Friday, July 4, 2008

PATI

Pada hari Sabtu (28 Jun) yang lalu, sewaktu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Seminar Ta’dib Islami Siri 5 di Anjung Rahmat, aku terserempak dengan satu operasi. Ceritanya bermula begini, semasa aku berjalan kaki dari Masjid Jamek ke Pasar Seni aku mendengar bunyi siren di hadapan tetapi kelibat kenderaan siren tidak pulaku nampak. Perkara pertama yang terdetik dalam fikiranku adalah ada kemalangankah atau ada kes jenayah atau lain-lain kes ke yang melibatkan anggota polis, hospital atau bomba berdekatan Puduraya? Aku terus berjalan. Apabila aku melalui lorong di depan Mydin, aku terkejut dengan kehadiran anggota yang berpakaian uniform hijau. Secara spontan, aku meneka “Ini anggota JPA3 ni dari pakaian mereka”. Aku bertanya dalam hati “Ada kerja apa yang JPA3 ini buat di tengah-tengah cuaca yang panas terik ketika ini”. Aku terus berjalan menyelusuri kedai di depan bangunan Kotaraya dan kemudian ternampak dua buah trak lori JPA3 lalu aku pun mendekati lori tersebut. Alangkah terperanjat aku apabila mendapati di dalamnya terdapat manusia yang berwajah melayu (seperti aku) tetapi kusut masai dan aku mula dapat meneka operasi apa ini. Kebetulan di sebelah lori yang pertama itu berdiri seorang anggota JPA3 mungkin yang berpangkat besar sebab banyak bintang di uniformnya serta tidak turut sama menjalankan operasi di sekitar Mydin, Pasar Seni dan stesen bas Puduraya. Niat hati nak bertanya betul-betul dapat aku realisasikan apabila berjumpa dengan bos operasi ini. “Ada buat apa ini cik?” “Operasi PATI” jawabnya ringkas. Betul tekaanku. Aku kemudiannya pergi meninggalkan kawasan itu setelah keadaannya menjadi lebih sibuk dan bising. Sambil berjalan pergi, aku kasihan melihat PATI ini diperlakukan seperti di dalam zoo tapi aku rasa memang pun patut diperlakukan begitu kerana mereka telah melanggar undang-undang di negara kita maka mereka mesti terimalah padahnya, ini belum lagi mengikuti prosiding undang-undang yang seterusnya lagi. Aku merasakan perlunya operasi PATI sebegini dilakukan selalu supaya dapat menghapuskan ribuan PATI yang cari makan secara haram di negara ini, yang banyak menimbulkan masalah penempatan setinggan haram, membawa penyakit, lebih banyak mencacatkan pemandangan dan yang paling teruk sekali terlibat dalam melakukan rompakan besar-besaran dan lain-lain lagi aktiviti jenayah yang kritikal. Setelah berada jauh dari tempat tersebut, baru aku teringat nak ambil gambar operasi ini lalu aku mengambil gambar tapi hanya dari jauh. Kesimpulannya, operasi sebegini sepatutnya dilakukan seminggu sekali atau sebulan sekali sebagai langkah pencegahan awal fenomena-fenomena negatif ini daripada terus menular berlaku.
Gambar akan menyusul nanti

No comments:

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya