“Abang tolong saya”
Budak perempuan tu melambai-lambai tangan pada saya supaya menolong abangnya yang dipapah beramai-ramai ke masjid.
Saya bingkas bangun lalu menuju menolongnya bersama
Dengan linangan air mata, adiknya mengatakan abangnya kena pukau
“Ok,boleh cerita dari mula tak macam mana abang awak boleh jadi macam ni?’
“Macam ni, abang saya ni dulu pernah gaduh dengan seorang wanita. Lepas tu,habis gitulah. Saya tak sangkalah wanita ni masih berdendam kisah lama dulu. Tadi tak sengaja abang terjumpa dengan dia semula di Taman Tasik sana dan bergaduh bertikam lidah je, pas tu abang saya tumbang jatuh. Pas tu,terus tak bermaya,pucat dan pitam. Saya dengan kawan saya jumpa kat Taman Tasik tu dan kami bawa abang ke masjid ni. Ada isyarat yang wanita tu nak bomoh abang saya sampai mati” semakin banyak titisan air matanya keluar.
Saya mengucap panjang dalam hati
Awak asal mana?
“Terengganu” jawabnya
Suasana dalam Masjid makin ramai dengan orang yang mengerumuni abangnya
Lantas saya mencapai Al-Ma’thurat dan menemui abangnya semula,cuba membacakan sesuatu kepada abangnya. Sementara Tuan Imam masjid cuba menghubungi seorang Ustaz lain yang tahu mengubati rawatan buatan orang ini. Beliau adalah anak murid kepada Haron Din. (Nama Ustaz ini ialah Ustaz Shari , no telefonnya 0196141350 dan tinggal di Seremban)
Kesimpulan daripada kisah benar ini (berlaku seminggu yang lepas) ialah ajal dan maut ialah di tangan Allah. Kita tak boleh mempercayai bahawa bomoh boleh menyebabkan maut kepada yang si diminta. Selain itu,menurut Islam, hukum menggunakan khidmat bomoh atau seumpamanya terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram.
Keharusan menggunakan khidmat bomoh tidak bersifat mutlak. Ia dibatasi dengan syarat tertentu seperti;
• Perubatan bomoh itu menyebut nama Allah atau salah satu namanya.
• Menggunakan ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan oleh nabi dan rasul.
• Menyakini bahawa perkara itu tidak dapat memberi kesan secara tersendiri, bahkan adalah dengan ketentuan Allah SWT.
Perubatan bomoh menjadi haram jika;
-Cara rawatannya itu bertentangan dengan syarak. Misalnya, menggunakan khidmat jin, pemujaan, jampi, mentera dan sebagainya untuk mengenakan orang yang tidak mengikut Islam.
-Orang yang berubat benar-benar beriktikad bahawa bomoh itulah menyembuhkan pesakitnya tanpa bergantung kepada Allah.
Kesan daripada amalan mempercayai bomoh ini sangat besar. Ia telah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Jika ia terus diamalkan, akan mendatangkan imej buruk kepada Islam dari pandangan agama lain.
Akidah adalah penentu kaitan seseorang dengan Islam, manakala syariah pula sebagai pengukur keteguhan dan kekuatan akidah. Akidah Islam adalah akidah yang bebas daripada sebarang unsur syirik dan khurafat. Syirik adalah pencemaran terhadap akidah, sementara khurafat adalah pencemaran terhadap kewarasan berfikir.
Menggunakan khidmat bomoh yang mengenakan orang dengan cara yang salah seperti menggunakan khidmat jin, jampi mantera dan pemujaan bukanlah jalan penyelesaian yang hakiki.
Sekadar gambar hiasan
Jauhi segala maksiat kerana ia menjadi antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah tertahan. Hidup Ni Tak Lama (Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgamu.... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu)
Wednesday, December 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz
No comments:
Post a Comment