Monday, June 7, 2010

PIW

Di pintu masuk,anak monyet akan menyambut kita dengan penyambut tetamu wanita Indonesia yang meniru gaya dialek percakapan orang melayu. Kelihatan juga ular sawa kuning dan batik diletakkan di kiri pintu masuk penyambut tetamu itu dan kongkang di belakang pintu masuk tersebut.Dua tandas utama terletak di pintu masuk dan sebelah ladang buaya. Pertama kali saya masuk Paya Indah Wetland,Dengkil (PIW) pada 18 April 2010 lalu pukul 10.30pagi,saya rasa benar-benar tertarik dan terpegun. Dahulunya, Tuanku Mizan sering berkuda sebulan sekali di sini dan saya diberitahu yang kuda Tuanku berwarna putih.Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik di sini yang kebanyakannya memerlukan kita bermalam di sini.Terdapat beberapa galeri dan tempat pameran dan kompleks komersial dan kompleks pengangkutan yang belum dibuka, chalet untuk sewa persendirian juga belum dibuka.Tandas utama terletak di pintu masuk dan di sebelah ladang buaya.

Terdapat kolam itik,angsa dan itik kapas. Saya berpeluang memberi makan betik kepada badak air. Terdapat tiga ekor badak air berumur 15,13 dan 12 tahun separuh jinak di ladang kandangnya seluas kira-kira 3 ekar. Terdapat juga padang untuk ekuestrian, menara tinjau dan rumah melayu di bahagian belakang yang kini tidak boleh dimasuki. Terdapat 15 ekor buaya tembaga (5 jantan dan 10 betina) di kolam (ladang buaya).
Dewan Seminar Tempua dengan kapasiti 150 orang lengkap dgn LCD,skrin,PA sistem,100% karpet pentas,meja dan kerusi banquet,pentas,penghawa dingin dgn kadar percuma. Chalet khusus untuk guru pengiring dan katil (double bed) 2 unit percuma + fasilitator dan pengisian program dgn kadar percuma sama ada 3 hari 2 malam atau 1 hari punya program + Asrama kapasiti 30 orang dgn kadar percuma. Sewa basikal RM3 selama 2 jam.Kita juga boleh bawa sendiri basikal. Saya berkesempatan beri makan badak air (menyuap mulut badak air). Apabila badak menyangkut dagunya dan membuka mulutnya maknanya ia nak makanlah tu. Pernah sekali tu waktu pagi,takde orang beri makan badak ni da pukul 10,jadi aku yang beri makan.Aktiviti memberi makan badak ialah pada 10pagi setiap hari dan burung undan putih (pelican) pada 10.30pagi setiap hari. Buaya hanya diberi makan jam 11pagi pada setiap hari minggu sahaja. Terdapat 5 ekor kuda di kandangnya di bahagian belakang PIW ini. Pusat Interpretasi (di pintu masuk penyambut tetamu) sebagai pusat penerangan dibuka setiap hari dari jam 9-5ptg. Kalau bernasib baik,akan jumpa rama-rama berterbangan dan spesis-spesis burung yang kita tak pernah jumpa di kg kita. Kalau yang nak dating bercuti dengan ingin menerokai keindahan dan keagungan alam flora dan fauna,inilah tempat yang paling sesuai.
Terdapat 2 dorm asrama. Jarak dari asrama ke tempat masuk taman ialah 150 meter. Surau yang terletak bersebelahan dorm mengandungi 2 bilik air.Terdapat 5 tandas dalam setiap dorm asrama lelaki dan perempuan dan jarak dari surau ke dorm ialah 50 meter.Dorm asrama perempuan ada tempat sidai baju di luar.Kelibat pelatih PLKN betul-betul dapat dilihat dari asrama perempuan.Dorm asrama lelaki dan perempuan betul-betul terletak di sebelah dorm kem PLKN. Dengan mengenakan bayaran asrama RM9 semalam untuk satu kepala tanpa makan minum,saya meraskan ia sangat berpatutan dan berbaloi (kalau pihak PIW sediakan makan minum lagi mahal,lebih baik bawa sendiri ja di samping waktu makan pun bebas). Untuk pengetahuan semua,bayaran RM9 ini termasuk penginapan, katil 2 tingkat, tandas, masuk hutan, pemandu masuk hutan percuma dan aktiviti-aktiviti programnya yang utama iaitu ceramah jabatan, pemerhatian burung, lawatan konservasi/interpretif, berkayak, orienteering, jejak si buta dan jungle trekking. Saya rasa sangat-sangat berbaloi dengan penginapan tempat tidur ada penghawa dingin lagi dan masuk percuma serta meletak kenderaan percuma di tempat letak kenderaan seluas 2 ekar dengan mempunyai tempat parking bas juga.

Apa yang menarik perhatian saya ialah semua haiwan di sini tiada kandang kecuali badak air, buaya, burung undan putih, kongkang, ular, ayam hutan, ayam pegar, kura-kura, landak dan burung undan yang sakit. Burung merak juga ada tapi disebabkan pagarnya rendah,maka burung merak ini bebas terbang keluar masuk kandangnya. Sayangnya pelanduk dan burung helang sudah mati.Di sini juga terdapat restoran café.Saya syorkan kepada sesiapa yang hendak berjalan dalam PIW supaya naik kereta. Setiap 5 minit kapal terbang akan timbul, jelas kelihatan atas kepala kita.PIW ini strategik lokasinya kerana berhampiran dengan kawasan perkampungan orang asli dan PUSPEN (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik).

Yang penting penduduk di Dengkil dan Banting adalah orang Jawa.Mungkin sesiapa yang Jawa boleh hidup di sini.

Yang saya tahu di Selangor dan KL tak banyak kawasan rekreasi/perkelahan/rehlah. Cuma yang ada ialah tasik Shah Alam, Wet World Shah Alam, tasik Titiwangsa KL, tmn tasik Cyberjaya, tasik Putrajaya, air terjun Hulu Langat, Tmn Tasik Cempaka Bangi, air terjun Ulu Yam, hutan lipur Hulu Langat, hutan lipur Ulu Yam, Pantai Morib Banting, Pantai Kelanang Baru Banting, Jugra, Kuala Selangor, Paya Indah Wetland Dengkil dan Bukit Tinggi (dah masuk Pahang). Induksi patut masukkan sekali lawatan ke Cyberjaya,Putrajaya&Kuala Langat dan saya sedia menanti ketibaan anda dan boleh buat program khidmat masyarakat di sini (seperti PROKIM).


Gambar akan dimuat naik akan dtg

No comments:

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya