Wednesday, March 31, 2010

Periksa gigi

Saya telah menghadiri Bulan Kesihatan Gigi Colgate pada 9 April 2010 di AEON JUSCO Bukit Tinggi, Klang


Gambar akan dimuat naik akan dtg

Isteri Perlu Bersedia

2010/07/12

KUALA LUMPUR: Golongan isteri perlu sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan waktu susah walaupun ketika ini mereka mungkin bahagia bersama suami, berikutan keadaan itu boleh berubah sekelip mata sekiranya ditinggalkan suami atau suami meninggal dunia.
Ketua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), Prof Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim berkata, mereka perlu mempelajari pelbagai jenis kemahiran secukupnya bagi memperlengkapkan diri masing-masing supaya kehidupan mereka tidak terkontang-kanting sekiranya ditinggalkan suami selama bertahun-tahun tanpa sebarang nafkah untuk menyara keluarga.


Beliau berkata, seseorang wanita itu sebaiknya mempersiapkan diri dengan kemahiran sejak awal sebelum mereka berkahwin dan terus mempelajari sebarang kemahiran yang boleh mendatangkan keuntungan dan dijadikan kerjaya sampingan suatu hari kelak walaupun suami enggan membenarkan mereka berkerja.


“Wanita sepatutnya boleh berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan suami hinggakan bila ditinggalkan, mereka jadi patah semangat.


“Wanita tidak boleh duduk saja dan menangisi nasib mereka atau menagih simpati serta bantuan dari badan tertentu, sebaliknya perlu berusaha mencari nafkah melalui kemahiran yang ada kerana ia mampu memberi lebih pendapatan jika hendak dibandingkan dengan bantuan yang diberi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Dr Nik Safiah berkata, ada banyak badan sukarela (NGO) serta kementerian yang menyediakan pelbagai kursus kemahiran seperti memasak, kraftangan, jahitan dan berniaga secara kecil-kecilan dalam usaha membantu golongan ibu tunggal serta wanita teraniaya mencari pendapatan sendiri.


Beliau berkata, golongan isteri ditinggalkan suami juga perlu rajin menyertai persatuan seperti persatuan ibu tunggal kerana selain mendapat kemahiran yang diajar di situ, mereka juga secara tidak langsung mendapat sokongan moral apabila bergaul dengan golongan senasib serta mempelajari pengalaman orang lain.


“Pendek kata, wanita perlu berusaha untuk berdikari dan memajukan diri sendiri tanpa bergantung kepada suami kerana jika berlaku apa-apa perkara yang buruk, kehidupan mereka tidak terlalu tertekan atau merana.


“Bagi wanita yang mempunyai anak, saya hendak ingatkan walau susah macam manapun, pelajaran anak perlu dijaga baik kerana melalui pelajaran, kehidupan susah anak dan diri boleh berubah jika anak berjaya dalam pelajaran,” katanya.


Katanya, isteri perlu berusaha menjejaki pasangan yang meninggalkan mereka melalui keluarga dan saudara-mara pihak suami atau badan tertentu seperti jabatan agama Islam supaya situasi hubungan dapat dibincang dengan mengambil keputusan bercerai secara baik.


Beliau berkata, suami wajar melepaskan saja isteri mereka jika sudah tidak mahu bersama demi kepentingan wanita itu supaya dia boleh meneruskan kehidupannya dengan baik.


“Bagi suami yang bekerja dengan majikan, isteri boleh membuat tuntutan melalui mahkamah supaya nafkah kepada anak-anak dibayar suami secara potongan gaji kerana mereka sudah tidak bertimbang rasa, jadi jika minta secara biasa memang tidak dapat,” katanya.


Semalam, Metro Ahad melaporkan semakin ramai wanita menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami dan digantung tidak bertali bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.

Sila baca seterusnya di sini



1.AL-FATIHAH

Baca14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2.AL-FATIHAH

Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman

3.AL-FATIHAH

Baca 7 kalidan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang berpenyakit mental

4.AL-FATIHAH

Baca 3kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.
Sakit yang keterlaluan.

5.AL-FATIHAH

Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6.AL-FATIHAH

Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu,


1.YA-RAHMAN,YA-RAHIM, YA ALLAH


Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:
Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkanpenyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

2.AWET MUDA
(dalaman dan luaran)

Zikir Baca
Ya Badiyah -1 kali
Ya Nur - 1 kali
Ya Hadi - 1 kali
Ya Allah – 3 kali
Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.


Ayat Al-Waqiah(ayat 35,36,37,38)
Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman

3.KAYA DENGAN KETENANGAN JIWA

Baca ayat Al-Waqiah setiap hari sebelum tidur.

4.MENGELAKKAN SAKIT KEPALA

Bawa ayat Al-WaqiahAyat 19 moga-moga boleh menghilangkan/ meredakan.

*SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR,
INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

LIMA BELAS MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA

LIMA BELAS MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA

Daripada Ali Bin Abi Talib r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1)Apabila harta Negara beredar pada orang-orang tertentu.
2)Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3)Zakat dijadikan hutang.
4)Suami memperturutkan kehendak isteri.
5)Anak derhaka terhadap ibunya.
6)sedangkan ia berbuat baik dengan kawannya.
7)Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8)Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9) Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10)Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11)Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12)Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13)Para artis disanjung-sanjung.
14)Muzik banyak dimainkan.
15)Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti anghin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”. (H.R. Tirmizi)



(Tulisan di atas ialah tulisan kenangan daripada Pustaka Darussalam sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2010)

Tuesday, March 30, 2010

Perjalanan Melancong ke PP,KL dan KB





























































































Ini adalah perkara yang berlaku pada awal tahun ini,minta maaflah kerana lambat posting.

Pertama kali aku memandu dalam keadaan hujan yang sangat lebat di tengah-tengah malam sehingga awal-awal pagi. Perjalanan dari Johor Bahru ke Kota Bharu (melalui Mersing) menjadi terlalu lambat,bosan dan memenatkan.

Sewaktu tiba di bandar Kuantan untuk guna jalan lebuhraya baru Kuantan ke Jabor di waktu tengah malam (tak silap saya dalam pukul 1 pagi) untuk ke tandas di Petronas Kuantan,saya terserempak dengan pelacur yang sedang menunggu pelanggannya mengambilnya dengan kereta betul-betul di sebelah Petronas tersebut(lorong kecil di sebelah Petronas,pusat bandar Kuantan). Saya pun mengundur diri,patah balik masuk ke kereta,tak jadi nak buang air sebab laluan ke tandas Petronas tu terletak di sebelah lorong kecil tu. Saya tidak mahu ambil risiko,maka terpaksa tahanlah keinginan saya tu. Cuma saya berdoa dalam hati agar beliau kembali ke jalan yang benar (selemah-lemah iman). Mama dan abah hanya berehat dalam kereta. Apabila menyambung perjalanan semula,saya bercerita balik perkara yang dilalui tadi kepada mama.

Memandu dan menemani pemandu pada waktu malam cepat menaikkan amarah dan baran,jadi saya cepat dimarahi abah dan selalu menjadi mangsa marah jelah walaupun perkara kecil. Abah saya ini kalau dalam keadaan biasa,sporting orangnya,kelakar orangnya,selalu bercerita pasal sejarah dunia,sejarah Malaysia dan dunia yang beliau dah khadam),adat dan budaya masyarakat dunia,pengetahuan am,pasal agama,politik dulu dan zaman sekarang dan lain-lain lagi.

Selepas melepasi persimpangan Jabor,kami singgah di sebuah restoran yang pernah kami kunjungi untuk mengalas perut saya (perut drebar)yang kekosongan sebelum bergerak meneruskan perjalanan sehingga ke R&R Dungun. Saya menikmati 1 sup daging yang boleh makan sampai 3 orang makan (Bayangkanlah satu mangkuk sup tu boleh dimakan 3 orang,punyalah banyak isi). Mama dan Abah berkongsi sup yang saya makan itu ("_"). Selepas itu,saya tumpang buang air kecil di restoran tersebut,rupanya tandas restoran terletak di corok belakang restoran tu. Agak jauh juga dan dalam keadaan betul-betul gelap gelita dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa sawit takut juga saya ke sana. Namun terpaksa juga kerana dah tak tahan. Sewaktu dalam tandas tu,saya nampak cicak gergasi di siling tandas. Itulah pertama kali saya nampak cicak gergasi. Sangat besar cicak ni. 3 kali ganda lebih besar daripada cicak rumah.Memandu dalam keadaan hujan yang sangat lebat di tengah-tengah malam sehingga awal-awal pagi sambil bawa 70-90 km/j sebab tak nampak langsung jalan (lalu jalan lama dari Jabor ke persimpangan R&R Dungun) sambil khuatir licin dan takut risiko apa-apa sangat mendebarkan. Saya dapati kanan kiri jalan air naik sehingga hendak melimpahi jalan raya.Abah kata kena rasa pengalaman memandu begini dalam nada orang nak tidur. Sampaikan suatu masa lori balak pun potong kereta Gen2 biru yang saya bawa (punyalah lambat saya bawa). Dalam hati saya berkata pengalaman memandu begini benar-benar menguji semua aspek. Mama di tempat duduk belakang tidur-tidur ayam kerana risau juga hujan lebat ni di tengah malam dan awal pagi yang gelap gelita ini. Hujan mula turun selepas persimpangan Jabor sikit (jalan lama) sehingga ke R&R Dungun hujan.Sebelum ini saya pernah memandu waktu malam ke Kota Bharu tapi taklah hujan, orang Terengganu tahulah laluan sini yang saya maksudkan di sini. (PSS=Kalau anda nak tengok cicak ini,ia terdapat dalam Zoo Negara atau mana-mana Taman/Muzium)

Pada awal-awal pagi tu setibanya di R&R Dungun,abah menyuruh saya berhenti untuk berehat dan kami pun bermalam (tidur jenderu) dalam kereta sehinggalah Subuh. Kemudian kami meneruskan perjalanan. Alhamdulillah,Terengganu banjir tapi di Kelantan tidak banjir. Apabila sampai di Kelantan keesokan harinya,tiada hujan di Kelantan. Seperti biasalah apabila sudah balik kg dan berada di Kelantan ini,Wakaf Che Yeh akan menjadi tumpuan utama kami selain bandar Kota Bharu dan rumah saudara-mara di Pasir Tumboh dan Pasir Mas (Bunut Susu,Tendong,Padang Embon dsb)

Abah saya ni kalau dah lama benar tak jumpa makanan tradisi beliau dan makanan asal-usul beliau,apabila dah berada di sini memang tak menang tanganlah membelinya termasuklah saya. Buat pengetahuan semua,kami berada di Kelantan selama 4 hari sebelum melancong ke tempat-tempat lain pula (PP dan KL)

Dalam perjalanan dari Kelantan ke Pulau Pinang (PP) melalui jalan Grik (sempadan Perak-Kelantan)pemandu akan melalui satu simpang ke Bukit Bunga (Bukit Tar Thailand > Bukit Bunga). Ini adalah jalan alternatif hendak ke Siam (Thailand)

Ini adalah kali kedua aku ke Penang sejak kali pertama pada tahun 1988 lalu (sewaktu umur 3 tahun).

Sebaik tiba di PP (melalui Jambatan Pulau Pinang) dan setelah beberapa hari di sana,aku dapati kebanyakan penduduk di Pulau Pinang ni mukanya masam,tak pernah manis, memanjang je dagu ke depan,tak peramah dan tiada reaksi langsung bila abahku buat jenaka kat tuan-tuan kedai makan ini. Lain benar perangai mereka. Penang kan tempat peranginan,maka kena manis-manislah sikit muka tu.

Lagi satu,kami juga tak tahu bezakan mana satu mami,mamak,india,hindu dan India (datang asal dari negara India) di pulau ini kerana kebanyakan rupa mereka serupa sahaja.

Untuk lebih lanjut,di bawah ini ialah diari saya

11 Jan 2010,pukul 3petang mendaftar masuk Hotel Geogetown Berjaya Penang (bilik nombor 2015&2016)sebaik tiba di pulau tersebut. Sesat cari hotel ni

12 Jan 2010,pukul 4.44 petang masuk Komtar (pertama kali masuk sini). Yang uniknya Komtar Penang ini ada disediakan tempat letak kereta khas untuk kakitangan pejabat kerajaan (Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang).Di sini banyak motor diletakkan di tempat parking. Saya kasihan melihatkan medan selera Komtar ini di tingkat paling atas. Saya bergurau dengan Mama Abah "Ni medan selera ke kandang ...
Saya mula pandu kereta di Pulau Mutiara ini selepas keluar dari Komtar ini kerana sepanjang perjalanan dari seberang Semenanjung ke pulau ini abah yang pandu kereta sambil saya leka menangkap gambar-gambar menarik di sepanjang atas jambatan Pulau Pinang ini.

12 Jan 2010,pukul 5.27 petang masuk ke Perangin Mall yang dihubungkan dengan jambatan dari Komtar (seperti jambatan di tengah-tengah bangunan KLCC)

12 Jan 2010,pukul 6.29 petang masuk Midlands Park 1 Stop Penang (kompleks beli belah sebelah hotel penginapan)

Botanical Garden tengah naik taraf. Jadi,kereta kami tak boleh masuk sampai ke dalam


13 Jan 2010,pukul 11.08 pagi sampai Masjid Penang Hill

Rapid Penang nombor 204 ke Penang Hill (no bas ke Penang Hill; Rapid Penang=Rapid KL)

Sebelum naik Penang Hill di Ayek Hitam (Air Hitam),kamipergi sarapan di Kg Melayu dulu

13 Jan 2010,pukul 2.36 petang tumpang solat di USM

Juga merasa makanan terkenal Penang iaitu "Nasi Kandar"

Pulau Pinang seperti Pulau Langkawi juga pusing-pusing satu pulau,jumpa jalan yang sama balik


Kesimpulan dan pengajaran yang penting yang aku dapat ambil di sini ialah orang di sini memandu kereta lepas beri signal je,terus belok

PSS : Pulau Pinang terdiri daripada kawasan pulau dan sedikit semenanjung tanah besar di Kedah. Kebanyakan orang sangka Pulau Pinang tu hanya dalam kawasan pulau tu je


14 Jan 2010,pukul 3.05 petang mendaftar masuk ke KL Plaza Suite

16 Jan 2010,pukul 12.04 tengahari Pavilion KL (kompleks beli belah)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya