Soalan
Salam Uztaz.
Saya mendapat tahu tentang peluang perniagaan ini ( disertakan bersama ) maklumat tentang perniagaaan diatas.
Saya bercadang untuk terlibat dalam projek ini, namun saya ada rasa was² dgn konsep perniagaan dan pembahagian keuntungannya.
Memikirkan, mencari yang HALAL itu fardhu bagi saya, dan muslimin dan muslimat yang lain, saya nak minta jasa baik ustaz
Untuk memberikan nasihat dari segi syara' tentang perniagaan ini samada boleh diceburi atau sebaliknya.
Semoga Ustaz sudi membantu.
Sekian, terima kasih.
Wasallam
Aini
(melalui email)
KOMENTAR RINGKAS SAYA
Saya beberapa kali menerima pertanyaan berkenaan perniagaan kambing yang dikatakan amat baik.
Komentar ini tidak menumpukan kepada syarikat dan latar belakang syarikat, justeru setiap pihak yang ingin turu serta perlulah melakukan semakan sendiri terhadap lesen dan lain-lain keperluan yang diperlukan untuk menjadi sebuah perniagaan yang sah.
Komentar ini hanya menumpu kepada modul perniagaan yang dijalankan.
Sekali baca, perniagaan ini dibuat menggunakan aqad Bai al'Inah ( iaitu jual satu barang dengan harga tunai (cth RM 550) dan kemudian penujual membeli balik barang tadi dari pembeli dengan harga lebih tinggi (cth RM beli 900) dengan bayaran secara tangguh.
Bai Al-Inah bentuk sebegini adalah konsep jual beli yang diterima oleh kebanyakan ulama Malaysia, tetapi ditolak oleh ulama Timur Tengah.
Namun, jika dilihat lebih lanjut, masih terdapat beberapa perkara yang perlu dipantau dari sudut Syariah bagi menjadikannya halal. Anda boleh rujuk komentar saya di bwah setiap nota dan info program (saya perolehi melalui email dari orang yang ingin masuk)
Bagaimana Program ini Berfungsi?
1. Anda sebagai pihak pertama bersetuju membeli _____ ekor kambing dengan harga RM550.00 seekor.
Komen UZAR : Ini ok
2. Anda memberi kuasa kepada syarikat untuk membela dan menggemukkannya selama 2 bulan (60 hari).
Komen UZAR : Ini mesti punyai aqad wakalah (agent) dan mestilah dipisahkan dari aqad belian pertama di atas tadi. Bermakna, pelanggan mesti diberi ruang pilihan samada untuk melantik syarikat sebagai wakil atau ingin membela sendiri.
Jika ia secara automatic, ia boleh membatalkan aqad belian kerana berupa paksaan. Ia juga akan tergolong dalam transkasi jualan dengan syarat yang tidak berkaitan dengan jualan.
Jika tiada paksaan, dan anda selaku penjual sukarela berjanji untuk menjual semula, ia harus dan halal menurut kebanyakan Ulama Malaysia.
3. Anda bersetuju untuk menjual balik kambing itu kepada syarikat setelah 2 bulan dengan harga RM900 seekor dan syarikat akan pasarkan kambing tersebut
Komen UZAR : Bila ini berlaku, bermakna proses Bai al-‘inah akan berlaku tetapi persetujuan ini mestilah hanya dimeterai pada tarikh jualan itu (iaitu selepas 2 bulan) dan bukannya secara sekaligus di hari yang sama.
Jika penjualan semula berlaku pada hari yang sama, ia adalah batal dan haram dalam Islam kerana ia akan tergolong dalam jenis Bai al-kalik bil al-kalik atau Jual hutang dengan hutang yang diharamkan oleh Nabi s.a.w sebagaimana sabda Nabi :-
نهى النبي عن بيع الكالئ بالكالئ
Ertinya : Nabi s.a.w melarang dari menjual hutang ( tangguh serahan barang dijual) dengan hutang ( tangguh serahan harga bayaran) " ( Riwayat Malik, 2/797 ; terdapat keraguan pada sanad hadis ini tetapi Ibn Hajar menyebut, ia telah ijma' akan pengharaman walaupun jika hadis tidak sohih, rujuk Talkhis al-Khabir, 3/26)
Selain itu, kedua-dua aqad belian pertama tadi dan jualan semula oleh pelanggan mestilah dipisahkan dalam dua aqad yang berbeza. Jika ia diletakkan dalam satu aqad, ia adalah haram dan batal.
4. Syarikat akan memotong RM150.00 (RM2.50 x 60 hari) sebagai kos penjagaan. (kos makan, minum, garam jilatan, perubatan, kebersihan kandang)
KOMEN UZAR : Ini pada prinispnya adlaah halal tetapi cara wording oleh pihak syarikat adalah tidak tepat, ia tidak sepatutnya dinamakan ‘potong' tetapi ia sepatutnya dinamakan upah penjagaan atau wakil. Ia disebut di dalam Fiqh Islam sebagai "Ujrah al-Wakalah", ia adalah harus di dalam Islam.
5. Syarikat akan bayar RM200.00 keuntungan kepada pembeli selepas tempoh 60 hari (tidak termasuk 7 hari bekerja untuk memproses bayaran).
KOMEN UZAR : Ini juga silap dalam ‘wording'nya, ia tidak sepatutnya dinamakan ‘syarikat akan bayar keuntungan', tetapi ia mestilah disebutkan sebagai "syarikat akan membuat pembayaran harga belian sebanyak RM 200 sejurus selepas 2 bulan iaitu di ketika pembelian dibuat oleh syarikat, pembayaran adalah dengan cara beransur selama 12 bulan"
Apabila ia disebutkan membayar keuntungan, ia menyerlahkan niat syarikat yang melakukan transaksi ini sebenarnya ingin melakukan pelaburan dan bukannya ingin melaksanakan transaksi jual beli. Ia mestilah dipantau. Jika ia pelaburan ia adalah dikira haram kerana ia pelaburan dengan jaminan keuntungan.
6. Wang pokok RM550.00 seekor akan digunakan untuk membeli kambing seterusnya.dan proses jual-beli ini akan berulang secara automatis sehingga salah satu pihak menghantar notis 30 hari untuk menamatkan kontrak. Wang RM550.00 akan di kembalikan kepada pembeli.
KOMEN UZAR : Transaksi ini adalah meragukan dan perlukan ulasan lanjut. Bagaimana proses jual beli boleh dibuat secara automatis?. Dari wording yang diberi di atas, ia seolah-olah wujud konsep pelaburan bertempoh matang pula.
Saya menjadikan saya sukar memberi komen tetapi ia menjadikan wujudnya unsur meragukan atau syubhah dalam bab ini.
Jika yang ingin dimaksudkan adalah secara automatic jual beli akan berterusan lagi dan lagi pada masa akan datang, saya juga masih kurang faham kerana jika saya hanya beli seekor kambing sahaja, pembayaran harga oleh syarikat selepas saya menjualkannya kepada syarikat akan beterusan sehingga bulan ke 12.
Kerana ia adalah harga jualan saya, tanpa mengira saya masih ingin membeli lagi kambing lain nanti.
Jika demikian, apa yang secara automatik? Adakah jual beli selepas 12 bulan itu?
7. Sekiranya berlaku kematian kambing pihak syarikat akan menggantikannya senilai, kecuali kematian kerana bencana alam dan wabak. Bayaran akan dibuat melalui cek atau bank-in cek.
KOMEN UZAR : Pihak syarikat berfungsi sebagai wakil penjaga, jika mereka dengan sukarela memberi jaminan ini kepada orang yang mewakilkan ( anda), ia adalah syarat dan persetujuan yang diterima oleh Islam.
Namun, menurut konsep wakalah atau wakil dalam Islam, pihak wakil tidak akan bertanggungjawab jika kambing mati kerana sebab-sebab yang bukan diakibatkan dari kelalaian wakil seperti bencana alam.
8. Ladang kami terletak di Pengerang dan Mersing Johor. Pejabat di Larkin, JB. Datanglah ke pejabat atau ke ladang kami untuk melihat sendiri untuk lebih yakin. Syarikat sah berdaftar. Ini bukan skim cepat kaya.
KOMEN UZAR : Semua pihak yang membeli kambing mestilah melawat dan menyemak sebelum menyertai program ini. Ia bagi mengelakkan penipuan.
9. Apakah yang akan terjadi selepas setahun? Selepas setahun pihak syarikat akan memulangkan modal asal pembeli atau Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju, PPPPKJ akan berterusan sehingga salah satu pihak ingin menamatkan perjanjian PPPPKJ.
KOMEN UZAR : Terdapat maslaah dalam wording ini, tiada istilah modal sepatuytnya digunakan dalam bab ini, kerana ia bukannya pelaburan tetapi adalah aqad jual beli, dalam jual beli tiada istilah 'pulangkan modal asal'.
Yang ada hanyalah harga jualan sahaja (yang merangkumi modal dan untung), apabila ia dibuat dalam bentuk ini, jelas kepada saya bahawa pihak syarikat tidak cukup memahami apa yang sedang mereka ingin lakukan.
Ia boleh membawa risiko Syariah, Justeru sewajarnya pihak syarikat mengambil penasihat Syariah yang berwibawa bagi membantu mereka. Jika tidak, mereka akan terjebak dalam aqad yang salah dan batal.
10. Apakah bukti pembelian kambing? Setelah menandatangani perjanjian Jual-Beli PPPPKJ, anda akan diberi sijil hak milik kambing yang akan dikeluarkan oleh pihak syarikat. Di dalam sijil tersebut akan tertera no tag kambing milik anda.
KOMEN UZAR : Ia baik, malah ia adalah wajib disemak oleh penjual samada tag dan sijil ini berautoriti dan mewakili kambing yang sebenar.
8. Bolehkah saya menamatkan perjanjian ini sebelum tempoh setahun? Ya. Anda harus memohon secara bertulis kepada syarikat sebulan sebelum tarikh menamatkan perjanjian. Modal asal anda juga akan dipulangkan kembali.
KOMEN UZAR : Di sini sekali lagi syubhah berlaku, modal akan dikembalikan?? Cukup pelik ada modal akan dikembalikan dalam proses jual beli.
Bagaimanakah keuntungan kambing dikira?
Contoh:
Pembelian Seekor Kambing -RM550
Pembelian 10 Ekor Kambing -RM5,550
Tempoh
Keuntungan
Tempoh
Keuntungan
Bulan Ke-2
RM200
Bulan Ke-2
RM2,000
Bulan Ke-4
RM200
Bulan Ke-4
RM2,000
Bulan Ke-6
RM200
Bulan Ke-6
RM2,000
Bulan Ke-8
RM200
Bulan Ke-8
RM2,000
Bulan Ke-10
RM200
Bulan Ke-10
RM2,000
Bulan Ke-12
RM200
Bulan Ke-12
RM2,000
Jumlah Setahun
RM1,200
Jumlah Setahun
RM12,000
+ Modal Asal
RM550
+ Modal Asal
RM5,500
Total
RM1,750
Total
RM17,500
KOEMN UZAR : Cara kiraan ini ok, cuma terdapat kesalahan dalam istilah dan dibimbangi ia juga akan membawa keislapan pada aqad.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, jika anda bertanya saya, saya kelaskan sebagai KIV DAN SYUBHAH. Ini kerana transaksinya masih bercampur di antara aqad yang benar, syarat yang meragukan dan aqad dan syarat yang salah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
17 Nov 2007
Jauhi segala maksiat kerana ia menjadi antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah tertahan. Hidup Ni Tak Lama (Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgamu.... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu)
Wednesday, December 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz
No comments:
Post a Comment