Assalamu'alaikum,
Pertama-tama kalinya sy ingin merafakkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana dengan izinnya maka sy telah berjaya menghasilkan blog sy sendiri ni. Diharap dgn kemunculan blog ini dpt membantu membina perkembangan minda sy untuk berfikir secara kritis selaras dgn perubahan zaman dan fenomena isu-isu semasa yg terjadi di persekitaran kita yang menuntut kita untuk mengubahnya dgn tangan,mulut dan hati kita (sabda nabi "SEKIRANYA KAMU MELIHAT KEMUNGKARAN MAKA CEGAHLAH DENGAN TANGAN,KALAU KAMU TIDAK MAMPU CEGAHLAH DENGAN MULUT DAN KALAU KAMU TIDAK MAMPU CEGAHLAH DENGAN HATI,SESUNGGUHNYA ITULAH SELEMAH LEMAH IMAN".) Diharap semua akan mendapat manfaat daripada usaha sy yg sekecil ni. Blog sy ni dimulakan dengan membaca ulmu kitab Al-Fatihah. Sekian, wassalam. Allahu Akbar
Salam pembuka bicara
Syukran Jazilan
Sifat Yang Layak Bagi Tuhan Itu Ada 20(Sifat 20)>> 1. Wujud ertinya Ada.>> 2. Qidam ertinya Sedia.>> 3. Baqa' ertinya Kekal.>> 4. Mukholafatuhu Lil Hawadithi ertinya Bersalahan Dengan Segala Yang Baharu(iaitu makhluk).>> 5. Qiamuhu Binafsihi ertinya Yang Berdiri Dengan Sendiri.>> 6. Wahdaniah ertinya Yang Maha Esa.>> 7. Al Qudrat ertinya Yang Berkuasa.>> 8. Al Iradat ertinya Yang Berkehendak.>> 9. Al Ilmu ertinya Yang Mengetahui.>> 10. Al Hayat ertinya Yang Hidup.>> 11. As Samaq ertinya Yang Mendengar.>> 12. Al Basar ertinya Yang Melihat.>> 13. Al Qalam ertinya Yang Berkata-kata.>> 14. Kaunuhu Qadiran ertinya Keadaan-Nya Yang Berkuasa.>> 15. Kaunuhu Muridan ertinya Keadaan-Nya Yang Berkehendak.>> 16. Kaunuhu Aliman ertinya Keadaan-Nya Yang Mengetahui.>> 17. Kaunuhu Haiyan ertinya Keadaan-Nya Yang Hidup.>> 18. Kaunuhu Sami'an ertinya Keadaan-Nya Yang Mendengar.>> 19. Kaunuhu Basiran ertinya Keadaan-Nya Yang Melihat.>> 20. Kaunuhu Mutakalliman ertinya Keadaan-Nya Yang Berkata-kata.
“Sesungguhnya yang pertama difardhukan oleh Allah ke atas manusia dari agamanya adalah solat dan amalan pertama yang akan dihisab adalah solat dan Allah berfirman : Periksalah solat hamba-Ku ini, jika solatnya sempurna tuliskan sempurna, dan jika kurang, berfirman Allah s.w.t. : Adakah hamba-Ku itu melakukan solat sunat, kalau ada sempurnakanlah solatnya (tampungkanlah kekurangannya itu)”
(Hadis Riwayat Abu Ya’la)
" Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan "
Jika nak syurga Allah , bidadari-bidadarinya dll mestilah patuh arahan Allah seperti mengerjakan solat (buat yg disuruh dan tinggalkanlah yg dilarang)
Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya.
Kami bekerja sehari-hari,
Untuk belanja rumah sendiri,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya.
Kami sembahyang fardhu sembahyang,
Sunat pun ada bukan sebarang,
Supaya Allah menjadi sayang,
Kami bekerja hatilah riang.
Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya.
Kami sembahyang limalah waktu,
Sehari semalam sudahlah tentu,
Hidup di kubur yatim piatu,
Tinggallah seorang dipukul dipalu.
Dipukul dipalu sehari-hari,
Barulah dia sedarkan diri,
Hidup di dunia tiada bererti,
Akhirat di sana sangatlah rugi.
Di dalam arus kemodenan ini, gerakan Kristianisasi telah menggunakan bermacam-macam cara dalam menyalurkan akidah mereka kepada umat Islam. Selain dari menterjemahkan Bible mereka ke dalam 2000 bahasa yang berbeza ke seluruh dunia,mereka juga telah ‘menodai’ kesucian Al-Quran dan Hadis milik pusaka umat Islam di dalam memesongkan akidah kita. Dan menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan Agama Islam yang suci ini dari fitnah musuh-musuh Islam.
Akhir sekali, semua penulisan,gambar dsb dlm blog ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat. Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.
Ya Allah ya tuhanku… Aku telah menzalimi diriku ini… Ampunilah hambamu ini.. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu ya Allah Teguh dan kuatkanlah iman diri hambamu ini ya Allah Aku pohon keampunan dari mu ya Allah Kau bukakanlah, kau terangkanlah dan kau sucikanlah hati hambamu ini Agar aku lebih mudah untuk menyerap segala petunjuk dan hidayahmu ya Allah Amin…. Hari ni aku beriman, boleh jadi esok aku tak beriman. Hari ni aku di atas,boleh jadi esok aku di bawah......ataupun boleh jadi seminit kmudian je aku berubah perwatakan.........Oleh itu,
Ya Allah ya tuhanku… Aku telah menzalimi diriku ini… Ampunilah hambamu ini.. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu ya Allah Teguh dan kuatkanlah iman diri hambamu ini ya Allah Aku pohon keampunan dari mu ya Allah Kau bukakanlah, kau terangkanlah dan kau sucikanlah hati hambamu ini Agar aku lebih mudah untuk menyerap segala petunjuk dan hidayahmu ya Allah Amin….
Amin ya rabba al alamin.
Jauhi segala maksiat kerana ia menjadi antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah tertahan. Hidup Ni Tak Lama (Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgamu.... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz