Salam, seperti dalam agenda aktiviti saya sepanjang bulan ini (di sebelah kanan blog ini)ingin dikongsikan dengan pembaca sekalian. Alhamdulillah saya dapat mengikuti Iftar Jamaie PKPIM-ABIM-WADAH yang telah selamat diadakan di(Kolej Darul Hikmah)KDH Sg Ramal pada hari Sabtu yang lalu (5 September 2009). Pada hari tersebut,saya telah tiba di KDH sebelum pukul 5 petang menolong apa-apa yang patut dan kemudiannya berjalan sekitar KDH yang sudah banyak berubah. Sudah setengah tahun tidak ke KDH ini dan sudah banyak pembangunan dan perubahan yang berlaku. Syukurlah. Selepas itu,saya menghadiri Iftar Ramadhan Dan Sumbangan Derma Dan Kempen Sumbangan Sekampit Beras kepada Anak-anak Yatim dan Ibu-ibu Tunggal. Untuk berita lanjut klik sini
Di majlis-majlis seperti inilah baru saya dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sangat lama tak jumpa seperti Abg Fadzal dari ABIM Melaka,Kak Akie dan sahabat-sahabat ABIM Johor selain sahabat-sahabat lama seperti ABIM Selangor,saudara Khairullah,YDP KPIJ,saudara Presiden PKPIM,saudari Akmariah,pengikut-pengikutnya dan sahabat-sahabat PKPIM yang lain. Saya juga dapat mengenali kawan-kawan baru seperti Presiden ABIM yang baru iaitu saudara Muhammad Razak. Banyak yang saya tanyakan tentang ABIM Melaka daripada Abg Fadzal (YDP Batu Berendam Melaka). Celoteh punya celoteh ditambah dengan kerenah Abg Razak (Ustaz Razak, ABIM Johor) sedar tak sedar tibalah waktu berbuka puasa. Saya juga sempat bersembang dengan orang yang bertanggungjawab membawa anak-anak yatim ini dari Kajang. Rupa-rupanya anak yatim ini adalah anak orang asli di negeri Selangor dan Perak (kalau tak silap saya). Beliau juga memuji ABIM terutamanya Presiden baru ini kerana setiap minggu akan melawat perkampungan orang asli ini dan perkampungan orang asli di Gua Musang,Kelantan. Saya menambah mengatakan yang ziarah di Kelantan ini dilakukan oleh pihak IOI ABIM dan ABIM Kelantan. Beliau mengiayakannya. Usai berbuka puasa saya berkesempatan membeli buku PKPIM 5 dasawarsa daripada HEWI PKPIM.
Seterusnya selesai solat terawikh 8 rakaat dan witir 3 rakaat majlis diteruskan dengan pengisian tazkirah Ramadhan oleh Dato' Dr. Siddiq Fadzil iaitu majlis yang ditunggu oleh semua. Klik sini
Antara pengisian yang dapat saya ambil ialah di syaitan hanya memulakan kemudiannya disambung oleh nafsu kita,Anguzubillah yang disebut oleh lidah kita yang selalu mengumpat tidak akan memberi kesan kepada kita untuk menghidari daripada melakukan dosa. Dalam tadarus yang dipentingkan hanya khatam sahaja dan bukannya hendak memahami pengertian ayat-ayatnya.
Selepas tamat tazkirah,kami semua dihidangkan moreh “bubur chacha” yang amat enak dan selepas itu semua pun bersurai. Bagi saya pula,saya menumpang tidur satu malam di KDH untuk ke program keesokannya di Masjid Putrajaya (Masjid Putra). Sepanjang semalaman tidur di surau KDH (bersama mahasiswa-mahasiswa KDH),saya tak dapat tidur dengan lena kerana gangguan nyamuk dan gangguan bunyi bising mahasiswa ini.
Bersambung....
Jauhi segala maksiat kerana ia menjadi antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah tertahan. Hidup Ni Tak Lama (Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgamu.... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu)
Tuesday, September 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz
No comments:
Post a Comment