Tuesday, July 6, 2010

Kegunaan Lintah

Dalam bidang perubatan lintah digunakan untuk tujuan rawatan sakit sendi, kebengkakan dan glaucoma, komplikasi akibat penyakit diabetis, angin ahmar, darah tinggi, resdung, migrain, diabetes dan lain-lain penyakit lagi. Ini kerana bekam lintah mampu mengeluarkan darah kotor dan toksin daripada dalam badan manusia. Kini,rawatan bekam lintah semakin popular digunakan sebagai rawatan alternative selain kaedah perubatan moden yang sedia ada.
melancarkan peraliran darah, hisap darah kotor dari tubuh melalui proses pembekaman
Seekor lintah mengandungi zat-zat dimana terdapat 15 unsur yang bermanfaat untuk proses penyembuhan luka anataranya seperti Nitric Oxide berfungsi menegang. Hirudin berfungsi menghalang pembekuan darah, Pheromone berfungsi menngkatkan ransangan seksual, Histamin berfungsi sebagai vasolidator iaitu pengembangan saluran darah seterusnya membantu meningkatkan aliran darah serta Hysluronidase sebagai bahan untuk bius.

Hirudin digunakan untuk mencegah pengumpulan darah terutama untuk merawat trombosis, sejenis keadaan sumbatan pada saluran darah yang mana ia dapat melancarkan perjalanan darah seseorang. Kandungan hirudin yang tinggi didalam lintah adalah anti-koagulan iaitu menghalang pembekuan darah yang sangat berkesan.

Selain itu lintah yang digunakan bagi melancarkan pengaliran darah dapat menyembuhkan lenguh-lenguh sendi dan urat terutama bagi penyakit strok dan meningkat prestasi seksual lelaki. Masyarakat Meayu menggunakan lintah untuk mengubati sakit kepala, darah tinggi dan kudis.Air liur lintah boleh memulihkan tisu yang rosak, Ia banyak digunakan dalam campuran bahan kosmetik. Ia jugamenjadi pilihan utama dalam perubatan tradisional Melayu terutama dalam merawat kesihatan lelaki.
Di Amerika pakar pakar telah menggunakan lintah untuk mengubati barah dan kulit muka. Ia telah diiktiraf di Amerika sebagai ubat dan disahkan oleh Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika ( FDA)

Air liur lintah mempunyai bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu setempat.
2) Lintah mempunyai bacterium Aeromonan hydrophila. Bakteria ini digunakan oleh lintah untuk mencerna darah dan ia sebenarnya menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang mungkin menyebabkan darah yang dihisap tadi membusuk atau membeku.
3) Terdapat lebih daripada 18 bahan aktif biologi yang dikeluarkan daripada lintah bermanfaat di dalam bidang perubatan.

Jenis-jenis lintah

Lintah dibezakan kategorinya berdasarkan cara ia makan. Terdapat tiga jenis lintah di dunia ini;
1) Gnatbobdellida- Lintah berahang. Mereka menggigit mangsa dengan rahang ini. Sejenis cecair yang dinamakan hirudin dihasilkan daripada sel-sel hidup dan bertindak sebagai cecair anti-kental. Ia amat berbeza daripada pacat.
2) Rhyncobdellida- Mempunyai bahagian umpama jarum (probosis). Lintah jenis ini memasukkan jarum yang agak menonjol seperti belalai ke dalam mangsa dan mengeluarkan enzim hematin[8] bagi melenyapkan pembekuan selepas terbentuk
3) Pharyngobdellida- Tidak berahang atau gigi. Hanya menelan mangsa. Bahan makanan spesies ini terdiri daripada serangga kecil.

Lintah yang diternak untuk tujuan perubatan kebanyakannya terdiri dari kumpulan Gnatbobdellida dan Rhyncobdellida. Terdapat 650 spesies lintah yang ditemui di dunia tetapi hanya 15 sahaja yang sesuai untuk digunakan di dalam perubatan. Adapun di Malaysia hanya terdapat 6 jenis yang dikenal pasti boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Hanya dua jenis lintah yang diternak iaitu lintah perut hijau dan lintah perut perang/coklat. Lintah hijau lebih gemar diternak kerana kualitinya.

Berkata Dr Zaleha Kassim[9] – Pensyarah Kanan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu- : “Lintah telah lama digunakan dalam rawatan kesihatan di negara ini yang menyaksikan haiwan itu diadun dengan santan kelapa bagi mendapatkan minyaknya yang digunakan untuk kesihatan seksual lelaki selain membaik pulih tisu dan memperkuatkan otot”.

“Lintah yang hidup dan diternak di Malaysia mungkin tidak sama dengan yang terdapat di negara Barat dan kajian setakat ini menunjukkan terdapat enam jenis lintah di Malaysia”.

Dr Zaleha juga berkata bahan yang terdapat dalam lintah juga boleh digunakan untuk mengeluarkan produk kosmetik dan industri ini wujud antaranya di negara China, Thailand dan kini di Korea Selatan.

"Krim yang dibuat berasaskan lintah turut digunakan untuk menegangkan kulit dan membaiki parut," katanya

Di dalam perubatan kuno, lintah digunakan untuk mengeluarkan darah kotor dengan cara berbekam, segala penyakit di kepala, obesiti, buasir, radang buah pinggan, radang pada rongga badan, merangsang mata dan masalah mental. Kaedah perubatan menggunakan lintah berhenti pada tahun 60 an.

Di dalam perubatan moden, penggunaan lintah mula dipandang kembali oleh para pengkaji yang mengetahui keistimewaan lintah ini. Bermula pada tahun 80 an perubatan menggunakan lintah kembali dengan nama “hirudotherapy[56]” atau “leech therapy” mendapat tempat secara khusus di dalam surgeri berkaitan pembedahan plastik dan pembedahan pembinaan semula anggota seumpama hidung, bibir, kening, telinga, kulit kepala, jari, pinggul dan kaki.. Di dalam pembedahan seumpama ini jika tidak diselesaikan dengan segera darah akan membeku dan tisu akan mati, maka lintah benar-benar membantu di dalam situasi ini. “Hirudin” yang terdapat di dalam liur lintah mampu mengelakkan darah membeku dan “histamina” yang ada pada lintah dikatakan mampu membesarkan saluran pembuluh darah sekali gus mampu memperbaiki sistem pengaliran darah dan penyakit jantung.

Rembesan air liur lintah mengandungi lebih dr 100 bahan biologi aktif yang mempunyai fungsi sebagai anti-bengkak,antibakteria,tahan sakit,memperbaiki pengaliran darah,memperbaiki salur darah dalam tisu dan organ, menghilangkan hypoxia (kurang oksigen), mengurangkan tekanan darah yg tinggi, mengkatkan sistem tahan badan, membuang toxic badan dan mengurangkan komplikasi seperti infarksi (kematian tisu badan), strok dan meningkatkan bioenergy (tenaga bdan).

Cara lintah menyuntik dan merembeskan air liurnya sangat mudah; melekat pada kulit, menggigit, kemudian menyuntik rembesan air liur dan rembesan tersebut masuk ke dalam salur darah dan pergi ke tempat atau lokasi yg sakit. Di dalam rawatan hyrudotehrapy lintah digunakan sebagai" life needle"-jarum yg hidup- di tempat-tempat yang dikenali sebagai reflexogenic point (titik-titik refleks).

Walaupun begitu, penggunaan lintah juga terdapat kelemahannya. Kelemahan lintah di dalam perubatan;

1) Hanya boleh digunakan satu lintah untuk satu pesakit. Jika digunakan seekor lintah untuk lebih dari seorang pesakit kemungkinan virus seumpama hepatitis B dan HIV berpindah kepada individu kedua. Walaupun belum ada bukti yang tercatat mengenainya perpindahan HIV akan tetapi kaedah satu lintah untuk satu pesakit adalah langkah pencegahan.
2) Terdapat bakteria yang berada di dalam usus lintah. Bakteria yang bernama Aeromonas hydrophila. Terbukti ramai pesakit yang menggunakan lintah dalam perubatan juga dijangkiti bakteria ini. Cara terbaik untuk elak jangkitan bakteria ini adalah dengan menyapukan antibiotik seumpama gentamicin, amikacin, chloramphenicol dan tetracycline di tempat luka sebaik saja lintah meninggalkannya.
3) Memerlukan lintah lapar untuk perubatan. Ini kerana lintah yang kenyang mampu bertahan dalam tempoh yang lama. Lintah kenyang tidak akan memakan mana darah sehinggalah tiba waktunya.

Dengan kemajuan teknologi pada hari ini, lintah juga di ekstrak untuk dihasilkan krim, minyak dan sebagainya. Ia telah di iktiraf di Amerika sebagai ubat dan di sahkan oleh Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika (FDA). Di barat hasil kajian berjaya menghasilkan pil jantung

Harus kita ingat bahawa, penggunaan lintah (di Malaysia) untuk pengeluaran produk masih dalam peringkat R&D

Kegunaan Lintah dan Penyakit yang disembuhkan menggunakan Lintah

Kegunaan Lintah;

1) General Reflexogenic (refleksologi)
2) Hypotensive bloodletting (pengaliran darah tekanan rendah)
3) Immunopotentiating (stimulasi imunisasi)
4) Internal decongestion(bahan penguraian dalaman)
5) Bacteriostatic (antibiotik)
6) Anticoagulant (antibeku darah)
7) Anti-inflammatory (anti radang)
8) Antithrombotic (anti sumbatan(trombus)
9) Local anti-edematous (anti- bengkak)
10) Thrombolytic (pelerai sumbatan)
11) Analgesic (tahan sakit)
12) Removal of microcirculation disorders (mengurai masalah saluran darah)
13) Antiatherosclerotic (anti pengerasan salur darah)
14) Anti-ischemic (anti kurang oksigen dan pereputan tisu)
15) Removal of abnormal inter-system interactions (menghindar gangguan sistem dalam badan)

Penyakit yang disembuhkan;

1) Diabetes Melitus
2) Kelenjar Tyroid dan Kanser
3) Cedera Otot
4) Migrain
5) Glaucoma
6) Myasthenia
7) Inflammatory reactions
8) Heart diseases
9) Rheumatic diseases
10) Tendovaginitis and tendonitis
11) Venous disease and varicose veins
12) Arthrosis
13) Arthritis
14) Muscle tension
15) Trombosis and embolism
16) Passive congestions and spastic conditions
17) Vertebrogenic pain syndromes
18) Transudates and exudates
19) Antidyscratic therapy (blood purification and regeneration) of toxicosos and mental illnesses

Bahan yang terkandung dan yang dikeluarkan oleh Lintah

1) Hirudin
2) Hyaluronidase
3) Pseudohirudin
4) Destabilase
5) Apyrase
6) Bdellines
7) Eglines
8) Kininases
9) Histamine – like substances
10) Collagenase
11) Leech prostanoids
12) Inhibitor of Kallukrein of the blood plasma
13) Proteases
14) Lipolytic enzymes
15) Intibitor of Xa factor of the blood coagulation
16) Triglyceridase
17) Cholestrol esterase
18) Lipase

Perubatan Di dalam Islam

Jika kita meneliti dengan pengamatan yang tajam dan teliti di dalam Al-Quran nescaya kita akan temui tidak kurang daripada 416 ayat secara berulang yang menyebut tentang perubatan. Ini bukan bermaksud Al-Quran ini kitab perubatan, ia merupakan Kitab hidayah kepada manusia. Segala ayat-ayat tadi dikutip daripada Al-Quran sebagai bukti keagungan dan kehebatan Allah Taala.

Tidak timbul persoalan berubat merupakan penafian kepada qada qadar Allah Taala kerana apa sahaja teknik perubatan yang digunakan masih berlegar di bawah sunah ketetapan Allah Taala. Dia yang memberi kesembuhan dan kesakitan secara hakiki.

Mungkin boleh disimpulkan kaedah perubatan Islam berbeza berbanding perubatan lainnya pada beberapa perkara;

1) Berpaksi kepada keimanan dan yakin dengan qada dan qadar Allah Taala. Penyerahan mutlak kepada Allah Taala dalam keadaan mengambil segala sebab yang menyembuhkan sakit. Berhati-hati dan menjaga daripada ditimpa sakit merupakan juzu daripada ajaran Islam.

2) Tanaman ke dalam hati Umat Islam erti kesabaran dan redho dengan ketetapan Allah Taala. Bersyukur dan mengucapkan pujian kepada Allah jika disembuhkan. Ini merupakan keistimewaan yang diberikan Allah kepada orang beriman. Sabda Nabi J[57];

عَنْ صُهَيْبٍ، عَنِ النَّبِيِّ J ، قَالَ:"عَجِبْتُ مِنْ قَضَاءِ اللَّهِ لِلْمُسْلِمِ كُلُّهُ خَيْرٌ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ، فَشَكَرَ آجَرَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، فَصَبَرَ آجَرَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ"

Maksudnya: Daripada Nabi J bersabda: Aku merasa hairan dengan ketetapan Allah kepada seorang Muslim. Semuanya menguntungkan. Jika menimpanya kebaikan, dia bersyukur nescaya Allah anugerahkan pahala. Jika menimpanya kecelakaan, dia bersabar nescaya Allah anugerahkan juga pahala.

Oleh sebab itu, Mukmin yang kuatnya imannya pasti akan kuat tubuhnya. Jauh dari penyakit emosi dan perasaan ingin membunuh diri. Tidak ada di dalam kamus Mukmin penyesalan, putus asa dan hilang harapan.

3) Islam menganjurkan mencegah sebelum mengubati. Di antara konsep pencegahan daripada terkena penyakit yang diajarkan oleh Islam
i) Kebersihan itu sebahagian daripada Iman
ii) Sentiasa berpada-pada dengan makanan. Kerana perut punca segala penyakit.
iii) Jangan mendekati kawasan yang diserang penyakit menular.
iv) Diharamkan memakan makan yang memberi mudarat kepada tubuh.

4) Islam menggesa penganutnya supaya berubat dan menjaga tubuh badan. Ini kerana tubuh badan merupakan amanah Allah kepada manusia yang wajib dijaga sebaik-baiknya. Sabda Nabi J[58]:

قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، نَتَدَاوَى ؟ قَالَ : تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يُنْزِلْ دَاءً إِلا وَضَعَ لَهُ دَوَاءً إِلا الْهَرَمَ
Maksudnya: Bertanya sahabat kepada baginda: Apakah kami boleh berubat? Jawab baginda: Berubatlah kalian, sesungguh Allah tidak menurunkan penyakit kecuali bersamanya ubat kecuali penyakit tua.

5) Islam memperluaskan kaedah perubatan. Tidak hanya semata-mata dengan ubat, pembedahan, pemeriksaan kesihatan dan selainnya akan tetapi juga disertakan perubatan dengan menggunakan Al-Quran, doa-doa ma’thur yang menjadikan hati semakin kuat dan sihat daripada penyakit.

Secara kesimpulannya, boleh dikatakan Islam membina konsep perubatan yang menggabungkan di antara maddi dan ruhi, antara zahir dan batin.

Hukum menggunakan Lintah di dalam Perubatan

Terdapat hadis & dalil yang terlalu banyak berhubung perubatan menggunakan lintah. Kesemuanya secara khusus di dalam kaedah berbekam. Disebutkan di sini dalil-dalil utama sahaja;

1) Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasaie, al-Hakim, Ahmad dan at-Tabrani;

عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ قَالَ جَاءَنَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ فِى أَهْلِنَا وَرَجُلٌ يَشْتَكِى خُرَاجًا بِهِ أَوْ جِرَاحًا فَقَالَ مَا تَشْتَكِى قَالَ خُرَاجٌ بِى قَدْ شَقَّ عَلَىَّ. فَقَالَ يَا غُلاَمُ ائْتِنِى بِحَجَّامٍ. فَقَالَ لَهُ مَا تَصْنَعُ بِالْحَجَّامِ يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أُرِيدُ أَنْ أُعَلِّقَ فِيهِ مِحْجَمًا. قَالَ وَاللَّهِ إِنَّ الذُّبَابَ لَيُصِيبُنِى أَوْ يُصِيبُنِى الثَّوْبُ فَيُؤْذِينِى وَيَشُقُّ عَلَىَّ. فَلَمَّا رَأَى تَبَرُّمَهُ مِنْ ذَلِكَ قَالَ إِنِّى سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ J يَقُولُ « إِنْ كَانَ فِى شَىْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ خَيْرٌ فَفِى شَرْطَةِ مَحْجَمٍ أَوْ شَرْبَةٍ مِنْ عَسَلٍ أَوْ لَذْعَةٍ بِنَارٍ ». قَالَ رَسُولُ اللَّهِ J « وَمَا أُحِبُّ أَنْ أَكْتَوِىَ ». قَالَ فَجَاءَ بِحَجَّامٍ فَشَرَطَهُ فَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ.

Maksudnya: Daripada A’sim bin Umar bin Qatadah berkata: Datang bertemu keluarga kami Jabir bin Abdullah dan terdapat seorang lelaki yang mengadu bengkak bernanah yang menimpanya atau luka. Maka Jabir berkata: Kenapa kamu mengeluh?. Dia menjawab: bengkak nanah di tubuh ku yang menyusahkan aku. Jabir berkata: Wahai budak, bawak ke sini tukang bekam. Dia berkata: Apa yang engkau nak buat dengan tukang bekam wahai Abu Abdullah. Jabir berkata: Aku ingin letakkan mangkuk bekam pada kawasan bengkak nanah itu. Dia berkata: Demi Allah, lalat sahaja tersentuh kawasan bengkak itu atau baju yang tersentuh dah amat menyakitkan aku dan menyusahkan. Apabila Jabir melihat tidak yakinnya untuk berbekam. Dia berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah J bersabda:” Jika ada kesembuhan pada salah satu dari ubat-ubat kalian, nescayalah pada pisau bekam atau meminum madu atau menempelkan besi panas”. Bersabda Nabi J: “Aku tidak suka berubat menggunakan besi panas”. Asim berkata: Maka dia membawa datang tukang bekam dan menghiris kawasan luka maka hilanglah segala bengkak nanah di tubuhnya.

Keterangan:

i) Berkata Imam Nawawi: “Hadis ini di antara perkara yang mengagumkan di dalam perubatan pada mereka yang spesialis. Ini kerana penyakit lebihan hanya berlaku pada darah atau hempedu atau lendir hitam atau kahak. Jika pada darah maka cara mengubatnya dengan mengeluarkan darah. Jika pada tiga terakhir yang berbaki maka cara mengubatnya dengan cara beri pelancar (metabolik stimulan) dengan bahan pelancar yang sesuai dengan setiap ramuan dicampurkan dengannya (madu). Seolah-olah baginda Nabi J memberi peringatan dengan madu sebagai pelancar (metabolik stimulan), juga peringatan dengan hijamah[59], fasodah, meletakkan lintah dan selainnya yang semaksud dengannya. Baginda menyebut perubatan dengan besi panas kerana ia digunakan ketika ubatan secara minuman dan seumpamanya tidak memberi manfaat. Perubatan terakhir ialah menggunakan besi panas”[60]

ii) Berkata Badruddin Al-Aini: “(Penyembuh pada tiga benda) Nabi J tidak memaksudkan daripada sabda baginda J pada tiga itu sahaja. Penyembuh mungkin juga dari selainnya akan tetapi baginda menyebut dengan tiga penyembuh ini kerana ia paksi penyembuh. Ini kerana sakit tidak terlepas disebabkan darah atau hempedu atau bendalir hitam atau kahak. Pada darah dengan mengeluarkannya iaitu dengan cara berbekam di kepala. Nabi J menyebut secara khusus berbekam di kepala kerana Arab banyak melakukannya dan mengenalnya berlainan dengan berbekam di tubuh. Walaupun ia termasuk di dalam kategori berbekam juga akan tetapi tidak menjadi kebiasaan mereka. (pisau bekam) termasuk bekam pada tubuh, meletakkan lintah dan selain keduanya yang memberi maksud seumpama keduanya...”[61].

2) Al-Baihaqi dan Ibn Abi Syaibah meriwayatkan;

وَرُوِّينَا عَنِ الشَّعْبِيِّ ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، مُرْسَلا ، خَيْرُ الدَّوَاءِ السَّعُوطُ ، وَاللَّدُودُ ، وَالْحِجَامَةُ وَالْمَشْيُ وَالْعَلَقُ
Maksudnya: Diriwayatkan kepada kami daripada as-Sya’bi daripada Nabi J secara mursal: Sebaik-baik ubat ialah dimasukkan ke hidung[62], ubat disuapkan ke mulut[63], berbekam, berjalan ke tandas (julap) dan lintah.

3) Hadis yang diriwayatkan oleh A’mir secara mursal[64];

حديث عامر : خَيْرُ الدَّوَاءِ العَلَقُ والحِجَامَةُ
Maksudnya: Sebaik-baik ubat ialah lintah dan berbekam.


Keterangan: Hadis yang kedua dan ketiga tidak boleh dijadikan hujah;

i) Kedudukan kedua-dua hadis ini mursal.
ii) Kemungkinan maksud al-alaq di situ bukan membawa maksud lintah akan tetapi kain yang digantung kepada kanak-kanak yang diserang penyakit tonsil (العُذْرَة) sehingga berdarah. Ibu kanak-kanak akan menggulung kain dan dimasukkan ke hidung lalu menekan kepada kawasan sakit. Darah hitam akan keluar dengan perbuatan tersebut. Ia juga proses membuang darah kotor kepada kanak-kanak tersebut. Panjang lebar dibahaskan di dalam kitab-kitab hadis berhubung perbuatan sebegini sama ada dibenarkan atau dilarang.

4) Adat kebiasaan daripada zaman salaf as-soleh yang tidak menafikan untuk menggunakan lintah dalam perubatan.

Daripada dalil-dalil yang dikemukakan dapat diambil kesimpulan bahawa penggunaan lintah di dalam perubatan dahulu hanya sebagai pembuang darah kotor atau di dalam kata lain sebagai kegunaan luaran sahaja. Dengan kemajuan sains dan teknologi pada hari ini, kegunaan lintah diperluaskan lagi.

Kesimpulan Perbahasan

1) Lintah diguna pakai pada zaman dahulu hanya sekadar untuk mengeluarkan darah kotor
2) Imam Nawawi, Imam al-Aini dan selain mereka mengiktiraf perubatan menggunakan lintah.

Utk keterangan lanjut,baca di sini

KEGUNAAN LINTAH
Lintah perubatan (Hirudo Medicinalis)
Secara kasar, cuma 600 spesis lintah sahaja yang telah dikenal pasti hingga kini, tetapi hanya 15 jenis sahaja yang
digunakan dalam perubatan. Lintah yang dikelaskan sebagai lintah perubatan, Hirudo Medicinalis, telah lama digunakan
untuk merawat pesakit berabad lamanya.
Sejarah perubatan lintah
Rekod dokumentasi yang pertama menggunakan Hirudo Medicinalis untuk tujuan perubatan bertarikh seawal zaman
hippokrat. Menurut penulisan Sanskrit, Dhavantari, bapa perubatan India, mengatakan “ pegang madu disebelah
tangan dan lintah disebelah tangan lagi”. Selain itu, terapi lintah juga digunakan dalam perubatan kuno cina.
Lukisan lintah perubatan telah dijumpai dalam makam dukun-dukun. Terapi lintah dalam perubatan Greek boleh dijumpai
dalam puisi Alexipharmacia karya Nicandros. Pakar perubatan Roman, Galen, mengelaskan terapi lintah sebagai
kaedah untuk mencapai keseimbangan kesihatan. Di masa lampau, lintah dibuktikan sebagai kaedah paling berkesan
dalam banyak kes perubatan terutama melawan rawatan luka. Negara Eropah pada dekat ke 18 dan 19 telah
mengimport lebih 10 juta lintah setiap tahun untuk memenuhi permintaan yang tanggi.
Penggunaan Klinikal
Penggunaan secara klinical pertama yang direkodkan terhadap lintah perubatan (Hirudo Medicinalis) berlaku kira-kira
2500 tahun yang lalu kerana gigitan lintah menyebabkan pendarahan luka kecil yang menyerupai venuos di kawasan
tisu rosak, haiwan invertabrata kecil ini menjadi sangat bernilai kepada pembedahan plastic dan pembedahan
pembinaan semula. Lintah tersebut menhasilkan beberapa jenis bahan penting yang membantu dalam gigitan iaitu
bahan anti pembekuan darah dan vasodilator setempat. Bahan-bahan ini membolehkan pendarahan berterusan
sehingga 48jam selepas lintah dipisahkan dari tempat luka.
Terapi Lintah digunakan untuk merawat:
- glaucoma
- myasthenia
- inflammatory reactions
- heart diseases
- rheumatic diseases
- tendovaginitis and tendonitis
- venous disease and varicose veins
- arthrosis
- arthritis
- muscle tension
- trombosis and embolism
- passive congestions and spastic conditions
- vertebrogenic pain syndromes
- transudates and exudates
- antidyscratic therapy (blood purification and regeneration) of toxicosos and mental illnesses
Kelebihan Terapi Lintah
Kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu.
Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses
pembekuan darah)
Kesan dari bahan aktif biologi keatas organisma hidup:
- menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari
- kesan anti-inflamasi yang amat cepat
- kesan anti stress dan adaptonege
- kesan immunostimulating dan immunomodulating
- anesthesia
- anti pembekuan
- kesan anti bacteria
- membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan mekanisma ini mempunyai karaktor setempat dan menyeluruh







http://lintahtiram.blogspot.com/







Lintah telah lama digunakan dalam rawatan kesihatan di negara ini yang menyaksikan Lintah diadun dengan santan kelapa bagi mendapatkan minyaknya yang digunakan untuk kesihatan seksual lelaki selain membaik pulih tisu dan memperkuatkan otot.

“Penternakan lintah ada potensi yang baik cuma tidak dieksploitasi memandangkan harga pasaran pun baik dan penternakannya mudah dikendalikan”.

Lintah-lintah di negara-negara Barat seperti Britain, Jerman dan Rusia di mana lintah dipelihara untuk tujuan khusus, hasil penyelidikan yang lama telah membolehkan lintah digunakan dalam perubatan moden dan berjaya menghasilkan produk siap.

Lintah juga turut diternak untuk tujuan perubatan terutama bagi masalah kesihatan berkaitan bahagian yang sensitif seperti bahagian kepala, belakang mata atau telinga yang memerlukan pembedahan, lintah hidup digunakan untuk menghisap darah pesakit dan kemudiannya darah itu dikeluarkan untuk dianalisis mengenai penyakit yang mungkin dihidapi oleh pesakit itu. Khasiat kesihatan dalam lintah terdapat pada apa yang dipanggil “Hirudin”, sejenis protein yang berfungsi menghalang pembekuan darah, yang terdapat dalam air liur lintah.

Penternakan lintah amat mudah dikendalikan dengan jagaan minimum sama ada di luar bangunan (kolam konkrit atau kolam tanah) atau dalam bangunan (tangki gelas serat, tangki akuarium atau tangki lain yang sesuai) yang didapati lebih mudah.Makanannya adalah belut dan keli, tetapi ada juga penternak lintah mengunakan baja lintah sebagai gantian, kebiasaannya ia diberikan setiap seminggu atau setiap dua minggu dan biasanya ia cepat membiak melalui sumber makanan ini.

Lintah yang hidup dan diternak di Malaysia tidak sama dengan yang terdapat di negara Barat dan setakat ini menunjukkan terdapat enam jenis lintah di Malaysia.

Anak lintah atau benih lintah yang boleh dijual biasanya berumur dua hingga tiga bulan manakala lintah induk pula enam bulan ke atas. Kandungan yang terdapat dalam lintah boleh digunakan untuk mengeluarkan produk kosmetik dan industri ini wujud antaranya di negara Taiwan,China, Thailand,jepun dan Korea Selatan.

Fakta Lintah
Terdapat 650 spesis lintah di bumi kita.
Lintah terbesar dijumpai berukuran hampir 2 kaki semasa di dalam air
Kira-kira 1/5 dari jenis lintah hidup dilaut yang mana memakan ikan
Lintah mempunyai 32 otak dan 5 pasang mata.
Lintah menafas menggunakan kulit lintah.
Lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun dimana lintah itu membawa anak-anaknya diatas perut sendiri, kadangkala juga mengeluarkan telur yang berbentuk jelly.
Kebanyakan lintah adalah penghisap darah.
Lintah south America dekat sungai amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah. Lintah ini memasukkan proboscic panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya
Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius tetapi kadangkala sakit juga.
Lintah Hirido menyuntik anti pembekuan serum atau hirudin ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah
Lintah akan jatuh sendiri semasa kenyang menghisap darah.
Badan Lintah akan memgembang sehingga 5 kali ganda badannya
Lintah digunakan dalam perubatan kira-kira pada 3000 sebelum masihi. Kemungkinan ketika Cina purba
Lintah Hirudo merupakan spesis terancam.
Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf kita
Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah atau pacat
Lintah boleh menggigit walaupun pada peha badak air yang tebal
Air liur lintah atau hirudin boleh memulihkan tisu-tisu yang rosak.
Lintah boleh membesar 6 hingga 10 kali ganda dari saiz original lintah.
1 ekor lintah ada zat dimana terdapat 20 unsur untuk menyembuhkan luka yang cedera
Lintah ada sifat jantan dan betina tetapi satu badan tidak boleh untuk mengawan dan membiak.
Lintah mesti mengawan dengan lintah lain

Lintah and maklumatnya

Lintah banyak digunakan untuk kosmetik dan industri perubatan.
Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitat lintah semakin pupus.
Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harga lintah semakin tinggi.
Untuk 1000 ekor lintah yang diternak, ia memerlukan 3kg belut sebulan.
Lintah juga boleh mendapatkan sumber makanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asal lintah.
Induk lintah boleh menghasilkan 20 hingga 80 benih lintah sekali bertelur.
Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan lintah), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.
Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badan lintah.
Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual









http://www.induklintah.com/
Fakta menarik tentang perternakan lintah dan pembiakan lintah:

1. Lintah-lintah adalah khunsa-khunsa (satu organisma mempunyai organ-organ pembiakan kedua-dua lelaki dan wanita) macam cacing tanah. Ia akan menjadi seorang perempuan selepas sampai saiz tetap.

2. Lintah adalah tidak sakit untuk menyelenggara kerana ia sukar untuk mendapatkan penyakit-penyakit.

3. Untuk setiap 100kg lintah induk, ia memerlukan sekitar 30 40kg belut-belut sebagai makanan sumber utama.

4. Lintah boleh menghisap darah 5 kali lebih daripada saiz originalnya.

5. Permintaan antarabangsa dan tempatan untuk lintah-lintah adalah tinggi, terutamanya untuk sebab penjagaan kecantikan dan perubatan.

6. Pasaran Lintah adalah besar sebab setiap lintah induk boleh ambil anda RM1 atau lebih banyak keuntungan, bergantung kepada saiz. Biasanya ia menjual dalam kilogram yang ia boleh pergi dari RM60 hingga RM180 setiap kilogram. Mengaut rezeki pendapatan yang lumayan.




http://zamri-usahatani.blogspot.com/2008/02/info-lintah-q-n-bersama-dr-zaleha.html





Lintah bertelur dalam air dan lintah induk membawa anak dari telur di dalam kantung (cocoon) yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di bawah badan induk. Setiap cocoon mempunyai sekitar 30 ekor anak



•Telur berada di dalam kokun dan akan melekat di bawah batu atau kiambang dan tumbuhan lain.
•kokun sangat tahan dalam keadaan sekitar yang ekstrim.

No comments:

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya