanan dan yakin dengan qada dan qadar Allah Taala. Penyerahan mutlak kepada Allah Taala dalam keadaan mengambil segala sebab yang menyembuhkan sakit. Berhati-hati dan menjaga daripada ditimpa sakit merupakan juzu daripada ajaran Islam.

2) Tanaman ke dalam hati Umat Islam erti kesabaran dan redho dengan ketetapan Allah Taala. Bersyukur dan mengucapkan pujian kepada Allah jika disembuhkan. Ini merupakan keistimewaan yang diberikan Allah kepada orang beriman. Sabda Nabi J[57];

عَنْ صُهَيْبٍ، عَنِ النَّبِيِّ J ، قَالَ:"عَجِبْتُ مِنْ قَضَاءِ اللَّهِ لِلْمُسْلِمِ كُلُّهُ خَيْرٌ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ، فَشَكَرَ آجَرَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، فَصَبَرَ آجَرَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ"

Maksudnya: Daripada Nabi J bersabda: Aku merasa hairan dengan ketetapan Allah kepada seorang Muslim. Semuanya menguntungkan. Jika menimpanya kebaikan, dia bersyukur nescaya Allah anugerahkan pahala. Jika menimpanya kecelakaan, dia bersabar nescaya Allah anugerahkan juga pahala.

Oleh sebab itu, Mukmin yang kuatnya imannya pasti akan kuat tubuhnya. Jauh dari penyakit emosi dan perasaan ingin membunuh diri. Tidak ada di dalam kamus Mukmin penyesalan, putus asa dan hilang harapan.

3) Islam menganjurkan mencegah sebelum mengubati. Di antara konsep pencegahan daripada terkena penyakit yang diajarkan oleh Islam
i) Kebersihan itu sebahagian daripada Iman
ii) Sentiasa berpada-pada dengan makanan. Kerana perut punca segala penyakit.
iii) Jangan mendekati kawasan yang diserang penyakit menular.
iv) Diharamkan memakan makan yang memberi mudarat kepada tubuh.

4) Islam menggesa penganutnya supaya berubat dan menjaga tubuh badan. Ini kerana tubuh badan merupakan amanah Allah kepada manusia yang wajib dijaga sebaik-baiknya. Sabda Nabi J[58]:

قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، نَتَدَاوَى ؟ قَالَ : تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يُنْزِلْ دَاءً إِلا وَضَعَ لَهُ دَوَاءً إِلا الْهَرَمَ
Maksudnya: Bertanya sahabat kepada baginda: Apakah kami boleh berubat? Jawab baginda: Berubatlah kalian, sesungguh Allah tidak menurunkan penyakit kecuali bersamanya ubat kecuali penyakit tua.

5) Islam memperluaskan kaedah perubatan. Tidak hanya semata-mata dengan ubat, pembedahan, pemeriksaan kesihatan dan selainnya akan tetapi juga disertakan perubatan dengan menggunakan Al-Quran, doa-doa ma’thur yang menjadikan hati semakin kuat dan sihat daripada penyakit.

Secara kesimpulannya, boleh dikatakan Islam membina konsep perubatan yang menggabungkan di antara maddi dan ruhi, antara zahir dan batin.

Hukum menggunakan Lintah di dalam Perubatan

Terdapat hadis & dalil yang terlalu banyak berhubung perubatan menggunakan lintah. Kesemuanya secara khusus di dalam kaedah berbekam. Disebutkan di sini dalil-dalil utama sahaja;

1) Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasaie, al-Hakim, Ahmad dan at-Tabrani;

عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ قَالَ جَاءَنَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ فِى أَهْلِنَا وَرَجُلٌ يَشْتَكِى خُرَاجًا بِهِ أَوْ جِرَاحًا فَقَالَ مَا تَشْتَكِى قَالَ خُرَاجٌ بِى قَدْ شَقَّ عَلَىَّ. فَقَالَ يَا غُلاَمُ ائْتِنِى بِحَجَّامٍ. فَقَالَ لَهُ مَا تَصْنَعُ بِالْحَجَّامِ يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أُرِيدُ أَنْ أُعَلِّقَ فِيهِ مِحْجَمًا. قَالَ وَاللَّهِ إِنَّ الذُّبَابَ لَيُصِيبُنِى أَوْ يُصِيبُنِى الثَّوْبُ فَيُؤْذِينِى وَيَشُقُّ عَلَىَّ. فَلَمَّا رَأَى تَبَرُّمَهُ مِنْ ذَلِكَ قَالَ إِنِّى سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ J يَقُولُ « إِنْ كَانَ فِى شَىْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ خَيْرٌ فَفِى شَرْطَةِ مَحْجَمٍ أَوْ شَرْبَةٍ مِنْ عَسَلٍ أَوْ لَذْعَةٍ بِنَارٍ ». قَالَ رَسُولُ اللَّهِ J « وَمَا أُحِبُّ أَنْ أَكْتَوِىَ ». قَالَ فَجَاءَ بِحَجَّامٍ فَشَرَطَهُ فَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ.

Maksudnya: Daripada A’sim bin Umar bin Qatadah berkata: Datang bertemu keluarga kami Jabir bin Abdullah dan terdapat seorang lelaki yang mengadu bengkak bernanah yang menimpanya atau luka. Maka Jabir berkata: Kenapa kamu mengeluh?. Dia menjawab: bengkak nanah di tubuh ku yang menyusahkan aku. Jabir berkata: Wahai budak, bawak ke sini tukang bekam. Dia berkata: Apa yang engkau nak buat dengan tukang bekam wahai Abu Abdullah. Jabir berkata: Aku ingin letakkan mangkuk bekam pada kawasan bengkak nanah itu. Dia berkata: Demi Allah, lalat sahaja tersentuh kawasan bengkak itu atau baju yang tersentuh dah amat menyakitkan aku dan menyusahkan. Apabila Jabir melihat tidak yakinnya untuk berbekam. Dia berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah J bersabda:” Jika ada kesembuhan pada salah satu dari ubat-ubat kalian, nescayalah pada pisau bekam atau meminum madu atau menempelkan besi panas”. Bersabda Nabi J: “Aku tidak suka berubat menggunakan besi panas”. Asim berkata: Maka dia membawa datang tukang bekam dan menghiris kawasan luka maka hilanglah segala bengkak nanah di tubuhnya.

Keterangan:

i) Berkata Imam Nawawi: “Hadis ini di antara perkara yang mengagumkan di dalam perubatan pada mereka yang spesialis. Ini kerana penyakit lebihan hanya berlaku pada darah atau hempedu atau lendir hitam atau kahak. Jika pada darah maka cara mengubatnya dengan mengeluarkan darah. Jika pada tiga terakhir yang berbaki maka cara mengubatnya dengan cara beri pelancar (metabolik stimulan) dengan bahan pelancar yang sesuai dengan setiap ramuan dicampurkan dengannya (madu). Seolah-olah baginda Nabi J memberi peringatan dengan madu sebagai pelancar (metabolik stimulan), juga peringatan dengan hijamah[59], fasodah, meletakkan lintah dan selainnya yang semaksud dengannya. Baginda menyebut perubatan dengan besi panas kerana ia digunakan ketika ubatan secara minuman dan seumpamanya tidak memberi manfaat. Perubatan terakhir ialah menggunakan besi panas”[60]

ii) Berkata Badruddin Al-Aini: “(Penyembuh pada tiga benda) Nabi J tidak memaksudkan daripada sabda baginda J pada tiga itu sahaja. Penyembuh mungkin juga dari selainnya akan tetapi baginda menyebut dengan tiga penyembuh ini kerana ia paksi penyembuh. Ini kerana sakit tidak terlepas disebabkan darah atau hempedu atau bendalir hitam atau kahak. Pada darah dengan mengeluarkannya iaitu dengan cara berbekam di kepala. Nabi J menyebut secara khusus berbekam di kepala kerana Arab banyak melakukannya dan mengenalnya berlainan dengan berbekam di tubuh. Walaupun ia termasuk di dalam kategori berbekam juga akan tetapi tidak menjadi kebiasaan mereka. (pisau bekam) termasuk bekam pada tubuh, meletakkan lintah dan selain keduanya yang memberi maksud seumpama keduanya...”[61].

2) Al-Baihaqi dan Ibn Abi Syaibah meriwayatkan;

وَرُوِّينَا عَنِ الشَّعْبِيِّ ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، مُرْسَلا ، خَيْرُ الدَّوَاءِ السَّعُوطُ ، وَاللَّدُودُ ، وَالْحِجَامَةُ وَالْمَشْيُ وَالْعَلَقُ
Maksudnya: Diriwayatkan kepada kami daripada as-Sya’bi daripada Nabi J secara mursal: Sebaik-baik ubat ialah dimasukkan ke hidung[62], ubat disuapkan ke mulut[63], berbekam, berjalan ke tandas (julap) dan lintah.

3) Hadis yang diriwayatkan oleh A’mir secara mursal[64];

حديث عامر : خَيْرُ الدَّوَاءِ العَلَقُ والحِجَامَةُ
Maksudnya: Sebaik-baik ubat ialah lintah dan berbekam.


Keterangan: Hadis yang kedua dan ketiga tidak boleh dijadikan hujah;

i) Kedudukan kedua-dua hadis ini mursal.
ii) Kemungkinan maksud al-alaq di situ bukan membawa maksud lintah akan tetapi kain yang digantung kepada kanak-kanak yang diserang penyakit tonsil (العُذْرَة) sehingga berdarah. Ibu kanak-kanak akan menggulung kain dan dimasukkan ke hidung lalu menekan kepada kawasan sakit. Darah hitam akan keluar dengan perbuatan tersebut. Ia juga proses membuang darah kotor kepada kanak-kanak tersebut. Panjang lebar dibahaskan di dalam kitab-kitab hadis berhubung perbuatan sebegini sama ada dibenarkan atau dilarang.

4) Adat kebiasaan daripada zaman salaf as-soleh yang tidak menafikan untuk menggunakan lintah dalam perubatan.

Daripada dalil-dalil yang dikemukakan dapat diambil kesimpulan bahawa penggunaan lintah di dalam perubatan dahulu hanya sebagai pembuang darah kotor atau di dalam kata lain sebagai kegunaan luaran sahaja. Dengan kemajuan sains dan teknologi pada hari ini, kegunaan lintah diperluaskan lagi.

Kesimpulan Perbahasan

1) Lintah diguna pakai pada zaman dahulu hanya sekadar untuk mengeluarkan darah kotor
2) Imam Nawawi, Imam al-Aini dan selain mereka mengiktiraf perubatan menggunakan lintah.

Utk keterangan lanjut,baca di sini

KEGUNAAN LINTAH
Lintah perubatan (Hirudo Medicinalis)
Secara kasar, cuma 600 spesis lintah sahaja yang telah dikenal pasti hingga kini, tetapi hanya 15 jenis sahaja yang
digunakan dalam perubatan. Lintah yang dikelaskan sebagai lintah perubatan, Hirudo Medicinalis, telah lama digunakan
untuk merawat pesakit berabad lamanya.
Sejarah perubatan lintah
Rekod dokumentasi yang pertama menggunakan Hirudo Medicinalis untuk tujuan perubatan bertarikh seawal zaman
hippokrat. Menurut penulisan Sanskrit, Dhavantari, bapa perubatan India, mengatakan “ pegang madu disebelah
tangan dan lintah disebelah tangan lagi”. Selain itu, terapi lintah juga digunakan dalam perubatan kuno cina.
Lukisan lintah perubatan telah dijumpai dalam makam dukun-dukun. Terapi lintah dalam perubatan Greek boleh dijumpai
dalam puisi Alexipharmacia karya Nicandros. Pakar perubatan Roman, Galen, mengelaskan terapi lintah sebagai
kaedah untuk mencapai keseimbangan kesihatan. Di masa lampau, lintah dibuktikan sebagai kaedah paling berkesan
dalam banyak kes perubatan terutama melawan rawatan luka. Negara Eropah pada dekat ke 18 dan 19 telah
mengimport lebih 10 juta lintah setiap tahun untuk memenuhi permintaan yang tanggi.
Penggunaan Klinikal
Penggunaan secara klinical pertama yang direkodkan terhadap lintah perubatan (Hirudo Medicinalis) berlaku kira-kira
2500 tahun yang lalu kerana gigitan lintah menyebabkan pendarahan luka kecil yang menyerupai venuos di kawasan
tisu rosak, haiwan invertabrata kecil ini menjadi sangat bernilai kepada pembedahan plastic dan pembedahan
pembinaan semula. Lintah tersebut menhasilkan beberapa jenis bahan penting yang membantu dalam gigitan iaitu
bahan anti pembekuan darah dan vasodilator setempat. Bahan-bahan ini membolehkan pendarahan berterusan
sehingga 48jam selepas lintah dipisahkan dari tempat luka.
Terapi Lintah digunakan untuk merawat:
- glaucoma
- myasthenia
- inflammatory reactions
- heart diseases
- rheumatic diseases
- tendovaginitis and tendonitis
- venous disease and varicose veins
- arthrosis
- arthritis
- muscle tension
- trombosis and embolism
- passive congestions and spastic conditions
- vertebrogenic pain syndromes
- transudates and exudates
- antidyscratic therapy (blood purification and regeneration) of toxicosos and mental illnesses
Kelebihan Terapi Lintah
Kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu.
Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses
pembekuan darah)
Kesan dari bahan aktif biologi keatas organisma hidup:
- menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari
- kesan anti-inflamasi yang amat cepat
- kesan anti stress dan adaptonege
- kesan immunostimulating dan immunomodulating
- anesthesia
- anti pembekuan
- kesan anti bacteria
- membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan mekanisma ini mempunyai karaktor setempat dan menyeluruh







http://lintahtiram.blogspot.com/







Lintah telah lama digunakan dalam rawatan kesihatan di negara ini yang menyaksikan Lintah diadun dengan santan kelapa bagi mendapatkan minyaknya yang digunakan untuk kesihatan seksual lelaki selain membaik pulih tisu dan memperkuatkan otot.

“Penternakan lintah ada potensi yang baik cuma tidak dieksploitasi memandangkan harga pasaran pun baik dan penternakannya mudah dikendalikan”.

Lintah-lintah di negara-negara Barat seperti Britain, Jerman dan Rusia di mana lintah dipelihara untuk tujuan khusus, hasil penyelidikan yang lama telah membolehkan lintah digunakan dalam perubatan moden dan berjaya menghasilkan produk siap.

Lintah juga turut diternak untuk tujuan perubatan terutama bagi masalah kesihatan berkaitan bahagian yang sensitif seperti bahagian kepala, belakang mata atau telinga yang memerlukan pembedahan, lintah hidup digunakan untuk menghisap darah pesakit dan kemudiannya darah itu dikeluarkan untuk dianalisis mengenai penyakit yang mungkin dihidapi oleh pesakit itu. Khasiat kesihatan dalam lintah terdapat pada apa yang dipanggil “Hirudin”, sejenis protein yang berfungsi menghalang pembekuan darah, yang terdapat dalam air liur lintah.

Penternakan lintah amat mudah dikendalikan dengan jagaan minimum sama ada di luar bangunan (kolam konkrit atau kolam tanah) atau dalam bangunan (tangki gelas serat, tangki akuarium atau tangki lain yang sesuai) yang didapati lebih mudah.Makanannya adalah belut dan keli, tetapi ada juga penternak lintah mengunakan baja lintah sebagai gantian, kebiasaannya ia diberikan setiap seminggu atau setiap dua minggu dan biasanya ia cepat membiak melalui sumber makanan ini.

Lintah yang hidup dan diternak di Malaysia tidak sama dengan yang terdapat di negara Barat dan setakat ini menunjukkan terdapat enam jenis lintah di Malaysia.

Anak lintah atau benih lintah yang boleh dijual biasanya berumur dua hingga tiga bulan manakala lintah induk pula enam bulan ke atas. Kandungan yang terdapat dalam lintah boleh digunakan untuk mengeluarkan produk kosmetik dan industri ini wujud antaranya di negara Taiwan,China, Thailand,jepun dan Korea Selatan.

Fakta Lintah
Terdapat 650 spesis lintah di bumi kita.
Lintah terbesar dijumpai berukuran hampir 2 kaki semasa di dalam air
Kira-kira 1/5 dari jenis lintah hidup dilaut yang mana memakan ikan
Lintah mempunyai 32 otak dan 5 pasang mata.
Lintah menafas menggunakan kulit lintah.
Lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun dimana lintah itu membawa anak-anaknya diatas perut sendiri, kadangkala juga mengeluarkan telur yang berbentuk jelly.
Kebanyakan lintah adalah penghisap darah.
Lintah south America dekat sungai amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah. Lintah ini memasukkan proboscic panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya
Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius tetapi kadangkala sakit juga.
Lintah Hirido menyuntik anti pembekuan serum atau hirudin ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah
Lintah akan jatuh sendiri semasa kenyang menghisap darah.
Badan Lintah akan memgembang sehingga 5 kali ganda badannya
Lintah digunakan dalam perubatan kira-kira pada 3000 sebelum masihi. Kemungkinan ketika Cina purba
Lintah Hirudo merupakan spesis terancam.
Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf kita
Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah atau pacat
Lintah boleh menggigit walaupun pada peha badak air yang tebal
Air liur lintah atau hirudin boleh memulihkan tisu-tisu yang rosak.
Lintah boleh membesar 6 hingga 10 kali ganda dari saiz original lintah.
1 ekor lintah ada zat dimana terdapat 20 unsur untuk menyembuhkan luka yang cedera
Lintah ada sifat jantan dan betina tetapi satu badan tidak boleh untuk mengawan dan membiak.
Lintah mesti mengawan dengan lintah lain

Lintah and maklumatnya

Lintah banyak digunakan untuk kosmetik dan industri perubatan.
Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitat lintah semakin pupus.
Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harga lintah semakin tinggi.
Untuk 1000 ekor lintah yang diternak, ia memerlukan 3kg belut sebulan.
Lintah juga boleh mendapatkan sumber makanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asal lintah.
Induk lintah boleh menghasilkan 20 hingga 80 benih lintah sekali bertelur.
Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan lintah), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.
Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badan lintah.
Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual









http://www.induklintah.com/
Fakta menarik tentang perternakan lintah dan pembiakan lintah:

1. Lintah-lintah adalah khunsa-khunsa (satu organisma mempunyai organ-organ pembiakan kedua-dua lelaki dan wanita) macam cacing tanah. Ia akan menjadi seorang perempuan selepas sampai saiz tetap.

2. Lintah adalah tidak sakit untuk menyelenggara kerana ia sukar untuk mendapatkan penyakit-penyakit.

3. Untuk setiap 100kg lintah induk, ia memerlukan sekitar 30 40kg belut-belut sebagai makanan sumber utama.

4. Lintah boleh menghisap darah 5 kali lebih daripada saiz originalnya.

5. Permintaan antarabangsa dan tempatan untuk lintah-lintah adalah tinggi, terutamanya untuk sebab penjagaan kecantikan dan perubatan.

6. Pasaran Lintah adalah besar sebab setiap lintah induk boleh ambil anda RM1 atau lebih banyak keuntungan, bergantung kepada saiz. Biasanya ia menjual dalam kilogram yang ia boleh pergi dari RM60 hingga RM180 setiap kilogram. Mengaut rezeki pendapatan yang lumayan.




http://zamri-usahatani.blogspot.com/2008/02/info-lintah-q-n-bersama-dr-zaleha.html





Lintah bertelur dalam air dan lintah induk membawa anak dari telur di dalam kantung (cocoon) yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di bawah badan induk. Setiap cocoon mempunyai sekitar 30 ekor anak



•Telur berada di dalam kokun dan akan melekat di bawah batu atau kiambang dan tumbuhan lain.
•kokun sangat tahan dalam keadaan sekitar yang ekstrim.

Monday, June 21, 2010

Lama benar saya tak ke Hutan Bandar Johor Bahru. Rasa-rasanya hampir setahun tak ke sana. Hari itu saya kembali ke Hutan Bandar pada 18 Mei (Selasa pagi) dan melihat banyak pembangunan pesat yang berlaku di Hutan Bandar ini. Hutan Bandar ini hanya 5km dari rumah saya dan Mustika Embun (ABIM Johor) pula 4km dari rumah saya. Maklumlah dah malas nak berlari-lari anak (joging) lagi. Zaman kegemilangan olahraga dan hoki saya sudah lama berlalu. Di Hutan Bandar ini terdapat jambatan baharu berdekatan Tmn Orkid. Kalau tidak dahulu,pengunjung terpaksa memijak batu-batu di antara 2 kolam ini utk menyeberangnya dan jika tersalah langkah boleh terjatuh ke dalam dua kolam yang dalam ini. Tapi yang kasihannya rumpu-rumput yang tumbuh di 2 kolam berdekatan masih tidak dicabut buang tapi makin bertambah bercambah. Rumah limas yang dalam pembinaan dahulu pun dah siap. Yang menarik perhatian saya ialah terdapat 2 buah kandang yang dibina selepas melalui rumah limas itu (di hadapan kedai -kedai Tmn Orkid)diletakkan ayam dan arnab. Cermin kaca akuarium selepas pintu masuk Hutan Bandar pun dah ada ikan

Thursday, June 17, 2010

Kg Bandar

Seram sejuk masuk Masjid Sultan Alaeddin (macam masuk Istana Sultan Abu Bakar,Johor) tapi disebabkan masjid ialah tempat beribadah saya masuk macam tiada rasa apa-apa ke rumah Allah ini dan kemudian sempat menunaikan solat tahiyatul masjid dan beredar keluar. Terfikir dalam hati, baru masuk Masjid Sultan Alaeddin dah belum masuk Istana baginda lagi yang terletak bersebelahan dengan masjid. Kepada pelancong luar,pelajar atau badan bukan kerajaan yang ingin membuat kajian di sini pun boleh. Selepas beredar dari masjid,saya tidak berkesempatan ke Istana Sultan Alaeddin kerana tiada kamera untuk mengambil gambar-gambar sebagai kenangan. Saya pun singgah menikmati pisang goreng yang terletak berdekatan.Murahnya, sekeping pisang yang sebesar separuh telapak tangan berharga 10 sen satu.Jadi, saya pun membeli banyak dan makan sepuas-puasnya.Nak tahu berapa saya makan.Tak boleh, rahsia. Kata penduduk asal (penjual pisang) di sini “kalau Sultan ke-6 tak berpindah ke Klang,tempat nil ah jadi Bandar Diraja dan naik jadi bandar,bukannya kampung-kampung begini”
“Betul juga,bukannya Klang yang jadi Bandar Diraja” dalam hati saya berkata. Lawatan pertama kali ke sana pada 10 Mei 2010, 3.04ptg sedikit sebanyak merungkap sejarah negeri Selangor yang saya tidak tahu selama ini. Keesokan harinya (11 Mei 2010) saya berkesempatan untuk masuk ke Istana Sultan Alaeddin pula (yang kini dijadikan muzium) namun tidak ada yang menarik dalam muzium ini kerana perabot-perabot asal dalam muzium ini telah dikeluarkan (tidak seperti Muzium Sultan Abu Bakar Johor yang perabotnya masih tersusun di dalamnya). Cuma saya tertarik pada penciptaan reka bentuk luar muzium ini yang bercirikan seni bina dari negara Asia Timur dan India.Selang beberapa hari kemudian, saya telah menemubual penduduk asal tentang sejarah di sini.Inilah hasil kajian yang telah saya dapat “Sultan Alauddin dan Sultan Abd Samad memerintah di sini. Ada 3 tempat pemerintahan di Selangor iaitu Jugra,Bukit Melawati Kuala Selangor dan Klang. Mula-mula pemerintahan Sultan pertama samapai ketiga di Bukit Melawati, Sultan keempat sampai kelima di Jugra dan Sultan keenam sampai kelapan di Klang.Sultan ke-6 iaitu Sultan Hishamudin pindah ke Klang.Makam Sultan Selangor ada sebuah di Jugra, 3 buah makam di Bukit Melawati dan 3 buah makam di Klang.Walaupun Sultan Alaeddin (Sultan ke-5) memerintah di Jugra tapi baginda disemadikan di Bukit Melawati.Sultan Abd Samad je dimakamkan di atas Bukit Jugra (mangkat tahun 1898). Senarai Sultan Selangor
Sultan Selangor
1)
2)Ibrahim
3)Mohd
4)Abd Samad
5)Alauddin Alam Syah
6)Hishamudin Alam Syah
7)Salahuddin Abd Aziz Shah
8)Idris Shah (kini)
Sila hayati gambar yang saya paparkan ini

Tuesday, June 15, 2010

WISMA ABIM Segamat

Pada 5 Mei 2010 lalu,saya telah sampai di Wisma ABIM Segamat. Kedatangan saya ialah untuk meninjau (survey) di mana lokasi sebenar Muktamar pada tahun ini. Jadi,dah tahu lokasi memudahkan saya tiba pada masanya pada hari muktamar pada 8hb Mei (petang pukul 3ptg) tersebut walaupun tidak dapat mengikuti program-program sampingan sebelum muktamar kerana saya ada hal pada 7 Mei dan 8 Mei pagi

Gambar akan dimuat naik akan dtg

Thursday, June 10, 2010

Ulu Yam

Pertama kali aku sampai di air bukit Ulu Yam (19 April, pukul 5.25ptg) dan mengambilnya sekali bawa balik isi dalam botol. Air bukit ini sangat segar,bersih dan bagus untuk kesihatan (seperti air mata air). Ada pengunjung tetap di sini memaklumkan bahawa telah dibuat kajian tentang air ni.

Monday, June 7, 2010

Muktamar Kuala Langat

Muktamar ABIM Daerah Kuala Langat pada 21 April 2010 yang lepas bertempat di Taski Sakinah,Teluk Dato',Kuala Langat hanya dihadiri 7 orang sahaja. Saya hadir sebagai pemerhati. Nak tinjau je bagaimana keadaan perjalanan Muktamar Kuala Langat ini. Muktamar ini agak ringkas dan santai sahaja. Muktamar hanya berlangsung dalam masa kurang daripada 30 minit sahaja


Gambar akan dimuat naik akan dtg

PIW

Di pintu masuk,anak monyet akan menyambut kita dengan penyambut tetamu wanita Indonesia yang meniru gaya dialek percakapan orang melayu. Kelihatan juga ular sawa kuning dan batik diletakkan di kiri pintu masuk penyambut tetamu itu dan kongkang di belakang pintu masuk tersebut.Dua tandas utama terletak di pintu masuk dan sebelah ladang buaya. Pertama kali saya masuk Paya Indah Wetland,Dengkil (PIW) pada 18 April 2010 lalu pukul 10.30pagi,saya rasa benar-benar tertarik dan terpegun. Dahulunya, Tuanku Mizan sering berkuda sebulan sekali di sini dan saya diberitahu yang kuda Tuanku berwarna putih.Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik di sini yang kebanyakannya memerlukan kita bermalam di sini.Terdapat beberapa galeri dan tempat pameran dan kompleks komersial dan kompleks pengangkutan yang belum dibuka, chalet untuk sewa persendirian juga belum dibuka.Tandas utama terletak di pintu masuk dan di sebelah ladang buaya.

Terdapat kolam itik,angsa dan itik kapas. Saya berpeluang memberi makan betik kepada badak air. Terdapat tiga ekor badak air berumur 15,13 dan 12 tahun separuh jinak di ladang kandangnya seluas kira-kira 3 ekar. Terdapat juga padang untuk ekuestrian, menara tinjau dan rumah melayu di bahagian belakang yang kini tidak boleh dimasuki. Terdapat 15 ekor buaya tembaga (5 jantan dan 10 betina) di kolam (ladang buaya).
Dewan Seminar Tempua dengan kapasiti 150 orang lengkap dgn LCD,skrin,PA sistem,100% karpet pentas,meja dan kerusi banquet,pentas,penghawa dingin dgn kadar percuma. Chalet khusus untuk guru pengiring dan katil (double bed) 2 unit percuma + fasilitator dan pengisian program dgn kadar percuma sama ada 3 hari 2 malam atau 1 hari punya program + Asrama kapasiti 30 orang dgn kadar percuma. Sewa basikal RM3 selama 2 jam.Kita juga boleh bawa sendiri basikal. Saya berkesempatan beri makan badak air (menyuap mulut badak air). Apabila badak menyangkut dagunya dan membuka mulutnya maknanya ia nak makanlah tu. Pernah sekali tu waktu pagi,takde orang beri makan badak ni da pukul 10,jadi aku yang beri makan.Aktiviti memberi makan badak ialah pada 10pagi setiap hari dan burung undan putih (pelican) pada 10.30pagi setiap hari. Buaya hanya diberi makan jam 11pagi pada setiap hari minggu sahaja. Terdapat 5 ekor kuda di kandangnya di bahagian belakang PIW ini. Pusat Interpretasi (di pintu masuk penyambut tetamu) sebagai pusat penerangan dibuka setiap hari dari jam 9-5ptg. Kalau bernasib baik,akan jumpa rama-rama berterbangan dan spesis-spesis burung yang kita tak pernah jumpa di kg kita. Kalau yang nak dating bercuti dengan ingin menerokai keindahan dan keagungan alam flora dan fauna,inilah tempat yang paling sesuai.
Terdapat 2 dorm asrama. Jarak dari asrama ke tempat masuk taman ialah 150 meter. Surau yang terletak bersebelahan dorm mengandungi 2 bilik air.Terdapat 5 tandas dalam setiap dorm asrama lelaki dan perempuan dan jarak dari surau ke dorm ialah 50 meter.Dorm asrama perempuan ada tempat sidai baju di luar.Kelibat pelatih PLKN betul-betul dapat dilihat dari asrama perempuan.Dorm asrama lelaki dan perempuan betul-betul terletak di sebelah dorm kem PLKN. Dengan mengenakan bayaran asrama RM9 semalam untuk satu kepala tanpa makan minum,saya meraskan ia sangat berpatutan dan berbaloi (kalau pihak PIW sediakan makan minum lagi mahal,lebih baik bawa sendiri ja di samping waktu makan pun bebas). Untuk pengetahuan semua,bayaran RM9 ini termasuk penginapan, katil 2 tingkat, tandas, masuk hutan, pemandu masuk hutan percuma dan aktiviti-aktiviti programnya yang utama iaitu ceramah jabatan, pemerhatian burung, lawatan konservasi/interpretif, berkayak, orienteering, jejak si buta dan jungle trekking. Saya rasa sangat-sangat berbaloi dengan penginapan tempat tidur ada penghawa dingin lagi dan masuk percuma serta meletak kenderaan percuma di tempat letak kenderaan seluas 2 ekar dengan mempunyai tempat parking bas juga.

Apa yang menarik perhatian saya ialah semua haiwan di sini tiada kandang kecuali badak air, buaya, burung undan putih, kongkang, ular, ayam hutan, ayam pegar, kura-kura, landak dan burung undan yang sakit. Burung merak juga ada tapi disebabkan pagarnya rendah,maka burung merak ini bebas terbang keluar masuk kandangnya. Sayangnya pelanduk dan burung helang sudah mati.Di sini juga terdapat restoran café.Saya syorkan kepada sesiapa yang hendak berjalan dalam PIW supaya naik kereta. Setiap 5 minit kapal terbang akan timbul, jelas kelihatan atas kepala kita.PIW ini strategik lokasinya kerana berhampiran dengan kawasan perkampungan orang asli dan PUSPEN (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik).

Yang penting penduduk di Dengkil dan Banting adalah orang Jawa.Mungkin sesiapa yang Jawa boleh hidup di sini.

Yang saya tahu di Selangor dan KL tak banyak kawasan rekreasi/perkelahan/rehlah. Cuma yang ada ialah tasik Shah Alam, Wet World Shah Alam, tasik Titiwangsa KL, tmn tasik Cyberjaya, tasik Putrajaya, air terjun Hulu Langat, Tmn Tasik Cempaka Bangi, air terjun Ulu Yam, hutan lipur Hulu Langat, hutan lipur Ulu Yam, Pantai Morib Banting, Pantai Kelanang Baru Banting, Jugra, Kuala Selangor, Paya Indah Wetland Dengkil dan Bukit Tinggi (dah masuk Pahang). Induksi patut masukkan sekali lawatan ke Cyberjaya,Putrajaya&Kuala Langat dan saya sedia menanti ketibaan anda dan boleh buat program khidmat masyarakat di sini (seperti PROKIM).


Gambar akan dimuat naik akan dtg

Monday, May 10, 2010

Kelanang

4 tahun di Selangor,ini baru pertama kali saya sampai pantai (jumpa pantai). Pertama kali sampai Pantai Kelanang pada 16 April 2010 pukul 2.34ptg. Pada waktu ini kita boleh nampak sayup-sayup air laut di depan kita. Jika waktu pagi sewaktu air laut surut,kita boleh berjalan kaki atas pantai ini melalui pasir pantai sejauh 1km dari gigi pantai. Sayup kelihatan air laut di depan mata kita apabila memandang laut, boleh berlari lagi ke laut. Pukul 4.20ptg sahaja,air laut mula pasang dengan deras.
Di depan kita terbentang Selat Melaka, kelihatan dua orang sedang menangkap ikan sewaktu air pasang dengan menjala. Yang tak menarikny terdapat beberapa ekor anjing liar yang berkeliaran di sini dan saya membaca surat khabar baru-baru ini mengatakan yang pihak MDKL telah mengambil langkah dengan menembak anjing-anjing ini tapi ada baki lagi yang masih hidup dan harap pihak MDKL dapat menghapuskan masalah ini terus pada masa terdekat ini. Kelihatan juga sebuah kapal besar berlabuh di tengah laut.Harap-harap tidak melakukan aktiviti membuang minyak seperti yang pernah berlaku di Tanjung Piai (penghujung paling selatan tanah besar Asia) beberapa tahun dahulu.Saya juga belajar memancing ikan belanak.Saya lihat ikan belacak berlari-lari dalam air jika terlihat pemangsanya (saya) padahal bukan saya nak tangkapnya.Saya juga membawa balik siput dan 2 spesis ketam yang berlainan. Di sana, saya hanya membasahkan kaki di gigi air dan tidak mandi.

Di kawasan terbuka muda-mudi di sini baik-baik belaka tapi apabila saya lalu di kawasan belakang-belakang (tertutup) terdapat kelibat beberapa muda-mudi duduk berdua-duaan.Saya lari daripada kawasan tersebut Cuma berniat dalam hati supaya mereka sedar (iman yang paling lemah). Bukan masalah sosial ini yang saya nak ceritakan di sini tetapi mengenai tempat ini.Di sini ada 4 tempat BBQ di sini ditambah bola sepak pantai dan bola tamper pantai. Kepada sesiapa yg nak berkelah atau rehlah di sini,saya syorkan main sebelum petang sebab pukul 5 petang air laut pasang dan akan mengelilingi padang-padang ini (maha suci Allah padang ini tak ditenggelami air laut sewaktu pasang seperti keajaiban yang sangat cantik cuma saya gerunlah sebab nampak air yang deras di sekeliling kita). Di sini juga terdapat menara tinjau setinggi kira-kira 20 meter dapat melihat matahari terbenam di Selat Melaka.Kelihatan beberapa pemuda menangkap ikan.Kelihatan sebuah kapal besar berlabuh di tengah-tengah laut dan harap-harap tak membuang minyak seperti yang berlaku di Tanjung Piai (penghujung paling Selatan tanah besar Asia) sewaktu ketika dulu.Saya juga sempat belajar memancing ikan belanak. Ikan belanak ini biasanya akan dibuat umpan untuk dijadikan umpan memancing oleh kaki-kaki pancing. Kelihatan juga ikan belacak berlari-lari dalam air menjauhkan diri daripada pemangsa (saya,padahal bukan nak tangkap ikan belacak pun). Aku juga membawa balik siput dan 2 spesis ketam kecil yang kukutip.Aku hanya membasahkan kaki di gigi-gigi air dan tak mandi.Di sini juga ada 3 bilik mandi di tandas lelaki. Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di sana ialah terdapat 3 buah bilik mandi,2 tempat yang ada surau,tiada paip air dan jika nak air kena pergi ke tandas je.

Di akhir lawatan,sebelum saya meninggalkan tempat ini, saya telah membuat sedikit kerja pembersihan pantai. Saya rasakan mana-mana kesatuan/persatuan/NGO patut membuat “kerja gotong-royong membersihkan pantai” sebagai program khidmat masyarakat/khidmat bakti dalam kalendar aktiviti/induksi mereka. Selain dapat membersihkan alam sekitar, pantai serta flora dan fauna, pihak wartawan televisyen juga akan datang membuat liputan kerana media biasanya gemar membuat laporan isu-isu begini (alam sekitar).


Gambar akan dimuat naik akan datang

Sunday, May 2, 2010

Tiroi

Pada 15 April lau, saya telah melawat tempat menarik di Tiroi,Negeri Sembilan iaitu makam Tok Botok pada 7.34pagi



Gambar akan dimuat naik akan dtg

Wednesday, March 31, 2010

Periksa gigi

Saya telah menghadiri Bulan Kesihatan Gigi Colgate pada 9 April 2010 di AEON JUSCO Bukit Tinggi, Klang


Gambar akan dimuat naik akan dtg

Isteri Perlu Bersedia

2010/07/12

KUALA LUMPUR: Golongan isteri perlu sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan waktu susah walaupun ketika ini mereka mungkin bahagia bersama suami, berikutan keadaan itu boleh berubah sekelip mata sekiranya ditinggalkan suami atau suami meninggal dunia.
Ketua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), Prof Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim berkata, mereka perlu mempelajari pelbagai jenis kemahiran secukupnya bagi memperlengkapkan diri masing-masing supaya kehidupan mereka tidak terkontang-kanting sekiranya ditinggalkan suami selama bertahun-tahun tanpa sebarang nafkah untuk menyara keluarga.


Beliau berkata, seseorang wanita itu sebaiknya mempersiapkan diri dengan kemahiran sejak awal sebelum mereka berkahwin dan terus mempelajari sebarang kemahiran yang boleh mendatangkan keuntungan dan dijadikan kerjaya sampingan suatu hari kelak walaupun suami enggan membenarkan mereka berkerja.


“Wanita sepatutnya boleh berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan suami hinggakan bila ditinggalkan, mereka jadi patah semangat.


“Wanita tidak boleh duduk saja dan menangisi nasib mereka atau menagih simpati serta bantuan dari badan tertentu, sebaliknya perlu berusaha mencari nafkah melalui kemahiran yang ada kerana ia mampu memberi lebih pendapatan jika hendak dibandingkan dengan bantuan yang diberi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Dr Nik Safiah berkata, ada banyak badan sukarela (NGO) serta kementerian yang menyediakan pelbagai kursus kemahiran seperti memasak, kraftangan, jahitan dan berniaga secara kecil-kecilan dalam usaha membantu golongan ibu tunggal serta wanita teraniaya mencari pendapatan sendiri.


Beliau berkata, golongan isteri ditinggalkan suami juga perlu rajin menyertai persatuan seperti persatuan ibu tunggal kerana selain mendapat kemahiran yang diajar di situ, mereka juga secara tidak langsung mendapat sokongan moral apabila bergaul dengan golongan senasib serta mempelajari pengalaman orang lain.


“Pendek kata, wanita perlu berusaha untuk berdikari dan memajukan diri sendiri tanpa bergantung kepada suami kerana jika berlaku apa-apa perkara yang buruk, kehidupan mereka tidak terlalu tertekan atau merana.


“Bagi wanita yang mempunyai anak, saya hendak ingatkan walau susah macam manapun, pelajaran anak perlu dijaga baik kerana melalui pelajaran, kehidupan susah anak dan diri boleh berubah jika anak berjaya dalam pelajaran,” katanya.


Katanya, isteri perlu berusaha menjejaki pasangan yang meninggalkan mereka melalui keluarga dan saudara-mara pihak suami atau badan tertentu seperti jabatan agama Islam supaya situasi hubungan dapat dibincang dengan mengambil keputusan bercerai secara baik.


Beliau berkata, suami wajar melepaskan saja isteri mereka jika sudah tidak mahu bersama demi kepentingan wanita itu supaya dia boleh meneruskan kehidupannya dengan baik.


“Bagi suami yang bekerja dengan majikan, isteri boleh membuat tuntutan melalui mahkamah supaya nafkah kepada anak-anak dibayar suami secara potongan gaji kerana mereka sudah tidak bertimbang rasa, jadi jika minta secara biasa memang tidak dapat,” katanya.


Semalam, Metro Ahad melaporkan semakin ramai wanita menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami dan digantung tidak bertali bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.

Sila baca seterusnya di sini



1.AL-FATIHAH

Baca14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2.AL-FATIHAH

Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman

3.AL-FATIHAH

Baca 7 kalidan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang berpenyakit mental

4.AL-FATIHAH

Baca 3kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.
Sakit yang keterlaluan.

5.AL-FATIHAH

Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6.AL-FATIHAH

Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu,


1.YA-RAHMAN,YA-RAHIM, YA ALLAH


Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:
Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkanpenyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

2.AWET MUDA
(dalaman dan luaran)

Zikir Baca
Ya Badiyah -1 kali
Ya Nur - 1 kali
Ya Hadi - 1 kali
Ya Allah – 3 kali
Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.


Ayat Al-Waqiah(ayat 35,36,37,38)
Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman

3.KAYA DENGAN KETENANGAN JIWA

Baca ayat Al-Waqiah setiap hari sebelum tidur.

4.MENGELAKKAN SAKIT KEPALA

Bawa ayat Al-WaqiahAyat 19 moga-moga boleh menghilangkan/ meredakan.

*SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR,
INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

LIMA BELAS MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA

LIMA BELAS MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA

Daripada Ali Bin Abi Talib r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1)Apabila harta Negara beredar pada orang-orang tertentu.
2)Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3)Zakat dijadikan hutang.
4)Suami memperturutkan kehendak isteri.
5)Anak derhaka terhadap ibunya.
6)sedangkan ia berbuat baik dengan kawannya.
7)Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8)Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9) Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10)Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11)Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12)Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13)Para artis disanjung-sanjung.
14)Muzik banyak dimainkan.
15)Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti anghin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”. (H.R. Tirmizi)



(Tulisan di atas ialah tulisan kenangan daripada Pustaka Darussalam sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2010)

Tuesday, March 30, 2010

Perjalanan Melancong ke PP,KL dan KB





























































































Ini adalah perkara yang berlaku pada awal tahun ini,minta maaflah kerana lambat posting.

Pertama kali aku memandu dalam keadaan hujan yang sangat lebat di tengah-tengah malam sehingga awal-awal pagi. Perjalanan dari Johor Bahru ke Kota Bharu (melalui Mersing) menjadi terlalu lambat,bosan dan memenatkan.

Sewaktu tiba di bandar Kuantan untuk guna jalan lebuhraya baru Kuantan ke Jabor di waktu tengah malam (tak silap saya dalam pukul 1 pagi) untuk ke tandas di Petronas Kuantan,saya terserempak dengan pelacur yang sedang menunggu pelanggannya mengambilnya dengan kereta betul-betul di sebelah Petronas tersebut(lorong kecil di sebelah Petronas,pusat bandar Kuantan). Saya pun mengundur diri,patah balik masuk ke kereta,tak jadi nak buang air sebab laluan ke tandas Petronas tu terletak di sebelah lorong kecil tu. Saya tidak mahu ambil risiko,maka terpaksa tahanlah keinginan saya tu. Cuma saya berdoa dalam hati agar beliau kembali ke jalan yang benar (selemah-lemah iman). Mama dan abah hanya berehat dalam kereta. Apabila menyambung perjalanan semula,saya bercerita balik perkara yang dilalui tadi kepada mama.

Memandu dan menemani pemandu pada waktu malam cepat menaikkan amarah dan baran,jadi saya cepat dimarahi abah dan selalu menjadi mangsa marah jelah walaupun perkara kecil. Abah saya ini kalau dalam keadaan biasa,sporting orangnya,kelakar orangnya,selalu bercerita pasal sejarah dunia,sejarah Malaysia dan dunia yang beliau dah khadam),adat dan budaya masyarakat dunia,pengetahuan am,pasal agama,politik dulu dan zaman sekarang dan lain-lain lagi.

Selepas melepasi persimpangan Jabor,kami singgah di sebuah restoran yang pernah kami kunjungi untuk mengalas perut saya (perut drebar)yang kekosongan sebelum bergerak meneruskan perjalanan sehingga ke R&R Dungun. Saya menikmati 1 sup daging yang boleh makan sampai 3 orang makan (Bayangkanlah satu mangkuk sup tu boleh dimakan 3 orang,punyalah banyak isi). Mama dan Abah berkongsi sup yang saya makan itu ("_"). Selepas itu,saya tumpang buang air kecil di restoran tersebut,rupanya tandas restoran terletak di corok belakang restoran tu. Agak jauh juga dan dalam keadaan betul-betul gelap gelita dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa sawit takut juga saya ke sana. Namun terpaksa juga kerana dah tak tahan. Sewaktu dalam tandas tu,saya nampak cicak gergasi di siling tandas. Itulah pertama kali saya nampak cicak gergasi. Sangat besar cicak ni. 3 kali ganda lebih besar daripada cicak rumah.Memandu dalam keadaan hujan yang sangat lebat di tengah-tengah malam sehingga awal-awal pagi sambil bawa 70-90 km/j sebab tak nampak langsung jalan (lalu jalan lama dari Jabor ke persimpangan R&R Dungun) sambil khuatir licin dan takut risiko apa-apa sangat mendebarkan. Saya dapati kanan kiri jalan air naik sehingga hendak melimpahi jalan raya.Abah kata kena rasa pengalaman memandu begini dalam nada orang nak tidur. Sampaikan suatu masa lori balak pun potong kereta Gen2 biru yang saya bawa (punyalah lambat saya bawa). Dalam hati saya berkata pengalaman memandu begini benar-benar menguji semua aspek. Mama di tempat duduk belakang tidur-tidur ayam kerana risau juga hujan lebat ni di tengah malam dan awal pagi yang gelap gelita ini. Hujan mula turun selepas persimpangan Jabor sikit (jalan lama) sehingga ke R&R Dungun hujan.Sebelum ini saya pernah memandu waktu malam ke Kota Bharu tapi taklah hujan, orang Terengganu tahulah laluan sini yang saya maksudkan di sini. (PSS=Kalau anda nak tengok cicak ini,ia terdapat dalam Zoo Negara atau mana-mana Taman/Muzium)

Pada awal-awal pagi tu setibanya di R&R Dungun,abah menyuruh saya berhenti untuk berehat dan kami pun bermalam (tidur jenderu) dalam kereta sehinggalah Subuh. Kemudian kami meneruskan perjalanan. Alhamdulillah,Terengganu banjir tapi di Kelantan tidak banjir. Apabila sampai di Kelantan keesokan harinya,tiada hujan di Kelantan. Seperti biasalah apabila sudah balik kg dan berada di Kelantan ini,Wakaf Che Yeh akan menjadi tumpuan utama kami selain bandar Kota Bharu dan rumah saudara-mara di Pasir Tumboh dan Pasir Mas (Bunut Susu,Tendong,Padang Embon dsb)

Abah saya ni kalau dah lama benar tak jumpa makanan tradisi beliau dan makanan asal-usul beliau,apabila dah berada di sini memang tak menang tanganlah membelinya termasuklah saya. Buat pengetahuan semua,kami berada di Kelantan selama 4 hari sebelum melancong ke tempat-tempat lain pula (PP dan KL)

Dalam perjalanan dari Kelantan ke Pulau Pinang (PP) melalui jalan Grik (sempadan Perak-Kelantan)pemandu akan melalui satu simpang ke Bukit Bunga (Bukit Tar Thailand > Bukit Bunga). Ini adalah jalan alternatif hendak ke Siam (Thailand)

Ini adalah kali kedua aku ke Penang sejak kali pertama pada tahun 1988 lalu (sewaktu umur 3 tahun).

Sebaik tiba di PP (melalui Jambatan Pulau Pinang) dan setelah beberapa hari di sana,aku dapati kebanyakan penduduk di Pulau Pinang ni mukanya masam,tak pernah manis, memanjang je dagu ke depan,tak peramah dan tiada reaksi langsung bila abahku buat jenaka kat tuan-tuan kedai makan ini. Lain benar perangai mereka. Penang kan tempat peranginan,maka kena manis-manislah sikit muka tu.

Lagi satu,kami juga tak tahu bezakan mana satu mami,mamak,india,hindu dan India (datang asal dari negara India) di pulau ini kerana kebanyakan rupa mereka serupa sahaja.

Untuk lebih lanjut,di bawah ini ialah diari saya

11 Jan 2010,pukul 3petang mendaftar masuk Hotel Geogetown Berjaya Penang (bilik nombor 2015&2016)sebaik tiba di pulau tersebut. Sesat cari hotel ni

12 Jan 2010,pukul 4.44 petang masuk Komtar (pertama kali masuk sini). Yang uniknya Komtar Penang ini ada disediakan tempat letak kereta khas untuk kakitangan pejabat kerajaan (Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang).Di sini banyak motor diletakkan di tempat parking. Saya kasihan melihatkan medan selera Komtar ini di tingkat paling atas. Saya bergurau dengan Mama Abah "Ni medan selera ke kandang ...
Saya mula pandu kereta di Pulau Mutiara ini selepas keluar dari Komtar ini kerana sepanjang perjalanan dari seberang Semenanjung ke pulau ini abah yang pandu kereta sambil saya leka menangkap gambar-gambar menarik di sepanjang atas jambatan Pulau Pinang ini.

12 Jan 2010,pukul 5.27 petang masuk ke Perangin Mall yang dihubungkan dengan jambatan dari Komtar (seperti jambatan di tengah-tengah bangunan KLCC)

12 Jan 2010,pukul 6.29 petang masuk Midlands Park 1 Stop Penang (kompleks beli belah sebelah hotel penginapan)

Botanical Garden tengah naik taraf. Jadi,kereta kami tak boleh masuk sampai ke dalam


13 Jan 2010,pukul 11.08 pagi sampai Masjid Penang Hill

Rapid Penang nombor 204 ke Penang Hill (no bas ke Penang Hill; Rapid Penang=Rapid KL)

Sebelum naik Penang Hill di Ayek Hitam (Air Hitam),kamipergi sarapan di Kg Melayu dulu

13 Jan 2010,pukul 2.36 petang tumpang solat di USM

Juga merasa makanan terkenal Penang iaitu "Nasi Kandar"

Pulau Pinang seperti Pulau Langkawi juga pusing-pusing satu pulau,jumpa jalan yang sama balik


Kesimpulan dan pengajaran yang penting yang aku dapat ambil di sini ialah orang di sini memandu kereta lepas beri signal je,terus belok

PSS : Pulau Pinang terdiri daripada kawasan pulau dan sedikit semenanjung tanah besar di Kedah. Kebanyakan orang sangka Pulau Pinang tu hanya dalam kawasan pulau tu je


14 Jan 2010,pukul 3.05 petang mendaftar masuk ke KL Plaza Suite

16 Jan 2010,pukul 12.04 tengahari Pavilion KL (kompleks beli belah)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya