KUALA LUMPUR 15 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa kesal dengan para peniaga kerana masih tidak menurunkan harga barangan walaupun kerajaan sudah menurunkan harga minyak sebanyak tiga kali.
Perdana Menteri berkata, sepatutnya para peniaga mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi setelah kenaikan harga barangan sebelum ini dikaitkan dengan harga minyak.
Pergilah ke pasar untuk membeli barang keperluan harian seperti ikan, sayur, kelapa. Harga ikan seperti ikan kembung, ikan selar kuning dulu boleh dapat dalam harga RM6 hingga RM7 sekilo sekarang sudah mencecah sampai RM10-RM12. Ini saya sebut ikan yang orang rakyat biasa makan. Bukan menteri makan. Pemimpin Umno mana dia ambil peduli berapa harga barang keperluan rakyat. Mereka tidak kisah kerana mereka wang banyak. Saya melihat peniaga tidak dapat menurunkan harga barang keperluan oleh sebab kos pengeluaran yang bertambah (menurut Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua).Biasalah harga barang apabila naik dia tidak turun dah. Hal ini pun kerana kerakusan kerajaan yang telah menaikkan harga minyak secara tergesa-gesa dua bulan lalu. Pengeluar, pemborong dan peniaga sudah tentu selesa dengan harga begini. Sudah tentu mereka akan terus kekal begini. Macam umur manusialah kalau umur 50 tahun dia tidak turun balik ke 40 tahun walaupun makan jamu dan awet muda. Saya sebagai rakyat biasa (isi rumah) turut terjejas teruk dengan situasi sekarang ini . Jika dulu (semasa tahun 2007 dan awal tahun 2008) semasa membeli-belah di pasaraya saya dapat membeli dua kampet beras 10kg dan dua jenis ikan (sekilo setiap jenis). Tapi hari ini dengan nilai wang yang sama saya hanya dapat membeli sekampit beras 10kg dan sejenis ikan 1 kilo je. Bagi orang susah macam saya, dengan barang yang tak banyak mana, rasa putih sungguh mata tengok duit RM50 pergi begitu saja. Oleh itu,PM perlu melakukan sesuatu langkah untuk membendung perkara ini. Antara langkah terbaik ialah dengan memaklumkan dalam media massa tentang perkara ini,menteri sendiri turun padang,mengedarkan risalah kepada semua pihak,melaksanakan betul-betul pemboikotan oleh persatuan pengguna kepada peniaga yang tidak menurunkan harga barangan (bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga),memberi subsidi kepada pengguna (seperti orang miskin,ibu tunggal,OKU dan sebagainya) dan menguatkuatkuaskan undang-undang tegas menyaman mereka yang melanggar.
No comments:
Post a Comment