Tuesday, June 3, 2008

Obesiti

Laporan terbaru menunjukkan masalah obesiti sedang meningkat di seluruh dunia dan bakal menjadi masalah kesihatan terbesar. Malah obesiti juga dijangka akan mengatasi merokok sebagai risiko kesihatan yang serius. Di United Kingdom, kira-kira dua pertiga (66%) orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Daripada peratusan itu 22 peratus adalah lelaki manakala 23 peratus pula perempuan, bermakna berat badan mereka membawa risiko besar kepada kesihatan. Tahap obesiti meningkat tiga kali ganda sejak 20 tahun lalu dan masih bertambah. Masalah tersebut tidak hanya dihadapi golongan dewasa, tetapi di kalangan kanak-kanak. Sejak 10 tahu lalu jumlah kanak-kanak berusia enam tahun yang mempunyai masalah berat badan berlebihan meningkat dua kali ganda (ke 8.5 peratus), dan bertambah tiga kali ganda di kalangan mereka yang berusia 15 tahun (ke 15 peratus). Statistik ini amat menakutkan kerana masalah berat badan berlebihan, terutama obesiti meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan termasuk diabetes, penyakit jantung, beberapa jenis barah, strok, sakit belakang dan sendi, osteoarthritis, tekanan darah tinggi, batu dalam hempedu, ketidaksuburan, kesukaran bernafas, depresi, berdengkur, kesukaran tidak dan peluh berlebihan. Masalah obesiti bukan satu isu kosmetik semata-mata. Kualiti hidup boleh terjejas dan menyebabkan seseorang berhadapan risiko kesihatan yang serius. Malah ada laporan menyebut obesiti boleh menyebabkan seseorang kehilangan sembilan tahun daripada jangka hayatnya. Peningkatan obesity dan kesannya ke atas kesihatan dan kesejahteraan hidup ramai orang, dan sumber-sumber negara menyebabkan tindakan mesti diambil di semua peringkat untuk memerangi epidemik ini.

No comments:

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya