TUDUHAN sebagai pengganas, fundamentalis, militan, radikal, bukanlah gelaran yang baru bagi umat Islam. Namun, akibat daripada kejadian 11 September 2001 gelaran itu semakin ketara. Dunia antarabangsa seolah-olah melihat keganasan begitu sinonim dengan Islam sehinggakan mereka menerbitkan filem mengaitkan ayat suci al-Quran yang disunting mengikut kehendak mereka dengan tindakan keganasan yang didakwa dilakukan umat Islam, termasuk serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat. Dengan perkataan lain, apabila wujud aktiviti keganasan maka ia langsung ditujukan kepada orang Islam. Begitulah juga apabila disebut orang Islam, maka terbayang di fikiran mereka sebagai sebuah kelompok masyarakat yang ganas, kejam serta sentiasa mengancam keselamatan mereka.
Mereka menganggap al-Quran dan umat Islam sebagai sumber segala keganasan. Walaupun penafian sudah dibuat oleh tokoh dan pemimpin Islam, umat Islam terus dipersalahkan. Selain itu, Islam juga sentiasa dikaitkan dengan imej kemunduran ekonomi, kemiskinan, kelemahan pentadbiran dan kegawatan sistem budaya masyarakat. Kadang kala orientasi berita ataupun plot filem Barat seolah-olah menggambarkan Islamlah punca segala keburukan itu. Dengan itu, bagi mereka Islam perlu dibenci dan tiada tempat dalam kehidupan moden. Keadaan sebenarnya amat berbeza sama sekali. Islam memusuhi kemunduran. Oleh itu, awal-awal lagi Islam menyeru umatnya supaya menuntut ilmu.
Firman Allah yang bermaksud: "Adakah sama orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang yang tidak mengetahui (tidak berilmu)." (Surah al-Zumar, ayat 9) Dalam pada itu, Islam menggesa umatnya membangunkan diri, negara, tidak melakukan kerosakan (mengganas) dan berusaha mencapai kebahagiaan di dunia mahupun akhirat. Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan carilah apa yang sudah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu membuat kerosakan di (muka) bumi." (Surah al-Qasas, ayat 77) Sebenarnya, punca kemunduran umat dan negara Islam disebabkan ajaran Islam yang betul tidak diamalkan. Terlalu banyak ajaran Islam yang disalah tafsirkan oleh mereka yang berkepentingan dan kemudian ia diamalkan sebagai ajaran Islam.
Keadaan ini menimbulkan pelbagai masalah di kalangan umat Islam seperti penolakan tuntutan menuntut ilmu dan mengabaikan teknologi moden. Maka dengan itu umat Islam mundur, mudah ditindas dan gagal menghadapi cabaran hidup era teknologi industri serta teknologi maklumat. Sumber rujukan utama bagi penganut Islam ialah kitab suci al-Quran dan hadis. Ramai pengikut yang mempercayai ajaran daripada kedua-kedua sumber utama ini, tetapi malangnya mereka tidak berusaha mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Sebenarnya keadaan ini juga membawa kemunduran kepada umat dan negara Islam. Apabila ajaran agama tidak dipraktikkan maka kemunduran bukanlah disebabkan oleh agama Islam itu, tetapi sikap umat Islam sendiri. Antara punca lain Barat memandang serong terhadap Islam ialah kerana kebenaran Islam tidak pernah ditonjolkan oleh media Barat. Sebaliknya, Islam dipersalahkan dan masyarakat Barat memandang rendah terhadap kedudukan Islam serta penganutnya. Tidak cukup dengan itu, Islam disempitkan kepada masyarakat Arab saja. Bagi mereka Islam itu masyarakat Arab dan masyarakat Arab adalah Islam. Maklumat bahawa Islam itu melewati batasan bangsa Arab tidak disebarkan oleh media Barat. Dalam pada itu, media Barat juga sering memaparkan imej Islam itu menggalakkan keganasan. Tindak balas penduduk Palestin yang diceroboh dan dihalau dari negara mereka dilabelkan sebagai pengganas yang wajar diburu; dimusnahkan penempatan mereka; ditangkap; dipenjara dan dibunuh. Sebarang kerugian dan kecelakaan di pihak Israel sengaja diperbesarkan hingga menimbulkan simpati dunia terutama dunia Barat. Mereka sama sekali tidak memberitahu bahawa tindakan pejuang Palestin itu adalah tindak balas mempertahankan diri dan hak mereka daripada tindakan ganas tidak adil terhadap umat Islam Palestin. Apa yang mereka lakukan adalah sah daripada segi undang-undang antarabangsa, iaitu mempertahankan diri apabila diserang. Lagipun, keganasan sebenarnya bukanlah membabitkan orang Islam saja, malah ia berlaku juga di Eropah. Kebencian terhadap Islam yang dipupuk melalui imej tadi mempengaruhi masyarakat umum sehinggakan timbul sikap prasangka terhadap penganut Islam. Keadaan itu jelas berlaku terhadap kelompok masyarakat Islam di sesetengah negara yang mempunyai majoriti penduduk bukan Islam. Di Perancis, Turki dan Singapura misalnya, cara orang Islam berpakaian dijadikan isu besar sehinggakan ahli politik di peringkat nasional perlu membuat peraturan tertentu bagi menghalang kebebasan penganut Islam mengamalkan cara hidup budaya mereka. Adalah sesuatu yang menimbulkan tanda tanya jika masyarakat yang kononnya mengamalkan kebebasan individu, sistem demokrasi dan kepentingan hak asasi manusia melakukan perkara sebaliknya. Bagaimanapun sikap tidak bertolak ansur mereka itu cuba dipertahankan melalui sikap prasangka buruk dan kebencian terhadap Islam. Apa yang perlu difahami ialah penganut Islam seperti juga kelompok masyarakat lain yang mana kehidupan mereka mengikut budaya dan tradisi turut dipengaruhi ajaran agama dianuti. Cara dan amalan hidup mereka mungkin tersendiri dalam beberapa hal, tetapi asalkan cara hidup itu tidak mengancam keselamatan dan kestabilan golongan masyarakat lain, maka tiada sebarang sebab untuk memusuhi dan memerangi umat Islam. Berhubung tuduhan Islam sebagai pengganas, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2002 di Coolum menegaskan: "Malaysia tidak suka dengan tuduhan keganasan itu Islam." Tegas beliau lagi, "Malaysia sama sekali tidak meletakkan keganasan hanya kepada Islam." Malaysia adalah sebuah negara dengan penduduk berbilang kaum. Justeru, pelbagai budaya dan cara hidup bebas diamalkan dalam masyarakat, setiap kaum dapat hidup dan menikmati kemajuan bersama. Inilah amalan ajaran Islam yang sebenarnya. Oleh itu, Barat atau negara bukan Islam mungkin boleh mencontohi Malaysia di dalam perkara ini.

No comments:
Post a Comment