1)Apakah itu penyakit Influenza A(H1N1)?
Influenza A(H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi,burung dan manusia.
2)Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini,sila rujuk laman web www.moh.gov.my dan www.who.int
3)Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema seperti demam,batuk,sakit kepala,sakit badan,sakit tekak,selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.
4)Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit,permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya,seseorang akan dijagkiti sama ada melalui pernafasan,melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
5)Pada masa ini,adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?
Tidak
6)Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?
-SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
-Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain,tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air.
-Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak menyentuh mata,hidung dan mulut.
-Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
-Jangan gunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain.
7)Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini. Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.
8)Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?
-Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
-Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
-Elak menyentuh muka,khususnya hidung dan mukut untuk mencegah kemungkinan jangkitan.
-Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini,elakkan berada di tempat awam yang sesak.
-Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
-Amalkan cara hidup sihat. dapatkan tidur yang cukup,makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.
9)Adakah terdapat vaksin untuk melindungi diri daripada Influenza A(H1N1)?
Belum ada.
10)adakah vaksin baru akan dicipta?
Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu. Mengikut WHO,ini akan mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.
Jauhi segala maksiat kerana ia menjadi antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah tertahan. Hidup Ni Tak Lama (Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgamu.... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu)
Thursday, July 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz
No comments:
Post a Comment