Wednesday, October 28, 2009

Tekanan darah

Tekanan darah ada 2 ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut 120/80 mmHg (bacaan 120=tekanan semasa jantung mengepam, 80=tekanan semasa jantung berehat).

130/80 mmHg=optima, 130/85 mmHg dan kekal tinggi walaupun semasa berehat menunjukkan tekanan darah tinggi. 95% penyakit ini tak diketahui sebabnya. Faktor penyumbang penyakit darah tinggi ialah keturunan, pemakanan (tinggi lemak dan kolestrol), terlalu banyak garam dan penyakit kencing manis. Cara mencegah ialah bersenam 3 kali seminggu, mengawal berat badan melalui kawalan pemakanan dan bersenam, makan secara sihat dan elakkan atau kurangkan (pengambilan garam/makan masin,karbohidrat ringkas dan makanan berlemak/berminyak)

EPISTEMOLOGY AND AXIOLOGY IN ISLAM

Definition

Epistemology is a branch of philosophy inherited by Moslem scholar among the Greek philosophers. Literally Epistemology means a theory of knowledge. According to Hamlyn (1972):

· "Epistemology, or the theory of knowledge, is that branch which concerned with the nature and scope of knowledge, its presupposition and basis, and general reliability of claims to knowledge." – Hamlyn

· Descartes said that Epistemology means what we know (rationalism). It is the belief that the mind is capable of knowing things event without experience.

· Philosopher in England said that the Epistemology means known as empiricism. It is the belief that the best way to be obtaining about something is to tests it your sense - through actual experience. Empiricism became a major aspect of what we now call science.

· Epistemology (aptly defined in Gary De Mar's War of the Worldviews: a Christian Defense Manual, American Vision, 1994) studies the nature, source, and limits of human knowledge, as well as the analysis of such concepts as 'truth', 'belief' and 'knowledge'.

Thus, Epistemology is a theory of knowledge that tells its source, on how it happens and its relation with man experience. Epistemology is apart of ethics. Both are important to evaluate man performance and intention to show its relation.

Achievement hierarchy of knowledge: cognitive faculty.
· Tafakur
· Ta'akul
· Tafakuh
· Tasawwur
· Tafahum

Hierarchy and type of the receiver of knowledge
Knowledge hierarchy:
The sources of knowledge through Islamic Philosophy acknowledgement are as follow:

1. Wahyu/Naqli

Allah says:

"So take what the messenger gives you, and refrain from what He prohibits you." (surah al-Hasyr : 7)

Wahyu is a source of all knowledge. It relates to aspects like divinity, aqidah, syariah, especially matters of halal and haram and akhlak. Wahyu was brought or revealed by Allah to his messengers/prophet as a main source of knowledge and guidance to all human beings. Wahyu consists hadith qudsi that were conveyed by Rasulullah saw that is known as hadith sahih: through words, performances and agreement (iqrar). It becomes second important source of knowledge after Quran.


2. Ilham

Abd Halim Mahmud (1964) said: Ilham is closely related to one's institution, which includes direct association with emotional perception, sense, mind (through thoughts) and the acceptance of conclusion. Institution and inspiration enable quick transition from the stage of not knowing to knowing hence, sharpens the real potential of our minds. Ilham is a unique way of accepting knowledge because it is given directly by Allah swt.


3. Hissi ( Senses)

Senses are the main source of knowledge through Al-Kindi's view while mind is the second source of knowledge. Al-Kindi emphasised the important of sense in order to gain knowledge and Al-Farabi merely classified human knowledge as knowledge of sense. But Al-Ghazali was the only one who critiqued the role of senses as the source of knowledge among other philosophers. According to him, senses could not contribute any knowledge but mind.


4. Akal/Rationale

Akal is another source of knowledge. Most of philosophers dignified it, whereas the others did not. They are the rational philosophers like the followers of Muktazilah and Syiah, especially Zaidiyah. They assumed that Akal depicts everything that include the existence of Allah SWT, good or bad and other occult matters. Ahli Kalam, Ahlusunnah, ulama-ulama tassawuf. Fekah and hadith are among of those who had a simple perception on akal. For them, eventhough akal has unlimited approach than senses, yet when it comes to a matter of akhlak, divinity and supernatural, it is still unlimited. Al Ghazali was the man who valuates akal moderately. Through his writing, it can concluded that akal has different uses towards impression and morality.

Bersambung pada episod akan datang

Monday, October 26, 2009

Kekuatan ummah terbina atas dasar persaudaraan

Oleh Penulis Khas Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

Kerjasama perlu ditegakkan supaya perpaduan terjalin dalam masyarakat Islam digeruni musuh

MEMBERI salam pembuka tirai suatu perkenalan. Salam menghancurkan rintangan untuk bermesra antara satu dengan lain. Langkah selanjutnya bagi seorang mukmin selepas bersapa dengan salam ialah bertaaruf.

Saudara sebangsa dan seagama, tidak bermakna jika tidak berkenalan antara satu salam lain. Kepelbagaian budaya dan warna hidup, pasti meluaskan pandangan dan pengalaman. Banyak iktibar yang boleh didapati apabila kita berpeluang melihat manusia pelbagai bangsa, bertukar fikiran dan pengalaman dengan saudara kita.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbagai bangsa dan kabilah, adalah untuk saling berkenalan. Sesungguhnya yang lebih mulia di kalangan kamu ialah orang yang lebih bertakwa.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Marilah dalam usaha kita membina kembali ummah, mulakan kehidupan baru dalam hubungan sesama Islam. Kita menghormati sesama Islam dan menghidupkan kembali suasana persaudaraan di kalangan orang tua, ibu bapa menghormati anak dan anak menghormati ibu bapa.

Peliharalah lidah daripada mengeluarkan kata-kata cemar dan kotor terhadap sesama Islam, sama ada kawan, teman, anak, isteri atau kepada sesiapa saja. Inilah akhlak Islam dan marilah kita menghayatinya sepenuh hati.

Bagi umat Islam, perkenalan yang diikat oleh tali persaudaraan mesti dijalinkan dan dikukuhkan sehingga mampu bekerjasama. Bekerjasama menjayakan kebaikan, memenuhi keperluan hidup, menjayakan bangsa untuk memelihara maruah, bangsa dan agama.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan bekerjasamalah untuk kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bekerjasama untuk melakukan dosa dan permusuhan." (Surah al-Maaidah, ayat 2)

Perjuangan membina ummah perlu kerjasama daripada setiap anggota ummah. Kerana itu kita mesti mengenali mereka, mencari jalan untuk berkenalan dan diikuti dengan usaha mendapat kerjasama serta sokongan mereka .

Jauhkan kerja yang merenggangkan kita dengan ummah. Mereka adalah saudara dan sahabat kita. Dapatkan kerjasama semua pihak untuk menjayakan niat suci membina kembali umat dan bangsa yang dikasihi. Niat suci yang besar ini, jika mendapat kerjasama semua pihak akan dapat diterjemahkan menjadi kenyataan.

Ingatlah bahawa usaha membina ummah, berjalan atas asas persaudaraan, kasih sayang, kesungguhan dan pergantungan dengan seluruh anggota ummah adalah berkat sokongan semua pihak. Justeru, kerja yang berat akan menjadi ringan dan yang susah akan menjadi mudah.

Kerjasama adalah sebahagian fenomena persaudaraan yang hendak ditegakkan Islam di kalangan umatnya. Kerjasama itu, jika diteruskan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan, akan berkembang mencapai tahap tadhamun iaitu ikatan setia kawan antara umat Islam.

Inilah yang perlu dicapai masyarakat Islam seperti dirakamkan melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perumpamaan orang-orang beriman di dalam kasih sayang dan prihatin antara mereka adalah seperti satu jasad yang jika sebahagian anggota itu mengadu sakit, ia membawa seluruh jasad itu berjaga malam dan demam." (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim )

Oleh kerana adanya setia kawan yang kuat dan padu, masyarakat Islam pada zaman awal Islam tidak boleh dipermainkan oleh sesiapapun. Mereka mempunyai maruah yang tinggi dan disegani kerana mereka prihatin terhadap kesusahan dan kesulitan saudara mereka.

Mereka bertindak tegas terhadap orang kafir yang cuba menceroboh dan menjatuhkan maruah Islam dan umat Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: “Muhammad pesuruh dan mereka yang bersama-samanya bersikap tegas terhadap orang-orang kafir dan saling berkasih sayang sesama mereka.” (Surah Al-Fath, ayat 29)

Tetapi ketegasan dalam tindakan mereka sentiasa berpegang kepada keadilan. Mereka akan memihak kepada yang benar, walaupun terpaksa menghukum diri serta saudara. Mereka berpegang kepada prinsip yang ditetapkan al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu kitab supaya kamu menjalankan hukuman di kalangan manusia dengan apa yang dipeliharakan kepada kamu kepada Allah dan jangan kamu menjadi pembela kepada orang yang khianat." (Surah al-Nisa, ayat 105)

Ayat itu mengenai Ibn Ubairaq yang mencuri sebilah pedang dan kemudian melemparkan tuduhan kepada seorang yang tidak bersalah. Orang yang dituduh itu sama ada daripada kalangan orang Ansar atau Yahudi.

Larangan menjadi pembela kepada pengkhianat itu merangkumi perbuatan khianat terhadap orang Islam atau kafir muahad (yang memeterai perjanjian damai dan hidup bersama secara aman). Kerana itu, keadilan adalah menjadi pegangan kukuh mereka dalam pelaksanaan sikap tegas.

Bersikap adil mengimbangi ketegasan dalam hubungan mereka dengan manusia. Sikap ini perlu menjadi pakaian bagi amalan kita supaya erti kehidupan Muslim yang sebenar dapat dibina kembali pada zaman ini.

Sikap setia kawan dan prihatin terhadap kesulitan dihadapi saudara Muslim ini menjadi asas kepada pembentukan masyarakat bertakaful iaitu masyarakat yang terjamin dari segi keselamatan, kesejahteraan dan pemeliharaan hak bagi setiap individu, keluarga serta masyarakat.

Di kalangan masyarakat Islam, setiap orang adalah penjamin kepada keselamatan dan kesejahteraan orang lain. Harta benda dan darah mereka, haram dirampas dan ditumpahkan oleh orang Islam melainkan dengan cara yang hak mengikut undang-undang.

Setiap orang Islam akan berasa selamat serta aman daripada ketakutan dan kelaparan ketika berada di kalangan orang Islam. Inilah suasana pergaulan dan perhubungan antara anggota masyarakat Islam yang dituntut Islam.

Kita berusaha menghidupkan kembali budaya ini dalam Program Bina Ummah dan mengajak semua sahabat memulakannya. Walaupun pada peringkat awal, ia dihayati dalam kumpulan yang kecil, lama kelamaan kehidupan seperti ini akan berkembang dan membesar.

Ingatlah, bahawa masyarakat Islam itu dalam hubungan antara setiap anggotanya adalah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Seorang mukmin dengan mukmin yang lain itu adalah seperti satu bangunan yang antara satu dengan yang lain saling menguatkan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika yang mengikut dan menguatkan bangunan itu ialah besi, paku, batu atau simen konkrit, maka yang menyatu dan saling menguatkan binaan masyarakat Islam ialah persaudaraan yang melahirkan perasaan kasih sayang, tolong-menolong, bekerjasama dan takutkan balasan Allah di akhirat.

Menerusi taaruf (berkenalan), ta'awun (bekerjasama), jaminan sosial (tadhamun) dan saling membantu (takaful), maka masyarakat Islam yang penyayang serta prihatin dapat dibina dan ditegakkan.

Bagaimanapun, kekuatan bangunan masyarakat Islam akan roboh oleh perbuatan atau umat Islam sendiri, jika ia dibiarkan dimakan anai-anai, dipecahkan oleh tangan jahat dan dimusnahkan oleh perbuatan ganas yang tidak mengingini masyarakat Islam dibina dengan teguh.

Anai-anai itu ialah permusuhan antara sesama Islam, benci membenci, ghaibah (mengumpat), khianat, tiada setia kawan, fitnah memfitnah, mendedahkan keaiban orang lain dan sebagainya.

Dengan iltizam daripada ajaran Allah dan Rasul-Nya, maka perubahan masyarakat Islam yang kian pincang akan dapat dilakukan secara berkesan, bermula daripada perubahan dalam lingkungan sahabat dan dikembangkan dalam masyarakat lebih luas. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita. (DIPETIK DARI BERITA HARIAN)

Thursday, October 1, 2009

Tanda-tanda Dia Menipu

Artikel di bawah dipetik dari blog SifuPTS iaitu www.universitipts.com.

Apabila kita berkomunikasi dengan orang lain, atau melihat orang lain sedang berkomunikasi maka kita dapat mengenalpasti sama ada seseorang itu berkata benar atau sebaliknya. Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang memerlukan kita lebih berhati-hati agar tidak diperdaya oleh si penipu.

Semakin banyak tanda-tanda di bawah dilakukan, semakin serius dustanya.

(i) Tangan memegang-megang leher dan tengkuk (ataupun tengkuk baju).

(ii) Mata terkelip-kelip lebih laju daripada biasa.

(iii) Bibir terkatup lebih rapat daripada biasa.

(iv) Bercakap dengan ayat yang terputus-putus.

(v) Tercari-cari perkataan. “Urmm… anu… anu…”

(v) Membuat pembetulan pada apa yang tadi dipercakapkannya. (Macam kes
Saifool tersalah sebut tarikh sewaktu bersumpah dalam masjid Kuala
Lumpur).

(vi) Mata tidak mahu memandang orang yang didustai (ataupun tidak mahu memandang tepat pada kamera).

(vii) Menyorokkan tapak tangan.

Kata Puan SiPTS lagi, “Saya juga pakar menangkap penipu (selepas banyak kali terkena tipu,
saya pun bersungguh-sungguh belajar dengan membeli dan membaca
buku-buku tentang tanda-tanda (traits) orang cuba menipu.”.

Semoga maklumat ini berguna bagi kita semua.
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya