PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam daripada melakukan senaman yoga secara sistematik kerana boleh memesongkan akidah.
Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga yang sistematik mengandungi tiga perkara iaitu amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam menjauhi dan menghentikan amalan itu kerana tujuan dan matlamat untuk mendapatkan ketenangan serta kemuncaknya konon memperoleh penyatuan diri dengan tuhan boleh merosakkan akidah muslim.
Jauhi segala maksiat kerana ia menjadi antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah tertahan. Hidup Ni Tak Lama (Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgamu.... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu)
Saturday, November 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz
1 comment:
Sesungguhnya, solat merupakan anugerah teragung yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hambanya. Ia merupakan tiang agama yang mulia dan umat Islam wajib memartabatkan solat sebagai syiar kekuatan Islam. Kini telah terbukti secara saintifik bahawa solat merupakan amalan ideal ummat Islam untuk mencapai gaya hidup sihat. Dengan mengamalkan solat lima waktu secara sempurna, berusaha memahami makna bacaan dalam solat, mengamalkan solat secara berjamaah dan tertib, ummat Islam akan mampu menjadi ummat terbaik seperti yang dinukilkan di dalam Al Quran Surah Ali Imran ayat 110 dan Surah Al Ankabut ayat 45.
Post a Comment