Wednesday, September 9, 2009

Nuzul Al-Quran

Sambungan yang lepas...

Keesokan paginya aku bersahur bersama-sama dengan mahasiswa-mahasiswa KDH ini di kedai makan berdekatan dengan KDH. Habis makan saja dan bila nak bayar je,bukan main mahal lagi. Nasi goreng daging merah dengan air susu smuanya RM5.80 Cekik darah betul. Dalam hati aku berkata “Dahlah isi sikit,lepas tu mahal nak …….!” Tapi aku tak menunjukkan sifat amarahku kerana ini dalam bulan puasa mendidikku supaya bersabar. Kemudian,aku menyambung sedikit tadarus Quran di surau sementara menantikan Subuh.

Aku sampai di Masjid Putrajaya (Masjid Putra) untuk menghadiri ceramah Nuzul Al-Quran 1430H/2009M (16 Ramadhan 1430H/6 September 2009,Ahad) sebelum pukul 4 petang. Kali terakhir aku ke masjid ini setahun lebih yang lepas dan ini kali kedua aku ke sana. Datang pun untuk ke ceramah Nuzul. Sebenarnya bukannya aku tak nak datang solat hari-hari di masjid walaupun berdekatan dengan tempat tinggal aku,tetapi sebenarnya aku nak jimat duit kerana akan berkenderaan ke sini.

Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Masjid ini boleh memuatkan 13,000 jemaah pada satu-satu masa. Ketinggian masjid ini dari aras laut ialah setinggi 21 tingkat bangunan. Bayangkanlah aku boleh sesat ketika mencari bilik wuduk. Dah lupa mana arahnya. Kena turun bawah tanah,lepas itu jumpa beberapa bilik lagi baru jumpa bilik wuduk. Aku terlepas bilik wuduk ini sewaktu sedang mencarinya dan terpaksalah patah balik ke belakang setelah sedar sesat.

Aku berbuka puasa dengan Nasi Beriani. Pertama kali berbuka puasa di masjid ini terasa seperti di hotel resort sambil menikmati pemandangan tasik Putrajaya (tasik buatan) yang unik dan menyegarkan.

Ceramah Nuzul Al-Quran disampaikan oleh Ustaz Mohd Farid Ravi Bin Abdullah,pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan tajuknya “Cemerlang Dengan Al-Quran”. Ceramah bermula selepas selesai terawikh 8 rakaat dan witir 3 rakaat. Antara isi ceramahnya yang dapat aku kutip ialah:-
1)Bulan Ramadhan bulan menjana taqwa (tambah taqwa). Ada 14 Surah dalam Quran. Surah Taubah saja yang tiada basmallah.
2)Dengar nama Allah,hati menggeletar. Ada tak kita rasa macam ini?
3)Assolatukhairumminannaum ialah ayat asal daripada Bilal. Peristiwanya di mana suatu hari Bilal melihat Nabi tertidur dan Bilal ingin mengejutkan nabi bangun dengan cara yang lembut. Maka Bilal pun menyebut ayat ni. Apabila Rasulullah terjaga,Baginda bertanya “Apa yang kau baca tadi?”
“Assolatukhairumminannaum (Sesungguhnyer solat itu lebih baik dari tidur)” jawab Bilal. Lantas Rasulullah pun menyuruh Bilal memasukkan ayat ini di dalam azan Subuh. Sejak itu,ayat ini kekal sehinggalah ke hari ini.
Yang mula-mula masuk Islam ialah keluarga Umar dan Bilal.
4)Ustaz Ravi juga menyarankan mengesyorkan supaya membaca 4 muka surat Al-Quran setiap kali selepas solat fardhu. Jadi,sehari boleh habis 1 juzu’ (4x5=20 muka surat), maka boleh khatam dalam sebulan Ramadhan.
5)Nak shoping ada masa,nak baca surat khabar ada masa,jalan ada masa tapi baca Quran takde masa.
6)Sahabat iaitu Umar Bin Abdul Aziz setiap malam tidak akan meletakkan kepalanya di atas bantal kalau tidak membaca Quran sebanyak satu juzuk atau 10 helai atau palin sibuk sekali 4 helai.
7)Ada juga yang baca Quran (Yassin) minta untuk sihirkan jampi serapah bos, ini tidak bolehlah.
8)Peristiwa bagaimana Umar masuk Islam. Setelah mendapat tahu bahawa Rasulullah menyebarkan Islam, Umar (seorang yang sangat gagah) dengan lantas hendak pergi jumpa bunuh Rasulullah tetapi semasa dalam perjalanan,Umar mendapat tahu bahawa adiknya telah memeluk Islam. Maka,Umar pun menemui adiknya dulu. Sampai sahaja di rumah adiknya,Umar pun menendang pintu rumah adiknya. Umar sempat mendengar adiknya membaca Quran sambil serentak menampar adiknya sekuat hati. Selepas itu, Umar bertanya “Apakah yang kau baca itu?”
Adiknya yang dah rebah menjawab “Aku membaca 5 ayat Quran”
“Berikannya kepada Aku.”
“Engkau tidak boleh memegangnya kerana kau orang kafir.”
Pada masa yang sama, Umar pun sangat terpikat dan tertarik dengan lagu-lagu (ayat Quran) tersebut.
Umar pun lantas keluar dari rumah adiknya dan menemui Rasulullah lalu terus mengucap dua kalimah syahadah di depan Rasulullah.
9)Penceramah juga menceritakan Umar Al Khatab ambil masa 5 tahun untuk faham Al-Baqarah. Kita macam mana? Tau khatam je.
10)Ada satu kisah orang Arab Badwi. Beliau masuk di tempat ketika Rasulullah bersama-sama dengan para sahabatnya. Beliau bertanya “Muhammad mana! ?” diulang beberapa kali. Sahabat dah nak angkat pedang untuk menyerang Arab Badwi ini. Rasulullah berkata kepada sahabat Sabar-sabarnya.
Baginda pun keluar lalu berkata “Akulah Muhammad”
Orang Arab Badwi ini pun berkata “Akui nak masuk Islam” Rupa-rupanya nak masuk Islam. Ingatkan nak apa tadi macam nak berbalah je. Inilah kisah bagaimana orang Arab Badwi nak masuk Islam
Arab Badwi memang terkenal dengan kurang ajar tapi pada akhirnya baik. Hati mereka baik
Cuba kita fikir kasar tak sikap di atas ini.

Akhinya,Ustaz Ravi mengakhiri ceramah dengan membuat sepotong ayat “Kalau kita tak makan kita rasa laparkan,kalau kita tak minum kita rauskan. Kalau kita tak baca Quran,kita tak rasa apa-apa maknanya kita tak cinta Quran dan Quran tak cinta kita.”

Untuk baca lebih lanjut lagi,klik sini

No comments:

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya