Dunia hiburan yang berkembang pesat menyaksikan kemunculan potensi dakwah dalam perkembangan hiburan. Ianya telah mencetuskan beberapa eksperimen baru oleh pihak yang melihat hiburan menjadi alat menyampaikan mesej dakwah.Dakwah melalui lagu hip hop mula mendapat tempat dikalangan generasi muda. Lagu seperti ”Alhamdullilah” oleh Too Phat dan Yaasin antara contoh lagu hip–hop berunsurkan mesej dakwah. Begitu juga beberapa kumpulan yang lahir di Amerika Syarikat seperti `Native Deen” yang dianggotai oleh tiga anak muda muncul sebagai respon kepada Islamophobia dalam masyarakat.Kita melihat kelahiran beberapa contoh lagu hip hop yang punyai mesej dakwah mengenai konsep ketuhanan, gesaan kepada komitmen melakukan kebaikan dan sebagainya. Apa bentuk hiburan sekalipun, selagi tidak melanggar batas aturan agama dari segi kandungan dan penyampaian, serta sesuia dengan nilai baik ketimuran wajar diberi ruang untuk diketengahkan.Dalam isu hiburan hip hop, setiap ciri persembahan hip hop di dalam dunia hari ini memiliki kayu ukur berbeza mengikut tafsiran masing-masing. Walaubagaimanapun, beberapa perkiraan kita dalam isu ini perlu melihat kepada beberapa aspek penting perlu diambil kira. Unsur seperti irama, pemakaian, lirik, bentuk persembahan, etika, kesan kepada pendengar seperti sifat lalai serta percampuran lelaki dan perempuan perlu menjadi sandaran. Apatah lagi jika ia melibatkan persembahan yang memiliki elemen unsur jenayah, arak dan dadah, walau daripada aliran dan genre mana sekalipun. Di sini sikap bersederhana dalam berhibur dan tidak melampaui batas amat penting. Selagi tidak melalaikan sepatutnya tidak menjadi isu samada dibenarkan atau tidak.Isunya disini adakah persembahan lagu-lagu hip-hop melampaui batas dan melanggar ciri-ciri asas Islami yang sediada. Kandungan lirik yang memuji kebesaran Tuhan dalam bentuk lagu hip hop juga menjadi tandatanya samaada ianya dibenarkan atau tidak. Ianya bergantung kepada bagaimana persembahan lagu hip-hop ini diadakan. Bagi berlaku adil, sudah pasti ada perbezaan dari sudut persembahan daripada kumpulan hip-hop yang berlainan. Jika persembahan tersebut tidak melangkaui aspek-aspek yang telah diutarakan atas ini maka, tiada sebab untuk kita menghalang sebarang bentuk hiburan yang memiliki mesej dakwah ini. Para ilmuwan dan ulama perlu mengambil sikap dan memberikan garis panduan yang jelas bagaimana masyarakat dan pihak industri muzik berhadapan dengan isu aliran muzik yang akan timbul pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, masyarakat dan penggiat industri seni harus bersedia menerima pakai fatwa, nasihat dan teguran daripada para ulama’ dan cendiakawan. Disamping Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan dan beberapa jawatankuasa peringkat ilmuwan mengenai isu aliran hiburan, kita mencadangkan pihak berwajib seperti JAKIM mewujudkan Unit Pengembangan dan Kreativiti Hiburan yang akan berkerja dalam kerangka membantu institusi atau golongan karyawan yang sedia berminat menghasilkan karya dan hiburan yang punyai mesej dakwah. Disamping membantu memberi nasihat dan etika persembahan hiburan, ianya juga sewajarnya membantu memberi geran pembangunan muzik dakwah atau biasiswa untuk anak-anak muda yang sedia menceburkan diri bidang hiburan seperti kejuruteraan muzik, seni persembahan dan lakonan dalam kerangka dakwah. Potensi muzik sebagai alat penyampai mesej tidak boleh dipandang ringan dan dikesampingkan begitu sahaja.
Jauhi segala maksiat kerana ia menjadi antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah tertahan. Hidup Ni Tak Lama (Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgamu.... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu)
Thursday, April 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz
No comments:
Post a Comment