Pada hari Jumaat,lepas Maghrib (12 Disember) lalu bersamaan dengan 15 Zulhijah 1429 aku telah menjalani perkhidmatan bekam di sebuah rumah di Nilai, Negeri Sembilan. Sudah lama rasanya aku tak berbekam ni,rasanya setahun dah aku tak berbekam. Takut-takut juga kalau ada apa-apa penyakit yang datang nanti (sebagai pencegahan je) {kalau Allah nak datangkan,kena juga}
Antara faedah berbekam adalah ia bagus untuk merawat migran,gout,angin ahmar dan membersihkan darah dan dianggarkan 72 jenis peyakit dpt dihindari kesan dari rawatan ini.Darah yg kotor dan terkumpul pada saluran darah tertentu di bhgn badan boleh menimbulkan sesuatu penyakit/komplikaksi spt pykt gout,migran,kebas2 aggota,kanser,bisul,jerawat,kabur penglihatan dan sebagainya.
Waktu berbekam digalakkan pada pertengahan bulan Islam pada tarikh ganjil spt 15hb,17hb dan 19hb,ini kerana pada waktu itu darah2 kotor pada badan berkumpul dgn maksimum.Ia juga disebut sbg al hijamah dan rawatan ini adalah sunnah nabi.Hadis Rasulullah S.A.W:"jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya"HR Malik
Tidak seperti dulu,apa yang menariknya kali ini aku berbekam di kepala aku sekali termasuk di seluruh badan seperti biasa.Aku rasa sedikit segar dan ringan selepas bekam ini.Namun, aku tak berkesempatan merakam banyak gambar kerana kamera aku kehabisan bateri dan rosak ketika itu. Di sini aku hanya melampirkan gambar kepalaku sahaja.
Jauhi segala maksiat kerana ia menjadi antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah tertahan. Hidup Ni Tak Lama (Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgamu.... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu)
Wednesday, December 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz
No comments:
Post a Comment