Wednesday, December 23, 2009

Harta warisan

Di bawah undang-undang Islam,mengapa bahagian wanita untuk harta warisan setengah daripada lelaki?

1. Seorang wanita kebiasaannya mewarisi setengah daripada pembahagian untuk lelaki. Contohnya dalam kes-kes berikut:
a)Anak perempuan mewarisi setengah daripada apa yang diwarisi oleh lelaki.
b)Seorang isteri mewarisi 1/4 dan suami 1/2 jika si mati tidak mempunyai anak.
c)Seorang isteri mewarisi 1/8 dan suami 1/4 jika si mati mempunyai anak.
d)Jika si mati tidak mempunyai ibu bapa ataupun waris,saudara perempuan akan mewarisi setengah daripada bahagian saudara lelaki.

2. Seorang lelaki mewarisi dua bahagian berbanding wanita kerana lelaki perlu menanggung kewangan keluarga. Dalam Islam,seseorang wanita tidak mempunyai kewajipan kewangan. Sebelum seseorang berkahwin,menjadi tanggungjawab bapa atau saudara lelakinya untuk menyediakan tempat tinggal,pakaian dan semua keperluan kewangan wanita tersebut. Setelah berkahwin,ianya akan menjadi tanggungjawab suami ataupun anak lelaki. Islam menetapkan bahawa lelaki bertanggungjawab dari segi kewangan untuk memenuhi keperluan keluarga.
Contohnya,jika seorang lelaki mati dan selepas memberikan bahagian isteri dan ibu bapa,bakinya RM150,000 untuk dua orang anak,iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak lelaki mewarisi RM100,000 dan anak perempuan hanya RM50,000. Daripada RM100,000 yang diwarisi,sebagai menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga,beliau perlu membelanjakan kesemua harta tersebut ataupun sejumlah RM80,000 untuk keperluan mereka dan baki harta tersebut hanya sedikit,lebih kurang RM20,000 yang tinggal untuk dirinya. Sebaliknya,anak perempuan yang mewarisi RM50,000 tidak perlu membelanjakan sesen pun untuk sesiapa. Dia boleh menyimpan kesemua harta tersebut untuk dirinya. Apakah anda lebih suka mewarisi RM100,000 dan membelanjakan RM80,000 ataupun mewarisi RM50,000 dan jumlah tersebut menjadi milik anda?

No comments:

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya