Friday, May 23, 2008

Tamrin Nuqaba' Kebangsaan

Dari 17 hingga 19 Mei 2008 yang lalu, pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Tamrin Nuqaba’ di Kolej Darul Hikmah(KDH), Sungai Ramal Dalam, Kajang di mana saya telah berkesempatan ke sana. Walaupun hanya sehari dapat bertamrin di sana (kerana ada urusan lain di hari kedua), saya dapat belajar sesuatu, input-input baru dan mengetahui tentang “naqib” dengan lebih lanjut sebab sebelum ini saya tak tahu pun maksud dan huraian naqib dan naqibah dengan terperinci. Kadang-kadang tu pergi usrah, orang suruh saya jadi naqib, saya jadilah naqib. Main bantai je jadi naqib. Namun dengan adanya tamrin ini dapat membantu saya lebih memahami naqib dan naqibah dengan lebih jelas dan boleh membantu saya pada masa akan datang. Hari pertama (17Mei,Sabtu) kira-kira pukul 11pagi program ini dimulakan dengan slot yang bertajuk “Naqib dan Usrah” yang disampaikan oleh saudara Najib Afif Arip (Biro Dakwah & Tarbiyyah PKPIM Pusat). Beliau menjelaskan tentang Siapa Naqib?, Kepentingan Naqib, Ciri-cirinya, Peranan&Tanggungjawab Naqib/Naqibah dan Persediaan seseorang Naqib. Saya kira beliau telah membentangkan slot ini dengan baik dengan diselangi dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis serta hujah-hujah beliau sendiri yang telah menguatkan lagi ucapan beliau. Kemudian, kira-kira pukul 3.30petang ialah sesi bersama Prof Dr Sidek Baba yang bertajuk “Aku Seorang Dai’e”. Sesi ini merupakan sesi yang ditunggu-tunggu oleh para peserta termasuk saya kerana saya ingin mengenali Prof (ataupun panggilan ramai “Cikgu”) ini dengan lebih dekat lagi. Cikgu menceritakan tentang sejarah peribadi bila beliau mula bergerak sebagai dai’e sejak 1970an sehingga ke hari (hampir 40 tahun beliau menghambakan diri di jalan dakwah ini), rintangan dan cabaran, mehnah tribulasi yang terpaksa dihadapi, Murabbiy, peranan keluarga beliau, kejayaan-kejayaan dalam dakwah yang telah dikecapi, bagaimana beliau mula dikenali dan akhir sekali ialah harapan beliau untuk menghasilkan 50 buah buku sebelum 2010 (kalau saya tak silap tahun). Penghasilan buku-buku ini supaya cikgu dapat meninggalkan segala pengalaman, pengetahuan dan berkongsi sejarah yang telah beliau tempuhi untuk tatapan generasi muda kini setelah beliau tiada lagi. Sesi bersama cikgu ini telah menyuntik semangat saya untuk menjadi lebih istiqamah dalam apa-apa perkara yang saya buat dan menginsafkan saya bahawa betapa peritnya dan susahnya orang-orang dahulu untuk menyebarkan agama Allah ini dengan menjadi dai’e. Saya juga mendapat tahu bahawa selepas itu, beliau akan memenuhi beberapa lagi undangan dari luar negara untuk beliau menyampaikan ceramah dan pidato beliau. Semoga Allah memanjangkan umur beliau dan memberkahi segala jasa beliau. Slot pada sebelah malamnya diteruskan selepas solat Maghrib dengan kuliah Maghrib yang bertajuk “Tiada Yang Lain di Hatiku” daripada Ustaz Mohd. Basri Shohimi. Saya mengenali ustaz ini kerana beliau pernah menyampaikan kuliah Maghrib di universiti saya belajar. Antara input-input yang saya dapat dalam kuliahnya ialah 3 perkara yang boleh merosakkan iaitu hawa nafsu, kikir dan sikap suka banggakan diri, Sabda Nabi “Akan ada satu golongan dari ummahku yang mengelakkan diri dari ulama maka Allah akan menimpakan 3 perkara iaitu Allah akan mengangkat barkah (usaha) kita, Allah akan memberikan kekuasaan kepada penguasa-penguasa yang zalim dan Allah akan memberikan mereka mati tanpa iman dan Tidak berganjak 2 tumit kaki manusia di akhirat kecuali ditanya 4 soalan iaitu ke manakah dihabiskan umurnya?, di mana usia mudanya dihabiskan?, ke mana hartanya dihabiskan/diinfaqkannya? dan ke mana ilmunya dimanfaatkan?. Selepas solat Isya’ program diteruskan dengan sesi bersama saudara Mohd. Noor Ikhram Husin (Ketua Biro Dakwah & Tarbiyyah PKPIM Pusat) yang bertajuk “Usrah dan Kaedah pelaksanaannya”. Antara pengisiannya ialah peranan Nuqaba’ di dalam gerakan Islam, Murabbiy, pelaksanaan dalam usrah dan lain-lain. Saya tertarik pada kata-kata beliau iaitu kalau kita pergi usrah itu kerana hati (maksudnya suka akan seseorang) dibolehkan dalam usrah. Seterusnya program hari pertama tamat selepas slot Simulsi Usrah. Pada keesokan paginya selepas qiyamulail di surau KDH, saya bersiap-siap untuk pulang bergerak ke satu program yang lain. Semoga pada tahun mendatang tamrin ini boleh diadakan di tempat yang lebih mencabar lagi. Wassalam










Dari kiri ke kanan(Cikgu, UstazBasri, Saudara Ikhram)



Para peserta tamrin










Kuliah Subuh drpd Abu Qasim











Seorang adik selepas Simulsi Usrah







Riadah

No comments:

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya