Wednesday, April 30, 2008

Awas Perangkap Christian untuk Remaja Islam (TERUTAMA BERTUDUNG LABUH!!)

Artikel ni sy ambil drpd email yg di forward kan...Semoga menjadi iktibar untuk kita dan moga kta semua sentiasa tergolong dlm golongan yang beriman walau bagaimana hebat pun ancaman yang kita terima dari puak2 yahudi & musuh ISLAM yg lain.. InsyaAllah..



AWAS PERANGKAP- ANAK2 ISLAM

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah berkesempatan mengikutisatu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadipenceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam. Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikanoleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yanglain,pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telahlama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan "Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalahkronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuh an kristian telah bersepakatuntuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian sertadiberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akandigunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan.Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah,sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yangmereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal merekaakan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jirantetangga.Kemudian,mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengankesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah
"Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?",
"Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yangbegitu berakhlak",
"Saya tertarik dengan tingkah laku awak".
"Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi"
Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiranmereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur,ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minumserta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjangpersabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa.Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaancinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan"langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka,mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benarmengena apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, sijejakaakan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan bertanggungjawap diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kitamelarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama"Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagaibalasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama.Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikanagama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya"Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa.Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuandihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa.Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa)yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggapawak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kitapasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua,mereka hanya merancang agar anak jejaka merekamemikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadismereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yanglain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option keduawalaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakanpermohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka. Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjayamendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 PerlembagaanPersekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalahsesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasanmereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasanditerima.... .....hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kitatiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu(23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakahsemangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala initidak terus melanda agama dan negara.

DOA
"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kitabersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, diIraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.Amin......Ya Rabbil A'lamin.
Maha Suci Allah..

Jangan kau cabut nyawaku sedang daku ini ahli maksiat yang penuh bergelumang dengan dosa dan noda..

Ampunilah daku Ya Rabbi..

Kasihanilah daku Ya Rabbi..

Tanpa pengampunanMu, maka daku tergolong dalam golongan hamba-hamba yang malang lagi rugi..

Dan yang pasti neraka jahannam tempatku nanti andai tiada pengampunanMu. .

Terimalah sujudku..

Puasaku..

Zakatku..

Sedekahku..

Jemputlah daku pulang dalam keadaan daku suci dan bersih dari dosa dan noda..

Hadiahkan kepadaku kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat..

Amankanlah daku dari Azab kubur dan Azab Neraka milikMu..

Amin Ya Rabb..

Amin Ya Rabbal, 'Alamin..


Hidangan Restoran Hotel 5 Bintang - Halal Atau Haram?

Salam, tulisan ini sy copy dan paste dari blog http://drazwan.blogspot.com/2008/04/restoran-hotel-5-bintang-halal-atau.html setelah mendapat keizinan daripada pemilik blog.


Assalamualaikum, Pada hari Ahad (27April) yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.
Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.
Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.
Wassalam...

Untuk renungan bersama

Salam, tulisan ni saya copy and paste dari blog http://alzinki.blogspot.com/ untuk renungan kita bersama


Untuk renungan bersama ......
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. 'Kakak ni sakit,' kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
'Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital,' kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, 'Kenapa kakak menangis?' 'Mazlan.. kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.'
'Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?' tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, 'Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,' katanya tersedu-sedan.'Habis yang kakak pergi haji ini?''Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.''Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?' tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, 'Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.'Betul ke kak?' tanya saya, terkejut.
'Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.'
'Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.' tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, 'Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. ' sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. 'Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. 'Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.'
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. 'Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.'
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
'Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha,' katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
'Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke...' tegur saya.
'Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.' menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
'Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat.'
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, 'Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.'
'Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah...'
'Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.'
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa 'Oh.... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal...' itu dah terlambat.REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGANWAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT....'
Posted by al.zinki at 10:46 PM

Hati dan Perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah dibuka untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbual bersama tanpa berkata-kata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yang akan kita rindukan sehingga “ia” datang.

Memberi seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian bahawa mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia terus mekar di dalam hati anda. Ia Cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu untuk menyukai seseorang, satu hati untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia Cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuat hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari dalam mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang anda ingin lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ia menyakitkan anda, fikirkanlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka yang membuat yang terbaik dalam apa sahaja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak pada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dulu akan anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna hingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang sekeliling anda akan tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah orang yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
(Karya MOHAMMAD KHAZIN BIN HAJI AHMAD)

Muslim 2

Muslim 1

Abdullah terdesak, terpaksa wujudkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui kuasa yang diperuntukkan melalui Perlembagaan, pernah memajukan nama calon hakim-hakim negara sebelum ini, tetapi usul tersebut ditolak oleh pihak istana. -->-->
Akhirnya, mahu tidak mahu, Abdullah terpaksa tunduk mengalah serta mengguna saluran lain untuk memajukan nama calon hakim baru yang bakal dilantik dalam suruhanjaya itu.
Jadi, tidak timbul soal kesedaran untuk memulihkan sistem kehakiman negara dalam diri Abdullah. Ia tidaklah berkait dengan kesedaran, insaf dan penyesalan yang wujud sendiri dalam diri beliau, melainkan setelah diasak bertubi-tubi oleh pihak luar. Jika Abdullah itu menyesal, ertinya beliau dan Umno akan betul-betul meminta maaf.
Sebab itu tidak timbul soal minta maaf dalam diri Abdullah selaku kepala kerajaan, imam eksekutif ke atas para hakim yang dipecat itu. Antaranya, Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed dan Tan Sri George Edward Seah Kim Seng.
Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak berkata pembayaran ex-gratia kepada hakim dalam krisis kehakiman pada 1988 bukan bermakna kerajaan mohon maaf atau mengubah keputusan pemecatan itu, malah ia adalah cara membantu mengatasi kepayahan yang mereka hadapi dan tidak harus ditafsir lebih daripada itu.
"Ia bukan seperti melihat semula apa yang sudah diputuskan. Ia tidak harus ditafsir sebagai sebarang bentuk permohonan maaf, tetapi itu cara kita memenuhi sebahagian daripada pertimbangan dan pengalaman peribadi serta kepayahan mereka," kata Najib.
Jelasnya, ia adalah perhitungan politik dan bukanlah melibatkan keinsafan Abdullah dan Umno-BN terhadap sikap mereka memecat hakim-hakim tersebut.
Sementara itu, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Dato' Shaik Daud Mohd Ismail yang sejak dahulu menyarankan penubuhan suruhanjaya seumpama ini berkata, sememangnya tidak patut ada langsung campur tangan eksekutif dalam pelantikan hakim.
"Di England tidak ada campur tangan eksekutif. Tidak betullah kalau eksekutif campur tangan dan menyerlahkan keinginan untuk seseorang dilantik menjadi hakim. Apabila berlaku campur tangan seumpama itu mesti ada sebabnya," kata beliau dalam tembual dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu.
Beliau menjelaskan bahawa sehingga kini, amalan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan ialah Ketua Hakim Negara akan mencadangkan nama seorang calon kepada Perdana Menteri.
"Selepas Perdana Menteri setuju dengan calon itu, Perdana Menteri akan mengemukakan nama tersebut kepada Majlis Raja-Raja, seterusnya kepada Yang di-Pertuan Agong. Seri Paduka akan memperkenankan pelantikan itu atas nasihat Perdana Menteri," katanya.
Berasaskan keadaan sebelum ini, Dato' Shaik Daud berkata, beliau dimaklumkan bahawa Majlis Peguam sendiri tidak pernah tahu apabila ada anggota mereka dilantik.
"Nampaknya, perundingan semakin kurang dan ini menimbulkan masalah apabila hakim yang dilantik dinamakan oleh seorang sahaja iaitu Ketua Hakim Negara.
"Dan, apabila hanya satu nama dan seorang pula yang mencadangkannya, maka Perdana Menteri semestinya bergantung kepada maklumat yang disampaikan oleh Ketua Hakim Negara tentang seseorang yang ingin dilantik. Jadi PM hanya ada satu sumber dan hanya seorang bertanggungjawab memilih siapa yang nak dilantik.
"Dengan adanya suruhanjaya kehakiman semestinya orang awam juga boleh menerima sesiapa yang dinamakan sebab bukan seorang saja yang ada kuasa memilih. Suruhanjaya juga mempunyai banyak peluang untuk mencari latar belakang, menyelidik karakter dan membuat bermacam lagi untuk memastikan calon itu benar-benar layak," kata beliau.
Namun, ketika ditanya wartawan mengenai kedudukan suruhanjaya yang masih memberi ruang campur tangan daripada kuasa eksekutif, Dato' Shaik menafikan tafsiran tersebut.
"Itu bukan campur tangan. Campur tangan kalau Perdana Menteri kata dia hendak seseorang itu jadi hakim walaupun dia ada kekurangan, ada rekod tidak baik atau berkecimpung dalam politik. Itu saya nampak sebagai campur tangan.
"Tapi, kalau Perdana Menteri tidak bersetuju atas sebab-sebab calon itu tidak baik, maka hal itu berbeza, malah ia sesuatu yang bagus kerana mungkin Ketua Hakim tidak tahu. Mungkin Perdana Menteri lebih tahu mengenai calon itu," tambah beliau.
Namun, antara persoalan lain, apakah rakyat yakin bahawa Abdullah Ahmad Badawi ini daripada kategori Perdana Menteri yang suka menyelidik latarbelakang calon hakim itu? Hal ini mesti dibincangkan lanjut kerana Abdullah lazim dipengaruhi pihak luar khasnya menantunya, Khairy Jamaluddin atau rakan-rakan Khairy.
Sama ada PM lemah seperti Abdullah, atau PM yang kuat dan jahat seperti Dr Mahathir, sistem pelantikan hakim seperti ini (campurtangan eksekutif, melalui tangan PM tetaplah mengundang bahaya dalam bentuknya yang tersendiri).
PM yang kuat dan jahat seperti Dr Mahathir akan memecat dan menyusun hakim-hakim yang akan memihak kepada eksekutif. Sebaliknya, Abdullah yang lemah itu akan mudah dipengaruhi lalu Abdullah mungkin melantik hakim mengikut telunjuk pihak-pihak yang ingin mempengaruhi PM itu.
Jadi, sama ada eksekutif yang kuat dan lemah hadir dalam urusan campurtangan 'nasihat' ini, kedua-duanya mengundang geruh buat negara dan musibah ke atas rakyat Malaysia.
Jalan yang paling baik ialah biarlah dikembalikan kepada sistem yang asal, tanpa melalui 'nasihat' PM sebagai orang tengah dan perantaraan. Itu saja.
Istana tidak perlukan nasihat Abdullah kerana beliau sendiri meminta 'nasihat' orang luar daripada lingkungan eksekutif seperti Khairy dan juak-juaknya. Khairy bukan eksekutif. Dia baru masuk ke gelanggang legislatif dalam pilihan raya yang lalu.
Secara 'ideal'nya di Malaysia ini Abdullah (eksekutif) perlu beri 'nasihat' kepada istana. (Hakikat sebenar, campur tangan eksekutif tak diperlukan mengikut konsep pengasingan kuasa (separation of power) yang sebenarnya. Tapi, 'realiti' di Malaysia memang begitu. Jadi, biarlah kita anggap hal campur tangan eksekutif itu sebagai sah buat sementara.)
Pun begitu, Abdullah bukan banyak mendengar pandangan ahli eksekutif sangat di dalam banyak hal. Abdullah banyak menoleh ke arah Khairy saja dan 'budak baru' itu baru saja bertatih untuk kononnya 'menguasai' menunggangi legislatif.
Kembali kepada Dato' Shaikh Daud, beliau berkata, suruhanjaya mesti bebas, dan hanya menjawab kepada Yang di-Pertuan Agong saja yang berperanan melantik para hakim.
"Mekanisme bagaimana suruhanjaya dapat berfungsi boleh ditentukan kemudian, tetapi suruhanjaya akan mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong nama calon dengan pengetahuan Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja," kata beliau.
Perhatikan penggunaan ayat 'dengan pengetahuan Perdana Menteri'. Ertinya, bukan lagi dengan 'nasihat' Perdana Menteri. Ertinya, Abdullah dan imam eksekutif selepas beliau (jika Najib mengambil alih) cuma perlu dimaklumkan sahaja dan mereka itu tidak berhak membantah apa-apa. Jadi, apakah mekanisme awal yang boleh dicadangkan?
Kuasa Judikatif perlu memiliki media tersendiri
Kehakiman sebagai satu kuasa perlu memiliki media yang tersendiri, yang dapat memberi penjelasan kepada masyarakat termasuk dalam membantu urusan mendapat keadilan. Jika eksekutif dibantu RTM, Parlimen ada slot tersendiri, mahkamah sepatutnya mempunyai media supaya pandangan masyarakat lebih merakyat dalam hal ehwal mahkamah.
Mungkin media ini dapat juga memudahkan rakyat menyuarakan pandangan ke atas kes-kes yang tertunggak sebelum ini, sekali gus ruang media judikatif ini dapat menghimpun suara terbanyak untuk membuat pelantikan Ketua Hakim Negara.
Dengan itu, siapa pun yang bakal menganggotai suruhanjaya ini tidaklah mendatangkan masalah kerana setiap tindak-tanduk anggota suruhanjaya ini akan sentiasa dipantau oleh rakyat secara keseluruhannya dengan bantuan media judikatif yang bebas tersebut.
Setiap sistem tentulah ada kelompangan dan kita akan sentiasa bergerak, berusaha dalam usaha memberikan yang terbaik ke arah memulihkan imej kehakiman yang terhakis sejak 20 tahun belakangan ini di bawah jajahan imam eksekutif.

12:45 a.m, 22 April 2008 Sekolah Pemikiran Pendang

Warkah buat Ibu

Warkah buat Mama (Ibu)

ASSALAMU'ALAIKUM warahmatullahi wabarakatuh.

Menemui bonda yang dikasihi, semoga sentiasa dalam kesejahteraan dan limpah rahmat kasih sayang-Nya. Anakanda doakan mudah-mudahan diri bonda terus tegar dan tabah dalam menghadapi keperitan dan ranjau kehidupan yang kian mencabar.

Bonda tersayang,Sesungguhnya tiada kata yang dapat anakanda lafazkan. Tiada lukisan yang dapat dilakarkan dan tiada tulisan yang dapat dititipkan untuk melahirkan rasa penghargaan buatmu mama, melainkan rasa kesyukuran setinggi-tingginya kerana dikurniakan mama seperti bonda. Sedar tidak sedar, kini usia anakanda menjangkau 23 tahun. Tidak dapat kugambarkan betapa keperitan yang mama rasakan ketika bertarung nyawa melahirkanku. Mama berkorban segala jiwa dan raga demi melihat sinar hidup anakmu. Hanya Dia yang layak membalasnya.

Bonda,
Seketika anakanda terkenang firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya hingga berpisah selama 30 bulan sehingga apabila dia dewasa dan umurnya menjangkaui 40 tahun, dia berdoa:

Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan supaya aku beramal soleh yang Kau redai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada zuriatku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang yang berserah diri."Firman-Nya lagi: "Mereka itulah orang yang kami terima daripada mereka amalan kebaikan yang mereka kerjakan dan Kami ampunkan kesalahan mereka bersama penghuni syurga sebagai janji benar yang telah dijanjikan kepada mereka." (Surah al-Ahqaf, ayat 15 hingga 16)Aku terharu.

Tanpa disedari, air bergenang di kelopak mataku. Betapa tingginya kedudukanmu di sisi Tuhan. Betapa mulianya tugasmu ibu hingga disebutkan dalam al-Quran. Betapa Dia menjanjikan keampunan dan syurga buat mereka yang mentaati ibu bapa. Dalam ayat lain pula, firman-Nya bermaksud: “Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menderita kelemahan atas kelemahan dan berpisah (melahirkan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu." (Surah Luqman, ayat 15)
Nabi Muhammad SAW juga amat memuliakan diri insan bergelar ibu. Sabda Baginda bermaksud: “Telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah, lalu dia bertanya: Siapakah orang yang paling layak untuk aku berbuat baik? Jawab Baginda: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Jawab Baginda: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Jawab Baginda: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Jawab Baginda: Bapamu.”(Muttafaqun 'alaih)
Urwah, sahabat Rasulullah berkata: "Tunduklah kamu di hadapan ibu bapamu sebagaimana tunduknya seorang hamba abdi di hadapan tuannya."
Kata Atha' bin Rabah: "Janganlah kamu mengangkat tangan apabila sedang bercakap dengan kedua-dua ibubapamu."

Imam Hassan al-Banna berkata: "Hendaklah si anak itu bercakap kepada orang tuanya: Wahai ibu! Wahai ayah! Dan jangan sesekali memanggil dengan menyebut nama mereka."

Apabila dikenang kembali waktu kecil, hatiku sering memberontak lantaran rasa kebebasan diri disekat. Tidak seperti orang lain yang mudah memperoleh apa saja yang diinginkan. Namun, kini aku sedari bahawa tindakanmu mama, bukan untuk menyakiti diriku, bukan juga untuk mendera. Jauh sekali untuk membalas dendam terhadap apa yang pernah mama rasakan.

Tindakan itu untuk mendidik diriku menjadi seorang insan yang bakal berjuang untuk agama, keluarga, bangsa dan negara. Terima kasih mama, abah.Namun mama, aku berduka cita melihatkan fenomena dunia kini. Tamadun manusia semakin meningkat, kemajuan di sana sini, namun hakikatnya jiwa dan rohani mereka kian mundur. Demi mengejar kemajuan kebendaan dan mengagungkan nafsu menyesatkan, mereka sanggup mengetepikan arahan Tuhan.

Bukankah Dia Yang Maha Mulia memerintahkan agar sekalian manusia berlaku ihsan terhadap ibu bapanya yang bersusah payah melahir dan membesarkannya? Bukankah Dia memberi amaran keras terhadap mereka yang mengabaikan kedua-dua ibu bapanya? Lupakah mereka pada kisah Alqamah, sahabat Rasulullah yang menghadapi kesulitan untuk mengucap syahadah ketika ajal menjemput lantaran mengutamakan isteri melebihi ibunya?Apakah manusia tidak ingin mengambil iktibar terhadap kisah pemuda yang diselamatkan Allah daripada terperangkap dalam gua hanya kerana bakti dan pengorbanan terhadap kedua-dua orang tuanya? Adakah mereka sangka bahawa mereka dapat membalasnya dengan nilaian wang dan harta?

Duhai mama, semoga Allah melindungi diriku daripada bersifat sebegitu. Mama, sampaikan salam hormatku buat sekalian sahabatmu. Anakmu yang kerdil ini mendoakan agar mama dikurniakan ketabahan seperti tabahnya Maryam, ibu Nabi Isa. Allah memilihnya untuk dipertanggungjawabkan dengan amanah sebagai seorang ibu, meskipun tanpa kehadiran suami. Begitu juga kepahitan yang dirasakan oleh bonda Rasulullah, Aminah binti Abdul Wahab ketika dibawa berita gembira mengandungkan Baginda, suami tercinta pula dipanggil mengadap Yang Esa. Ketabahan dan keutuhan peribadi mereka akhirnya melahirkan peribadi unggul, insan pilihan yang membawa manusia kepada Penciptanya.

Mama tercinta, anakanda memohon keampunan atas segala kesalahan dan keterlanjuran yang dilakukan selama ini dalam sedar atau tidak. Ketahuilah mama, sesungguhnya anakmu ini tidak ingin melukai hati suci mama. Anakanda tidak ingin menjadi seorang anak derhaka. Mama, anakanda akan berusaha menjadi seorang anak terbaik buat mama dan abah, contoh cemerlang buat keluarga. Doakan anakmu ini berjaya mencapai cita-cita, dan menjadi penyejuk hati kedua-dua mama dan abah. Sebelum berundur, dari jauh anakanda titipkan petikan kata-kata nasyid ini buat mu mama...

Terbayang wajahmu yang redup sayu
Restumu dan kasihmu kuharapkan
Kerana di situ letak syurgaku.Ibu...
Kau ampunilah dosaku
Andainya ku pernah menghiris hatimu
Kasihanilah Wahai Tuhan…
Ibu yang telah melahirkan diriku
Dengan kepayahan sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat..

Ibu ku yg ku sayangi



IBUNDAKU.

Lembut bersinar dalam cahaya malam
di antara kerlap kerlip bintang
Menyembul di antara gumpalan awan kelam

Seorang wanita berwajah rupawan
dengan sekerut garis kehidupan
seluas samudra belaian jemari tangan
Selalu bersinar meski hidup temaram
Lembut tutur kata dan ucapan
Ibundaku adalah seorang Rembulan

Ibunda yang kusayang
Jauh di mata lekat dalam dekapan
hangat sentuhan masih kuimpikan
Dalam relung keheningan malam

Ibunda yang kucinta
ingatkah engkau akan anakanda
yang masih penuh lumuran dosa
dulu kubuat marahmu menyala
namun samudra maafmu tiada tara
selalu pelukan dan belaian yang kau punya

Ibunda yang kurindukan
tetaplah bersinar di antara bintang
walau sang awan datang menghadang
kau selalu melekat dalam ingatan
kuukir setiap garis kehidupan,
cita dan cinta untuk Ibunda sayang
dalam hati kubisikkan.....
KAULAH IBUNDAKU

Jasa IbuBapa

WPI=WPS ?

Petikan dari weblog http://wilayahpemba/ ngunaniskandar. wordpress. com/
Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura? March 26, 2008 by wilayahpembangunani skandar
(Part 2) MALAYSIAPORE ?
Saya terjumpa satu artikel di dalam Forbes mengenai kerjasama antara pemimpin Malaysia dan Singapura untuk mewujudkan kerjasama bagi menguruskan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Dalam pertemuan tersebut kedua-dua pemimpin negara ini telah bersetuju untuk menubuhkan Joint Ministerial Committee untuk memantau kerjasama ekonomi di WPI yang dihubungkan melalui Selat Tebrau. Kedua belah pihak telah bersetuju untuk memperkenalkan kad pintar untuk memudahkan aliran trafik dua hala antara Singapura-Malaysia. WPI adalah pembangunan di selatan Johor seluas 850 batu persegi yang seluas 3 kali ganda Singapura. WPI menjadi satu peluang pelaburan yang pasti direbut oleh rakyat Singapura kerana nilai tanah yang murah lebih kurang 1/30 dari nilai tanah di Singapura (www.offplanpropert y exchange. com). Harga tanah dijangka akan melambung atas permintaan yang tinggi terutama dari rakyat Singapura bagi melengkapkan strategi pembangunan bagi melengkapkan kualiti kehidupan yang lebih baik yang tidak dapat disediakan di pulau mereka yang sempit itu. Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) = Wilayah Pembangunan Singapura? March 23, 2008 by wilayahpembangunani skandar
(Part 1)
Saya terpanggil untuk meneroka lebih mendalam tentang Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau Iskandar Development Region (IDR) setelah kerajaan beria-ia sangat untuk melaksanakan dalam masa terdekat ini. Bukan apa, sebagai penduduk yang akan menerima tempias pembangunan WPI, saya rasa perlu untuk mempunyai ilmu dan faham tentang apa yang bakal berlaku kerana kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas dan tepat tentang kesannya kepada rakyat terutama penduduk yang tinggal di Johor Bahru dan kawasan-kawasan sekitarnya. Dalam surat khabar cuma kata pembangunan ini akan menguntungkan penduduk setempat khususnya orang Melayu. Tapi macamana ia menguntungkan tidak jumpa pulak huraiannya. Atas dasar itu, kajian yang tidak seberapa ini mungkin dapat membuka mata ramai tentang kesan dan akibat WPI kepada penduduk khususnya diri saya. Saya akan huraikan kajian saya ini dalam bentuk soalan supaya dapat difikirkan bersama dan mudah difahami oleh orang kampung mungkin tanah mereka akan diambil dan terpaksa dipindahkan ke kawasan lain atas dasar memberi laluan kepada pembangunan di negara tercinta.
Apakah Wilayah Pembangunan Iskandar?
Cara termudah untuk dapatkan maklumat tentang WPI ialah melalui website WPI (www.wpi.com. my). Di dalam website ini terdapat brosur tentang WPI yang boleh didownload untuk dibaca. Cuma masalah disini maklumatnya agak terhad kerana maklumatnya ringkas dan tidak terperinci. Oleh itu saya cuba memahami serba sedikit apa yang diterangkan daripada brosur ini. Muat turun brosur WPI di sini.(sila simpan dalam komputer, takut hilang nanti)Berikut adalah petikan ucapan PM dalam brosur tersebut: Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah pelan jangka panjang kerajaan saya untuk mengubah lanskap Johor Selatan menjadi kawasan pembangunan yang premier. Apabila siap sepenuhnya pada 2025, WPI yang keluasannya tiga kali saiz Singapura akan menjadi sebuah metropolis yang serba moden, dengan tiga juta penduduk serta menawarkan taraf kehidupan antara yang terbaik di rantau ini. Pada waktu itu, WPI akan memiliki pelbagai produk pelancongan, tapak untuk seni bina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai, sektor perkhidmatan, kewangan yang berdaya maju dan sistem pengangkutan bersepadu sepenuhnya. Perancangan ke arah menjadikan wawasan itu sebagai kenyataan sudah pun bermula. Kerajaan saya juga sudah mengumumkan pelbagai insentif, termasuk potongan cukai bagi beberapa industri perkhidmatan terpilih, selain membenarkan pelabur mendapatkan sumber manusia untuk industri itu dari serata dunia. Kami juga melonggarkan syarat berhubung pemilikan asing dalam sektor terpilih. Untuk merancakkan pelaksanaan wilayah itu, kerajaan juga menubuhkan sebuah badan kawal selia bagi menjadikan urusan perniagaan dan pelaburan di WPI, satu pengalaman yang menyenangkan. Ada banyak faktor mengapa Iskandar adalah syurga untuk pelaburan. Dari segi geografinya, ia terletak di antara India dan China iaitu dua gergasi baru ekonomi yang menawarkan pasaran yang besar, kos perniagaan yang lebih murah berbanding pesaing di rantau ini, selain sistem perundangannya yang mudah. Iskandar juga dihubungkan dengan dunia luar melalui tiga pelabuhan utamanya, dua lapangan terbang antarabangsa dan rangkaian lebuh raya yang canggih serta mesra pengguna. Sejak pelancarannya akhir 2006, lebih 1,000 pelabur dari Malaysia, Singapura, Timur Tengah, China, India dan Amerika Syarikat sudah meninjau peluang di Iskandar. Malah, ramai daripada mereka menyatakan minat untuk melabur di situ. Dianugerahkan dengan hutan hujan tertua dunia, paya bakau, pulau-pulau yang indah dan pesisir pantai yang panjang, Iskandar akan menjadi model untuk pembangunan mapan dan mesra alam. Untuk itu, perancangan yang rapi dan berhati-hati telah dilakukan bagi memastikan WPI menjadi kawasan pertumbuhan paling pesat di rantau ini menjelang 2025.
-Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi-
Antara persoalan yang bermain difikiran:
1. Apa itu pembangunan premier?
2. Untuk siapa metropolis yang serba moden, senibina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai?
3. kenapa perlu dilonggarkan syarat pemilikan asing?
4. syurga pelaburan untuk siapa?
5. betulke kat JB ni ada hutan hujan tertua di dunia?
Untuk lebih mudah faham dan maklumat lanjut boleh rujuk maklumat yang terdapat di dalam wikipedia disini.
Kawasan manakah yang bakal terlibat dengan WPI? (sila rujuk brosur untuk lebih jelas)
Ini adalah kawasan yang terlibat dengan WPI. Sekali imbas dah macam sebahagian pembesaran Singapura. Senang tak payah susah-susah gali pasir. Beli tanah dengan pemimpin-pemimpin Malaysia aje. Murah dan Mudah. Kawasan yang terlibat adalah sampai ke Majlis Perbandaran Kulai (termasuklah rumah Mawi di Felda Taib Andak. Jangan rumah Mawi pun kena ambik sudah le), Pasir Gudang dan Pontian. Kenapa sumber maklumat di dalam website hanya disediakan dalam bahasa Inggeris? Yang saya memusykilkan ialah kenapa website www.wpi.com. my, www.idr.com. my, www.irda.com. my, dan www.sjer.com. my menggunakan website yang sama sedangkan semua ini menjalankan fungsi yang berbeza. Yang keduanya kenapa semua website menerangkan tentang WPI ini dalam bahasa Inggeris sedangkan yang akan membaca dan yang paling ramai terlibat adalah dikalangan orang Melayu. Tidak bolehkah sediakan satu website dalam bahasa Melayu supaya mudah penduduk boleh baca dan faham. Juga tiada satu badan atau orang perseorangan yang datang ke balai raya atau ke ke kampung-kampung untuk terangkan tentang WPI hingga ke peringkat akar umbi. Apa salahnya menyediakan satu badan bertindak untuk menerima input penduduk setempat di kawasan terlibat. Ajak la orang Kampung Pasir, Kampung Melayu dan yang sewaktu dengannya sebagai wakil setempat. Adakah penduduk boleh menghalang jika tanah mereka diambil bagi tujuan pembangunan? Jawapan bagi persoalan di atas ialah rakyat tidak boleh menghalang pengambilan balik tanah bagi kegunaan persekutuan sebagaimana terkandung dalam Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Kerajaan Persekutuan boleh mengambil tanah melalui kerajaan negeri kerana urusan tanah dibawah bidang kuasa negeri. Yang akan meluluskan ialah exco negeri yang terdiri dari ADUN atau wakil rakyat yang dipilih oleh kita rakyat malaysia yang mengundi dia dengan diketuai oleh Menteri Besar (di Johor Ghani Othman la). Penduduk cuma boleh merundingkan jumlah pampasan yang boleh diterima sahaja. Maklumat lanjut sila buka buku akta ni yang boleh dibeli di kedai buku di Angsana atau kedai-kedai buku bahagian undang-undang.
Persoalannya, adilkah tanah datuk nenek kita diambil dan dijual kepada orang Singapura?
Kenapa WPI dikatakan menguntungkan Singapura?
"Wawasan Malaysia untuk selatan Johor adalah cemerlang."
Chua Lee Hoon, Pengarang Review, 2 Jun 2007, The Straits Times, Singapore "Dengan adanya Iskandar, kita boleh mengalihkan perniagaan yang tidak akan menguntungkan di Singapura - kerana masalah kekurangan tanah dan pelbagai halangan lain - tapi menguntungkan jika dilakukan di selatan Johor"
Manu Bhashkaran, Felo Kanan Penyelidikan, Partner and Member of the Board, Centennial Group Inc. 5 Mei 2007,
The Straits Times, Singapore
Ini adalah 2 petikan komen daripada brosur yang didownload dari website yang disebut di atas. Rasanya dah boleh faham macamana faedah kepada Singapura. Dah tak laku kat tempat dia baru nak buang kat Johor.
Rakyat Singapura bakal untung sebab mereka boleh beli rumah, pejabat atau hotel yang dibina di atas tanah orang Malaysia yang diambil kerana harga yang murah jika dibandingkan dengan harga di Singapura. Cuba kita lihat sama-sama di sini. Harga sebuah rumah flat di Singapura ialah dalam lingkungan SGD200,000 (RM 460,000) hingga SGD 700,000 (RM 1.6 juta) www.hdb.gov. sg
Statistik Harga Rumah di Singapura
TOWN
3-ROOM
4-ROOM
5-ROOM
EXECUTIVE
ANG MO KIO
$203,000
$307,000
$423,000
$550,000*
BEDOK
$193,000
$257,000
$400,000
$440,000*
BISHAN
$238,000*
$340,500
$480,000
$568,000*
BUKIT BATOK
$183,000
$305,000
$430,000
$431,800
BUKIT MERAH
$230,000
$428,000
$573,000
-BUKIT PANJANG
$178,000
$249,000
$319,000
$400,000*
BUKIT TIMAH
$255,000*
$380,000*
$440,000*
$638,500*
CHOA CHU KANG
$169,800
$253,000
$313,000
$380,000
CLEMENTI
$210,000
$335,000
$484,500
$600,000*
GEYLANG
$185,000
$271,500
$435,000*
$410,100*
HOUGANG
$184,000
$263,000
$349,000
$416,000
JURONG EAST
$190,800
$267,000
$390,000
$490,000*
JURONG WEST
$170,000
$242,000
$315,000
$360,000
KALLANG/WHAMPOA
$212,000
$353,000
$461,500
$522,500*
PASIR RIS
$275,500
$340,500
$455,000
PUNGGOL
$293,000
$358,000
$410,000*
QUEENSTOWN
$220,000
$425,000
$591,000
$757,500*
SEMBAWANG
$257,500
$308,000
$365,000*
SENGKANG
$281,000
$334,000
$421,300
SERANGOON
$187,000
$275,500
$350,000
$424,000*
TAMPINES
$222,000
$293,000
$350,000
$446,000
WOODLANDS
$161,300
$248,000
$300,000
$380,200
OVERALL
$197,000
$273,000
$340,000
$415,000
(Sumber: www.hdb.gov. sg)
Berapa ramai orang Malaysia boleh beli rumah harga macam tu jika dibuat dikawasan WPI? Bos tempat saya kerja pun belum tentu boleh beli rumah harga macam ni. Rumah banglo di Johor pun tak sampai RM500 ribu. Rumah teres setingkat kos sederhana (RM100,000 hingga RM 200,000) untuk duduk sendiri di JB pun belum mampu dibeli oleh orang yang duduk di JB, inikan pula harta tanah berharga ratusan ribu ringgit. Menurut program kerajaan dalam Malaysia My Second Home Programme (www.mm2h.gov. my), penduduk asing boleh beli harta tanah di Malaysia yang berharga lebih RM 250,000 (SGD 109,000-murahnya bagi orang Singapura). Rumah kedai atau ruang pejabat di Malaysia lebih mahal dari harga rumah tetapi jauh lagi murah jika dibandingkan dengan harga di Singapura. Jika saya orang Singapura amatlah beruntung kerana harta tanah serta barang keperluan boleh dibeli pada harga yang amat murah dan kekal menjadi hakmilik saya dan keturunan saya selama saya tidak menjual tanah tersebut. Persoalannya ialah apa yang akan berlaku jika separuh kawasan WPI ni dibeli oleh orang Singapura? Maka WPI ni jadi hakmilik Singapura lah. Orang Malaysia hanya boleh melawat kawasan-kawasan menarik di tepi Pantai Lido untuk makan steamboat. Lepas tu balik ke rumah di kawasan kampung nun jauh di Kulai atau Pekan Nenas, Pontian.
Persoalan yang masih perlu diterokai: Masih terdapat banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Mungkin dilain kali kita bertemu lagi. Masih boleh difikir-fikirkan bersama wahai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana WPI melibatkan kepentingan semua kaum yang duduk di Johor khususnya. Antaranya:
a.. Tak cukupkah pembangunan di Johor Bahru sekarang ini?
b.. Kenapa tidak dibangunkan kawasan belum membangun di tempat lain?
c.. Mampukah orang Johor bergerak selari dengan pembangunan yang drastik ini?
d.. Tidak cukupkah dengan kesan kenaikan harga barang akibat ramai orang Singapura membeli belah di Johor Bahru?
e.. Kenapa tidak dibuat satu jambatan baru yang mudah orang Singapura dan Malaysia menjalankan urusniaga di kedua-dua negara?
f.. Jika berlaku pengambilan tanah, dimanakah penduduk akan menggantikan tanah tersebut untuk tinggal? Berapa harganya?
g.. Siapakah pemilik syarikat pemaju dan syarikat-syarikat utama yang terlibat dalam WPI? Boleh rujuk di sini.
h.. Kenapa pulak Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia) ada dalam Majlis Penasihat WPI?
i.. Jika WPI akan menjadi lambakan penduduk Singapura apa yang bakal berlaku seterusnya? Harga barang keperluan? Kuasa beli?
j.. Adakah kita sebagai anti pembangunan jika mempersoalkan WPI?
k.. Siapakah yang merancang pembangunan WPI? Adakah orang tempatan JB terlibat atau orang yang duduk di KL merancang di atas kertas sahaja?
l.. Kenapa tiada satu badan berfungsi menyalurkan maklumat dengan jelas kepada kepada rakyat Johor?
m.. Apa yang bakal berlaku kepada Kampung Melayu, Kampung Pasir, kampung Skudai Kanan, Kampung Majidee dan kampung-kampung lain yang sewaktu dengannya?
n.. Mampukah anak generasi kita menghadapi pembangunan yang pesat ini? Apa persediaan kita untuk itu?
o.. Dimana saluran untuk penduduk dan rakyat memberi idea dan pandangan tentang WPI?
p.. Jika WPI ini 'berjaya', adakah koridor-koridor lain pun akan dibuat benda yang sama?
q.. Dan banyak lagi persoalan yang bakal muncul...memerlukan jawapan..di dunia dan akhirat.
Semoga maklumat yang tidak seberapa ini mampu membuka mata pemimpin-pemimpin kita semua. Jangan hanya menyokong dan meluluskan sahaja semua yang dibentangkan. Guna akal yang waras dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat sebab nanti setiap pemimpin akan disoal atas apa yang dipimpimnya selepas mati kelak. Selamat berkoridor.
Yang benar,
Orang Johor Lama
* Saya harap tulisan saya ini dapat disebarkan kepada ramai terutama pemimpin-pemimpin kita supaya mereka faham dan sedar apa yang berlaku dan bakal berlaku terutama kepada penduduk di kawasan WPI. Tulisan ini adalah untuk menjaga keharmonian semua kaum yang baru mengorak langkah ke arah kehidupan bersama yang aman sejahtera. Saya terlalu sayang untuk melihat keharmonian antara kaum ini dihancurkan oleh tangan-tangan yang tamak haloba. Tak kan melayu hilang di dunia bang tuah!!!!!!
"Aku tidak kaya, tetapi aku tidak mahu mengemis di bumi sendiri." - Rakyat Malaysia [MN RAZAK}
Tags: iskandar development region, johor, pak lah, singapore, umno, wilayah pembangunan iskandarPosted in Wilayah Pembangunan Iskandar

Elak Budaya Melampau

Umat Islam perlu merenung dan mengkaji setiap peristiwa yang berlaku dalam negara mereka. Pertumpahan darah dan rusuhan yang wujud dalam negara Islam adalah berpunca daripada sikap dan mentaliti umat Islam sendiri dalam mengendalikan hal ehwal kemasyarakatan dan kenegaraan.
Umat Islam perlu mengkaji kelemahan diri dan menunjukkan sikap keterbukaan dalam hal ehwal politik dan kemasyarakatan.
Sikap terlalu takut untuk menghadapi kritikan menyebabkan umat Islam menjadi fanatik dalam tindak-tanduk mereka. Fanatik bukan hanya diamalkan oleh golongan pelampau agama malah ia juga merupakan amalan kepada ahli-ahli politik yang terlalu rakus kepada kuasa dan kedudukan. Kerakusan dalam kekuasaan dan kedudukan menyebabkan umat Islam buta melihat realiti kehidupan seharian mereka.
Dalam konteks negara Islam masa kini kebanyakan ahli politik lebih cenderung kepada perjuangan untuk merebut kuasa dan kedudukan bukan untuk menstabilkan kedudukan politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Bagi golongan yang memegang kuasa, sikap rakus terhadap kebendaan menyebabkan mereka menggunakan kuasa dengan sepuas-puasnya mengaut kekayaan negara untuk diri mereka tanpa memikirkan hak dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Sikap fanatik golongan yang tamak ini boleh dilihat secara jelas oleh masyarakat apabila mereka berselisih sesama sendiri kerana berebut kekayaan negara.
Sepatutnya ahli-ahli politik yang mempunyai sikap yang tamak sebegini perlu disingkir oleh pucuk pimpinan negara kerana mereka tidak menunaikan amanah kerajaan. Sikap dan mentaliti mereka yang terlalu tamak boleh menyebabkan rakyat menjadi resah dan gelisah kerana mereka terpinggir daripada pembangunan negara.
Sikap terlalu berlembut dengan ahli-ahli politik yang bertuhankan kebendaan dan pangkat bukan sahaja boleh menjatuhkan imej kerajaan malah ia boleh menyebabkan kebencian dan kemarahan. Sepatutnya pucuk pimpinan negara perlu mengawasi setiap ahli-ahli politik yang dilantik secara sulit supaya tipu helah mereka tidak mengaburkan pandangannya mengenai keperibadian ahli-ahli politiknya.
Apabila ahli-ahli politik menyedari bahwa tindak-tanduk mereka berada dalam pengawasan pihak berwibawa maka mereka akan menunjukkan sikap yang jujur dalam perkhidmatan sebagai wakil masyarakat. Mereka akan menjadi orang yang berani menghadapi kritikan dan cabaran daripada pihak tertentu kerana tidak ada sebarang rahsia berkaitan dengan kelemahan mereka.
Sikap dan ketelusan mereka dalam kepimpinan merupakan benteng pertahanan yang kukuh yang sukar untuk dipatah oleh pihak lawan kerana kebenaran, kejujuran, pengorbanan dan keterbukaan dapat disaksikan oleh berjuta orang penduduk dalam negara. Mereka tidak akan menjadi orang yang fanatik apabila berhadapan dengan pihak lawan kerana mereka mampu untuk menampilkan diri sebagai orang yang gagah mempertahankan kebenaran dan maruah negara dan agama.
Perjuangan yang berbentuk fanatik sering berhadapan dengan kebuntuan kerana terlalu takut untuk kehilangan kuasa atau terlalu marah sehingga sanggup melakukan sesuatu yang boleh merugikan negara dan agama. Sikap fanatik begini merupakan lumrah kepada dunia Islam masa kini.
Dalam suasana umat Islam mengalami permasalahan sikap dan perjuangan yang lebih mirip kepada perebutan kuasa dan kedudukan maka ketika ini kekuatan umat Islam diuji dalam pelbagai cara oleh musuh-musuh Islam. Dalam keadaan begini umat Islam perlu membuka mata dan melihat siapakah di antara mereka yang benar-benar memperjuangkan Islam dan negara. Ketika ini umat Islam perlu merujuk kepada kitab al-Quran dan hadis berkaitan dengan hal ehwal kepimpinan dan pentadbiran negara.
Apabila ayat-ayat al-Quran dan hadis dijadikan sebagai panduan dan cara untuk berpolitik dan berjuang maka tidak ada seorang pun umat Islam yang akan berkompromi dengan golongan yang boleh meruntuhkan kewibawaan dan perlembagaan negara Islam demi untuk merebut kuasa dan kedudukan.
Perjuangan dalam Islam tidak berteraskan kepada kuasa dan kedudukan tetapi ia berasaskan kepada keadilan, kesedaran dan kecintaan untuk membangun dan memakmurkan negara sebagai satu bukti keagungan Islam. Hakikatnya, hari ini pertarungan politik sesama umat Islam boleh diibaratkan sebagai satu cara untuk menjadikan diri sebagai orang yang agung dan ternama.
Hasil daripada sikap dan tingkah laku begini mereka lupa dan leka terhadap disiplin dan peraturan-peraturan berkaitan dengan politik dan kepimpinan negara. Suasana begini jelas dipertontonkan kepada masyarakat sehingga membangkitkan semangat wira di kalangan golongan tertentu untuk memperjuangkan hak yang bertentangan dengan Perlembagaan negara.
Apabila wujud suasana begini umat Islam perlu bangkit dan buka minda melihat golongan politik manakah yang paling fanatik dalam perebutan kuasa sehingga boleh menggugat keselamatan negara dan maruah agama. Umat Islam perlu tegas dalam pemilihan pimpinan negara kerana kesilapan dalam pemilihan menyebabkan umat Islam hilang maruah agama dan negara.
Pucuk pimpinan negara perlu tegas dan teliti dalam pemilihan wakil rakyat supaya hasrat dan harapan beliau untuk membangunkan dan mengagihkan kekayaan negara kepada keseluruhan rakyat dalam negara ini dilaksanakan oleh ahli-ahli politiknya secara jujur dan telus. Kegagalan dalam kepimpinan dan kecuaian dalam tugas sebagai wakil rakyat merupakan faktor utama yang boleh menyemarakkan kemarahan dan kebencian rakyat.
Rakyat di negara ini perlu bijak dalam pemilihan pemimpin negara. Sistem demokrasi perlu dijadikan sebagai satu cara untuk memberi peluang kepada rakyat memilih siapakah yang layak mewakili mereka dan mampu untuk memperjuangkan hak mereka. Setiap wakil rakyat yang gagal dalam perkhidmatan perlu disingkir daripada jawatan tersebut melalui pilihan raya.
Pilihan raya adalah satu cara yang paling baik untuk mengajar ahli-ahli politik erti kepimpinan dan pentadbiran dalam Islam. Kekalkan keamanan, persiapkan diri dengan kelengkapan dan senjata pilihan raya. Tumbangkan setiap ahli politik yang kecundang tanpa mengira ahli politik manakah mereka itu.
Usah menyemarakkan semangat penentangan di tengah jalan raya kerana ia menakutkan rakyat pelbagai agama dan bangsa. Gunakan strategi yang bijak untuk meyakinkan rakyat tentang kebenaran dan kepimpinan.
Oleh itu jadikan Malaysia sebuah negara maju dan mengamalkan demokrasi yang bebas bersuara supaya setiap golongan merasai bahwa mereka mempunyai hak dan bebas untuk berbuat demikian. Kerajaan yang kukuh kedudukan tidak akan gentar apabila dicabar dan dikritik secara terbuka kerana rakyat menjadi saksi ketelusan dan ketekunan para pemimpin dalam menerajui negara.
* DR. SAODAH ABD.RAHMAN ialah pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Faham jihad dan peperangan

AGAMA Islam dengan jelas berusaha untuk mendirikan tamadun, namun sesungguhnya sepanjang sejarah, bahkan dewasa ini melihat kepada peristiwa-peristiwa semasa, kekeliruan penganut-penganut agama Islam sering kali membawa kepada peperangan dan keganasan.
Mereka itu bukanlah yang pertama yang menyalahtafsirkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. atau menyalahgunakan akidah mereka demi sebab-sebab yang mulia kononnya. Agama Kristian tidak juga terlepas daripada golongan dan kumpulan yang menyalahgunakan agamanya sendiri, tetapi media Barat kelihatan seolah-olah mentafsirkan bahawa agama Islam sendiri pada asasnya, bertanggungjawab menghidupkan keganasan dan perselisihan yang dilaporkan oleh sejarawan dan wartawan mereka. Mereka ini sering kali merujuk kepada istilah 'jihad’ yang ditakrifkan secara harfi supaya membawa maksud ‘perang suci’. Mereka menggunakan perkataan ini untuk menjelaskan tindakan golongan malahid, yakni yang menyimpang dari landasan kebenaran, tetapi mereka tidak pernah sama sekali berusaha menjelaskan faham ini dengan lebih lanjut. Kitab al-Quran menetapkan garis panduan akhlak bagi umat Islam, suatu usaha yang jelas demi membangunkan masyarakat yang baik. Tatalaku akhlaqiah ini merujuk kepada insane di peringkat jasmani dan juga rohani.
Semenjak zaman yang dikenali sebagai 'Renaissance’, umat Islam terbelenggu dengan kesulitan. Bermula dengan Pasitan Sepanyol dan Andalusia sehinggalah pembunuhan kejam etnik di Bosnia dan Chechnya, umat Islam terpaksa menahan penindasan puak penjajah, dan dari segi ekonomi serta ketenteraan. Melalui saluran media cetak dan sebagainya, agama Islam telah diberikan gambaran buruk berasaskan pandangan umum masyarakat; gambaran buruk ini pada asasnya disebabkan kejahilan, salah tafsir dan salah faham pihak siasah, media, masyarakat awam dan juga pada sesuatu keadaan atau peringkat; mereka yang dirujuk sebagai sarjana dan alim ulama. Istilah yang sering kali diguna pakai dan dihubungkaitkan dengan amalan zalim orang-orang tertentu, yang mendakwa mereka mengamalkan kezaliman tersebut di atas nama agama Islam, ialah istilah 'jihad’. Kepentingan faham istilah 'jihad’ memainkan peranan yang penting dalam rukyat Islami. Namun demikian, apakah sebenarnya maksud bagi istilah yang diguna pakai dengan begitu meluas dewasa ini?
Istilah 'jihad’ lazimnya disalahtafsirkan sebagai membawa maksud perang suci, yang seterusnya membawa erti keganasan dan pertumpahan darah. Walau bagaimanapun, dalam ruang lingkup Islami, dan dalam maksud harfinya, istilah ‘jihad’ membawa maksud ‘usaha yang bersungguh-sungguh’ – usaha yang diamalkan seseorang dengan sepenuh daya upayanya demi pencapaian suatu matlamat yang tulus. Ini merupakan suatu usaha yang bersifat aman damai, yang tidak sama sekali berunsurkan keganasan dan kezaliman. Pada hakikatnya istilah betul dan yang membawa maksud peperangan ialah istilah ‘qital’ dan ‘harb’. Hatta istilah pertama, yakni istilah ‘qital’ membawa maksud yang merujuk kepada mempertahankan diri, manakala istilah yang kedua, 'harb’ membawa maksud yang merujuk lebih kepada kezaliman ganas.
Takrif
Merujuk kepada takrif agama Islam dan ditafsirkan melalui kitab al-Quran, tiada sebarang bentuk ‘qital’ mahupun 'harb’ yang dianggap suci dalam apa jua keadaan sekalipun. Pada hakikatnya, keseluruhan nas kitab al-Quran dan agama Islam berkisar faham keamanan. Ramai yang tidak mengetahui atau memahami bahawa istilah ‘Islam’ juga merupakan istilah yang berkongsi kata akar dengan istilah ‘salam’ yang membawa maksud keamanan atau kesejahteraan. Bagi agama Islam, harb adalah tidak suci; dan dengan yang demikian, istilah ‘jihad’ mustahil membawa maksud perang suci. Terdapat waktu-waktu tertentu di mana perang diharuskan, dibenarkan, dan hatta dalam sesetengah keadaan, diterima. Namun, ianya mustahil dianggap suci. Perang hanya diterima sekiranya matlamatnya adalah untuk menegakkan keadilan. Dengan kata-kata lain, matlamat perang dalam keadaan yang dihuraikan tadi bertujuan mencari keadilan. Malahan, dalam perang, pihak musuh mesti dilayan secara adil. Sekiranya kemenangan dicapai dalam mana-mana peperangan demi menegakkan keadilan, maka harus dipastikan tiada unsur-unsur kezaliman, penindasan, pengabdian atau ketidakadilan terhadap pihak musuh atau rakyatnya. Demikian juga tiada wujud kawalan ke atas sumber-sumber kekayaan negaranya, rakyatnya atau kerajaan jajahan. Pemisahan rakyatnya dan juga perbuatan mendorong tindakan beradu antara sesama mereka juga dilarang. Keadilan dan kebebasan mesti ditegakkan. Kerjasama dan penerimaan kebudayaan lain serta rakyatnya juga adalah wajib.
Sebilangan ulama, ahli siasah dan sarjana Eropah, khususnya sejarawan, mempercayai bahawa penyebaran Islam, atau penerimaan agama Islam dilakukan berasaskan pedang disebabkan penyalah tafsiran mereka terhadap faham istilah ‘jihad’. Mereka juga mempercayai bahawa rakyat yang ditawan dipaksa supaya memilih sama ada memeluk agama Islam, bayaran cukai kepala kepada pemerintah Islami (jizyah) atau dibunuh. Mereka sebenarnya keliru akan dua faham, iaitu fath (liberation) dan jihad, yang difahami oleh mereka sebagai membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun, kekeliruan mereka ini adalah batil dan zalim sekiranya ditakrif dari segi sejarah.
Pada hakikatnya, pemelukan agama Islam yang berasaskan paksaan jarang-jarang sekali berlaku. Penakluk-penakluk Muslim lazimnya berhasrat menyebarkan seruan agama Islam dan mereka ternyata berusaha menguasai akal fikiran pemeluk agama Islam dan tidak pula memaksa mereka tersebut. Selain itu, jelas bahawa kebanyakan mereka yang memeluk agama Islam disedari mereka secara sukarela.
Istilah 'jihad’ dalam maksudnya yang meluas yang membawa maksud usaha yang gigih dan bersungguhsungguh tidak semestinya membawa kepada faham peperangan atau pertempuran. Ini adalah kerana usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh fi sabil illah dapat diusahakan melalui jalan yang aman lagi adil dan bukannya ganas dan zalim. Faham jihad seharusnya boleh dianggap sebagai satu bentuk dakwah yang boleh diamalkan melalui saluran hikmah, akliah dan mantiqiah dan bukannya melalui saluran ganas menggunakan pedang atau ‘pujukan’ secara bersenjata.
Ayat-ayat Makki al-Quran yang awal, sebahagian besarnya menekankan saluran aman, di mana junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w.) dalam melaksanakan peranan Baginda sebagai Rasul Allah, berpuas hati sekadar memberi amaran kepada kaumnya perihal menyembah berhala-berhala dan menjemput mereka agar menyembah Allah, Tuhan yang Esa. Dalam ayat-ayat Madani pula, istilah jihad diguna pakai supaya membawa maksud usaha gigih dan bersungguh-sungguh. Tiada sebarang keraguan bahawa dalam ayat-ayat berkenaan, faham jihad tidak sama sekali membawa maksud peperangan dan pertempuran sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah yang menggelar diri mereka ulama, sarjana, atau sebagaimana yang dipercayai oleh sebilangan kecil umat Muslim sendiri.
Ahli fuqaha telah membezakan empat kaedah yang membolehkan seseorang yang beriman melaksanakan tanggungjawab jihadnya, iaitu sama ada dengan hatinya, percakapannya ataupun mantiqnya, amalannya, dan melalui pedang (iaitu dengan matlamat mempertahankan dirinya daripada kezaliman). Kaedah yang pertama berkaitan dengan usaha menentang godaan iblis dan usaha menyelamatkan diri daripada waswas dan hasutannya yang mendorong nafsu manusia agar melakukan kejahatan. Jihad sebegini ditakrifkan sebagai jihad al-nafs. Bagi Nabi Muhammad (s.a.w.), ianya ditakrifkan sebagai jihad yang termulia. Kaedah yang kedua dan ketiga dilaksanakan sebahagian besarnya dengan menyuruh amalan kebaikan secara adil dan memperbetulkan kebatilan melalui saluran ilmu. Seterusnya ianya ditakrifkan sebagai jihad al-‘ilm. Kaedah keempat membawa maksud qital, yakni peperangan demi pertahanan diri, dan ia berkaitan dengan usaha memerangi musuh agama. Dalam hal ini, umat Muslimin dipertanggungjawabkan untuk mengorbankan harta benda dan nyawa mereka.
Antara sebab utama yang memberi kesan terhadap faham peperangan dan salah tafsir terhadap faham jihad ialah, apabila kumpulan manusia yang berbeza-beza memeluk agama Islam sepanjang sejarah dan mereka membawa bersama-sama dengan mereka unsur-unsur tradisi mereka berkenaan peperangan. Boleh dikatakan bahawa sekurang-kurangnya mereka mentafsirkan doktrin undang-undang Islami berkenaan peperangan dan jihad berdasarkan unsur-unsur tradisi dan pengalaman peribadi mereka sendiri. Tambahan pula, dalam masyarakat Muslim yang telah lama wujud, peristiwa-peristiwa zaman bersejarah tertentu mungkin menyumbang kepada pengubahsuaian kepada faham hadir mereka terhadap peperangan, meskipun ianya tidak memberikan kesan yang besar terhadap faham-faham syarii berkaitan dengan faham peperangan.

Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas ialah
Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM).

Tuhan tidak melupai perbuatan si zalim

Dunia ini jika diciptakan Allah tanpa diiringi dengan hari akhirat, tentulah kehidupan ini amat mengecewakan banyak manusia. Apa tidaknya, entah berapa ramai insan yang dizalimi haknya sedangkan dia tidak dapat menuntutnya kembali disebabkan kedaifan dirinya, atau keadaan yang tidak membelanya. Sehingga ada insan yang dijatuhkan maruahnya, ditipu atau diceroboh hartanya, diseksa jasad, bahkan dibunuh tubuhnya secara zalim.
Tanpa kesalahan, tanpa kejahatan, tanpa dosa yang menghalalkan itu semua. Namun dek dia manusia bawahan, atau keadaan yang tidak membolehkan dia mempertahankan dirinya maka dia terpaksa mengharungi kekejaman ke atas dirinya. Tercungap-cungap tanpa pembelaan. Lantas dia pergi meninggalkan dunia ini sebagai insan teraniaya tanpa dibela. Jikalah dunia berakhir dengan sebuah kematian di bumi semata, tanpa manusia dibangkitkan semula dan dihitungkan segala amalan dan kerjanya, tentulah kehidupan ini sesuatu yang amat tidak adil. Atau kehidupan ini hanyalah pentas drama kezaliman dan penindasan semata. Namun Maha Suci Tuhan dari menjadikan kehidupan sia-sia. Firman Allah: (maksudnya) maka apakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Maha Benar; tiada yang diabdikan diri melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai ‘arasy yang mulia (surah al-Mukminun ayat: 115-116).
Saya pernah melawat beberapa kota-kota tamadun lama. Antaranya saya melihat tempat yang pada zaman dahulu para pembesar mereka menjadi perlawanan manusia menentang singa sebagai majlis hiburan dan keramaian. Penentang singa itu mungkin seorang manusia yang tidak ada kesalahan, namun dia dipilih untuk dijadikan bahan hiburan. Ketika bergelut mempertahankan nyawanya di gelanggang yang disediakan, orang ramai bersorak sorai kegembiraan menyaksikan pertandingan maut itu. Demikian juga jika kita baca sejarah perhambaan yang pernah dilakukan oleh bangsa kulit putih terhadap kulit hitam. Begitu kezaliman kuasa-kuasa imperialis yang menceroboh dan menindas bangsa-bangsa yang lemah. Wanita mereka dirogol, anak-anak mereka dibunuh dan negara mereka dimusnahkan. Sesetengahnya tanpa kesalahan, tanpa campur tangan dalam sebarang percaturan politik pun, tiba-tiba dimangsakan.
Saya baru-baru ini ketika bersolat di Masjidilharam berbual dengan seorang warga Iraq. Dia dan keluarganya menjadi mangsa kekejaman pemerintah mereka yang lepas. Tidak kerana dia terlibat dengan politik, tetapi disebabkan ada keluarga mereka yang terlibat lalu semua mereka diseksa dengan penuh kezaliman. Saya katakan kepadanya; “Pemimpin awak telah pun pergi menemui Allah.” Dia menjawab: “Ya, dia telah pun hilang dari muka bumi ini, namun kekejaman yang pernah dilakukan terus terpalit dalam sanubari kami yang pernah dimangsakan dan yang dosa itu dibawa pergi menemui Allah oleh mereka yang dikorbankan olehnya sebelum kematiannya.” Saya memandang wajahnya yang barangkali menyimpan lautan kepahitan kezaliman terhadap dirinya, anak perempuannya dan insan-insan yang dia sayangi. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran ceritanya. Namun yang pasti ramai manusia yang melakukan kezaliman telah pun melupai mangsanya, namun insan yang dizalimi tidak pernah lupa. Sudah pasti Allah tidak akan lupa perbuatan si zalim. Teringatlah saya firman Allah: (maksudnya) Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas) (surah Ibrahim 42-43).
Ya, ramai orang zalim telah melupai mangsa mereka. Bahkan sebahagian mereka tidak mengenali pun siapakah mangsa mereka. Ketika mereka bergolek dalam keseronokan, mangsa-mangsa mereka merintih penderitaan dan kesakitan. Lihatlah berapa ramai pemaju perumahan yang berarak ke sana sini sedangkan pembeli-pembeli rumah yang ditipu atau terbengkalai terus menderita dek penipuan tersebut. Mungkin mereka tidak kenal pun bagaimanakah rupa si pemaju dan si pemaju pun tidak kenal rupa mereka. Namun Allah tidak pernah lalai dan alpa atas apa yang dilakukan. Entah berapa ramai insan yang dicemari maruahnya. Dibuat dan direka cerita palsu mengenai dirinya. Maka mata-mata manusia memandangnya dengan sinis. Terpinga-pinga dia dan bertanya: siapakah yang memulakan cerita dusta ini yang aku menderita kerananya? Tersenyum barangkali si pereka cerita disebabkan dia tidak dapat dikesan. Namun Allah Maha Mengetahui segalanya dan tidak pernah lupa. Entah berapa ramai pula insan yang dicedera atau dibunuh tanpa dia sempat mengenali siapakah si penjenayah yang menzaliminya. Namun Allah Maha Memerhati segalanya. Sehingga saya pernah menyebut: entah berapa ramai yang menaiki kereta dengan kesombongannya meredah becak atau lopak di jalan lalu mencemari pakaian si hamba Allah yang berjalan di tepi atau menaiki motosikal. Menangislah dan meratap si mangsa atas kekotoran bajunya. Dia barangkali tidak sempat pun memerhati wajah si pemandu, namun Allah tidak akan lupa dan alpa. Sabda Nabi s.a.w.: Segala hak akan dibayar kepada empunya pada hari kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk (riwayat Muslim). Hadis ini menggambarkan betapa setiap yang dizalimi dan menzalimi walau sekecil mana pun akan diadili pada hari kiamat kelak.
Kadangkala kita kenal orang yang memangsakan kita. Namun tidak dapat kita mengelakkan kezalimannya disebabkan kuasa yang dimilikinya, atau keadaan yang berpihak kepadanya. Demikian kita lihat ada kerajaan pemerintah yang menzalimi rakyatnya. Ada majikan yang menzalimi pekerjanya. Ada ibu bapa yang menzalimi anaknya. Atau suami yang menzalimi isterinya. Si mangsa hanya mampu berdiam diri kerana bimbang kesan yang lebih buruk jika dia bertindak. Namun Allah tidak akan lupa itu semua. Begitu juga mereka yang mempunyai saluran tertentu seperti wartawan atau penulis buku dan internet yang memuatkan kisah peribadi orang lain sehingga menderitakan si mangsa. Atau ahli politik yang menjadikan pentas politiknya untuk menuduh dan memalitkan keaiban kepada musuh-musuh politiknya. Tanpa mempedulikan maruah orang dan larangan Allah agar jangan diintip keaiban orang serta arahan Nabi s.a.w. agar jangan didedahkan keaiban peribadi insan lain tanpa sebab-sebab yang dihalalkan syarak. Mereka ini tidak berasa zalim dan berdosa. Jika ditanya, mereka menjawab: ini kerja aku sebagai wartawan atau penulis politik atau ahli politik. Bagi mereka seakan kerjaya mereka telah melangkaui batasan dan sempadan agama. Mereka seakan lupakan peringatan Nabi s.a.w.: Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (hari kiamat). Sekiranya baginya amalan soleh maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tidak ada baginya kejahatan, maka akan diambil kejahatan orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya (riwayat al-Bukhari).
Satu lagi sikap sesetengah manusia adalah mereka sering lupa kezaliman terhadap orang lain dan hanya mengungkit kezaliman apabila ia terkena kepada diri mereka sahaja. Jika orang lain bertindak tidak adil terhadap mereka, mereka akan membantah lalu berkata, kami dizalimi. Apabila mereka menzalimi orang lain, mereka akan berkata, kami hanya menuntut hak. Saya masih ingat dahulu apabila ada seorang pemimpin yang dituduh melakukan perbuatan seks yang sumbang maka para ustaz dan selain ustaz yang membelanya membacakan dalil-dalil al-Quran dan Sunah yang melarang kita menuduh orang lain dengan tuduhan zina tanpa empat orang saksi. Lalu dibacalah firman Allah: (maksudnya) Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik (surah al-Nur ayat 4). Lalu mereka menyatakan perbuatan menuduh tersebut adalah zalim lagi haram dan si penuduh menurut Islam hendaklah disebat lapan puluh rotan. Namun apabila para ustaz dan ‘pengikut para ustaz’ yang sama menuduh musuh-musuh politik mereka – sebelum dan selepas itu – dengan tuduhan skandal seks dan berbagai lagi, tidak pula mereka mendatangkan saksi seperti yang dituntut oleh syarak. Bahkan sebahagian ceramah-ceramah politik itu dihiasi dengan tuduh-menuduh yang amat berat di sisi syarak. Namun mereka ini jika ditanya akan menjawab: “ini politik syeikh! Anta mana faham.” Saya menyatakan mungkin mereka lebih faham ‘politik ala mereka’, namun apa yang saya faham hukum Tuhan itu tidak pernah terbatas. Islam ini bukan sekular yang memisahkan agama dari politik. Jika anda bercakap tentang Islam dan politik, maka cara politik hendaklah mengikut Islam. Sebahagian perkataan-perkataan dalam ceramah itu bak kata al-Quran dalam surah al-Nur ayat 15: (maksudnya) ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ia perkara kecil, padahal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya. Demikian kita, kita hanya sedar kezaliman apabila ia terkena kepada kita, melupainya apabila terkena kepada orang lain. Saya masih ingat seorang yang berpakaian agama dalam negara ini yang mengkritik sikap sesetengah anak-anak muda yang kononnya tidak menerima pakai pendapat ‘tokoh-tokoh agama Nusantara’ dan beliau mensifatkan itu sebagai koboi dan biadap. Itu katanya tidak menghormati ulama. Tetapi saya melihat beliau dan mereka ‘sebaju’ dengan beliau dalam masa yang sama menghina, memfitnah bahkan sehingga mengkafirkan tokoh- tokoh ulama umat Islam seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, al-Hafiz Ibn Qayyim, al-Hafiz al-Zahabi, al-Imam Muhammad bin ‘Abdul Wahhab, Dr. Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain lagi, tidaklah pula mereka menganggap diri mereka zalim, koboi dan biadap terhadap para ulama. Mereka menghukum diri mereka tidak sama dengan hukuman mereka terhadap orang lain. Inilah yang sering saya ulangi firman Allah s.w.t: dalam surah al-Maidah: 8: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang- orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Islam ini adil untuk semua tanpa sempadan. Allah Tuhan Yang Maha antikezaliman telah berfirman dalam hadis qudsi: Wahai hamba-hamba-Ku! Aku telah haramku kezaliman untuk Aku lakukan dan Aku jadikan ia haram di kalangan kamu, jangan kamu zalim-menzalimi (riwayat Muslim). Kezaliman itu haram sekalipun terhadap orang yang pada zahirnya tidak berperwatakan baik dan sekalipun terhadap bukan muslim. Tidak dibolehkan oleh agama kita menuduh atau menzalimi seseorang hanya kerana dia tidak kuat beragama atau kerana dia bukan seorang muslim. Apatah lagi terhadap seorang soleh dan berakhlak baik dalam hidupnya. Nabi s.a.w. bersabda: Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tidak ada sebarang hijab (penghalang) (riwayat al- Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat Ahmad: Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya bagi dirinya (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani/al-Sahihah: 767) dalam riwayat Ahmad yang lain: Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ianya tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani/al-Sahihah: 767).
Entah berapa ramai si zalim yang belum pun sempat datang hari akhirat telah pun merasai padah kezaliman di atas muka bumi ini hasil dari doa mangsanya. Sehingga dek terlupa perbuatan zalimnya, apabila tiba saat pembalasan Tuhan di bumi ini ke atasnya dia tertanya-tanya: mengapa aku jadi begini? atau mengapakah Tuhan melakukan padaku begini? Dia terlupa kezalimannya, sedang si mangsa dan Tuhan tidak lupa perbuatannya. Dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda: Takut kamu doa orang yang dizalimi kerana ia dibawa atas lindungan awan dan Allah Yang Maha Tinggi berfirman: Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, akan Aku menangkan engkau walaupun selepas beberapa lama (riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, dinilai hasan/al-Sahihah: 870). Ketika si zalim tidur lena di katilnya, si mangsa mendongak ke langit menyeru Tuhannya. Justeru itu, janganlah hampa sesiapa yang dizalimi dan takutlah kita doa orang yang kena zalim!
- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Friday, April 25, 2008

Rustam A. Sani Bin Ahmad Boestamam

KUALA LUMPUR, 25 April (Hrkh) - Allahyarham seorang penulis yang mempunyai pemikiran yang tajam, kritikal dan dinamik yang masih mengekalkan asas dan tradisi Melayu serta mewarisi semangat juang ayahndanya.
Demikian sikap dan semangat juang penulis terkemuka Allahyarham Rustam A.Sani yang digambarkan oleh beberapa orang rakannya yang juga di kalangan penulis dan budayawan.
Pandangan tersebut diluahkan sewaktu Harakahdaily menemui mereka sewaktu menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya kelmarin.
Pejuang bahasa dan budayawan, Dato' Dr Hassan Ahmad, menyifatkan Rustam seorang pemikir yang hebat yang mana nilai dan tradisi Melayu masih dikekalkan dalam setiap tulisannya.
Katanya, setiap tulisan Rustam mempunyai impak yang kuat kepada setiap pembaca. Malah beliau juga menyifatkan Rustam seorang editor yang bagus, penterjemah yang handal serta seorang ilmuan.
"Tidak semua orang yang berilmu serta ahli akademik pandai berfikir, tetapi Rustam seorang yang berfikiran tajam.
"Kebanyakan penulis hari ini, mereka 'jatuh' kerana melupakan tradisi dan tidak mempunyai asas tamadun. Jika dilihat pada kebolehan yang dimiliki Rustam, penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggerisnya amat baik dengan mengekalkan ciri-ciri warisan Melayu.
Jelas bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pusataka ini, beliau mula berkawan rapat dengan Rustam yang sewaktu itu bertugas di Oxford Universiti Press. Walaupun jarang bertemu kerana dihambat kesibukan waktu, beliau sering mengikuti perkembangan Rustam melalui tulisan yang dihasilkannya.
Bekas Pengarang Harakah, Abdul Syukur Harun menganggap pemergian Rustam satu kehilangan besar kepada golongan penulis yang kuat berfikir.
Jelas Abdul Syukur, sewaktu Rustam menjadi kolumnis Harakah, rencana nukilannya sentiasa dinantikan dan pandangannya dihormati. Malah katanya, bagi pihak yang tidak sehaluan pemikiran politk dengannya tetap membaca tulisannya.
Tambah Abdul Syukur, Rustam juga seorang yang konsisten dengan prinsip penulisannya.
"Saya mengenalinya lebih 20 tahun dahulu sejak beliau masih mengajar di Universiti Malaya. Kami mempunyai inspirasi yang sama dari segi wawasan sebagai penulis. Beliau seorang penulis yang berfikiran dinamik.
"Saya memuji tulisannya bukan kerana beliau menyebelahi pembangkang, tetapi kerana penulisannya yang dinamik, pemikir dan pemerhati politik yang baik. Beliau tahu matlamat di sebalik apa yang dilakukannya sama ada dalam penulisan atau bidang politik," katanya sambil mengakui Rustam seorang yang banyak membaca dan mempunyai pergaulan yang luas dengan semua pihak.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Dato' Johan Jaafar, menganggap Allahyarham sebagai kolumnis Utusan Malaysia yang terbaik sepanjang menyumbang tulisannya di akhbar tersebut pada tahun 1992 sehingga 1998 .
"Arwah merupakan seorang yang berfikiran luas dan intelektual yang terbaik di Malaysia. Sebagai seorang anak nasionalis, buah fikirannya yang tajam dan dipengaruhi semangat juang ayahnya. Ini menjadikan beliau sebagai seorang cendikiawan yang baik.
"Saya juga sentiasa mengikuti tulisan dalam blognya. Arwah juga sangat kritikal terhadap saya tetapi kadang-kadang saya rasakan dia bersikap adil dan terbuka. Sungguhpun dia berpandangan kiri, tetapi beliau objektif dalam membuat penilaiannya," katanya. - mns
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya