1. Memasuki Ramadhan dengan keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,sama ada terlibat dengan pinjaman rumah,kad kredit,insurans,pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan,kerana status orang terlibat dengan riba adalah berperang dengan Allah Ta’ala dan Rasulnya,tanpa azam dan usaha.
2. Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malangnya mereka kerana setiap amalan dikira dengan niat,jika niat utama seseorang itu (sama ada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah Ta’ala sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW. Di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka,”Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari).
3. Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana tarawih. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat,terutamanya solat Subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW. Bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah,maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
4. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alas an ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah.
(Al-Jami’ as-Sogir ; Faidhul Qadir,Al Munawi,6/291)
5. Bermalasan dan tidak produktif dengan kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadah pastinya menambahkan lagi pahala.
6. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang amat besar. Memang benar,solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tunggak kepada keislaman seseorang.
7. Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu kesilapan umat Islam kini,waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristighfar dan menunaikan solat malam atau Qiam.
8. Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adlah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fathul-Bari,4/138)
9. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan keranan uzur yang boleh diterima Islam). Keadaan ini disebut di dalam hadith,ertinya : “Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)
Jauhi segala maksiat kerana ia menjadi antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah tertahan. Hidup Ni Tak Lama (Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgamu.... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu)
Tuesday, August 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz
2 comments:
memang tak bole nak lari dari pinjaman perumahan dan kad kredit. Nak buat camna kalau nak lari dari semua ni ye..
Salam,cuba biasakan bayar tunai (utk mengelakkan pggunaan kad kredit). Pinjaman perumahan pula cara Islam. Sy cuma bagi idea2 sahaja.Utk lebih lanjut,minta ty pihak2 bkenaan yg lebih arif spt perunding kewangan dan ustaz2 spt http://www.zaharuddin.net/content/view/197/98/
Sekian,salah silap harap maaf ye
Post a Comment