Friday, May 23, 2008

Tamrin Nuqaba' Kebangsaan

Dari 17 hingga 19 Mei 2008 yang lalu, pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Tamrin Nuqaba’ di Kolej Darul Hikmah(KDH), Sungai Ramal Dalam, Kajang di mana saya telah berkesempatan ke sana. Walaupun hanya sehari dapat bertamrin di sana (kerana ada urusan lain di hari kedua), saya dapat belajar sesuatu, input-input baru dan mengetahui tentang “naqib” dengan lebih lanjut sebab sebelum ini saya tak tahu pun maksud dan huraian naqib dan naqibah dengan terperinci. Kadang-kadang tu pergi usrah, orang suruh saya jadi naqib, saya jadilah naqib. Main bantai je jadi naqib. Namun dengan adanya tamrin ini dapat membantu saya lebih memahami naqib dan naqibah dengan lebih jelas dan boleh membantu saya pada masa akan datang. Hari pertama (17Mei,Sabtu) kira-kira pukul 11pagi program ini dimulakan dengan slot yang bertajuk “Naqib dan Usrah” yang disampaikan oleh saudara Najib Afif Arip (Biro Dakwah & Tarbiyyah PKPIM Pusat). Beliau menjelaskan tentang Siapa Naqib?, Kepentingan Naqib, Ciri-cirinya, Peranan&Tanggungjawab Naqib/Naqibah dan Persediaan seseorang Naqib. Saya kira beliau telah membentangkan slot ini dengan baik dengan diselangi dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis serta hujah-hujah beliau sendiri yang telah menguatkan lagi ucapan beliau. Kemudian, kira-kira pukul 3.30petang ialah sesi bersama Prof Dr Sidek Baba yang bertajuk “Aku Seorang Dai’e”. Sesi ini merupakan sesi yang ditunggu-tunggu oleh para peserta termasuk saya kerana saya ingin mengenali Prof (ataupun panggilan ramai “Cikgu”) ini dengan lebih dekat lagi. Cikgu menceritakan tentang sejarah peribadi bila beliau mula bergerak sebagai dai’e sejak 1970an sehingga ke hari (hampir 40 tahun beliau menghambakan diri di jalan dakwah ini), rintangan dan cabaran, mehnah tribulasi yang terpaksa dihadapi, Murabbiy, peranan keluarga beliau, kejayaan-kejayaan dalam dakwah yang telah dikecapi, bagaimana beliau mula dikenali dan akhir sekali ialah harapan beliau untuk menghasilkan 50 buah buku sebelum 2010 (kalau saya tak silap tahun). Penghasilan buku-buku ini supaya cikgu dapat meninggalkan segala pengalaman, pengetahuan dan berkongsi sejarah yang telah beliau tempuhi untuk tatapan generasi muda kini setelah beliau tiada lagi. Sesi bersama cikgu ini telah menyuntik semangat saya untuk menjadi lebih istiqamah dalam apa-apa perkara yang saya buat dan menginsafkan saya bahawa betapa peritnya dan susahnya orang-orang dahulu untuk menyebarkan agama Allah ini dengan menjadi dai’e. Saya juga mendapat tahu bahawa selepas itu, beliau akan memenuhi beberapa lagi undangan dari luar negara untuk beliau menyampaikan ceramah dan pidato beliau. Semoga Allah memanjangkan umur beliau dan memberkahi segala jasa beliau. Slot pada sebelah malamnya diteruskan selepas solat Maghrib dengan kuliah Maghrib yang bertajuk “Tiada Yang Lain di Hatiku” daripada Ustaz Mohd. Basri Shohimi. Saya mengenali ustaz ini kerana beliau pernah menyampaikan kuliah Maghrib di universiti saya belajar. Antara input-input yang saya dapat dalam kuliahnya ialah 3 perkara yang boleh merosakkan iaitu hawa nafsu, kikir dan sikap suka banggakan diri, Sabda Nabi “Akan ada satu golongan dari ummahku yang mengelakkan diri dari ulama maka Allah akan menimpakan 3 perkara iaitu Allah akan mengangkat barkah (usaha) kita, Allah akan memberikan kekuasaan kepada penguasa-penguasa yang zalim dan Allah akan memberikan mereka mati tanpa iman dan Tidak berganjak 2 tumit kaki manusia di akhirat kecuali ditanya 4 soalan iaitu ke manakah dihabiskan umurnya?, di mana usia mudanya dihabiskan?, ke mana hartanya dihabiskan/diinfaqkannya? dan ke mana ilmunya dimanfaatkan?. Selepas solat Isya’ program diteruskan dengan sesi bersama saudara Mohd. Noor Ikhram Husin (Ketua Biro Dakwah & Tarbiyyah PKPIM Pusat) yang bertajuk “Usrah dan Kaedah pelaksanaannya”. Antara pengisiannya ialah peranan Nuqaba’ di dalam gerakan Islam, Murabbiy, pelaksanaan dalam usrah dan lain-lain. Saya tertarik pada kata-kata beliau iaitu kalau kita pergi usrah itu kerana hati (maksudnya suka akan seseorang) dibolehkan dalam usrah. Seterusnya program hari pertama tamat selepas slot Simulsi Usrah. Pada keesokan paginya selepas qiyamulail di surau KDH, saya bersiap-siap untuk pulang bergerak ke satu program yang lain. Semoga pada tahun mendatang tamrin ini boleh diadakan di tempat yang lebih mencabar lagi. Wassalam










Dari kiri ke kanan(Cikgu, UstazBasri, Saudara Ikhram)



Para peserta tamrin










Kuliah Subuh drpd Abu Qasim











Seorang adik selepas Simulsi Usrah







Riadah

Wednesday, May 7, 2008

Utusan Malaysia 5Mei

NARATHIWAT 5 Mei - Selatan Thailand terus bergolak dan digegarkan dengan beberapa letupan bom sejak lewat malam tadi.
Dalam perkembangan terbaru, 16 orang cedera, termasuk empat anggota tentera, seorang daripadanya parah dan dua kanak-kanak perempuan, dalam dua letupan bom berasingan dipercayai angkara puak pemisah.
Polis berkata, dalam satu insiden di pekan Narathiwat lewat malam tadi, sebutir bom dalam kotak besi yang diletakkan di hadapan rumah timbalan gabenor wilayah tersebut, diletupkan menggunakan jam tangan digital.
Dalam kejadian itu, 12 orang penduduk cedera, termasuk tiga kanak-kanak perempuan berusia 11 hingga 14 tahun yang sedang mengunjungi satu pesta tahunan.
Sebutir bom lagi meletup di wilayah Ra Ngae awal pagi ini ketika pihak tentera sedang memeriksa kawasan berkenaan berikutan laporan puak pemisah hendak melancarkan serangan ke atas pegawai kerajaan.
"Letupan itu menyebabkan seorang anggota tentera cedera parah, manakala tiga lagi mengalami kecederaan ringan," kata polis.
Puak pemberontak dilaporkan turut menyerang enam pos pemeriksaan tentera di daerah Ra Ngae dan Jao Ai Rong, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Puak pemisah didakwa turut membakar sebuah sekolah di Ruesao dan sebuah bas yang sedang berhenti di wilayah Tak Bai.
Setakat ini, lebih 3,000 orang telah terkorban sejak keganasan berlaku di wilayah selatan Thailand pada Januari 2004.
- AFP-


Thai bergolak lagi?Bila lah agaknya nak berhenti pergolakan di selatan Thai ni?
Mungkin ramai sahabat yang tak tahu yang kawe sebenarnya ada mak saudara yang tinggal di daerah Yala iaitu salah sebuah wilayah yang bergolak di selatan Thai. Sejak berlakunya tragedi Tak Bai iaitu pada 25 Okt ‘04(kawe masih ingat lagi tarikh keramat ni), kawe sekeluarga dah tak masuk Thailand lagi. Dah lama sungguh rasanya kawe tak ziarah mak saudara kawe ni. Yang pernah masuk sekali selepas peristiwa Tak Bai ni ialah abah kawe. Pada masa tu, memang kawe sekeluarga semua berdoa supaya abah selamat sampai Yala dan selamat kembali ke Malaysia kerana semata-mata untuk bertemu dengan adiknya. Sayangnya abah pada adiknya tuhan saja yang tahu dan tak dapat digambarkan. Sudah tentu kawe pun sayangkan mak saudara kawe ni dan sepupu kawe yang berada di sana. Alhamdulillah takde apa-apa yang berlaku, abah selamat pergi dan balik. Kalau tak silap kawe,itulah kali terakhir abah masuk Thai. Sehingga kini alhamdulillah mak saudara kawe selamat di sana. Kini kami hanya berhubungan dengan beliau melalui telefon sahaja. Kadang-kadang tika mendengar atau melihat keganasan yang berlaku seperti ini di televisyen, kawe rasa macam nak bangun berjuang membela masyarakat Islam di Selatan Thai yang dizalimi, tapi apakan daya kawe hanya insan biasa dan orang-orang kebanyakan. Sedangkan pemerintah negara-negara Islam pun tak dapat buat apa-apa, apa lagi diri ini. Dulu kawe ada baca berita yang mengatakan kerajaan Malaysia akan bantu pembangunan di Selatan Thai tapi kemudian berita ni sepi. Betulkah apa yang kawe baca itu atau hanya omongan kosong je? Di mana hasilnya yang dapat dilihat? Kawe tengok serupa je di selatan Thai, makin teruk adalah. Adakah kerana kerenah birokrasi? Atau apa? Kalau betul kawe harap janganlah lambat sangat sampai bantuan daripada kerajaan Malaysia ini, tak kisahlah bantuan dari segi apa-apa pun yang boleh mencegah keganasan ini daripada terus berlaku. Janganlah tunggu sampai beribu orang mati lagi atau orang melayu Islam di Selatan Thai hampir pupus baru nak bagi bantuan. Selamilah penderitaan rakyat selatan Thai ni. Kawe rasa terpanggil untuk berbicara perkara ini kerana kawe masih ingat lagi bila abah kawe cakap masa tragedi Tak Bai tu ada sepupu kawe (sepupu jauh sebab tak cam dia) yang ditangkap kerana menunjuk perasaan di Narathiwat dilonggokkan dibaring di jalan-jalan dan dihumbankan ke dalam trak tentera bertindih-tindih sesama sendiri dengan tangan bergari ke belakang. Ratusan mati kerana lemas dan terseksa. Sampai sekarang ini, kawe tak tahu di mana beliau? Ada lagi ke tidak? Tapi kawe rasa dah takde dah. Rasanya sudah sekitar tiga tahun atau lebih wilayah di selatan Thailand sentiasa bermandi darah. Sampai bila Thailand mahu berbunuhan? Kalau tidak setiap hari, setiap minggu, ada saja jiwa melayang baik penganut Islam mahu pun menganut Buddha. Sebelum rampasan kuasa tentera ke atas mantan Perdana Menteri Thaksin, rata-rata meletakkan angkara itu kepada dasar keras dan kejam Thaksin. Tetapi kerajaan separuh tentera yang berkuasa sekarang tidak juga berupaya menghentikan pertumpahan darah itu, malah keadaan bertambah buruk. Baik rejim Thaksin mahu pun kerajaan yang ada sekarang meletakkan sengketa sekarang adalah gara-gara dalangan puak pemisah. Di samping itu disetujui juga oleh masyarakat Thailand betapa ia juga angkara penindasan dan diskriminasi Bangkok terhadap wilayah dan penduduk di situ. Beratus-ratus penunjuk perasaan dan mereka kebetulan berada di kawasan tunjuk perasaan di Narathiwat dihumbankan ke dalam trak tentera bertindih-tindih sesama sendiri dengan tangan tergari ke belakang. Ratusan mati kerana lemas dan terseksa. Kerajaan Malaysia sekadar menyatakan rasa kesal atas kejadian itu.Kerajaan Malaysia dan majoriti penduduknya adalah pihak yang paling dekat dengan masyarakat di wilayah yang bergolak itu jika dibandingkan dengan kerajaan Bangkok dan masyarakat Thai seluruhnya dalam serba serbi. Sampai bila Bangkok mahu melihat wilayah itu bermandi darah? Adakah meneruskan penindasan termasuk bermandi darah saja cara menanganinya? Atau menghapuskan semua etnik itu? Dan sampai bila jiran-jirannya mengambil sikap tidak hirau? InsyaAllah di lain waktu akan ada lagi cerita daripada kawe yang akan dibawa menyusul selepas ini. Wassalam

Monday, May 5, 2008

KEAJAIBAN LAUNGAN AZAN

Keajaiban Laungan Azan

Andai Kau Tahu


Penangan Blog

MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year' atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu. Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui. Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.

Blog media baru berpengaruh. KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini. Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.
Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger. Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik. Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998. Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog.
Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun.
Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar. Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan. Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri. Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis. Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web. Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya. Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka. Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya. Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan. Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah.
Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang. Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing. Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog. "Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog," katanya. Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai. Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog. Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan. Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin. Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku. Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah. Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya.
"Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar," katanya. Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua. Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka. Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan. Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng. Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan. Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka. Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama. Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik. Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya.
Ungu – Andai Ku Tahu

Sunday, May 4, 2008

Menyanggah Globalisasi

Globalisasi dianjurkan oleh negara-negara maju dengan menggunakan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Bank Dunia dan IMF. Sepanjang dua dekad lalu, globalisasi telah membawa kepada melebarnya jurang yang sangat luas antara negara-negara miskin dengan kaya. Kesannya beratus juta penduduk di Selatan (negara-negara membangun) hidup dalam kebuluran. Berjuta-juta kanak-kanak menderita setiap tahun akibat kemiskinan dan tidak cukup zat makanan. Pemusnahan ekologi berlaku dengan pantas di mana tumbuh-tumbuhan dan haiwan lenyap pada skala yang belum pernah terjadi sebelum ini. Sesungguhnya globalisasi mengikut warisan tradisi, adat, nilai dan agama di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Menurut buku Menyanggah Globalisasi Agenda Bertindak Dunia Islam, globalisasi adalah suatu projek yang khusus, telah dicipta, ditaja dan dipromosikan oleh kuasa yang berkepentingan di negara-negara maju. Globalisasi adalah jelmaan terakhir dari sistem ekonomi kapitalis yang bertunjangkan prinsip dan nilai-nilai yang sebahagian besarnya bertentangan dengan Islam iaitu penekanan mutlak kepada budaya kebendaan dan penafiannya terhadap nilai kerohanian dan nilai kudus (sakral). Globalisasi yang ditunjangi oleh sistem ini memperkenalkan doktrin individualisme, materialisme, konsumerisme dan hedonisme yang bertentangan sekali dengan ajaran Islam. Islam menegaskan bahawa kesemua kekayaan adalah milik Allah dan manusia hanya sebagai pemegang amanah kepada harta yang dianugerahkan kepadanya. Berlawanan dengan Islam, eksploitasi, persaingan, pengeluaran dan penggunaan secara maksima serta seluruh sumber bumi ini diguna hanya untuk memenuhi kepuasan manusia menjadi ciri dan tabiat globalisasi itu sendiri. Globalisasi bermula lebih 500 tahun dahulu semasa pelayaran Christopher Columbus menjelajah dan kemudiannya menjajah, mengeksploitasi sumber-sumber dan penaklukan ke atas Amerika, Asia, Afrika dan Oceania dilancarkan. Melalui Revolusi Perindustrian dan pertumbuhan perindustrian Kapitalisme di Eropah pada abad ke-19, telah muncul kilang-kilang pembuatan yang memerlukan bekalan berterusan bahan mentah yang murah dari negara-negara Selatan dan memerlukan pasaran. Maka, golongan kapitalis perlu mencari peluang pelaburan yang baru di Eropah dan juga di negara-negara jajahan mereka. Pilihan yang strategik untuk memenuhi semua keperluan ini ialah dengan mengeksploitasi sumber negara-negara yang mereka jajah iaitu di Selatan. Dengan yang demikian ekonomi negara-negara yang dijajah dipaksa bergabung dengan ekonomi negara penjajah. Kesan langsung dari proses ini selanjutnya ialah ekonomi negara yang dijajah bergantung kepada ekonomi negara penjajah. Melalui hubungan ekonomi yang tidak adil dan saksama ini, sumber-sumber negara yang ditakluki dirampas untuk membiayai ekonomi, pembangunan sains, teknologi dan perkembangan budaya Eropah. Penjajahan ini akhirnya telah memusnahkan ekonomi tempatan negara dijajah, menyebabkan mereka bergantung kepada ekonomi metropolitan negara-negara Utara. Rakyat negara dijajah menjadi miskin dan budaya, adat dan tradisi rakyat mereka juga terhakis. Ekonomi kebanyakan negara membangun terus-menerus bergantung kepada eksport bahan mentah pada harga rendah kepada Utara dan sebaliknya pula mengimport barangan pengeluaran dan jentera dari negara Utara pada harga yang tinggi. Oleh sebab syarat dagangan yang jelas amat berat sebelah ini, negara-negara Selatan terpaksa bergantung kepada bantuan dan pelaburan asing dan pinjaman dari institusi kewangan asing untuk membiayai pembangunan mereka. TNC daripada negara-negara maju yang mempunyai pelaburan di negara-negara membangun pula menghantar balik keuntungan dan dividen yang mereka kaut dari negara membangun dan dihantar ke negara-negara maju. Seterusnya, faedah ke atas wang yang dipinjam dari bank-bank Utara untuk menjalankan pembangunan infrastruktur di negara-negara Selatan juga dikirim balik ke Utara. Oleh itu, walaupun negara yang dijajah sebelumnya memperoleh kemerdekaan politik, pada hakikatnya negara-negara membangun masih bergantung kepada negara Utara. Kemudian, timbulnya pembangunan lestari iaitu sebagai jawapan dan penyelesaian kepada masalah alam sekitar yang semakin musnah akibat daripada sistem ekonomi kapitalis atas nama globalisasi. Konsep lestari menekankan tentang peri penting pembangunan ekonomi yang perlu diselesaikan dengan sumber alam yang amat terbatas tanpa menjejaskan keperluan generasi masa hadapan. Pembangunan lestari hanya boleh dicapai dengan syarat perubahan radikal dilakukan dalam sistem pengeluaran dan pengagihan barangan dan perkhidmatan dan sekaligus perubahan dalam corak penggunaan dan gaya hidup rakyat negara maju di Utara dan golongan elit di Selatan. Malangnya tidak ada langkah serius yang diambil untuk membawa perubahan ke arah ini. Akibatnya pembangunan lestari terus tinggal omongan kosong di pentas persidangan-persidangan antarabangsa. Proses globalisasi telah membawa kepada pembinasaan biosfera kita, hakisan genetik, hakisan tanah, kepupusan spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga serta hakisan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Krisis ekonomi globalisasi, kemiskinan yang semakin parah dan rakyat di negara Selatan yang dinafikan keperluan asas dan rakyat yang miskin di Utara serta hakisan ekologi dan budaya sepanjang abad yang lalu telah mendedahkan mitos mengenai proses globalisasi. Dalam usaha untuk bergerak ke arah mendirikan sistem ekonomi yang benar-benar asli datang dari diri kita sebagai umat Islam, langkah-langkah berikut perlu diambil iaitu pertama kerajaan perlu berusaha untuk menghapuskan tumpuan kekayaan dari tangan beberapa kelompok keluarga sahaja, sebaliknya mengagihkan kekayaan negara dengan adil untuk faedah masyarakat secara lebih luas, kedua kerajaan perlu melaksanakan program penghapusan kemiskinan dan mewujudkan program sekuriti sosial yang berkesan dengan mencapai hasil dalam jangka masa yang ditetapkan, ketiga kerajaan perlu menyediakan pendidikan berasaskan nilai-nilai Islam dan pendidikan yang memperkenalkan dan menggalakkan penghayatan nilai-nilai Islam, keempat kerajaan perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk menghapuskan penggunaan membazir (wasteful consumption) dan menggalkkan kepenggunaan beretika, kelima langkah-langkah perlu diambil untuk memastikan pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan hendaklah berasaskan pemuliharaan sumber-sumber alam dan perlindungan alam sekitar kita dan keenam usaha-usaha untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan menerusi penggunaan teknologi yang bersesuaian perlu disokong dengan aktif. Globalisasi boleh dielakkan sekiranya masyarakat dunia ketiga merujuk kembali kepada sumber-sumber yang ada dalam tradisi ilmu Islam untuk membentuk masyarakat dan menangani masalah kemiskinan, kejahilan dan ketidakadilan sosial yang sedang dialami oleh mereka sekarang. Islam menekankan kepada kepentingan komuniti, menghargai alam sekitar dan keadilan untuk semua, boleh memberi satu alternatif lain kepada model pembangunan neo-liberal yang ada kini.

9 jenis anak syaitan

9 jenis anak setan..

Sebarkan pada rakan2 anda sebagai
peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu
hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.
Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi
pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang
yang tidak perlu.


2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap
Allah.


3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman
keras).


5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour
etc.


6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke
rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami
isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai
bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk
dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk(SCROLL DI BAWAH)..




10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar
Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an
pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.


11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton cerita hindustan, sampai masuk waktu
sembahyang,masih menyonggol depan tv.....kepala keluar tanduk, tak
sedar.......jadi lah hindusetan !!!



Untuk renungan dan amalan bersama ..

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah Dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.


Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.


Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami Dan terimalah segala ibadah Dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik Ra. Berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg IA tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, Dan siksa kubur itu benar, Dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum IA merasa Aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. Bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka IA hitam gelap, tidak pernah padam nyala Dan baranya.. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya
kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit Dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas Dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah Bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam Dan perhiasannya besi Dan minumannya air panas campur nanah Dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu Ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu Ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki Dan perempuan.'

Nabi s.a.w. Bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di Bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, Dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. Serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis Dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. Sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat
bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali Dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku Dan sangat sedihku, apakah Ada seorang dari ummat Ku yang akan masuk ke
dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.. masuk ke dalam rumahnya Dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali Dan tidak berbicara dengan orang Dan bila sembahyang selalu menangis Dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..



SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT
KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku
berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak
melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu ini disebarkan lagi bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Sokong sangat

Daripada http://drmaza.com/?p=279

Assalamu'alaikum,
Negeri-negeri lain yang masih lagi menjalankan "Jom Heboh" pun sepatutnya mencontohi negeri Perlis ini


Untuk maklumat lanjut sila klik PAUTAN Tokoh-tokoh "Mufti Perlis" di sebelah kanan blog ni

Saturday, May 3, 2008

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya