Blog ini berhenti seketika perkhidmatannya, kerana saya tidak mampu untuk menulis dan berfikir lagi. Tidak mampu untuk memberi dengan fikiran yang waras, sempurna dan kreatif.
Saya mempunyai penyakit, penyakit jiwa yang sukar diubati dengan ubat-ubat yang wujud di farmasi dan klinik. Mungkin ubat itu akan terzahir dengan cara mendekatkan diri dengan-Nya. Jiwa saya rungsing, resah dan kecewa dengan kehidupan dunia ini. Sedih melihat nasib umat masa kini yg hanyut, sedih melihat saudara seagama diperlakukan seperti binatang di negara mereka,sedih dikecewakan, dan sedih diperhambakan oleh dunia yang kadang-kala saya melihat terlalu memperkudakan saya (rujuk posting yg bertajuk “Penyakit” 18 Dis ’08 lalu)
Wanita dan harta menjadikan mata gelap memandang akhirat, menjadi penyumbang gelapnya hati. Bila tersedar, cepat-cepat merangkak, cepat-cepat berjalan dan cepat-cepat berlari menuju sang Pencipta. Dia yang menciptakan cinta, dia juga menciptakan harta, dia menciptakan keresahan dan dia juga menciptakan kebahagiaan.
Jari-jemari, akal dan hati yang diberi-Nya sejak 24 tahun (bulan Mac lepas) tidak digunakan sepenuhnya untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Namun kesedaran untuk memberi dengan menulis di alam maya sejak setahun lalu, banyak mematangkan dan memberi saya pelbagai pengalaman dan pengajaran. Namun, menulis dan mengamalkannya bukan perkara yang mudah (saya pun mengakui seringkali mencedok dari idea-idea di blog-blog lain).Kita akan kecewa bila kita menulis tetapi kita sukar untuk sama-sama menghayatinya.
Jiwa saya kacau! Kacau kerana saya belum memahami agama secara kaffah. Memahami agama perlu juga memahami bagaimana Agama itu membentuk diri saya sebagai Muslim. Jiwa saya kacau, jiwa saya kacau, jiwa saya kacau! Hati dan minda saya kering-kering daripada tarbiyah Allah. Saya sangat haus-hauskan usrah & tarbiyah.
Mohon maaf kepada semua pembaca sama ada yang mengenali atau yang tidak mengenali saya [ini pun disebabkan sikap saya yg suka menyamar (rasanya lebih baik menyamar & tidak dikenali ramai)], yang pernah atau tak pernah lihat muka saya. Saya harus memuhasabah diri. Melihat ke dalam hati dan melihat ke dalam akal insani. Harus rehat, harus berfikir dan harus dekatkan diri kepada-Nya. Saya akan berehat hingga pada satu masa yang akan tiba. Insya Allah, kerana saya mencari apa yang perlu saya cari, agar jiwa saya tidak terus kacau. Ya,saya memang sungguh-sungguh perlukan rehat dari alam maya blog ini agar dapat bersama-sama umat di alam nyata ini bersama-sama berjuang meninggikan syiar Islam InsyaAllah.
Ya Allah,berilah aku kekuatan untuk mengubah dan menolong saudara seagamaku sama ada dalam dan luar negara. Berilah aku peluang berbuat demikian sementara aku dapat menginfakkan masa terluang aku daripada alam maya ini. Oleh itu,saya perlukan uzlah bersendirian untuk sesuatu jangka masa bagi memulihkan diri ini. Hati saya hitam,keroh! Dan perlu dijernihkan kembali
Maafkan saya! Saya mencari Tuhan, agar jiwa saya berasa sebagai hambanya. InsyaAllah saya akan kembali dengan perubahan2 yang baru dan peningkatan yang lebih baik lagi serta menarik (bersempena dengan hijrah baru-baru ini) seperti sewaktu saya mula-mula tercebur dalam gerakan dakwah ini.
Tapi jangan lupa temujanji saya di ASTRO OASIS ya
Sekian, salam ukhuwah fillah
“Selamat beristirehat daripada saya”
Semoga mendapat ilham, inspirasi & aura baru
Jauhi segala maksiat kerana ia menjadi antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah tertahan. Hidup Ni Tak Lama (Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgamu.... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu)
Friday, January 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz
No comments:
Post a Comment