Wednesday, March 31, 2010

Isteri Perlu Bersedia

2010/07/12

KUALA LUMPUR: Golongan isteri perlu sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan waktu susah walaupun ketika ini mereka mungkin bahagia bersama suami, berikutan keadaan itu boleh berubah sekelip mata sekiranya ditinggalkan suami atau suami meninggal dunia.
Ketua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), Prof Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim berkata, mereka perlu mempelajari pelbagai jenis kemahiran secukupnya bagi memperlengkapkan diri masing-masing supaya kehidupan mereka tidak terkontang-kanting sekiranya ditinggalkan suami selama bertahun-tahun tanpa sebarang nafkah untuk menyara keluarga.


Beliau berkata, seseorang wanita itu sebaiknya mempersiapkan diri dengan kemahiran sejak awal sebelum mereka berkahwin dan terus mempelajari sebarang kemahiran yang boleh mendatangkan keuntungan dan dijadikan kerjaya sampingan suatu hari kelak walaupun suami enggan membenarkan mereka berkerja.


“Wanita sepatutnya boleh berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan suami hinggakan bila ditinggalkan, mereka jadi patah semangat.


“Wanita tidak boleh duduk saja dan menangisi nasib mereka atau menagih simpati serta bantuan dari badan tertentu, sebaliknya perlu berusaha mencari nafkah melalui kemahiran yang ada kerana ia mampu memberi lebih pendapatan jika hendak dibandingkan dengan bantuan yang diberi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Dr Nik Safiah berkata, ada banyak badan sukarela (NGO) serta kementerian yang menyediakan pelbagai kursus kemahiran seperti memasak, kraftangan, jahitan dan berniaga secara kecil-kecilan dalam usaha membantu golongan ibu tunggal serta wanita teraniaya mencari pendapatan sendiri.


Beliau berkata, golongan isteri ditinggalkan suami juga perlu rajin menyertai persatuan seperti persatuan ibu tunggal kerana selain mendapat kemahiran yang diajar di situ, mereka juga secara tidak langsung mendapat sokongan moral apabila bergaul dengan golongan senasib serta mempelajari pengalaman orang lain.


“Pendek kata, wanita perlu berusaha untuk berdikari dan memajukan diri sendiri tanpa bergantung kepada suami kerana jika berlaku apa-apa perkara yang buruk, kehidupan mereka tidak terlalu tertekan atau merana.


“Bagi wanita yang mempunyai anak, saya hendak ingatkan walau susah macam manapun, pelajaran anak perlu dijaga baik kerana melalui pelajaran, kehidupan susah anak dan diri boleh berubah jika anak berjaya dalam pelajaran,” katanya.


Katanya, isteri perlu berusaha menjejaki pasangan yang meninggalkan mereka melalui keluarga dan saudara-mara pihak suami atau badan tertentu seperti jabatan agama Islam supaya situasi hubungan dapat dibincang dengan mengambil keputusan bercerai secara baik.


Beliau berkata, suami wajar melepaskan saja isteri mereka jika sudah tidak mahu bersama demi kepentingan wanita itu supaya dia boleh meneruskan kehidupannya dengan baik.


“Bagi suami yang bekerja dengan majikan, isteri boleh membuat tuntutan melalui mahkamah supaya nafkah kepada anak-anak dibayar suami secara potongan gaji kerana mereka sudah tidak bertimbang rasa, jadi jika minta secara biasa memang tidak dapat,” katanya.


Semalam, Metro Ahad melaporkan semakin ramai wanita menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami dan digantung tidak bertali bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.

Sila baca seterusnya di sini



1.AL-FATIHAH

Baca14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2.AL-FATIHAH

Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman

3.AL-FATIHAH

Baca 7 kalidan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang berpenyakit mental

4.AL-FATIHAH

Baca 3kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.
Sakit yang keterlaluan.

5.AL-FATIHAH

Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6.AL-FATIHAH

Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu,


1.YA-RAHMAN,YA-RAHIM, YA ALLAH


Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:
Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkanpenyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

2.AWET MUDA
(dalaman dan luaran)

Zikir Baca
Ya Badiyah -1 kali
Ya Nur - 1 kali
Ya Hadi - 1 kali
Ya Allah – 3 kali
Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.


Ayat Al-Waqiah(ayat 35,36,37,38)
Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman

3.KAYA DENGAN KETENANGAN JIWA

Baca ayat Al-Waqiah setiap hari sebelum tidur.

4.MENGELAKKAN SAKIT KEPALA

Bawa ayat Al-WaqiahAyat 19 moga-moga boleh menghilangkan/ meredakan.

*SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR,
INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

No comments:

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya