Tuesday, September 15, 2009

Peristiwa ...

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat juga aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik, kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa.

"Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik
rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
"Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana!

(Disiar semula dari email saya di kpijnet dulu)

Monday, September 14, 2009

Iktikaf Ramadhan

Salam,pada 21-23 Ramadhan (spt dlm rancangan prog/aktiviti saya) saya telah menyertai Program Iktikaf Ramadhan di Masjid Putrajaya (Masjid Putra). Saya telah sampai pada Jumaat malam Sabtu (21 Ramadhan/11 Sept) pada pukul 11.15malam di masjid tersebut. Kemudian bersiap-siap dan terus lena iktikaf di sana. Pada kiraan saya ramai juga remaja-remaja,muda-mudi,kanak-kanak dan orang tua yang menyertai iktikaf ini.

Gambar-gambar akan menyusul nanti


Saya pulang ke rumah setelah 2 malam iktikaf di masjid ini dan seterusnya menyambung iktikaf di tempat saya pula.

Wassalam

Wednesday, September 9, 2009

Nuzul Al-Quran

Sambungan yang lepas...

Keesokan paginya aku bersahur bersama-sama dengan mahasiswa-mahasiswa KDH ini di kedai makan berdekatan dengan KDH. Habis makan saja dan bila nak bayar je,bukan main mahal lagi. Nasi goreng daging merah dengan air susu smuanya RM5.80 Cekik darah betul. Dalam hati aku berkata “Dahlah isi sikit,lepas tu mahal nak …….!” Tapi aku tak menunjukkan sifat amarahku kerana ini dalam bulan puasa mendidikku supaya bersabar. Kemudian,aku menyambung sedikit tadarus Quran di surau sementara menantikan Subuh.

Aku sampai di Masjid Putrajaya (Masjid Putra) untuk menghadiri ceramah Nuzul Al-Quran 1430H/2009M (16 Ramadhan 1430H/6 September 2009,Ahad) sebelum pukul 4 petang. Kali terakhir aku ke masjid ini setahun lebih yang lepas dan ini kali kedua aku ke sana. Datang pun untuk ke ceramah Nuzul. Sebenarnya bukannya aku tak nak datang solat hari-hari di masjid walaupun berdekatan dengan tempat tinggal aku,tetapi sebenarnya aku nak jimat duit kerana akan berkenderaan ke sini.

Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Masjid ini boleh memuatkan 13,000 jemaah pada satu-satu masa. Ketinggian masjid ini dari aras laut ialah setinggi 21 tingkat bangunan. Bayangkanlah aku boleh sesat ketika mencari bilik wuduk. Dah lupa mana arahnya. Kena turun bawah tanah,lepas itu jumpa beberapa bilik lagi baru jumpa bilik wuduk. Aku terlepas bilik wuduk ini sewaktu sedang mencarinya dan terpaksalah patah balik ke belakang setelah sedar sesat.

Aku berbuka puasa dengan Nasi Beriani. Pertama kali berbuka puasa di masjid ini terasa seperti di hotel resort sambil menikmati pemandangan tasik Putrajaya (tasik buatan) yang unik dan menyegarkan.

Ceramah Nuzul Al-Quran disampaikan oleh Ustaz Mohd Farid Ravi Bin Abdullah,pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan tajuknya “Cemerlang Dengan Al-Quran”. Ceramah bermula selepas selesai terawikh 8 rakaat dan witir 3 rakaat. Antara isi ceramahnya yang dapat aku kutip ialah:-
1)Bulan Ramadhan bulan menjana taqwa (tambah taqwa). Ada 14 Surah dalam Quran. Surah Taubah saja yang tiada basmallah.
2)Dengar nama Allah,hati menggeletar. Ada tak kita rasa macam ini?
3)Assolatukhairumminannaum ialah ayat asal daripada Bilal. Peristiwanya di mana suatu hari Bilal melihat Nabi tertidur dan Bilal ingin mengejutkan nabi bangun dengan cara yang lembut. Maka Bilal pun menyebut ayat ni. Apabila Rasulullah terjaga,Baginda bertanya “Apa yang kau baca tadi?”
“Assolatukhairumminannaum (Sesungguhnyer solat itu lebih baik dari tidur)” jawab Bilal. Lantas Rasulullah pun menyuruh Bilal memasukkan ayat ini di dalam azan Subuh. Sejak itu,ayat ini kekal sehinggalah ke hari ini.
Yang mula-mula masuk Islam ialah keluarga Umar dan Bilal.
4)Ustaz Ravi juga menyarankan mengesyorkan supaya membaca 4 muka surat Al-Quran setiap kali selepas solat fardhu. Jadi,sehari boleh habis 1 juzu’ (4x5=20 muka surat), maka boleh khatam dalam sebulan Ramadhan.
5)Nak shoping ada masa,nak baca surat khabar ada masa,jalan ada masa tapi baca Quran takde masa.
6)Sahabat iaitu Umar Bin Abdul Aziz setiap malam tidak akan meletakkan kepalanya di atas bantal kalau tidak membaca Quran sebanyak satu juzuk atau 10 helai atau palin sibuk sekali 4 helai.
7)Ada juga yang baca Quran (Yassin) minta untuk sihirkan jampi serapah bos, ini tidak bolehlah.
8)Peristiwa bagaimana Umar masuk Islam. Setelah mendapat tahu bahawa Rasulullah menyebarkan Islam, Umar (seorang yang sangat gagah) dengan lantas hendak pergi jumpa bunuh Rasulullah tetapi semasa dalam perjalanan,Umar mendapat tahu bahawa adiknya telah memeluk Islam. Maka,Umar pun menemui adiknya dulu. Sampai sahaja di rumah adiknya,Umar pun menendang pintu rumah adiknya. Umar sempat mendengar adiknya membaca Quran sambil serentak menampar adiknya sekuat hati. Selepas itu, Umar bertanya “Apakah yang kau baca itu?”
Adiknya yang dah rebah menjawab “Aku membaca 5 ayat Quran”
“Berikannya kepada Aku.”
“Engkau tidak boleh memegangnya kerana kau orang kafir.”
Pada masa yang sama, Umar pun sangat terpikat dan tertarik dengan lagu-lagu (ayat Quran) tersebut.
Umar pun lantas keluar dari rumah adiknya dan menemui Rasulullah lalu terus mengucap dua kalimah syahadah di depan Rasulullah.
9)Penceramah juga menceritakan Umar Al Khatab ambil masa 5 tahun untuk faham Al-Baqarah. Kita macam mana? Tau khatam je.
10)Ada satu kisah orang Arab Badwi. Beliau masuk di tempat ketika Rasulullah bersama-sama dengan para sahabatnya. Beliau bertanya “Muhammad mana! ?” diulang beberapa kali. Sahabat dah nak angkat pedang untuk menyerang Arab Badwi ini. Rasulullah berkata kepada sahabat Sabar-sabarnya.
Baginda pun keluar lalu berkata “Akulah Muhammad”
Orang Arab Badwi ini pun berkata “Akui nak masuk Islam” Rupa-rupanya nak masuk Islam. Ingatkan nak apa tadi macam nak berbalah je. Inilah kisah bagaimana orang Arab Badwi nak masuk Islam
Arab Badwi memang terkenal dengan kurang ajar tapi pada akhirnya baik. Hati mereka baik
Cuba kita fikir kasar tak sikap di atas ini.

Akhinya,Ustaz Ravi mengakhiri ceramah dengan membuat sepotong ayat “Kalau kita tak makan kita rasa laparkan,kalau kita tak minum kita rauskan. Kalau kita tak baca Quran,kita tak rasa apa-apa maknanya kita tak cinta Quran dan Quran tak cinta kita.”

Untuk baca lebih lanjut lagi,klik sini

Tuesday, September 8, 2009

Iftar Jamaie PKPIM-ABIM-WADAH

Salam, seperti dalam agenda aktiviti saya sepanjang bulan ini (di sebelah kanan blog ini)ingin dikongsikan dengan pembaca sekalian. Alhamdulillah saya dapat mengikuti Iftar Jamaie PKPIM-ABIM-WADAH yang telah selamat diadakan di(Kolej Darul Hikmah)KDH Sg Ramal pada hari Sabtu yang lalu (5 September 2009). Pada hari tersebut,saya telah tiba di KDH sebelum pukul 5 petang menolong apa-apa yang patut dan kemudiannya berjalan sekitar KDH yang sudah banyak berubah. Sudah setengah tahun tidak ke KDH ini dan sudah banyak pembangunan dan perubahan yang berlaku. Syukurlah. Selepas itu,saya menghadiri Iftar Ramadhan Dan Sumbangan Derma Dan Kempen Sumbangan Sekampit Beras kepada Anak-anak Yatim dan Ibu-ibu Tunggal. Untuk berita lanjut klik sini

Di majlis-majlis seperti inilah baru saya dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sangat lama tak jumpa seperti Abg Fadzal dari ABIM Melaka,Kak Akie dan sahabat-sahabat ABIM Johor selain sahabat-sahabat lama seperti ABIM Selangor,saudara Khairullah,YDP KPIJ,saudara Presiden PKPIM,saudari Akmariah,pengikut-pengikutnya dan sahabat-sahabat PKPIM yang lain. Saya juga dapat mengenali kawan-kawan baru seperti Presiden ABIM yang baru iaitu saudara Muhammad Razak. Banyak yang saya tanyakan tentang ABIM Melaka daripada Abg Fadzal (YDP Batu Berendam Melaka). Celoteh punya celoteh ditambah dengan kerenah Abg Razak (Ustaz Razak, ABIM Johor) sedar tak sedar tibalah waktu berbuka puasa. Saya juga sempat bersembang dengan orang yang bertanggungjawab membawa anak-anak yatim ini dari Kajang. Rupa-rupanya anak yatim ini adalah anak orang asli di negeri Selangor dan Perak (kalau tak silap saya). Beliau juga memuji ABIM terutamanya Presiden baru ini kerana setiap minggu akan melawat perkampungan orang asli ini dan perkampungan orang asli di Gua Musang,Kelantan. Saya menambah mengatakan yang ziarah di Kelantan ini dilakukan oleh pihak IOI ABIM dan ABIM Kelantan. Beliau mengiayakannya. Usai berbuka puasa saya berkesempatan membeli buku PKPIM 5 dasawarsa daripada HEWI PKPIM.

Seterusnya selesai solat terawikh 8 rakaat dan witir 3 rakaat majlis diteruskan dengan pengisian tazkirah Ramadhan oleh Dato' Dr. Siddiq Fadzil iaitu majlis yang ditunggu oleh semua. Klik sini
Antara pengisian yang dapat saya ambil ialah di syaitan hanya memulakan kemudiannya disambung oleh nafsu kita,Anguzubillah yang disebut oleh lidah kita yang selalu mengumpat tidak akan memberi kesan kepada kita untuk menghidari daripada melakukan dosa. Dalam tadarus yang dipentingkan hanya khatam sahaja dan bukannya hendak memahami pengertian ayat-ayatnya.

Selepas tamat tazkirah,kami semua dihidangkan moreh “bubur chacha” yang amat enak dan selepas itu semua pun bersurai. Bagi saya pula,saya menumpang tidur satu malam di KDH untuk ke program keesokannya di Masjid Putrajaya (Masjid Putra). Sepanjang semalaman tidur di surau KDH (bersama mahasiswa-mahasiswa KDH),saya tak dapat tidur dengan lena kerana gangguan nyamuk dan gangguan bunyi bising mahasiswa ini.
Bersambung....

Friday, September 4, 2009

Sertailah kempen membantu saudara kita di Palestin terutamanya di bulan Ramadhan ini dengan RM10/RM5/RM3/RM1

Langkah 1 : Pilih tulis mesej

Langkah 2 : Taip PALESTINVALUE
Eg:PALESTIN 10

Langkah 3 : "HANTAR" mesej ini ke "39111"

Langkah 4 : Tunggu terima mesej balas berbunyi "Terima kasih kerana menderma untuk Tabung Aman Palestin"
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya