Thursday, April 10, 2008

Keengganan Kerajaan

KUALA LUMPUR, 11 April - Keengganan kerajaan untuk memohon maaf kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang dipecat pada 1988 lalu merupakan satu sikap yang angkuh kata, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa. -->-->
Katanya, sepatutnya kerajaan memohon maaf kepada Tun Salleh di atas kesalahan ataupun kesilapan mereka yang lalu.
Tambahan pula katanya, sepanjang tempoh pemecatannya, Tun Salleh Abas menjadi mangsa kezaliman.
"Dalam kes ini jelas berlaku kontradiksi antara kenyataan menteri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim) yang mencadangkan kerajaan meminta maaf bertentangan dengan Perdana Menteri. "Nampaknya tidak wujud satu kesefahaman di antara menteri dengan Perdana Menteri dalam kabinet Pak Lah yang semakin bercelaru," katanya kepada Harakahdaily.
Di Putrajaya semalam(10/04/2008), Dato' Seri Abdullah dipetik berkata, kerajaan tidak perlu memohon maaf kepada Tun Salleh,
Beliau berkata ini kerana, kerajaan akan memulihkan kedudukan Tun Salleh dengan cara lain.
"Saya tidak lihat kenapa kita perlu memohon maaf tetapi biarlah kita putuskan selepas kertas kabinet dibentangkan," Abdullah dipetik.
Dalam pada itu, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, sikap yang ditunjukkan Perdana Menteri itu sangat dikesali.
Katanya, sepatutnya kerajaan mengkaji semula cadangan Zaid walaupun kerajaan ada caranya untuk memulih kedudukan bekas Ketua Hakim Negara itu.
"Apapun bagi kita Tun Salleh telah dizalimi dan beliau perlu dibela dan dikembalikan haknya dan kalau kesalahan itu dilakukan mereka kenapa pula malu hendak meminta maaf kepadanya," katanya. Kerajaan tidak minta maaf pada Salleh Abas

10/04/2008 6:10pm
PUTRAJAYA 10 April – Kerajaan tidak akan meminta maaf kepada Tun Salleh Abas di atas pemecatan beliau sebagai Ketua Hakim Negara, 20 tahun lalu.
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, satu kaedah akan difikirkan untuk memulihkan kedudukan bekas Ketua Hakim Negara itu.
– Utusan -


Pemilik blog ini (kecewa) ialah anak saudara sepupu Tun

No comments:

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya