Thursday, December 4, 2008

Pembohongan

Petikan berita UTUSAN MALAYSIA

Oleh WAN SYAMSUL AMLY

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Tahukah anda telur yang digunakan oleh seorang pengamal perubatan tradisional di negara ini sebenarnya sudah menjalani beberapa kaedah saintifik yang mengubah isi kandungannya.
Ia didedahkan oleh sebuah rancangan televisyen di Korea yang mendakwa kaedah perubatan yang digunakan pengamal perubatan tradisional itu hanyalah permainan sains dan ia boleh dijawab menerusi eksperimen yang membuktikan penipuan itu.
Sebuah rancangan daripada Korean TV Channel yang dipaparkan dalam laman YouTube menunjukkan beberapa eksperimen sains dapat mendedahkan taktik penipuan pengamal perubatan tradisional terbabit.
Pengamal perubatan yang berstatus 'ustaz' itu menggunakan telur sebagai kaedah perubatannya.
Telur itu dilurut pada badan pesakit atau mana-mana bahagian yang dikatakan sakit dan didakwa boleh menyerap 'racun.'
Pengamal perubatan terbabit kemudiannya membaca 'mantera' dan selepas itu memecahkan telur tersebut.
Kemudiannya mimik muka pengamal perubatan itu terus berubah selepas memecahkan telur itu apabila mendapati warna telur itu berubah seolah-olah terdapat darah di dalamnya.
Dengan nada selamba dan penuh keyakinan, pengamal perubatan tersebut kemudiannya mendakwa pesakit berkenaan telah diubati dan 'racun' yang tersimpan dalam badan 'mangsa' telah 'dikeluarkan' menerusi telur itu.
Bagaimanapun berdasarkan rancangan dalam 'Korean TV Channel' itu membuktikan telur itu sebenarnya sudah melalui beberapa proses sains yang menyebabkan terdapat cecair merah di dalamnya.
Kelihatan agak pelik tetapi tiada apa yang mustahil dalam sains, dengan kaedah tertentu kandungan telur itu boleh ditukar warnanya.
Beberapa lagi 'penipuan' yang dikesan dan didedahkan menerusi rancangan dari Korea itu ialah pengamal perubatan tersebut menyalakan lampu kalimantang dan alat penguji arus elektrik (test pen) menyala apabila diletakkan pada tangan atau dahinya.
Rancangan itu membuktikan penipuan pengamal perubatan terbabit apabila salah seorang krew penerbitan meminta pengamal perubatan itu membuka kasut dan memberi lampu lain untuk dinyalakan, beliau gagal melakukannya.
Selain itu, telur yang didakwa boleh menyerap racun tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila dipecahkan setelah ditukarkan dengan telur lain.



Beberapa orang kawan memberitahu saya tentang Pusat Rawatan Cakra Alam yang terletak di Jalan Jejaka, Taman Maluri Cheras , Kuala Lumpur.

Kata mereka, pusat rawatan ini sudah lama beroperasi. Apa yang diadukan ialah, pemiliknya dikatakan ‘mencekik darah’ pelanggan yang datang menerima rawatan. Bayaran sekali rawatan bermula dari RM150.00 sehinggalah boleh mencecah beribu ringgit.

Entah ia atau tidak ? Siapa yang memantau pusat ini ?

Pemilik pusat ini Mohd Arief dibantu oleh isteri dan beberapa pekerja. Mereka mengiklankan perkhidmatan seperti produk kecantikan, tenaga dalaman, rawatan ternatif penagihan dadah, pertahanan diri dan pemantapan minda.
Cara rawatan adalah menggunakan kaedah ghaib melalui jarak dekat dan jauh.
Dikatakan mereka mengesan penyakit melalui getaran tenaga .
Malalui laman webnya, diiklankan, “Cara pengubatan yang berbeza dan boleh dirasakan dengan serta merta akan kemasukkan getaran elektrik semulajadi tubuh yang disalurkan ke dalam tubuh pesakit tanpa adanya sebarang kesan sampingan melainkan kesegaran dan kelegaan”.
Terlalu banyak jenis penyakit yang dapat mereka merawati. Ini termasuklah masalah rezeki, jodoh dan lain-lain lagi.

Apa yang membimbangkan ialah mereka juga menggunakan nama orang kenamaan tertentu seperti nama bekas menteri Sulaiman Mohamad dan sebagainya.

Saya pernah menemani seorang kawan yang menerima rawatan di pusat tersebut. Bayaran yang diminta untuk sekali ialah RM250.00. Saya diberitahu oleh kawan ini, ia berulang tiga kali kesana. Habis hampir RM1000.00. Dia diminta membawa ayam putih, kain putih, kunyit, bawang dan bermacam-macam bahan lagi.

Apakah pusat ini berada di bawah pemantauan mana-mana agensi seperti Jabatan Agama Islam? Ramai yang mengadu tentang bayarannya. Apakah ada kaedah pemantauan harga di sini ? Betulkah seperti kata pengadu, impaknya tersangat kurang atau tiada langsung ? Apakah kelayakkan pengendali pusat ini ? Adakah ianya dijalankan mengikut kaedah syarak ?

Sila lihat klip video yang di’alert’kan oleh seorang kawan kepada saya. Jika ianya mengikuti kehendak syariah dan undang-undang negara maka adalah wajar ianya dibiarkan meneruskan operasinya.

http://uk.youtube.com/watch?v=p9hgWWQC3e0







Penulis juga pernah berubat di Cakra Alam ni di Maluri dua tiga kali... Kali pertama penulis pergi kena bayar RM250 (by mahal sikit takpela) sebab ni kali pertama ke sana dan penyakit ......... penulis pun masih serius. Ingatkan kali kedua datang jadi murahlah sebab penyakit pun dah beransur pulih tapi terperanjat penulis jadi semakin mahal (RM350) bayaran di akhir sesi rawatan...Lepas tu pihak Cakra Alam terus buat temujanji lagi untuk kali ke-3 minta datang, penulis tak datang lagi dah (buat habis duit aku je tapi penyakit tak baik-baik juga)

Kalau benar apa yang dikatakan pemilik Cakra Alam itu, mengapakah permintaan “Rancangan 360” merakamkan kaedah rawatan gagal dipenuhi oleh beliau? Ini jelas-jelas menandakan bahawa pusat ini tidak betul dalam menjalankan perkhidmatan mereka

No comments:

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di blog ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Tajuk-tajuk yang dikupas lebih kepada masalah-masalah / persoalan-persoalan asas tentang Islam (persoalan paling asas dengan menggunakan logik akal (berpandukan bidang agama,akauntan,ekonomi,doktor,kejuruteraan,undang-undang & IT yang penulis pelajari sikit setiap bidang) dan ayat Quran/Hadith),adab adat budaya warisan kita,perkara-perkara dunia&pengalaman kisah hidup penulis. Perhatian! Penulis hanya orang biasa & bukannya Ustaz

Diharap pengunjung dapat meninggalkan tanda lawatan anda di shoutbox ya