Monday, November 30, 2009

Seminggu dua ini (bersama-sama adik-adik,keluarga saya&adik KPIJ)

Assalamu'alaikum,

Maaf kerana lama tidak mengemaskini blog ini kerana sibuk dengan pelbagai perkara dunia seminggu dua ini bermula dengan program Kem Motivasi, korban Hari Raya Eidul Adha dan peristiwa yang menimpa adik KPIJ saya. Saya tak nak menceritakan tentang Kem Motivasi ini, perjalanan Kem Motivasi boleh dibaca di blog fasilitator saya di sini. Agak mendukacitakan kem ini kerana kekurangan fasi dan urusetia yang kesemuanya turun ke Kem Jambori KPIJ di Batu Pahat dan pelawaan saya untuk mendapatkan fasi daripada KPIJ hambar. Undangan kepada PEPIAS pun hambar. Saya pun tak sangka boleh bertembung tarikh dengan Jambori ini kerana tarikh kem saya ini telah saya rancang awal-awal bulan September lepas. Mungkin salah saya tidak berbincang dulu dengan EXCO KPIJ.

Seusai daripada kem motivasi, saya dikejutkan dengan sms telefon daripada HEWI PKPIM yang mengatakan Cik Adibah telah mengalami kemalangan jalan raya setelah tamat Jambori. Berderau darah saya. Terkejut sungguh saya sebab kedua-dua tarikh program saya dan Jambori hampir sama. Jadi,semasa berada di JB pada masa yang sama kerana urusan keluarga, saya berkesempatan meluangkan masa melawat Adibah.

Hari pertama saya melawat Adibah (pada 27 Nov iaitu 2 hari selepas beliau dimasukkan ke hospital) setibanya saya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), JB ini (yang jarak perjalanannya hanya 10 ke 15 minit dari rumah), saya tidak berkesempatan berjumpa dengannya kerana beliau sedang dalam bilik pembedahan (dibawa dari bilik asalnya iaitu bilik ICU Utara di tingkat 2). Saya dapati tiada seorang pun rakannya atau ahli keluarganya yang berada menunggu di sana. Kemudian, saya menanti di luar bilik pembedahan (tingkat 1) sambil melihat para doktor keluar masuk bilik ini. Daripada pengamatan saya dapat meneka banyak pesakit dalam bilik ini (bilik bedah dilarang masuk). Selepas itu, saya berkesempatan bertanya dengan warden yang mengusung keluar masuk pesakit ke dalam bilik ini tentang di mana kedudukan Adibah. Beliau mengatakan Adibah berada dalam bilik ini dan keadaannya sedar, cuma perlu menjalani pembedahan di bahagian kaki. Setelah menanyakan keadaannya,saya berpuas hati sambil melihat jam di telefon menunjukkan waktu melawat tinggal kira-kira sejam lagi. Niat hati,saya ingin menatap Adibah sekejap je,dapat seminit dua pun jadilah untuk melihat keadaannya. Dalam pada menunggu, solat Asar dan mundar-mandir dalam HSA ini kemudian saya terserempak pula dengan adik-beradik Cik Sakinah Ali (Bendahari KPIJ). Lalu,kami pun berbual-bual sambil menunggu Adibah keluar daripada bilik bedah tersebut. Namun sehingga selepas masa melawat tamat, Adibah masih tidak diusung keluar lagi, maka kami mengambil keputusan untuk balik.

Keesokan harinya setibanya di HSA ini seperti biasa saya menanyakan di mana lokasi Adibah kerana nama beliau tiada di bilik ICU nya semalam. Rupa-rupanya Adibah telah dipindahkan ke Wad Ortopedik Perempuan di Tingkat 3. Setibanya, saya dapati Adibah dikelilingi oleh 2 orang ahli keluarganya dan seorang sahabatnya,Cik Faridah Mohd Tap (pertama kali berjumpanya setelah hanya melihatnya di alam maya). Ketika itu,Adibah sedang mengerang kesakitan “Ya Allah,sakit Ya Allah, Ya Allah,aku tak tahan...” macam inilah mirip ayat-ayatnya. Kesemua mereka cuba mententeramkan Adibah. Tak dapat. Akhirnya,jururawat datang mententeramkannya dan membetulkan kedudukan wayar yang berselerak di atas tangan Adibah. Selang beberapa minit kemudian, Adibah mengerang lagi dan akhirnya jururawat yang mententeramkannya seperti tadi. Saya tidak dapat menegurnya kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Dalam masa yang sama,saya berbual-bual dengan pakcik Adibah. Pakciknya seperti merungut mengatakan pembedahan ini berjalan lambat pada hari ketiga masuk hospital baru buat pembedahan. Saya memberitahunya biasanya apabila seseorang pesakit itu masuk hospital, beliau tidak boleh terus dibedah. Doktor pada mulanya akan memberinya sejenis ubat-ubatan dan pesakit itu mesti berpuasa sebelum dibedah. Pakciknya hanya mengiakan apa yang saya cakap.

Tetapi,mengenai kepala Adibah saya tidak berani cerita pada anda kerana saya pun dapat sumber-sumber maklumat yang kepalanya juga cedera.

Saya juga sempat berbual sekejap dengan Faridah bertanyakan bagaimana kemalangan ini boleh berlaku setelah Faridah berbual-bual dengan Kak Hasliza (HEWI KPIJ) menggunakan telefon bimbit.

Saya tidak dapat mengambil gambar di HSA ini kerana pihak HSA melarang menangkap gambar di dalam hospital.

Sekadar Gambar Hiasan

Apabila melihat keadaan Adibah, secara tak langsung pasti akan teringat keadaan saya dulu. Tapi rasanya saya dulu lebih teruk daripada Adibah ini. Izinkan saya menceritakan keadaan peristiwa yang menimpa saya dulu. Saya rasa sejak saya terlibat dengan NGO Islam ABIM,KPIJ,PKPIM dsb pada akhir tahun 2004 lalu,saya tak pernah menceritakan peristiwa saya ini kepada anda semua. Inilah kali pertama saya ingin menceritakan dalam alam maya ini. Peristiwa ini berlaku lebih kurang 15 tahun lalu semasa saya dalam Darjah 3 (tahun 1994) di mana saya sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sewaktu kemalangan itu,saya duduk depan dan tidak memakai tali pinggang lalu kepala saya terhantuk ke depan (laci dan cermin) sewaktu perlanggaran itu. Saya patah kaki kanan dan koma lebih 2 minggu. Jika ditakdirkan saya pergi selepas koma,tak jumpalah saya dengan anda dan alam fana ini lagi. Tapi takdir suratan telah menentukan saya hidup kembali selepas lebih 2 minggu saya koma. Saya tak nak cerita lagi. Cukuplah..., saya menitiskan air mata sewaktu menulis cerita ini. Semoga semua dapat manfaat daripada peristiwa silam saya ini.

Saya hanya berada di HSA ini kira-kira 20 minit je kerana ada komitmen dengan keluarga (mama menelofon saya) selepas itu. Saya bersalam dengan pakcik Adibah dan kemudian pergi setelah ramai lagi ahli keluarganya tiba. InsyaAllah pada hari minggu ini saya akan datang melawat Adibah lagi untuk melihat perkembangannya dan memberinya sedikit sokongan.

Wallahualam



Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.
Ya Allah ya tuhanku… Aku telah menzalimi diriku ini… Ampunilah hambamu ini.. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu ya Allah Teguh dan kuatkanlah iman diri hambamu ini ya Allah Aku pohon keampunan dari mu ya Allah Kau bukakanlah, kau terangkanlah dan kau sucikanlah hati hambamu ini Agar aku lebih mudah untuk menyerap segala petunjuk dan hidayahmu ya Allah Amin….
Ya Allah ya tuhanku… Aku telah menzalimi diriku ini… Ampunilah hambamu ini.. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu ya Allah Teguh dan kuatkanlah iman diri hambamu ini ya Allah Aku pohon keampunan dari mu ya Allah Kau bukakanlah, kau terangkanlah dan kau sucikanlah hati hambamu ini Agar aku lebih mudah untuk menyerap segala petunjuk dan hidayahmu ya Allah Amin….

Amin ya rabba al alamin.


Posting saya tentang korban (melapah dll) akan datang InsyaAllah...

Jika tidak dikenang sejarah,tiada nilailah kita pada hari ini
(Mantan EXCO '07-'09)
PEACE

No comments:

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya